Setiap kali sesi persekolahan hampir bermula, ibu bapa mula berkira-kira — bukan tentang jadual kelas, tapi tentang kos. Dari uniform, kasut, beg, alat tulis hinggalah ke yuran PIBG dan bayaran tambahan lain, kos menghantar anak ke sekolah rendah hari ini bukan sedikit. Malah, menurut laporan FOMCA, purata perbelanjaan permulaan sekolah bagi seorang murid sekolah rendah boleh mencecah RM500 ke atas. Artikel ini mengupas isu ini dari kaca mata ibu bapa, serta bagaimana kita boleh mengurus tekanan ini dengan lebih bijak.
Kenapa Kos Sekolah Rendah Makin Tinggi?
Faktor
Penjelasan
Inflasi umum
Harga barangan keperluan sekolah turut naik selari dengan kos sara hidup.
Standard kualiti sekolah
Sesetengah sekolah menetapkan jenis uniform tertentu, kasut berjenama, dan buku aktiviti khas.
Aktiviti tambahan
Kelas tambahan, buku rujukan, alat bantu belajar semuanya tambah beban kewangan.
Lebih dari seorang anak
Bagi ibu bapa yang ada 2-3 anak sekolah rendah, kos berganda dan lebih mencabar untuk dikawal.
Apa Kesan Kepada Ibu Bapa?
Tekanan emosi: Rasa bersalah jika tak mampu sediakan semua keperluan anak.
Pengorbanan kewangan: Ada yang terpaksa potong belanja dapur atau ambil pinjaman mikro.
Perbandingan sosial: Anak merasa ‘kurang’ jika tak pakai barangan setanding rakan.
Bagaimana Ibu Bapa Boleh Urus Perbelanjaan Sekolah?
Beli awal & semasa promosi: Elak belanja tergesa-gesa di saat akhir.
Senarai semak keperluan penting: Fokus pada keperluan, bukan kehendak.
Guna semula barangan tahun lepas yang masih elok.
Beli di kedai borong atau kedai koperasi sekolah.
Kongsi sumber dengan komuniti ibu bapa — group WhatsApp boleh jadi tempat bertukar info & barangan.
Apa Bantuan Yang Ada?
Jenis Bantuan
Penjelasan & Faedah
Bantuan Awal Persekolahan (RM150)
Tahun 2025: Disalurkan oleh kerajaan kepada semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan keluarga.
Program Back to School oleh NGO/Syarikat
Inisiatif dari yayasan, bank, dan pasar raya yang menyumbang beg, pakaian dan alat tulis setiap tahun.
Sumbangan Komuniti Masjid/Surau & NGO Tempatan
Bantuan barangan atau tunai daripada masyarakat setempat dan pertubuhan kebajikan.
Diskaun / Skim Ansuran Barangan Sekolah
Potongan harga atau bayaran secara ansuran dari kedai barangan sekolah terpilih.
Program RMT dan Asrama
Belanjawan 2025: RM2 bilion untuk makanan asrama dan RM870 juta untuk RMT yang beri manfaat kepada 860,000 murid.
Perbandingan Kos Sekolah Rendah Dahulu & Sekarang
Komponen
Sekitar Tahun 2000-an
Tahun 2025 (Anggaran semasa)
Uniform sekolah lengkap
RM30 – RM50
RM70 – RM120
Kasut & stokin
RM20 – RM30
RM50 – RM90
Alat tulis & buku
RM50 – RM80
RM100 – RM150
Yuran PIBG dan lain-lain
RM10 – RM30
RM50 – RM100
Jumlah Anggaran
RM110 – RM190
RM300 – RM500+
Ads
Faktor peningkatan ini dipengaruhi oleh inflasi, kos pengeluaran, serta permintaan terhadap barangan berjenama atau berkualiti tinggi. Tambahan pula, menurut Belanjawan 2025, peruntukan sebanyak RM64.1 bilion diberikan kepada Kementerian Pendidikan — tertinggi dalam sejarah — dengan RM2 bilion dikhususkan untuk naik taraf sekolah, menunjukkan komitmen kerajaan dalam meringankan beban pendidikan.
Ads
Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Tentang Nilai
Ajar anak hargai apa yang ada, bukan banding dengan orang.
Tanamkan nilai kesederhanaan dan tanggungjawab.
Libatkan anak dalam proses membeli – tunjuk harga, bincang bajet.
Didik anak jaga barang dengan baik supaya boleh diguna semula.
Ads
Kos persekolahan mungkin tak dapat dielakkan, tapi cara kita menguruskannya boleh ubah tekanan jadi peluang mendidik. Dengan sikap bijak, jimat dan sederhana, ibu bapa boleh sediakan keperluan anak tanpa perlu berhutang atau rasa tertekan. Sekolah bukan tentang siapa paling mahal, tapi siapa paling bersedia untuk belajar. Jadikan setiap persiapan itu satu proses belajar — untuk anak, dan juga kita sebagai ibu bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak saya terlampau lasak, risaunya. Normal ke?” Mesti ada ibu bapa yang pening atau penat menguruskan anak yang lasak.
Nak menguruskan anak yang lasak ada caranya. Ikuti perkongsian ini.
Hampir setiap kali buka sesi Q&A, mesti ada soalan tentang ANAK LASAK.
Ada yang mengadu anak terlalu lasak tak berhenti-henti berlari, melompat, memanjat, baling-baling barang. Ada yang mengadu anak tak boleh duduk diam masa makan. Kalau makan kat luar, tak sah kalau nasi berterbangan di dinding restoran, dan di muka waitress. 😂
Ada juga yang mengadu anak terlalu kuat memanjat sampaikan semua benda dia nak panjat. Grill rumah, pintu pagar, sofa, dinding, peti ais. Dan ada juga parents yang terus jump into conclusion dengan melabel anak mereka hyperactive atau ADHD, tanpa sebarang usul periksa. 😑
So apa sebenarnya mindset yang betul dan apa yang kita boleh buat untuk handle anak lasak, tanpa perlu stress hari-hari terutama bila nasi berterbangan di restoran?
Sebelum tu, saya nak share dulu beberapa fakta menarik tentang anak lasak yang ramai parents tak tahu:
1) Anak lasak tergolong dalam kategori body-smart atau kinesthetically intelligent! Tapi mereka selalu disalaherti sebagai hyperactive / ADHD
2) Mempunyai energy yang sangat banyak dan badan yang kebal. Dalam erti kata lain, diorang ni mempunyai daya ketahanan badan yang luar biasa! Setakat terhantuk kat dinding, jatuh tangga, tersadung kat batu. Itu semua biasa.
3) Malangnya, mereka mungkin lemah dari segi self-control, dan mudah tantrum yang sukar dikawal.
4) Anak lasak / energetic sentiasa memerlukan sokongan emosi dan peringatan yang berulang-ulang untuk bantu build self-control mereka secara perlahan-lahan.
Okay now, macam mana pulak nak handle anak-anak buaihh ni?
These are some tips yang ibu bapa boleh cuba untuk handle anak lasak secara stress-free, tanpa membunuh fitrah mereka yang high-energy dah “super-active” tu.
1) AKTIVITI PERGERAKAN
Aktiviti yang melibatkan pergerakan amat penting bagi anak yang lasak. Ia bantu anak channel their excess energy dan release stress pada masa yang sama.
Tapi kalau parents bekerja dan tak banyak masa untuk keluar dengan anak-anak, provide some space khas untuk “energetic indoor games” kat rumah!
Mungkin boleh lapangkan satu bilik, dan jadikan bilik tu untuk anak melepaskan LASAK dan energy mereka. Letakkan beberapa ketul bantal, some big balls/balloons, some big boxes, some chairs, a ladder, bouncing tool, etc.
Biar banyak games yang anak boleh explore dalam bilik tu. Silap haribulan, korang pun join sekaki. 😂
Biar anak memanjat, melompat, berlari, pillow fight, tendang bola, main maze, wrestling, main perang-perang, main sorok-sorok, dan macam-macam lagi dalam bilik tu.
Lagi best kalau boleh pasang muzik masa anak2 tengah main tu. Let them dance and move away mengikut rentak muzik. Dan music sememangnya therapy bagus untuk active kids!
2) BERI TANGGUNGJAWAB
Bila anak dah ready, anda boleh mula “delegate” tugas-tugas mudah untuk anak. Contohnya siram pokok, sapu lantai, lap tingkap, susun barang, basuh kereta, basuh bilik air, etc.
Anak yang lasak sebenarnya sangat suka membantu kerja rumah yang memerlukan pergerakan, dan mereka sangat “hands-on” jika budaya ini diterapkan sejak awal.
Parents perlu beri kepercayaan kepada anak. Mula-mula ofkos banyak kesilapan anak dalam tugas yang diberi. Rilekkk, beri masa. Sooner or later, he/she will become your big helper!
Plus, inilah cara terbaik untuk kita bantu anak lasak channel energy ke arah yang betul, membentuk self-confidence dan self-control dalam diri mereka.
3) AKTIVITI SUKAN
Kebanyakan atlet-atlet hebat dunia, adalah seorang anak yang lasak dan mempunyai high energy pada masa kecilnya. In fact, some of them adalah hyperactive semasa kecil!
See how far sebenarnya anak yang lasak boleh capai dalam hidup mereka. Yang penting, kita ibu bapa jangan bunuh sifat energetic tersebut. Bimbing mereka dengan aktiviti yang betul.
Mana tahu anak lasak kita ni sebenarnya setanding Dato’ Lee Chong Wei, Pandelela Rinong, Azizul Pocket-Rocket satu hari nanti? Siapa tahu?
Kang kita jugak yang bergenang air mata bangga tengok anak capai ke tahap macam tu. 😌
4) LIMIT SCREEN TIME
Banyak kajian menunjukkan screen time yang berlebihan boleh membentuk sifat agresif pada anak. WALAUPUN CERITA YANG DITONTON LANGSUNG TIADA UNSUR GANAS.
Haa! Anak yang menonton TV, gajet atau video game berlebihan, didapati sukar mendengar arahan, sukar fokus, sering bertindak ganas dan tiada self-control yang baik.
Haa bayangkan jika anak kita yang energetic/lasak ni bertindak ganas. Lagi lah DOUBLE TROUBLE!
5) Allow them to get dirty sometimes.
Biarkan anak-anak lasak ini bermain hujan, main tanah, bergolek atas rumput, panjat pokok. As i told you earlier, anak-anak yang lasak sebenarnya mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi.
So parents chill je. Jangan paranoid sangat risau anak jatuh atau luka. Because they actually can manage the pain! Kalau nangis pun kejap je. Lepas 2-3 minit buat lagi!
6) Buat jadual rutin harian.
Anak-anak lasak susah nak tolerate dengan masa orang lain, dan kurang mampu untuk being flexible. Kerana itu, mereka memerlukan JADUAL.
Tetapkan jadual masa untuk mereka main lasak-lasak dan masa untuk mereka “bertenang” (tidur, makan, etc). Dan sentiasa ingat untuk be firm & consistent with the rules dan masa yang telah ditetapkan dalam jadual. It will be hard at the beginning, tapi lama-lama anak akan follow.
Dan pastikan setiap masa terluang yang ada dalam jadual, adalah untuk aktiviti fizikal yang bantu mereka burn energy!
7) Cari tadika/sekolah yang memahami keperluan energy anak.
Slow talk dengan cikgu mereka, untuk benarkan anak berlari setiap kali ada masa terluang atau bila ada gap between activities. KERANA MEREKA PERLUKANNYA.
Untuk anak-anak yang lasak, memaksa mereka untuk duduk diam selama berjam-jam adalah umpama penderaan terhadap mereka!
8. Alone time sebelum tidur.
Kebiasaannya anak perlu lebih tenang slightly before bedtime. So ini masa yang sangat sesuai untuk anda alone time dan berbual sebentar dengan mereka.
Kajian menunjukkan anak yang sentiasa dapat alone-time dengan ibu bapa, akan ada self-control yang lebih baik dan lebih mudah mendengar arahan berbanding anak yang jarang dapat alone-time dengan ibu bapa.
So pastikan setiap malam, anda attend setiap anak anda secara berseorangan, dan berbual dengan mereka sebelum tidur. Kalau anak ramai, mungkin boleh bergilir mengikut hari. Tapi pastikan setiap seorang dapat privilege tersebut.
9) Kurangkan gula dalam makanan dan minuman anak.
Kandungan gula yang banyak terutamanya dalam processed food, menyebabkan anak lebih energetic dan sukar dikawal. We are what we eat, kan?
Dan anak yang lasak sebenarnya memerlukan air kosong yang banyak untuk keep their body hydrated.
10) Provide anak dengan aktiviti setempat yang “hands-on”.
“Hands-on” activities penting bila kita perlukan anak untuk duduk diam sebentar. Contohnya waktu makan, di tempat awam, di kenduri, dalam kereta, etc.
Dan kalau boleh pastikan gajet is your last option. Dan pilih aktiviti yang membantu anak memerah otak dengan menggunakan ransangan fine motor skills dan intellectual skills mereka.
Contohnya plastesin, lego, blocks, buku mewarna, doodling, batik painting, simple science experiments, atau aktiviti memasak.
Or you can try Erasable Matching Game by Haikal’s Game Book yang dah berjaya bantu ramai anak2 “AKTIF” untuk duduk diam dan fokus dengan satu2 aktiviti.
Ketika anak melakukan aktiviti setempat seperti ini, kita juga sebenarnya boleh terapkan academic skills seperti identifying things / reading / counting / memorising.
Sekian 10 tips untuk hari ni tentang cara handle anak-anak lasak!
Remember, your energetic children is not necessarily being bad, they’re just naturally energetic! The trick is to channel that energy and get them to burn as much as possible in positive, productive ways.
So, good luck parents! Your energetic kids will make you proud someday, insyaAllah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri dengan harga murah boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak suka bermanja tu tak salah. Namun, adakala memang buntu dibuatnya bila anak terlampau manja dan mengada-ngada. Serba serbi nak ikut kehendak dan kemahuan dia. Seringkali juga terfikir adalah kesilapan dalam mendidik anak-anak, kekurangan skil keibubapaan menjadi punca anak berperangai begini.
Berikut merupakan perkongsian yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah. 3 sebab yang menjadi punca anak jadi manja mengada-ngada sebagai panduan bersama.
Anak-anak dilahirkan dalam keadaan pasrah dan tersedia untuk dibentuk. Manja dan mengada-mengada bukanlah sifat aslinya. Dia lahir bersih dari sifat-sifat itu. Kalau anak manja mesti ada yang memanjakan, kalau anak mengada-ngada mesti ada yang suka melayan kemengadaannya.
Namun manja tidak salah kerana melalui sifat manja dia bersedia menzahirkan emosinya yang ingin dibelai dan dikasihi. Anak yang manja ada potensi untuk dibangunkan kecerdasan emosinya, kita boleh sarankan dia meletakkan dirinya di tempat orang lain lantas memupuk empati diri.
Yang agak merisaukan adalah bila manja membawa kepada mengada-ngada, semoga saranan berikut dapat membantu ibubapa mengesan sebab kenapa anak-anak menjadi manja mengada-ngada tak dengar kata.
Ikut Cakap Anak
Kesannya anak merasakan suaranya mempunyai kuasa arahan dan ibu atau bapa WAJIB dengar arahan tersebut. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika setiap jeritannya dan tangisannya akan disusuli dengan kepatuhan ibu dan ayah. Apa sahaja yang dingini anak akan dituruti oleh si ibu atau si ayah.
Cara Terbaik: Biasakan anak sabar menunggu, di saat dia meminta sesuatu jelaskan padanya apa yang diingininya perlu melalui proses persediaan, kalau perlu terangkan langkah-langkahnya terangkanlah.
Contoh: Nak buat air susu; harus dimulai dengan mencari botol susu terlebih dahulu diikuti dengaan cuci dan rebus dalam air mendidih, perlu masak air dan jadikan suam kuku sebelum dicampur dengan susu.
Ada masanya libatkanlah anak dalam mana-mana langkah yang sesuai dengan tahapnya seperti mencari botol susunya, atau langkah terakhir menggoncang campuran susu dalam botol.
Serba Salah Nak Tegur Dan Tegah Anak
Perasaan ini menyebabkan anak rasa apa yang dilakukannya adalah ok. Diam kan tandanya setuju. Sedari kecil anak perlu diajar tentang apa yang salah dan apa yang betul, jika panjat meja adalah etika yang salah segeralah sampaikan maklumat tersebut pada anak, sama ada mengangkatnya turun dari meja atau kenalkan padanya tentang perbuatan itu salah atau beri alternatif aktiviti yang lain.
Anggap Anak Kecil Lagi
Anggapan ini menyebabkan kita ambil mudah potensi berdikari pada diri anak. Mengharapkan anak akan faham bila dewasa nanti dan mengambil alih potensi mandirinya akan menjadikan anak itu terbiasa jadi “tuan” serta tidak kenal keupayaan diri.
Anak yang biasa dengan kerja di rumah, diberi kepercayaan untuk mengurus dan membersihkan dirinya di samping ibubapa sebagai pemantau yang rapi, akan menjadi anak yang matang dan berjiwa pemimpin.
Semoga Allah pandang dan sayang usaha kita.
Sumber: Ustazah Isfadiah/ragamanak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Awas mama papa, cepat bertindak kalau anak mula tunjuk 8 tanda ini. Itu tanda anak sedang alami tekanan perasaan yang tinggi!
Tidak hanya orang dewasa, anak juga tidak terkecuali untuk mengalami tekanan perasaan atau stres. Cuma bezanya kanak-kanak tidak pandai untuk meluahkan. Jadi mama dan papa kena sentiasa perhatikan tanda-tandanya.
Jangan pandang remeh kalau anak mula menunjukkan masalah emosi ini. Ia jika ditangani dari awal boleh mengelakkan daripada mengganggu perkembangan anak dan menghalang nya untuk memaksimumkan potensi diri. Kalau stres, lama-lama badan pun boleh sakit!
Kajian yang dijalankan oleh Bruce McEwen, pakar neuroendocrinologist Universiti Rockefeller mendapati tindakan ibu bapa menyuruh si manja mengendalikan material yang tidak mampu diproses oleh otak mereka boleh menyebabkan kekecewaan dan tekanan apabila material tersebut gagal dikendalikan dengan betul. Ia akan meningkatkan stres si manja yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian hippocampus iaitu bahagian otak yang penting dalam pembelajaran dan daya ingatan.
Menurut Dr. Adelle Cadieux, pakar psikologi pediatrik Hospital Kanak-kanak Helen De Vos Children’s, Michigan, Amerika Syarikat, anak yang stres akan menunjukkan enam petanda ini;
Si kecil yang sedang tertekan akan menunjukkan masalah tingkah laku atau emosi yang tidak stabil seperti mudah marah atau merajuk hanya disebabkan perkara yang kecil. Mereka juga mudah menangis dan tangisannya sukar dihentikan seolah-olah menangis adalah satu tanda meluahkan perasaan.
Ada di kalangan kanak-kanak yang mudah mengamuk dan meragam jika kemahuannya tidak dituruti. Sikap suka menggigit, menendang, memukul, menumbuk, menjerit tanpa sebab juga salah satu ciri anak yang sedang tertekan emosi. Kesabaran mama dan papa sangat diperlukan dalam menangani situasi ini. Kemarahan dan tengkingan daripada anda hanya akan meningkatkan lagi tekanan perasaannya.
Perubahan pada rutin tidur iaitu sama ada anak kurang tidur, terlebih tidur atau sukar untuk melelapkan mata. Waktu tidur yang tidak menentu ini menyebabkan mereka resah dan kurang segar pada keesokan harinya.
Antara anda-tanda anak sedang tertekan ialah perubahan kepada seleranya-dia semakin berselera kepada makanan yang kaya karbohidrat dan makanan ringan. Ada juga yang kehilangan selera makan atau terlalu cerewet dalam bab makan. Malah ada yang akan hanya makan makanan kegemarannya sahaja dan enggan menyentuh makan makanan lain.
Anak tiba-tiba jadi aktif! Ada sahaja yang ingin dilakukan dan biasanya hal yang dilakukan berbahaya kepada dirinya. Lebih teruk lagi, kanak-kanak yang stres akan merosakkan barang yang dipegangnya.
Pada ketika dia sedang tertekan, secara tidak langsung tubuhnya memberikan reaksi atau simptom. Banyak masalah pada fizikal timbul seperti sakit perut, kembung perut, sakit kepala, cirit birit, sembelit, loya, sakit dada, degupan jantung yang laju sebelum melakukan sesuatu aktiviti, mulut kering dan kelihatan tidak bertenaga.
7. SUKAR FOKUS
Si kecil yang stres akan mengalami kesukaran untuk fokus. Dia akan jadi pelupa atau mudah terlupa sesuatu perkara, kurang sistematik serta gagal memberikan pendapat apabila diminta.
8.TIDAK BERMINAT UNTUK BERINTERAKSI
Anak yang tertekan tidak berminat untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan orang lain. Mereka akan lebih menyendiri dan merasakan kurang yakin pada diri sendiri.
MAMA & PAPA PERLU COOL!
Mama dan papa kena cool, jangan marah-marah. Buat lima perkara ini untuk mengurangkan tekanan yang dialami anak. Antara langkah yang boleh diambil ialah;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!