Hari lahir mungkin dirasakan hari yang cukup istimewa dalam hidup namun pandangan setiap orang berbeza-beza. Bagi Angkasawan Negara , Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, hari lahir bagilah hanyalah sekadar hari. Tak perlu dipaksa dengan sebuah majlis dan keraian yang hebat bagi menyambutnya. Cukup sekadar ucapan ringkas tanda ingatan. Begitu pandangan seorang lelaki.
Namun bila mana kurang menggemarinya, bapa kepada empat anak ini terpaksa menyambutnya setiap tahun. Rupanya beliau berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak kembar kesayangannya, Adam dan Noah yang dilahirkan pada 27.7.2017.
Sambutan hari lahir Noah dan Adam di sekolah.
Beliau yang berkongsi gambar sambutan hari lahir anak kembarnya di instagram terpaksa redha bila mana terpaksa menyambut hari kelahirannya setiap tahun bersama kembar kesayangan.
Kongsinya di laman instagram miliknya,
Ads
Gambar – Sambutan Hari Ulang Tahun Di Sekolah. Adam & Noah dilahirkan pada 27.7.17 Jam 0905 dan 0907 pagi.
Manakala saya pula 27.7.72 – (tak ingat masanya) Hari lahir kami esok… Saya kurang gemar menyambut hari lahir walaupun hanya dengan kek. Bagi saya ia hanyalah sekadar hari. Tapi kini saya tak ada pilihan – saya terpaksa sambut bersama anak kembar lelaki saya malah juga setiap tahun..haha
Ads
Dalam pada itu, bapa penyayang ini juga sempat mengirimkan ucapan sempena hari lahir kedua-duanya. Ringkas namun penuh bermakna.
Salam Jumaat Everyone . Love As Always … PS – Happy Early Birthday Boys … May you be the best of Ummah … Amiinn …
Ads
Dalam pada itu, isteri dan ibu kepada Bella, Tasha, Adam dan Noah, Dr Halina Mohd Yunos turut mengirimkan ucapan buat suami tersayang menerusi instagram miliknya.
Happy birthday to the father of my children! @drsheikhmuszaphar ? I love you 3000. . P/s: I sanggup letak gambar I kantoi makan icecream berdiri sbb gambar you nampak extra handsome kat sini ? #pengorbananisteri
Cute!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kopi memang sedap dan menjadi kegemaran sesetengah orang. Nak minum tu tiada masalah, tapi untuk wanita yang hamil digalakkan untuk minum dalam kuantiti yang sedikit dan bersederhana. Apa-apa-apa pun dkalau amnil dalam kuantiti berlebihan pasti memudaratkan.
Doktor Izzat menerusi akaun Twitternya berkongsi mengenai sebab ibu hamil perlu hadkan pengambilan kafein 200mg setiap hari. Dia yang merupakan Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan berkata, pengambilan kafein berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kandungan, bayi boleh menjadi kecil dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan.
“Maka, saya suka nasihatkan ibu-ibu mengandung sekalian untuk elakkan sama sekali pengambilan kafein pada 12 minggu pertama kehamilan.” Selepas tempoh tiga bulan itu hadkan pengambilan kafein sehingga 200mg setiap hari jika anda tidak boleh hidup tanpa minuman berkafien.”
“Lagi bagus kalau ganti minuman-minuman berkafein ini dengan jus buah-buahan atau segala minuman yang telah di-nyah kafein ( decaffeinated drinks ),” tulisnya di Twitter.
Tapi perlu diingatkan juga, kafein tidak hanya ada dalam kopi. Kafein juga terkandung dalam makanan lain seperti teh, coklat, minuman tenaga, sesetengah ubat batuk dan selsema dan minuman cola.
“Ada options decaf version, boleh tukar jus buah. Better”
Semoga ibu-ibu hamil peka terhadap pengambilan kafein yang sepatutnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip berpantang bersalin czer, Mona Allen minta warga maya kongsi pengalaman. Mona Allen selamat bersalin anak keduanya pada 4 Jun yang lalu. Seperti ibu-ibu lain yang bersalin, sudah tentulah akan melalui tempoh berpantang. Begitu juga dengan Mona Allen, dia juga turut melakukan amalan berpantang.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Mona beberapa hari yang lalu, Mona bertanyakan cara-cara pantang, cara penjagaan, cara pemakanan, apa yang boleh, apa yang tidak bagi ibu-ibu yang bersalin secara caesarean.
Hantaran Mona dilaman Instagramnya mendapat banyak respon di kalangan warga maya. Ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing termasuk juga rakan-rakan artis.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya:
Untuk info, Mona dan suaminya, Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022. Manakala anak kedua mereka juga lelaki yang diberi nama Persia Pekin, dilahirkan pada 4 Jun lalu.
Khasiat susu ibu memang sudah terbukti sangat bagus. Ia juga antara antibodi yang terbaik untuk badan anak. Namun perjuangan untuk penyusuan ini akan mula diperlahankan setelah umur anak dah mula capai 2 tahun.
Bagaimanapun, bagi ibu yang rezeki susunya tak putus, pasti akan rasa tak sampai hati untuk memberhentikan penyusuan pada anak kerana rasa serba salah. Lagi-lagi anak dah biasa mengempeng.
Tapi anda kena tahu, jika dibiarkan dan tak dicuba dari awal, keadaan ini makin sukar. Berikut antara tips yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom.
Menurut Puan Nad, ibu mesti berjiwa kental. Bagi ibu yang ada anak lelaki dinasihatkan wean off (putus susu) secepatnya kerana diperingkat umur tertentu anak lelaki kecenderungan sifatnya dah semakin berubah. Risau akan beri kesan lain selepas itu.
TIPS WEAN OFF (PUTUS SUSU)
Ramai yang tanya saya tips ni. Kalau saya tak berjaya buat dengan Fatimah 6 bulan lepas, mungkin saya sendiri tak yakin nak kongsi. Saya mulakan awal dan berjaya lewat.
Selepas Fatimah berusia 2 tahun 3 bulan, saya cuba lakukan proses putus susu ini perlahan-pahan. Saya ambil masa berbulan-bulan juga untuk berjaya putus susu sepenuhnya.
Ada ibu yang cuma ambil masa beberapa hari sahaja. Tapi saya akui yang saya sendiri tak kuat. Jadi, setiap kali saya gagal dalam proses ini, saya akan mulakan proses ini semula.
Proses putus susu ni saya kira agak mencabar sebab melibatkan emosi ibu dan anak. Perlu dilakukan dengan berhemah agar emosi anak tak tercalar dan tangki emosinya dipenuhi dengan kasih sayang.
Antara 5 tips yang saya lakukan:
1. Beritahu anak dengan lembut dan jelaskan mengapa perlu putus susu.
Saya akan beritahu Fatimah yang Fatimah dah besar, dan tak perlu menyusu dengan saya lagi. Saya cuba beritahu setiap kali Fatimah buat permintaan nak menyusu.
2. Isikan tangki emosi anak
Nampak Fatimah kecewa bila diberitahu yang dia tak boleh menyusu dengan ibunya. Seolah dia akan hilang kasih sayang ibunya. Maka, saya gantikan dengan memeluk dan mendodoi dia setiap kali mahu tidur. Kami berpelukan erat sehinggalah Fatimah lena sendiri tanpa menyusu.
3. Alihkan perhatian anak
Beri dia aktiviti baca buku sebelum tidur atau bermain alat permainan yang menyeronokkan atau sesi bercerita setiap kali dia ingin menyusu. Dengan alihkan perhatian buatkan anak lupa permintaan nak menyusu tadi.
4. Ibu kena kuat mental dan emosi
Saya akui part ini saya sendiri tak kuat. Kali pertama saya nak putus susu dengan Fatimah, saya guna peppermint dan sapu di puting.
Fatimah terus ‘reject’ dan saya terkejut sebab tak sangka secepat itu. Saya rasa agak drastik dan memujuk semula Fatimah menyusu dengan saya. Memang payah bila cakap tentang emosi nak putus susu ni.
Selepas beberapa bulan, bila saya sudah bersedia, saya mulakan balik proses ini. Alhamdulillah saya dan Fatimah lebih bersedia walaupun kami ambil masa beberapa bulan juga untuk menjayakannya.
5. Kurangkan masa dan rutin memerah
Ini juga penting supaya ibu tak mengalami masalah bengkak susu yang teruk. Proses ini perlu dilakukan secara berkala beberapa bulan sebelum ibu nak berhentikan proses penyusuan.
Jika sebelum ni ibu biasa memerah 30 minit satu sesi, boleh dikurangkan kepada 15 minit untuk setiap sesi.
Selepas itu, ibu boleh kurangkan sesi memerah pula. Jika sebelum ini 5 kali sehari, boleh dikurangkan kepada 4 kali seterusnya 3 kali sehinggalah ibu yakin penghasilan susu sudah berkurang dan ibu tidak perlu memerah.
Tapi, perlu periksa selalu payudara sekiranya ada ketulan susu yang tidak disedari. Jika ada boleh buat hot compression dan urutan untuk mengatasi saluran susu tersumbat sebelum melarat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!