Demi masa depan anak-anak, kita sebagai ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk menyediakan simpanan untuk kemudahan mereka. Selain simpanan kewangan untuk kecemasan, kita harus merancang pelan simpanan pendidikan untuk kegunaan anak bagi melanjutkan pelajaran.
Menyokong usaha ibu bapa yang berhasrat untuk membuat simpanan, Pa&Ma bekerjasama dengan SSPN akan mengadakan E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya! pada 10 April 2021 (Sabtu) ini.
Tujuan bengkel virtual ini diadakan adalah bagi memberi ilmu bermanfaat tentang kepentingan dan cara simpanan berkesan kepada ibu bapa. Selain itu, bengkel ini juga turut berkongsi tip kaedah membuat simpanan secara berdisiplin dan konsisten sejak anak masih kecil.
Panel yang terlibat dalam bengkel virtual ini adalah Pn Kay Bee Rahim yang merupakan Perunding Kewangan bertauliah dengan pengalaman hampir sepuluh tahun di dalam bidang ini. Beliau akan mengajar teknik simpanan paling mudah tanpa membebankan ibu bapa.
Bagi memeriahkan lagi E Workshop pada hari Sabtu ini, Pa&Ma telah menjemput pasangan selebriti terkenal iaitu Raf Yaakob dan isterinya Mawar Rashid. Pasangan ini akan bercerita tentang membuat simpanan untuk anak-anak mereka.
Ads
Lebih menarik, terdapat segmen kuiz dan cabutan bertuah untuk para peserta yang terlibat dalam bengkel virtual ini. Banyak hadiah menarik yang menanti seperti baucar percutian, tiket masuk ke Farm In The City, Zoo Melaka, Kidzooona dan banyak lagi.
Bagi anda yang terlepas peluang untuk mendaftar sebagai peserta, boleh ikuti sesi live E Workshop ini di Facebook Majalah Pa&Ma. Anda juga berpeluang untuk menerima hadiah istimewa daripada Pa&Ma.
Jangan lupa untuk mengikuti E Workshop Ilmu Simpan Duit, A-Z Panduan Pasti Berjaya! pada hari Sabtu ini!
Ads
SSPN & Pa&Ma turut mengadakan peraduan #CABARANRM10 yang akan bermula pada 10-30 April 2021 ini. Anda hanya perlu mendaftar dengan Pa&Ma dan dapatkan link untuk download template istimewa bagi cabaran ini.
Anak anda hanya perlu hiaskan template mengikut kreativiti mereka. Kemudian ambil gambar template tersebut dan muat naik di IG anda dengan menggunakan hashtag:
#cabaranrm10sspnxpama
Ads
#kempenbukabukubaru
#lovesspn
Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari pelan simpanan terbaik untuk masa depan anak anda, anda boleh menyimpan di SSPN-i Plus. Kenapa SSPN-i plus? Kerana SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih untuk anak anda serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan. Selain itu terdapat juga kemudahan deposit bulanan untuk memudahkan urusan deposit dengan pelbagai saluran dan kemudahan yang disediakan antaranya melalui potongan gaji, auto debit, direct debit dan perbankan internet.
Untuk maklumat lanjut berkenaan SSPN–i Plus anda boleh layari website di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil, macam-macam perangai yang mama papa kena hadap. Itu semua asam garam menjadi ibu bapa. Salah satunya nak mandikan anak-anak. Ada yang suka sangat main air, ada pula sampai besar pun kalau suruh mandi punyalah liat.
Menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, ada 6 sebab anak-anak kecil yang berusia 0-2 tahun takut mandi. Hal ini dikongsikan oleh beliau menerusi laman facebook Baby Language.
6 Sebab Anak Takut Mandi (0-2 tahun)
Posisi Badan yang Tak Selesa
Ramai ibu hairan, bukankah bayi manusia telah hidup selama 9 bulan di dalam air? Jadi mengapa ada bayi yang takut mandi?. Di dalam rahim, bayi duduk dengan kedua tangan dan lutut yang rapat ke abdomen/perut serta kepalanya tunduk ke dada. Posisi ini membuat bayi merasa bagai berpeluk selama 9 bulan. Posisi ini juga menghalang kedua tangan bayi dari menggapai-gapai.
Ramai bayi ‘infant’ (0-3 bulan) yang super sensitif dengan posisi yang membuatkan tangannya menggapai di udara: ia buat bayi merasa bagai di tolak dari suatu tempat yang tinggi (free falling position) dan ketakutan kerana posisi itu asing bagi mereka.
Telangkupkan badan bayi di lengan anda atau tiarapkan bayi di dalam tab mandinya (tahan kepalanya dengan lengan) untuk posisi yang lebih di gemarinya.
Sensitif dengan Suhu
Ramai orang hanya bercakap soal suhu air mandi bayi. Bagaimana dengan suhu bilik mandi? Suhu bilik ketika menyiapkan bayi untuk mandi (atau selepas mandi)? Serta suhu tangan orang yang memegang bayi ketika badannya tak berpakaian?
Tahukah anda, bayi 0-8 minggu mempunyai ‘total thermal immaturity’? Ia bermaksud bayi tidak mampu seimbangkan suhu badan dan sangat sukar untuk badan bayi kekalkan suhu asasnya ke 37-37.5 °C.
YA, BACA BETUL-BETUL. 37-37.5 °C ya. BUKAN 27-27.5 °C.
Hanya sekitar usia 18 -24 bulan nanti baru bayi tahu selaraskan suhu badannya secara semulajadi.(Climakid: Dr Candice Ostrowka)
Ini sebabnya mengapa keseluruhan proses mandi sejak: buka baju pegang bayi tak berbaju masuk dalam air lap badan pakai baju: boleh jadi satu acara paling sukar untuk bayi bertahan dengan suhu.
Bayi Sudah Keletihan
Berapa ramai ibu yang sedar setiap usia anak ada masa berjaga maksimum yang mereka boleh tahan sebelum kembali mengantuk? Misalnya:
Bawah 1 bulan: minimum (beberapa minit-puluh minit)
1 bulan: 30-45 minit
2 bulan: 45 minit – 1 jam 15 minit
3 bulan: 1 jam 15 minit – 1 jam 30 minit
4-6 bulan: ~ 2 jam
7 bulan -12 bulan: ~ 3 jam
12 bulan- 18 bulan : ~3-4 jam
Lihat masa berjaga bayi kecil yang sangat singkat. Bayi mungkin sudah keletihan dan mahu tidur ketika anda baru mahu memandikannya akibat telah mengguna masa sebelum ini untuk menyusu, bermain atau menukar lampinnya.
Tak Matang = Tak Faham
Saya yakin ramai ibu dapat faham bila saya sebut amat biasa anak kecil menjerit takut bila acara potong rambut, potong kuku, korek telinga dan melihat orang menggunakan vacuum cleaner, kan? Begitulah juga dengan acara mandi buat sebahagian anak.
Mengapa? Kerana semua benda di sekeliling anak kecil adalah benda baharu dan otak mereka pula masih lemah dalam bab ‘reasoning’ (memikir alasan di sebalik sesuatu).
Air yang mengalir masuk ke dalam mata, sabun yang terasa licin di badan, perasaan macam tak boleh bernafas bila air masuk hidung, bunyi air menyimbah jatuh ke lantai, rambut dan badannya di sental dan keadaan bilik air:..ini semua boleh jadi punca anak takut.
Anak lihat , anak dengar, anak bau , anak dapat rasa sesuatu dari keseluruhan acara mandi TAPI, dia tak dapat faham apa yang terjadi.
Tak Boleh Beza Realiti VS Imaginasi VS Fantasi
Ini selalunya terjadi buat anak yang ‘sudah ada fikirannya sendiri’ iaitu yang berusia setahun ke atas. Anak yang dahulunya tak takut mandi,pun tiba-tiba boleh jadi penakut. Kenapa? Baik, ingat lagi ketika anda di tipu bulat-bulat dahulu bahawa jika tertelan biji rambutan maka nanti pokok rambutan akan tumbuh dari atas kepala anda? Terus anda ‘blacklist’ semua biji buah, bukan?
Itu berlaku di zaman anda ‘tidak tahu apa’…
Jika anda menonton cerita, anda tahu itu semua rekaan. Namun tidak bagi anak kecil. Bunyi pam tandas di ikuti dengan air mangkuk tandas yang menghilang benar-benar buat anak rasa dia boleh di sedut hilang dari mangkuk tandas.
Anak mungkin rasa paip air boleh pecah dan tiba-tiba berlaku banjir yang akan lemaskan dia seperti mana yang dia lihat di dalam cerita. Atau di sebalik saluran air keluar itu ada badut menakutkan atau labah-labah gergasi yang menunggu untuk menerkamnya.
Anak Tahu Apa Akan Berlaku Selepas Mandi
Seawal 4-5 bulan, anak sudah dapat mengagak rutin biasa kehidupan. Ini berikutan berlakunya perkembangan mental dunia kejadian (usia 19 minggu) dan dunia hubungan (usia 26 minggu).
Misalnya, selepas mandi di awal pagi, ibu akan menghantar saya ke rumah pengasuh. Maka, anak mungkin akan sengaja bikin drama waktu mandi di awal pagi untuk sabotaj perjalanan rutin.
Hal ini makin meneruk bila anak mahir hal autonomi (kuasa) sekitar usianya 15 bulan iaitu bila berlaku perkembangan mental dunia prinsip. Inilah usia anda lihat anak menjadi baby bos dan tentukan apa yang dia mahu.
Misalnya: anak hulurkan kasut yang dia nak pakai kepada anda atau anak serta merta bertindak tutup pintu bilik untuk halang anda keluar. Maka, jika selepas acara mandi bermaksud masuk tidur, mungkin itu yang buat anak tak gembira dengan mandi.
Melihat sepasang anak kembar berlari sambil memeluk ibu dan ayah hati pasti terasa mahukan anak kembar. Pun begitu ia bukanlah semudah yang disangka. Kehamilan Dr Halina, isteri kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang kini sedang hamil anak kembar buat kali kedua ternyata membuat kita rasa cemburu.
Apakah tip yang diamalkan oleh pasangan doktor ini bagi mendapatkan anak kembar? Melalui instagramnya Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi beberapa tips untuk mendidik anak kembar.
Katanya berkongsi semalam, bukan mudah namaun ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengawal anak kembar kerana mereka kebiasaannya sangat aktif.
“Ramai yang bertanyakan kepada saya tips mahu memiliki anak kembar. Namun persoalannya adalah apakah yang perlu anda hadapi sewaktu menguruskan anak kembar?
“Anak kembar memang sangat-sangat comel tetapi hanya Allah sahaja yang tahu seberapa banyak usaha, masa dan tenaga yang diperlukan untuk membesarkan mereka.
“Kesusahan berganda namun kegembiraan juga berlipat kali ganda dan semuanya sangat-sangat berbaloi. Alhamdulillah,” tulisnya.
Bukan hanya kesusahahan tetapi Dr Muszaphar juga turut berkongsi kriteria-kriteria yang perlu ada bagi setiap ibu bapa yang ingin mempunyai anak kembar. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
1.Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang sangat aktif.
2.Kedua-dua ibu bapa harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
3.Anak-anak adalah yang paling utama berbanding perkara lain. Dahulukan anak-anak.
4.Anda akan kekurangan waktu tidur sepanjang masa.
5.Anda memerlukan banyak tenaga sewaktu menguruskan anak kembar.
6. Anda perlu merancang perkara lebih awal walaupun untuk benda-benda yang kecil.
7. Anda perlu sentiasa berwaspada setiap masa.
8.Berkemungkinan memerlukan banyak kos dan anda perlu membuat simpanan namun, Insha Allah, rezeki akan datang.
9.Anda memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
10. Dan yang paling penting anda haruslah menyayangi dan menyukai kanak-kanak.
Ternyata tidak mudah untuk memiliki dan menjaga anak kembar, apatah lagi kembar kedua yang pastinya menuntut lebih usaha dan tenaga dari ibu bapa. Namun cara didikan Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina yang sememangnya diketahui cukup cemerlang dalam mendidik anak-anak mereka sememangnya memberi inspirasi kepada semua ibu bapa di luar sana.
Pasangan doktor hebat ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sembilan bulan menanti sememangnya cukup mendebarkan. Berdebar bercampur rasa teruja yang teramat sangat untuk melihat cahaya mata, zuriat pertama yang dinantikan sekian lama.
Pastinya semua perkara yang diidamkan sebolehnya mahu ditunaikan untuk kelahiran pertama ini. Bukan hanya nama indah sudah disediakan sebaiknya bahkan juga semua kelengkapan termasuk bilik khas untuk si comel telah disediakan lebih awal. Semuanya sempurna. Rasa teruja dan pastinya tidak sabar menanti detik terindah.
Lampin Pakai Buang, Tesco Fred & Flo yang menawarkan harga cukup rendah, RM26.99 sahaja.
Kata orang membeli kelengkapan bayi biar berpada-pada. Itu kata mereka. Sebagai ibu bapa yang sudah menitipkan niat sejak lama dulu, tidak salah berbelanja lebih buat yang tersayang. Biar hati rasa puas dan bangga dapat menyediakan yang terbaik buat anak kita.
Tidak mahu memperuntukkan jumlah yang terlalu besar, ibu bapa perlulah bertindak lebih bijak kala berbelanja. Tak perlu bersusah payah, membeli belahlah secara atas talian atau hanya berbelanja di satu tempat yang menempatkan kesemua barangan bayi. Berbelanja secara bijak dapat memberi begitu banyak manfaat kepada anda.
Lampin Pakai Buang, Tesco Fred & Flo yang menawarkan harga cukup rendah, RM26.99 sahaja.
Jimatkan Masa
Membeli belah secara atas talian adalah solusi paling tepat buat ibu hamil yang sudah pun sarat. Bukan hanya dapat membeli belah secara tenang malah sambil berbaring di rumah pun, anda boleh memilih produk terbaik buat si manja yang bakal dilahirkan kelak. Barulah pemilihan dapat dilakukan dengan baik agar tidak tersalah pilih barangan yang tidak berkualiti tinggi. Semuanya di hujung hari.
Pilih Lokasi Setempat
Jika anda mahu merasai nikmat membeli belah bersama suami, memilih untuk mencari semua kelengkapan di satu tempat yang menempatkan kesemua barangan adalah satu tindakan yang cukup bijak. Dengan keadaan yang sarat ditambah pula dengan tenaga yang terhad, ibu hamil perlu mencari solusi terbaik. Tidak perlulah bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain, pameran barangan bayi atau baby fair ada jawapan paling tepat untuk menggambarkan kesemuanya. Terbaik!
Harga menarik, Similac Gold Plus 1.8kg (RM119.99) dan Similac Gold Gain Kid 1.8kg (RM112.99).
Rebut Tawaran Harga Rendah
Lebih bijak lagi saat anda dan suami mula mencari kelengkapan, buatkan pencarian dimana adanya pameran bayi yang menempatkan harga runtuh. Ambil peluang ini untuk menjimatkan perbelanjaan, barulah lebih banyak barang boleh dibeli buat si comel kesayangan. Satu hal yang anda perlu tahu, melalui pameran barangan bayi ini juga menempatkan pelbagai barangan bayi yang berkualiti tinggi namun ditawarkan pada harga paling berbaloi. Jadi inilah masanya untuk anda mengumpulkan stok yang ada. Jimat wang!
Jimat Perbelanjaan Bulanan
Berbelanja secara bijak ketika harga runtuh bukan hanya membolehkan lebih barangan diperolehi bahkan perbelanjaan bulanan juga dapat dikurangkan daripada kuantiti biasa. Pastinya membuatkan anda merasa cukup puas hati. Sudahlah dapat barangan yang disukai serta berkualiti, harga pula teramatlah jimat. Puas hati!
Tisu Pelembap Bayi Tesco Fred & Flo Moisturising Fragrance Free 2 x 80S (RM8.99) dan Pek Isian Semula Tisu Pelembap Tesco Fred & Flo Moisturising 2 x 150s pada harga RM9.99. Berbaloi!
Peluang Bandingkan Harga Dengan Produk Lain
Jika anda masih tercari-cari produk yang berkualiti tapi bersesuaian dengan anak kita, inilah masanya. Pilih produk anak kesukaan anda dan bandingkan harga dengan rangkaian produk yang lain. Pameran barangan bayi yang menempatkan pelbagai jenis produk serentak ini membolehkan anda membuat perbandingan harga dan kualiti. Inilah masa paling tepat. Jangan lepaskan peluang. Lebih berbaloi buat anda!
Jadi mengapa masih tertanya-tanya dan keliru, cari sebanyak mungkin informasi mengenai tawaran harga runtuh di internet. Paling berbaloi, menjimatkan masa dan paling penting menjimatkan perbelanjaan anda untuk menyambut insan tersayang. Barulah lebih banyak barang boleh dibeli. Di mana anda patut berbelanja?
Susu Dutch Lady serendah (RM18.99) sahaja.
Berbelanja Dengan Senang Hati Di Tesco Baby Fair
Jika anda merasakan membeli belah adalah cara yang begitu membahagiakan ketika menanti kelahiran, jangan lepaskan peluang untuk membeli segala kelengkapan anak di Tesco Baby Fair yang bakal berlangsung pada September ini.
Tesco Baby Fair yang bermula dari 24 September hingga 7 Oktober 2020 ini menyenaraikan produk bayi dan kanak-kanak paling berbaloi untuk dimiliki. Bukan itu sahaja malah 10 produk terpilih juga terdiri daripada produk berkualiti tinggi dan cukup serasi dengan kelengkapan dan kegunaan anak-anak anda.
Susu Tepung Pediasure OHT Vanilla 1.6kg dengan harga (RM138.99).
Selama tempoh dua minggu ini bukan hanya kesemua produk bayi ini diletakkan pada harga yang cukup murah bahkan terdapat penurunan harga dengan promosi barangan berkualiti tinggi bagi menarik perhatian pembeli. Jadi pembeli bukan hanya memiliki barangan kesukaan pada harga rendah bahkan rangkaian barangan berkualiti yang bakal di bawa pulang.
Dengan membeli barangan dengan harga yang lebih rendah juga membolehkan bil bulanan anda juga berjaya dikurangkan. Lebih jimat, lagi berbaloi!
10 Produk Superb!
Rangkaian 10 produk terpilih ini pastinya tidak menghampakan anda kerana menawarkan harga pada kadar yang sungguh hebat. Jangan lepaskan peluang untuk membeli beberapa susu terpilih seperti Anmum Essential, Pediasure, Similac Gain Kid Gold, Dutch Lady, serta tidak ketinggalan susu Enfagrow yang pastinya menjadi pilihan anda.
Susu Tepung Dutch Lady 1 hingga 3 dan 4 hingga 6 tahun ini didatangkan dengan perisa coklat dan juga madu yang menawarkan harga serendah RM18.99 satu pek. Susu Tepung Similac Gold Gain Plus 1.8kg pula ditawarkan pada harga RM119.99 sahaja seunit. Begitu juga dengan Susu Tepung Similac Gold Gain Kid 1.8kg dengan harga RM112.99 sahaja. Berbaloi.
Jika si kecil kesayangan anda penggemar susu Pediasure, jangan lepaskan peluang merebut tawaran harga paling berbaloi. Susu Tepung Pediasure OHT Vanilla 1.6kg hanya ditawarkan pada harga RM138.99 sahaja. Susu Tepung Enfagrow A+ 360DHA Complex Vanilla dan Asli tidak pernah mengecewakan apabila menawarkan harga dari (RM99.99 – RM125.99). Susu Anmum Essential Step 3 1.5kg juga tidak kurang hebatnya bila mana menawarkan harga serendah RM82.90 sahaja.
Paling menarik., kesemua jenis susu ini bakal menerima diskaun lagi sebanyak RM20 selepas pembelian dua pek (kecuali susu Dutch Lady). Amat berbaloi.
Cecair Pencuci Pakaian Antibakteria Tesco Fred & Flo 2L (RM7.99).
Tidak dilupakan juga beberapa produk lain seperti Lampin Pakai Buang Petpet yang menawarkan harga cukup rendah, RM27.90 pelbagai saiz, Lampin Pakai Buang Fred & Flo Tesco pula dengan harga (RM26.99) serta Tisu Pelembap Bayi Tesco Fred & Flo Moisturising Fragrance Free 2 x 80S (RM8.99) dan Pek Isian Semula Tisu Pelembap Tesco Fred & Flo Moisturising 2 x 150s pada harga RM9.99. Berbaloi!
Tidak ketinggalan juga Cecair Pencuci Pakaian Antibakteria daripada jenama sama, Tesco Fred & Flo 2L (RM7.99) yang pastinya berbaloi untuk dimiliki. Jangan lepaskan peluang!
Jadilah pengguna bijak dengan hanya memilih produk terbaik tetapi dengan harga jimat di Tesco Baby Fair nanti. Layari laman web rasmi Tesco https://bit.ly/2RzxRRA untuk mengetahui beberapa produk dengan promosi yang cukup hebat. Mahu lebih mudah, kunjungi sahaja Lazada (https://bit.ly/3bXO38w) dan Shopee ( https://bit.ly/2Rd9bhK) untuk berbelanja dengan lebih pantas bersama Tesco. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ingat tarikh 24 September ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.