Kesihatan Diri Semakin Baik, Mawar Rashid Bertambah Bahagia. Peminat Teruja Bila Baby Bump Mawar Makin Kelihatan

Share

Comel baby bump Mawar, dah semakin kelihatan. Walau pun sedang hamil, ibu muda ini tidak lupakan anak-anak tirinya. Memang tak dinafikan sifat keibuan jelas pada aktres cantik ini.

Mawar Rashid yang kini sedang hamil 3 bulan memuat naik posting tentang perkembangan terbaru kehamilannya. Kesihatannya dirinya juga diakui semakin baik dan mohon netizen mendoakan kebaikan untuk si kecil dalam kandungannya.

Ibu cantik ini juga melahirkan rasa gembira melihat perkembangan anak-anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3.

Nampak gayanya few years from now nanti Bayen @radenrayyan & K-Sya @raysaachanela akan lagi tinggi dari papa & mummy je ?

Alhamdulillah happy tengok anak2 dah makin besar sihat, pandai & sentiasa happy. Dan bertambah bahagia pabila baby bump kelihatan semakin besar dan kesihatan yang sentiasa baik dalam kandungan mummy ni.

Doakan yang baik2 untuk my little one kay semua ? Terima kasih sangat #MawaRadens

Mawar berkahwin dengan Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, adik kepada penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley pada 9 November 2017.

Para peminat turut melahirkan kegembiraan melihat pemenang Dewi Kegemaran dalam pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 ini semakin sihat dan dalam keadaan yang baik.

Mawar bersama Bella Dally di sebuah majlis.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

IKLAN