Bila disahkan positif Covid-19, anak-anaklah yang paling kita takutnya. Bimbang anak turut sama positif. Bagi Datuk Fizz Fairuz yang disahkan positif Covid-19 semalam, dia reda walaupun dua tahun bertahan bagi mengelakkan jangkitan virus itu.
Menerusi Instagramnya, Fizz memaklumkan kepada semua terutama rakan-rakan yang berjumpa berjumpanya dalam tempoh terdekat ini.
“Selama 2 tahun aku jaga, tolak segala kemungkinan tapi akhirnya tewas jugak. Hari ni aku disahkan positif covid 19.
“Sebenarnya malas nak update, tapi tak best pulak. Sebelum ni jumpa kawan-kawankan. So kena inform jugak, tak nak selfish.
“Setiap pagi buat swab test, ingat contact rapat je, selepas 6 hari positif. Kepada mereka yang jumpa saya sebelum ni, kalau ada symptoms apa-apa pergi la check. Varian sekarang tak de symptoms pun, tau-tau dah positif,” tulisnya berkongsi cerita.
Namun kata Fizz, dia bersyukur bila mana isterinya, Almy Nadia dan keempat-empat anaknya bebas dari jangkitan virus itu.
“Kita jaga, tapi nak kena nasiblah. So pengajarannya, arini aku tumpas, 2 tahun bertahan tapi alhamdulilah wife dan anak-anak semua negatif,” tulisnya berkongsi cerita.
Ads
Namun paling menarik pastinya gelagat comel anak-anak Fizz yang setia menanti depan pintu untuk terus memberi sokongan tak kurang juga menggangu ayahnya yang berada di dalam bilik.
“Kesian my love jaga anak 4 orang selama 7 hari ni @almynadiaofficial. Anggap jelah i outstation ye hehehe.
“Tapi anak-anak kacau jugak, ketuk pintu assalamualaikum lepas tu lari hahahahahaha. Cute sangat. Oklah.. salam day 1 kuarantin,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, gelagat pasangan suami isteri ini, Fizz dan Almy tidak pernah sunyi bila mana sentiasa mengusik biar pun Fizz sedang menjalani kuarantin.
Menariknya menu masakan yang diminta Fizz pada Almy buat wargamaya terhibur. Cute betul!
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“JANGAN MENANGIS, Malulah!” Kanak-kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh ‘SEPARATION ANXIETY’. Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yang asing.
Bayangkan jika kita bertukar tempat kerja baru dan kita tidak kenal sesiapa.
Resah atau tidak?
Perasaan ini adalah sesuatu yang normal dalam perkembangan kanak-kanak. Ia bukanlah sesuatu yang memalukan atau perlu dimalukan dengan mengambil video untuk ditularkan.
“TETAPI RAMAI KANAK-KANAK YANG OK, TAK MENANGIS. Yang menangis tu mesti manja. Kita mesti ajar anak jadi kental.”
Bila kita bercakap tentang perkataan PERKEMBANGAN, ia merujuk kepada satu proses yang dicapai pada kadar yang berbeza-beza mengikut pembawaan kanak-kanak.
Orang dewasa juga mengalami separation anxiety cumanya orang dewasa sudah mempunyai ‘coping strategy’ yang dibina dari pengalaman dan kematangan.
Perasaan resah untuk berpisah itu juga boleh menjadi indikasi yang baik bahawa selama ini ayah dan ibu telah membina attachment yang positif dengan anak tersebut. Bukanlah kerana anak itu manja.
Seorang murid saya dulu menangis sebab dia tidak boleh lagi bermain bola sepak dengan ayahnya kerana perlu hadir ke sekolah.
———————————
Proses berpisah untuk memasuki sekolah adalah kombinasi perasaan TERUJA dan TAKUT bagi kanak-kanak.
Jika perasaan teruja kerana berjumpa kawan yang sudah dikenali atau teruja kerana guru baik, atau teruja kerana persekitaran sekolah yang mesra, melebihi rasa takut, maka separation anxiety itu hanya sekejap.
Jika perasaan takut kerana tidak ada kawan dan sebagainya melebihi keterujaan, maka separation anxiety itu mengambil masa untuk hilang.
Seorang lagi murid saya merasa takut kerana perlu memasuki ‘gate’ lain yang dia tidak biasa.
Ada pelbagai sebab mereka takut walaupun remeh bagi kita.
Cara orang dewasa memberi respon kepada separation anxiety kanak-kanak juga menentukan sekejap atau lama perasaan itu.
Normal ke setiap pagi nak pergi sekolah menangis?
“ANAK SAYA DAH BERBULAN-BULAN MENANGIS setiap pagi tak nak ke sekolah. Normalkah?”
Jikalau ia berlarutan sampai berbulan-bulan hingga mengganggu aktiviti harian anak dan menyebabkan anak sentiasa sedih dan murung, ia sudah menjadi satu DISORDER yang perlukan intervensi dan perhatian pakar.
Mungkinkah anak dibuli, didera ataupun trauma?
Menurut Maria Montessori, pakar perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak, resah kerana berpisah adalah sebahagian dari proses ‘individuation’ yang penting bagi perkembangan sosial kanak-kanak.
Anak sedang belajar untuk mengenal persekitarannya. Dia kemudiannya akan membina kepercayaan dan keserasian dengan individu baru di sekitarnya. Akhirnya dia akan mula membina persahabatan. Ini adalah proses yang mengambil masa dan tidak boleh dipaksa.
Fahamilah kanak-kanak. Mereka juga manusia yang perlu dihormati.
Kadang kala semakin anak membesar, kita sebagai ibu dan ayah terlupa memberikannya belaian dan peluk cium yang sama seperti ketika mereka masih bayi. Hakikatnya anak-anak sentiasa memerlukan rangsangan tersebut untuk membesar sebagai anak yang positif.
Ciptalah sebuah ikatan kekeluargaan yang utuh dengan melakukan aktiviti yang ringkas dan menyeronokkan bersama anak-anak. Ikatan kuat yang terbina antara ibu dan ayah dengan anak sejak kecil akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Bergolek seketika atas katil
Aktiviti mudah yang boleh dilakukan bersama si kecil sebaik dia bangun dari tidur. Peruntukan beberapa minit untuk bergurau senda bersama. Walaupun nampak mudah tetapi ia meninggalkan kesan positif. Si kecil akan memulakan harinya dengan perasaan gembira selepas menghabiskan masa bersama ibu dan ayah.
Bantu ibu & ayah
Walaupun anak anda masih kecil tetapi boleh libatkan diri mereka dalam aktiviti harian di rumah. Contohnya sekiranya sedang memasak di dapur, anda boleh minta bantuan mereka membuat kerja-kerja yang ringan. Sekiranya anak masih usia bayi, bawa sekali ke dapur dan bagi mereka main mangkuk dan sudu plastik supaya gembira dapat sentiasa disamping ibu.
Tonton bersama
Walaupun anda tidak minat rancangan kartun kegemaran anak tetapi cuba tonton bersama mereka. Di samping itu tanyalah soalan tentang rancangan kegemarannya. Pasti dia rasa dihargai apabila boleh berkongsi cerita dengan ibu dan ayah.
Beriadah sekeluarga
Lakukan aktiviti petang bersama, pasti lebih menyeronokkan di samping mendidik anak rajin bersenam untuk kesihatan tubuh badan.
Masa untuk tidur
Sebelum tidur, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit bersama si kecil. Boleh berbual tentang apa yang paling seronok dilakukan pada hari itu, sesi bercerita sebelum tidur dan jangan lupa membaca doa sebelum tidur sebelum diakhiri dengan pelukan dan ciuman selamat malam.
6. Jangan lupa sentuhan
Sentuhlah anak dengan memeluk atau menciumnya. Bisikkan kata-kata positif dan pujian yang dapat memberikan dia semangat positif. Sentuhan dari ibu dan ayah merangsang aura positif dalam diri anak. Sudah tentu ia membantu pertumbuhan dan perkembangan minda yang cerdas.
7. Berdoalah
Ketika memeluk anak, ibu dan ayah mestilah mendoakan yang baik-baik untuk anak. Mudah-mudahan muncul kasih sayang dan ketenangan dalam hubungan antara anak dengan ibu dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap perkahwinan yang dibina menjadi bukti cinta antara pasangan suami isteri. Namun masih ramai lagi yang tak memahami satu sama lain sehingga ada je yang tak puas hati.
Kita kena faham pasangan kita bukanlah datang dari latar belakang yang sama. Masing-masing ada cara tersendiri. Jadi nak tak nak, kita mesti terima. Jika ada kekurangan, tegurlah elok-elok. Itu semua akan dapat mewujudkan keharmonian rumah tangga.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Abu Hurairah Asifa, setiap suami dan isteri, Tuhan memberikan satu bekal untuk dia bawa sepanjang hidup berumahtangga ini.
Suami, Tuhan beri sabar.
Isteri, Tuhan beri redha.
Nak menjadi suami yang sabar, memang Tuhan hadirkan isteri bersama sikapnya yang cukup mencabar.
Nak menjadi isteri yang redha pula, memang Tuhan berikan suami yang sangat menguji iman dan jiwa.
Kalau suami mahu belajar sabar, maka jiwa dan hatinya sebagai suami akan perlahan-lahan di bina dan akhirnya dia benar menjadi suami yang paling baik buat anak isterinya.
Kalau isteri mahu belajar redha, maka perlahan-lahan jiwa dan hati seorang isteri hidup dan terus kuat menghadapi apa pun yang datang dari suami.
Itulah hasil dari mereka yang menjadi suami isteri. Bukan hanya menjadi wanita dan lelaki.
Rumah tangga adalah tempat proses untuk menghasilkan manusia yang hamba. Yang memberi lebih dari meminta.
Yang kuat dengan Tuhannya. Yang mahukan syurga. Yang menangis dengan dosa.
Bukan yang riang berlari-lari di tepian pantai dan mengira bulan bintang sahaja.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa ibu hamil perlu minum air gula? Ketahui fungsi ujian GTT, risiko diabetes ketika mengandung, langkah pemeriksaan dan bagaimana ia melindungi ibu serta bayi.