Asalnya, bayi kecil memang berminat dengan SEMUA benda: kotor atau tidak. Mereka akan kutip, jilat, cium, gigit, makan, peluk semua benda yang dijumpai dan dapat di capai.
KENAPA ANAK SUKA MAIN ‘BENDA KOTOR’?
Soalan utamanya, kenapa alam jadikan mereka berperangai begitu?: untuk belajar dan menjelajah dunia!
Saya senaraikan BEBERAPA CONTOH perkembangan mental yang berlaku di usia anak 0-2 tahun yang jadi bukti kepada perangai suka main segala benda ini:
1. Mulai usia 8 Minggu: Dunia Corak & Bentuk
Ramai anak mula cuba hisap, main dan tenung jari kerana anak baru sedar dia ada jari dan dia mahu kenal jarinya lebih lanjut. Sama juga bila anak mula minat fokus pandang wajah manusia bila di ajak berbual kerana wajah manusia berstruktur maka ia menarik untuk di lihat.
2. Mulai usia 12 Minggu : Dunia Perubahan Lancar
Anak suka meraba dan menyentuh muka, dada dan badan ibu ketika disusukan kerana otak dan ototnya telah punyai keupayaan mengkoordinasi arahan otak-pergerakkan anggota dengan lebih harmoni.
3. Mulai usia 19 Minggu: Dunia Kejadian
Anak menjelajah konsep ‘apa akan jadi seterusnya?’. Misalnya, ” Jika saya angkat kaki cukup tinggi, dapatkah ia mencecah muka saya?”.Lalu kita lihat ramai anak mula hisap jari kaki kerana baru kini dia dapat peluang kenal kaki.
4. Mulai usia 26 Minggu: Dunia Hubungan
Anak kaji kaitan sesuatu bau, bunyi atau gerakan dengan sesuatu kejadian atau objek. Misalnya, “Jika saya gigit mainan ini, adakah ia akan berbunyi?”
Ads
5. Mulai usia 37 Minggu: Dunia Kategori
Anak membuat pengkelasan kepada benda-benda yang ada di sekelilingnya. Misalnya, pisang akan penyek bila saya picit tetapi tidak lobak merah.
6. Mulai usia 75 Minggu: Dunia Sistem
Anak sedar komponen yang membentuk sesuatu sistem. Misalnya sistem keluarga saya terdiri dari : saya, ibu, ayah, kak long dan comel si kucing. Anak akan ambil masa mengenali setiap komponen dengan lebih dekat melalui proses bersosial sehingga anak tahu: wajah, suara, barang kepunyaan, nama panggilan dan perangai setiap ahli keluarganya.
***Alam menetapkan anak WAJIB TERTARIK, BERMINAT DAN ADA SIFAT INGIN TAHU terhadap setiap perkara dan benda yang wujud di sekelilingnya, untuk MEMBOLEHKANNYA TAHU BAGAIMANA MENJADI MANUSIA.
Dan ya, setiap benda dan elemen yang wujud di sekeliling anak datang bersama kuman. Hatta udara yang merupakan elemen terpenting manusia.
Disinilah kehebatan Tuhan itu jadi sangat nyata. Pada akal manusia, kita merasa anak manusia perlu sentuh, gigit, kunyah dan jilat benda untuk kenal benda semata-mata. Dalam masa yang sama, manusia jadi takut bila memikirkan banyaknya kuman yang wujud di merata-rata. Hem…macam mana ni?
Ads
Namun pada Tuhan yang bijaksana, sentuh, gigit, kunyah dan jilat benda itu bukan semata-mata untuk kenal benda. Tetapi MEMANG bertujuan supaya anak manusia dapat jilat, telan dan sekaligus makan kuman yang wujud pada semua benda itu.
Kuman ada di mana-mana. Dan, YA, anak kecil perlu ‘makan’ kuman. 😮
Pendedahan kepada kuman meningkatkan daya ketahanan sistem imun anak. Bila badan anak di jangkiti oleh sejenis virus spesifik, badannya akan mengkaji virus dan menghasilkan antibodi yang mampu melawan virus tersebut. Maka,di lain kali anak terdedah kepada virus yang sama, badannya boleh melawan virus tersebut tanpa anak dijangkiti.
Kajian pada 2016 mendapati kadar asthma yang rendah di kalangan anak-anak Amish yang tinggal di ladang , dimana ladang merupakan salah satu tempat kaya mikrorganisma.
Manakala kajian pasukan saintis Swedish ke atas 300, 000 kanak-kanak mendapati, kanak-kanak yang menjilat puting tiruan yang terjatuh mempunyai kadar alahan, asthma dan eczema yang rendah berbanding kanak-kanak yang di cuci putingnya. (Professor Gilbert, co-author of “Dirt is Good: The Advantage of Germs for Your Child’s Developing Immune System”)
Kajian inilah yang telah menyangkal dakwaan bahawa makanan yang terjatuh harus di buang kerana mikroorganisma akan menghinggapi makanan yang terjatuh dalam tempoh beberapa milliseconds. Sebenarnya, yang perlu di ambil kira ialah TEMPAT JATUHnya makanan tersebut. Jika tempat jatuh itu di yakini bersih, maka tiada masalah untuk kita memakan makanan tersebut.
Ads
Sebagai seorang Muslim, fakta ini terus mengingatkan saya kepada saranan junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya makanan yang jatuh di kutip lalu di makan atau di simpan jika diyakini masih bersih. Saranan baginda telah pun wujud bertahun lamanya sebelum kajian dibuat oleh mana-mana saintis.
Bukanlah bermaksud kita perlu sengaja cari penyakit dengan mendedahkan anak kepada virus untuk menguatkan sistem imunnya. Sifir asasnya: usah sengaja hidup sebagai pengotor namun tak perlulah keterlaluan mengawal kuman sehingga ke tahap sentiasa dalam kerisauan.
Benarkan anak menjadi manusia normal yang menikmati hidupnya. Budayakan hidup mereka dengan disiplin kebersihan asas itu mencukupi: kerap mencuci tangan, mandi setiap hari, minimumkan hubungan dengan ahli keluarga yang sakit serta membersihkan rumah secara berkala.
Ketakutan melampau ibubapa sehingga menyekat naluri semula jadi anak bukan saja membantutkan pembelajarannya. Mensterilkan anak dan rumah setiap masa ibarat hospital menyumbang kepada ‘hyper sensitised immune system’ anak yang bakal membuka jalan kepada menghidapi elergik dan masalah ‘neurodevelopmental’ (sistem saraf).
Keluarlah bermain hujan, lopak, lumpur, rumput, tanah, batu kecil dan pasir. Usahlah risau dengan anak yang menghisap jari dan mengorek hidung. Tak perlu takut membiar anak mengusap kucing dan mengejar ayam hingga ke reban. Tak perlu menjerit panik melihat anak mengutip objek di lantai. Biarkan anak bermain dengan makanannya. Lepaskan anak menikmati penjelajahannya. Alam ada cara melindungi mereka lebih dari yang ibubapa boleh bayangkan.
Sumber:
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rugi sungguh bila mak ayah tak ambil berat mengenai tidur anak. Jika anda tahu kepentingan ini, seboleh-bolehnya anda akan cuba pastikan anak dapat tidur secara konsisten dan berjadual sejak awal lagi.
Menerusi perkongsian Dr Redza Zainol, otak anak berkembang dengan baik bila tidur mereka cukup dan berkualiti.
Di Klinik Perkembangan Kanak Kanak (Children Developmental Clinic), ramai mak ayah mengeluh dan mengadu pada saya yang mereka menyesal tak jaga masa dan kualiti tidur anak sejak kecil.
Ni saya kongsikan tempoh masa tidur anak seperti yang disaran oleh United Kingdom National Health Service (NHS).
Umur seminggu
Siang : 8 jam
Malam : 8 jam 30 minit
Umur sebulan
Siang : 6-7 jam
Malam : 8-9 jam
Umur 3 bulan
Siang : 4-5 jam
Malam : 10-11 jam
Umur 6 bulan
Siang : 3 jam
Malam : 11 jam
Umur 12 bulan
Siang : 2 jam 30 minit
Malam : 11 jam
Tip supaya anak mudah tidur.
suramkan atau tutup lampu dalam bilik tidur anak. Ia akan bantu bina hormon tidur iaitu melatonin.
Bila anak mula naik atas katil, boleh bacakan buku untuk anak atau anak baca buku sendiri dalam keadaan senyap.
Mandi dengan air suam boleh bantu anak lebih tenang dan bersedia untuk tidur.
Elakkan simpan tablet/laptop/TV dalam bilik tidur anak.
Cas semua bateri gajet di bilik lain (bukan bilik tidur anak).
Galakkan anak untuk berhenti guna gajet sejam sebelum waktu tidur.
Pengaliran udara dalam bilik anak mestilah dalam keadaan baik dan suhu bilik antara 18-24C.
Ada kajian dibuat, anak yang tak cukup tidur bukan saja bermasalah dari segi nak beri tumpuan semasa belajar, tapi mereka juga berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesiti dan kemurungan.
Nak jaga masa tidur anak ni percuma saja. Tak perlu keluar duit banyak-banyak untuk beli produk itu dan ini.
Bantu saya #sebarkan, supaya lagi ramai mak ayah yang tahu.
Jemput follow FB saya, Redza Zainol supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak menarik secara percuma.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar dedahkan anak kembarnya kepada 8 aktiviti ini semasa mereka berusia 2 minggu sehingga 4 bulan. Bagus untuk merangsang bayi dari awal kerana ia membantu bayi untuk meningkatkan tumpuan bayi, sifat ingin tahu dan kekuatan fizikal.
Gambar terkini Adam (kiri) dan Noah (kanan) pada usia 9 bulan
Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama Malaysia juga merupakan pakar bedah ortopedik. Jadi sudah dia tahu tentu perkara yang dilakukan kepada bayi-bayinya tidak akan memudaratkan mereka. Berikut adalah antara aktiviti yang dilakukan;
#1MENIARAPKAN BAYI PADA USIA 2 MINGGU
Melatih Adam merangkak pada umur 2 minggu
Adalah penting untuk mempunyai banyak tummy time pada bayi baru lahir. Saya memulakan tummy time pada anak-anak saya selepas kelahiran termasuk anak-anak perempuan. Ini akan menguatkan belakang dan leher mereka. Bayi baru seperti kura-kura di mana mereka tidak suka diterbalikkan.
Semakin kuat mereka menjerit semasa tummy time lebih baik kerana ia mengembangkan paru mereka.
Juga merangsang refleks cahaya mereka – sebagai bayi yang baru lahir hanya dapat melihat hitam & putih pada masa ini.
Juga merangsang refleks Babinski mereka – yang akan membantu bayi berjalan pada usia yang lebih awal.
Saya teringat Bella mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pada tujuh bulan yang merupakan pencapaian. Bagi anda yang mempunyai bayi baru lahir, masih belum terlambat untuk anda memulakannya.
Flashcards (kad imbasan) dengan kembar Adam di sebelah kanan saya dan Noah di sebelah kiri saya. Saya menikmati bonding time saya dengan bayi-bayi sayadengan menunjukkan flashcards kepada mereka.
Kad imbasan gambar haiwan, bentuk atau nombor baik untuk rangsangan otak. Saya dapati kanak-kanak lelaki menjadi peka dan fokus apabila gambar ditunjukkan kepada mereka. Mereka juga sering tersenyum dan tersenyum ketika gambar kegemaran mereka muncul. Adam suka ikan sementara Noah sukakan burung. Seorang ayah tidak boleh bersaing dengan bonding time antara ibu dan anak semasa menyusu.
Oleh itu, waktu bermain adalah masa yang terbaik untuk kami seperti flashcards, masa mandi, menukar lampin dan jtidur.
Letakkan pipi anak pada dada anda untuk sentuhan kulit maksimum.
Teknik flashcards untuk bayi baru lahir Seperti yang anda dapat lihat Adam & Noah sangat waspada melihat gambar-gambar. Cuba lakukan dengan persekitaran yang tenang dan cahaya terang.
Tunjukkan flashcards anda pada kadar yang pantas sejak bayi yang baru lahir mempunyai rentang perhatian yang sangat pendek.
Bercakap dengan kuat dan jelas.
Berikan pelukan besar sebaik sahaja anda selesai.
Ulangi latihan ini 5 kali sehari dengan flashcards yang sama sekurang-kurangnya seminggu.
Anda juga boleh membuat flashcards anda sendiri dengan mencetak gambar-gambar tersebut.
Mulakan dengan warna hitam & putih dan secara beransur-ansur ke warna.
Pada usia 2 bulan, bayi akan cuba bercakap dengan anda tetapi mereka tidak tahu bagaimana. Jadi mereka menangis yang satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengan anda.
Bayi menangis untuk 5 alasan iaitu menangis bernada tinggi untuk kolik atau sakit, menangis bernada tinggi kerana lapar, menangis bernada pertengahan untuk lampin basah dan berasa tidak selesa, nada rendah jika mereka mula merasa bosan dan mungkin sedikit tinggi ketika mereka mahu tidur. Tetapi sudah tentu setiap bayi berbeza.
Adalah penting untuk membezakan setiap tangisan untuk dihadiri dengan segera kepada keperluan anak anda. Tetapi ada kalanya ibu bapa keliru dengan tidak tahu apa yang mereka mahu.
Biarkan bayi bercakap dan jangan mengganggu. Cuba elak menggunakan ‘baby talk’ dan jangan gunakan puting kerana ia mengehadkan keupayaan mereka untuk bercakap.
Tummy time Si kembar pada 3 bulan mempunyai kawalan leher yang kuat kini dan merasa selesa apabila tummy time.
Adalah penting untuk meluangkan masa sebanyak mungkin untuk tummy time kerana ia tidak hanya menguatkan leher dan belakang tetapi juga paru-paru. Kini tiba masanya untuk menggalakkan mereka merangkak. Pastikan anda meletakkannya di atas permukaan bergeseran – seperti yang kami beli ini supaya mereka boleh mendorong perlahan-lahan menggunakan jari-jari kecil mereka.
Galakkan mereka bergerak ke depan dengan duduk di hadapan mereka dan bertepuk tangan dan memanggil nama mereka.
Juga gunakan pakaian tanpa lengan dan pendek supaya ia tidak mengganggu pergerakan mereka. Anda juga boleh meletakkan telapak tangan anda di bawah kaki mereka untuk membantu mereka dalam proses untuk menolak ke hadapan. Pada usia 3 bulan ialah masa terbaik untuk bermain dengan mereka.Jangan tunggu bayi berusia 6 bulan baru nak bermain dengan bayi kerana pada masa itu, bayi akan merangkak ke seluruh rumah dan keadaan akan kelam kabut.
Merangkak semasa 3 bulan Saya telah memulakan latihan kembar untuk merangkak ke hadapan. Seperti yang anda lihat Noah sedang menggunakan jari kaki untuk menolak dan kakinya mula bergerak dalam corak bersilang.
Adalah penting untuk mempunyai permukaan licin tetapi bergeseran bagi mereka untuk menolak ke hadapan.
Memakai pakaian yang sesuai supaya tidak menjadi licin untuk memudahkan pergerakan. Lakukan teknik ini 3-5 kali sehari selama mungkin.
Tidak mengapa sekiranya mereka menangis kerana kadang-kadang menangis diperlukan untuk meningkatkan tekanan perut mereka untuk membantu pergerakan.
Berhenti, peluk dan memuji jika mereka menangis semakin kuat kerana mereka mungkin rasa tidak selesa.
Kembar pada 4 bulan Adam & Noah kini berada di usia di mana mereka hanya ingin bergerak bukan hanya berbaring seperti kura-kura terbalik. Mata mereka terus belajar di sekitar mereka, lebih peka, kaki mereka menendang secara beransur-ansur, merespon dengan senyuman ketika nama mereka dipanggil termasuk mengenali wajah dan ingin merebut sesuatu, merangkak hingga jarak satu kaki dan menterbalikkan bawan yang merupakan tanda-tanda perkembangan yang baik. Alhamdulillah.
Ibu bapa boleh menggandakan usaha kepada mereka. Sekarang kita mula memberi tumpuan kepada; 1. Fashcards perkataan 2. Pergerakan mengimbang badan 3. Duduk tidak disokong 4. Aktiviti menguatkan cengkaman 5. Lebih banyak masa merangkak
Pada umur 4 bulan kita telah menukar kad flashcards dari titik hitam dan putih, nombor-nombor kepada perkataan berwarna merah yang besar.
Kami melakukannya dalam pelbagai topik seperti negara, bendera, mamalia dan sebagainya tetapi minggu ini saya telah memilih warna.
Aktiviti ini bukanlah untuk bayi memahami kata-kata tetapi sebaliknya mencatatkannya dalam ingatan mereka yang akan membantu mereka untuk mengenal pasti perkataan pada kemudian hari.
Kami mengamalkan teknik ini kepada gadis-gadis dan Bella mula membaca pada usia 3 tahun dan Tasha berumur 3.5 tahun yang kami gembira ….
Saya melakukan flashcards yang agak pantas kerana rintangan perhatian mereka yang singkat tetapi yang penting adalah kanak-kanak lelaki dapat memberi tumpuan dan teruja melihat flashcards.
Lakukan ini dua kali sehari selama seminggu dan tukar topik setiap minggu apabila bayi bosan dengan cepat
Kelas mini saya Bayi kembar saya kini boleh duduk di 4 bulan dan saya telah memulakan kelas mini saya dengan mereka.
Selain flashcards saya menggunakan buku bayi untuk merangsang mereka.
Mereka mula menggunakan jari mereka untuk menggenggam dan memegang mainan.
Mereka juga menjadi lebih peka dengan persekitaran terutama apabila anda membawa mereka keluar.
Dan apabila anda mengajar, jangan gunakan bahasa bayi tetapi dengan suara yang kuat yang akan membantu mereka kemudian.
Saya juga mempunyai kelas mini saya dengan gadis-gadis pada waktu malam selama satu jam setiap hari untuk Matematik & Bahasa Inggeris. Selagi anda melakukannya dengan senang hati, anak-anak suka mempelajari perkara-perkara baru.
Trend ibu bapa sekarang merakam momen bayi untuk dijadikan kenangan dan kebanyakannya menganggap gambar inilah yang akan dilihat apabila anak-anak besar.
Baru-baru ini, anak penerbit Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah berkongsi beberapa keping foto ketika sesi fotografi bersama anak sulungnya, Tun Alayna Zeeya.
Gambar-gambar menarik sepanjang sesi penggambaran itu dikongsikan oleh Julia menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Bertemakan Snow White, The Barbie Edition, Woodling Creature Series sesi fotografi itu mendapat khidmat jurufoto terkenal Camora Arts Official.
“After multiple attempts at fighting, at last tewas juga. Kesian anak mama,” tulis Julia.
Perkongsian itu mendapat pujian daripada pengikut yang rata-ratanya menyifatkan Alayna kelihatan comel beraksi di depan kamera.
Malah ada segelintir netizen mengatakan Alayna seakan patung.
Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Pasangan ini menerima cahaya mata sulung pada 14 Jun lalu.
Dalam posting instagram Ziela Jalil, dia sangat bersyukur kehadiran Alayna ini. Alayna ibarat penyeri dalam keluarganya
Syukur diatas kurniaanmu ini Yaa Rabb, penyejuk hatiku, penawar kehidupan ini, semoga membawa cahaya kegembiraan pada semua hamba Allah yang memandang dan dekat dengannya, berjayalah cucuku ini dengan ilmu dunia dan akhirat dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara, Aamiin Yaa Allah Yaa Mujib
Sumber: ig Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.