Ads

Kes Tangan Bayi Bengkak Sehingga Bernanah Akibat Kecuaian, Hospital Melaka Diarah Siasat Segera

Pengarah Hospital Melaka telah diarah melakukan siasatan segera berhubung kenyataan dibuat seorang lelaki dalam media sosial yang mendakwa bahawa anak saudaranya berusia kurang dua bulan mengalami tangan bengkak sehingga bernanah, selepas mendapatkan rawatan demam campak di hospital berkenaan.

Kes Tangan Bayi Bengkak Sehingga Bernanah Akibat Kecuaian, Hospital Melaka Diarah Siasat Segera

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, dakwaan dibuat pemilik akaun Facebook dengan nama Mohamad Izwan itu yang mengatakan insiden berkenaan berpunca daripada kelalaian Hospital Melaka akan disiasat sewajarnya.

Ads
Kompilasi video comel anak selebriti!

“Saya ada membaca media sosial bahawa Encik Mohamad Izwan akan mendakwa Hospital Melaka. Saya sebagai Exco Kesihatan telah mengarahkan Pengarah Hospital Melaka membuat siasatan tentang perkara ini,”

Ads

Sejak semalam, tular dalam media sosial kisah seorang bayi yang dikatakan perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah daripada tangannya yang bengkak.

Ads
Bento Comel Nasi Goreng Smiley, Anak Mesti Suka Dan Kena Cuba Tau!

Mohamad Izwan mendakwa, anak saudaranya dimasukkan ke Hospital Melaka kerana demam campak, namun selepas 11 hari menerima rawatan tangannya mengalami bengkak yang disifatkan sebagai kritikal sehingga bernanah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Kuat Menjerit? Ini Rahsia Penting Perkembangan Emosi Anak!

Anak Kuat Menjerit? Ini Rahsia Penting Perkembangan Emosi Anak!

Anak kuat menjerit bila marah atau tak puas hati? Ketahui kaitannya dengan perkembangan emosi anak dan cara ibu bapa menanganinya dengan tenang.