Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

Kesan jangkitan salur kencing (UTI) ketika hamil bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Seperti kita sedia maklum fasa kehamilan mendedahkan ibu kepada pelbagai komplikasi.

Selain darah tinggi dan diabetes yang merupakan antara komplikasi paling popular dihidapi oleh ibu hamil, UTI turut mudah dijangkiti oleh ibu hamil.

Ada ibu hamil yang terkena UTI berasa risau tentang kesan kepada anak yang dikandung. Apa agaknya kesan kepada bayi dalam kandungan?

Sudah tentu apa juga jangkitan penyakit yang dihidapi oleh bakal ibu akan membawa kepada pelbagai kesan sama ada kepada ibu sendiri atau anak dalam kandungan.

Kesan jangkitan salur kencing

Menurut Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Prince Court Medical Centre perubahan fisiologi ketika hamil meletakkan ibu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan salur kencing.

IKLAN

Lebih kurang 10% ibu mengalami UTI ketika hamil. Perubahan fisiologi yang menyebabkan ibu mudah mendapat UTI :

  •  90% ibu mengalami pengembangan salur kencing /ureter (hydronephrosis of pregnancy)
  • Peningkatan kapasiti pundi kencing
  • Kelemahan otot pundi kencing & salur kencing  menyumbang kepada aliran air yang perlahan atau aliran songsang (ureterovesical reflux)
  • Peningkatan jumlah plasma menyebabkan kepekatan air kencing berkurangan
  • 70% ibu mengalami glikosuria (glukos dalam air kencing) menggalakkan pertumbuhan bakteria dalam air kencing
Kesan Jangkitan Salur Kencing Pada Bayi Dalam Kandungan
Photo by MART PRODUCTION from Pexels

Rawatan jangkitan salur kencing

Jika ibu dijangkiti UTI, segera dapatkan rawatan daripada doktor. Jangan buat sebarang petua sendiri kerana ia boleh menyebabkan komplikasi seperti berikut:

  • jangkitan buah pinggang (pyelonephrosis)
  • sepsis
  • kelahiran pramatang
  • pertumbuhan janin terbantut (IUGR)
  • berat rendah ketika lahir (low birth weight)

Baca: “Terima Kasih Allah, Mudahkan Kelahiran Malaikat Kecil Kami” Dayah Zubit Timang Bayi Lelaki

IKLAN

Tips elakan UTI

Dr Maiza turut mengingatkan ibu hamil untuk mengamalkan beberapa tips bagi mengelakkan daripada terkena UTI sepanjang kehamilan.

Tips dikongsi Dr Maiza mudah untuk dilakukan kerana ia juga antara rutin harian yang kita buat. Jangan abaikan kerana ia mampu mengelakkan ibu hamil daripada dijangkiti UTI.

  1. Konsum air kosong secukupnya (6-8 gelas).
  2. Elakkan minuman bergula / berkafein.
  3. Amalkan diet sihat suku-suku-separuh.
  4. Jangan bertangguh untuk membuang air kencing.
  5. Cuci & lap kering kemaluan dari depan ke belakang.
  6. Memakai seluar dalam yang longgar & serap peluh.
  7. Tukar tuala wanita/panty liner atau seluar dalam dengan lebih kerap.
  8. Kosongkan pundi kencing sebelum & selepas hubungan seks.
  9. Pilih pelincir berasaskan air jika memerlukan pelincir semasa hubungan seks.
  10. Elakkan deodoran atau sabun feminin yang kuat & menyebabkan kerengsaan.

WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

IKLAN

Kesan Jangkitan Salur Kencing Pada Bayi Dalam Kandungan

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.

Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.

Daftar nama sebagai peserta webinar di Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI