KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.
Dalam kenyataan, KPM berkata, Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan bermula 2, 3, 4 dan 5 Disember, manakala Ujian Amali Sains pula bermula dari 9,10 dan 12 Disember ini.
KPM Umum Tarikh Sebenar SPM 2024, 2 Disember Ujian Bertutur Bahasa Melayu Bermula
“Ujian Bertutur Bahasa Inggeris akan bermula 16,17,18, dan 19 Disember; Ujian Mendengar Bahasa Melayu (31 Disember) dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (31 Disember).
“Ia akan disusuli Peperiksaan Bertulis yang akan berlangsung pada 2 Januari hingga 6 Februari 2025,” kata kenyataan itu, hari ini.
Seramai 402,956 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 3,337 buah pusat peperiksaan seluruh negara.
Manakala 126,636 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.
KPM mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang SPM 2024 berlangsung.
“Jadual waktu SPM 2024 boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.
Ads
“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM 2024,” maklum kenyataan itu.
Dalam pada itu, KPM turut memandang serius berhubung keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang SPM.
Kata mereka, pihaknya sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan.
“Calon dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana.
Ads
“Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara,” ujar kenyataan tersebut.
Akhir sekali, KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan SPM 2024 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Pihaknya mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera.
Terkuburlah impian seorang lelaki untuk bergelar ayah apabila isterinya mengalami komplikasi ketika bersalin dan bayi mereka meninggal dunia. Tambah menyayat hati apabila isterinya juga ‘tewas’ semasa melahirkan anak.
Kisah sedih ini dikongsikan oleh Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng, tentang pengalamannya menguruskan jenazah seorang wanita dan bayinya kerana bersalin di rumah.
Risau kerana tidak mempunyai duit yang cukup untuk ke hospital, lelaki tersebut membenarkan isterinya untuk bersalin di rumah. Malang tidak berbau, wanita tersebut mengalami kesukaran semasa bersalin yang menyebabkan kematian dia dan si bayi.
Inilah perkongsian Uncle Kentang.
HATI SAYA ROBEK….MELIHAT JENAZAH BABY DAN MAK KAKU ….. HANYA KERANA TIADA DUIT UNTUK BERSALIN DI HOSPITAL…
Suami hanya sewa bilik RM 250 sebulan. Merantau ke Malaysia…. kerja sebagai welder… gaji tak seberapa…. nak bawa isteri bersalin di hospital perlu banyak duit…. akhir nya terkorban baby dan mak…. mati dalam masa bersalin…. baby pun meninggal dunia…. mak dan baby… sedekah lah doa doa yang baik untuk mereka berdua…
WAHAI ORANG SEBERANG… JANGAN TAKUT… JANGAN KHUATIR… PERGI BERSALIN DI HOSPITAL…. KAMI MALAYSIA TAK BUSUK HATI…. TAK KAN DOKTOR HALAU KAMU DARI HOSPITAL ….. JANGAN BIMBANG SANGAT…. kami manusia bukan haiwan…. kami ada hati… doctor pun ada hati…
Malaysia pun ada hati…. jangan terkorban begini sahaja… hari ini saya akan uruskan kedua dua mereka Bersama ayah mereka…. saya akan jumpa ayah nanti….. semoga kamu berdua di tempatkan di syurga… Bersama sama mereka yang beriman….. Kami doakan yang terbaik……..anak dan suami mu kami akan bantu untuk meneruskan perjuangan hidup…saya akan bantu, kami akan bantu… REST IN PEACE.
Sedihnya perkongsian Uncle Kentang ini. Bagaimana seorang suami yang buntu, risau tidak cukup duit untuk ke hospital menyebabkan isteri dan anak mereka meninggal dunia. Semoga kedua-dua mangsa di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan urusan waris yang ditinggalkan dipermudahkan.
Saksikan video yang menyayat hati ini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang guru di laman Facebook meluahkan rasa kecewanya apabila masalah murid sekarang yang bersikap malas di sekolah malah semakin menjadi-jadi dan membimbangkan.
Menerusi perkongsiannya, akui guru itu, Lenna K Joseph, murid zaman ini mempunyai kepandaian IQ yang tinggi namun sikap tidak ambil peduli dan malas belajar hingga mensia-siakan peluang untuk berjaya.
“Masalah murid zaman sekarang adalah bukan sebab mereka tak pandai tetapi sebab mereka malas dan sikap tak peduli. Cikgu buat lah lesson plan macam mana pun, kalau murid itu malas, tetap juga tak guna.
“Kalau alasan nak cakap buat sesi pembelajaran berasaskan kuiz, tak semua sesuai lagi-lagi topik penulisan. Tak akan setiap masa nak suruh main kuiz sahaja” luah cikgu tersebut.
Cikgu Lenna turut menjelaskan bahawa ada juga segelintir ibu bapa yang bersikap tidak mengambil kisah mengenai pembelajaran si anak.
“Lebih mengejutkan, ada segelintir ibu ayah yang tak ambil kisah tentang pembelajaran anak-anak. Terlalu manjakan sangat sampai biarkan anak gagal.
“Namun tetap bersyukur sebab tak semua ibu bapa perangai macam ini. Ada yang betul-betul ambil berat terhadap pembelajaran anak-anak mereka.
“Zaman saya dulu, menjelang tahun 6 dah tahu format penulisan surat rasmi, surat tidak rasmi, tulis laporan, tulis cerita, tulis syarahan dan lain-lain,” ujarnya.
Tambahnya lagi, segala ilmu yang diajarkan di dalam kelas tidak diterapkan ketika menjawab peperiksaan. Apa yang lebih membuatkan beliau kecewa apabila anak murid hanya menjawab ‘zip’ yang ditulis berulang kali sehingga penuh ruangan jawapan tersebut.
“Seminggu sebelum peperiksaan saya dah ajar contoh ayat kunci untuk dapat markah. Tetapi bila jawab ujian, satu ilmu yang saya bagi tak ada dalam jawapan. Kecewa sangat!,” luahnya.
Perkongsian cikgu itu dibanjiri komen warganet yang turut terkejut melihat jawapan pelajar tersebut. Rata-rata memberi cadangan agar murid itu diberikan sesi kaunseling.
Wanita sangat sensitif dengan fizikal mereka. Baik kurus mahupun gempal, sebaik-baiknya soal ini jangan dijadikan satu bahan ejekan. Biarpun mereka nampak tenang, tapi sebenarnya ia memberi impak kepada perasaan mereka. Dek kerana usikan yang kononnya hanya gurauan itu sebenarnya telah banyak menjadikan orang lain menjadi murung.
Ada wanita sanggup makan ubat kurus, telan pil pelangsingan atau minum jamu yang tidak diketahui keberkesanan dan keselamatannya semata-mata kerana mahu tampil kurus. Risau suami cari yang lain, takut suami ‘hilang selera’. Sebuah artikel di portal Tech Explorist mengatakan, suami yang mempunyai tubuh gempal sangat bahagia kerana faktor-faktor tertentu.
Tahukah anda, sebuah kajian yang dijalankan oleh UNAM’S Department of Pychology mendapati lelaki yang terlibat dalam perhubungan dengan wanita berisi dikatakan 10 kali lebih bahagia?
Pandai Selesaikan Masalah
Dalam kajian tersebut, ketika ditanyakan kepada para responden, mereka memberitahu biasanya wanita yang berbadan gempal ini lebih mudah mencari penyelasaian kepada sesuatu masalah kerana kemahiran kendiri yang lebih baik.
Mudah Terima Perubahan, Jenis Tak Kisah
Mereka juga dikatakan mudah untuk menerima sebarang perubahan dalam kehidupan. Rupa-rupanya inilah yang menjadi punca mengapa pasangan mereka dapat hidup lebih lama! (sudah tentu dengan ketentuan Tuhan juga kan?)
Tambah menarik, para responden dalam kajian itu turut memberitahu kebanyakan pasangan mereka jika mempunyai tubuh yang lebih besar mudah melahirkan anak. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan selalu tersenyum. Keputusan hasil kajian tersebut sememangnya memeranjatkan, tetapi penting untuk kita ingat, cinta sejati sebenarnya tidak mengenal bentuk fizikal seseorang. Ya kan?
Sebenarnya, normallah jika seorang isteri itu risau tubuhnya besar. Katanya hilang seri dan selalu sakit-sakit kakilah, badanlah. Sebagai suami yang penyayang dan sentiasa menyokong keadaan isteri anda, salurkan aura positif kepada mereka.
Suami, Tunjuklah Rasa Sayang Anda Pada Mereka. Tak Susah Pun!
Tunjukkan yang anda ambil berat – Jika isteri bercerita atau berkongsi tentang kerisauan tentang bentuk badannya, pastikan anda bersikap terbuka dan menjadi pendengar yang baik. Sentiasa prihatin dengan apa yang mahu dia katakan.
Jauhi pengaruh jahat – Andainya isteri anda ditanyakan tentang bentuk badannya dengan cara yang kurang sesuai atau memalukan, segeralah ambil hati mereka. Jauhkan mereka dari sebarang pengaruh yang akan menggalakkan mereka untuk buat perkara-perkara yang tidak patut.
Bersenam bersama – Kalau isteri ada hasrat mahu mula bersenam, janganlah dikecam. Untuk menyokong niatnya itu, anda boleh bersenam dengannya. Sekurang-kurangnya apabila dia melihat kesungguhan anda menyokong, isteri akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti kecergasan itu.
Pujilah selalu – Lumrah seorang wanita, sukakan pujian. Apa lagi dari suaminya. Banyakkan memuji dan memberi kata-kata positif kepada isteri anda. Buat dia rasa dihargai dan tidak malu berhadapan dengan orang lain.
Pilih diet – Diet yang baik adalah jika ia baik untuk kesihatan dan tidak terlalu berat. Jika isteri mahu melakukannya, pastikan anda sama-sama membuat carian maklumat tentang diet terbaik yang boleh isteri anda cuba dalam usaha menurunkan berat badannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena sambutan Hari Guru, bukan sahaja ucapan Fazura yang mencuri perhatian peminat di Instagram, malah gambar comel anaknya, Fatima turut menjadi bualan ramai!Dalam perkongsian...