Datin Anne Ngasri kongsi kegembiraan pencapaian SPM anak – “Mama bangga dengan ‘result’ SPM Warits.” Datin Anne Ngasri berkongsi kegembiraan dengan kejayaan yang diraih anaknya, Abdul Warits Abdul Wafi dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Datin Anne Ngasri Kongsi Kegembiran Pencapaian SPM Anak
Keputusan SPM baru sahaja diumumkan. Ramailah ibu bapa yang berkongsi kejayaan anak masing-masing. Seperti juga ibu bapa yang lain, Anne atau Nasriah Ngasri, 40, turut berkongsi kegembiraan di Instagramnya. Beliau menulis kata-kata ucapan yang bermakna kepada Warits serta semua pihak yang membantu kejayaannya.
Perkongsian Datin Anne Ngasri tidak terkecuali dalam meraikan keputusan anak sulungnya, Abdul Warits.
“Mama Bangga Dengan ‘Result’ SPM Warits”
Alhamdulillah Syukur padaMu Ya Allah. Mama sgt bangga dengan result SPM Warits.
Terima kasih kepada semua yang ada saat perjalanan membesarkan @imwarits terutamanya Papa Sumali, keluarga, guru-guru hebat serta sahabat-sahabat terutama teman-teman Warits yang mendorong kejayaannya….
Ads
Turut terharu melihat kejayaan anak-anak lain juga….Terima kasih atas doa semua…
Menjengah ke ruangan komen, selain ucapan tahniah daripada warga maya, tidak kurang juga yang memuji penampilan dua beranak itu yang dikatakan seperti kakak dan adik. Rakan-rakan artis juga tidak terkecuali meninggalkan komen.
Berikut antara jejak-jejak komen di laman Instagram Datin Anne Ngasri.
Wajah terbaru anak kesayangan pasangan selebriti Harris Annuar dan Acha Merican, si comel Aura Medina dikatakan presis seperti anak mat salleh.
Muncul di Instagram kedua ibu dan bapanya, penampilan Aura Medina sememangnya cukup comel bak puteri cilik. Tak hairanlah ramai yang memuji kecomelannya.
Lagi-lagi bila anak kecil ini muncul dalam beberapa persalinan dalam satu sesi fotografi. Paling menarik perhatian pastinya penampilan Aura Medina dengan persalinan gaun putih yang diletakkan di atas kerusi berdekatan piano.
Berkat agahan dan usaha keras kedua ibu dan bapanya, wajah comel Aura Medina berjaya dipotretkan dengan cukup sempurna.
“Inilah hasil setelah dua ekor beruk terkinja-kinja behind the scene,” tulisnya Harris berseloroh.
Mood dan sentuhan kreatif jurufoto memperlihatkan gaya klasik Inggeris di zaman dahulu yang sesuai pula dengan wajah Aura Medina sendiri yang memiliki beberapa darah campuran dan keturunan.
Anak kesayangan Harris dan Asha ini sememangnya mempunyai darah campuran Thailand, Laos, Pakistan dan Arab dari sebelah neneknya (ibu Harris).
Begitu juga dengan datuknya yang berketurunan Malaysia dan Indonesia. Tidak hairanlah bila wajah kacukan Aura Medina kena dengan konsep yang dibawa. Memang comel.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut kedua pasangan selebriti ini turut memuji wajah comel Aura Medina serta konsep yang dibawa.
Terdahulu bagi mendapatkan wajah comel Aura Medina dengan pose yang cantik sebegitu, Harris dan Asha menjadi orang penting di belakang tabir bagi memujuk si comel mereka beraksi. Memang cute!
Kelebihan kad OKU untuk anak autisme, rugi kalau ibu bapa tak daftar. Kad OKU banyak memberi faedah untuk anak-anak autisme, kenapa malu untuk mohon. Ada ibu bapa enggan mendaftarkan anak autisme sebagai OKU disebabkan stigma dicop sebagai cacat dan sebagainya.
Jangan nafikan hak anak. Seorang pemegang KAD OKU yang berdaftar secara sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) akan menerima keistimewaan kemudahan dan keistimewaan yang disediakan di bawah kerajaan tertakluk kepada syarat.
Berikut adalah senarai kemudahan dan keistimewaan bagi pemegang Kad OKU:
1. Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian.
2. Pengecualian bayaran rawatan perubatan (yuran pendaftaran dan rawatan di hospital dan klinik kerajaan).
3. Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan (melalui permohonan).
4. Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
5. Elaun RM150 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada KPM (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)
6. Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik Kolej Komuniti KPM (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian).
7. Diskaun/potongan 40 peratus yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM).
8. Dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam (berdasarkan kekosongan dan kelayakan bersesuaian).
9. Waktu bekerja anjal (melalui permohonan kepada Ketua Jabatan).
10. Pencen Terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia.
11. Sistem Penempatan OKU (SPOKU) daripada Kementerian Sumber Manusia (melalui pendaftaran kepada JTK).
12. Skim Bantuan Galakan Perniagaan(SBGP-OKU) daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) -(Secara Kumpulan atau Persatuan).
13. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan daripada LHDN (melalui perisytiharan).
14. Pengecualian Cukai Jalan daripada JPJ (melalui permohonan)
15. Pengecualian bayaran pembaharuan lessen memandu daripada JPJ. (melalui permohonan).
16. Pengecualian duti eksais kenderaan OKU buatan Malaysia (melalui permohonan).
17. Diskaun tambang pengangkutan awam. (pembelian secara walk-in atau telefon).
18. Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (pasport).
19. Pengecualian bayaran dan pembaharuan daftar syarikat/lesen perniagaan daripada SSM.
20. Potongan harga 20 peratus pembelian rumah daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad.
21. Kadar sewa rumah yang rendah (PBT terpilih)
22. Kemudahan perkhidmatan daripada Telekom Malaysia.
23. Khidmat nasihat dan kaunseling.
24. Institusi Pemulihan/Latihan OKU.
25. Bantuan daripada JKM kepada yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan;
• Elaun Pekerja Cacat (EPC)
• Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK)
• Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
• Bantuan Penjagaan OKU Pesakit kronik Terlantar (BPT)
• Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
• Geran Pelancaran (GP)
• Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan
Kad OKU setaraf GL kakitangan kerajaan. Maksudnya even kalau ahli keluarga tak ada yg kerja kerajaan, pemegang kad oku dapat GL penuh ditanggung kerajaan kalau nak masuk mana2 hospital universiti.
Rata-rata hospital universiti (contoh hospital kanak-kanak UKM, Hospital UIA, HUSM, Hospital UPM, etc) adalah baru, selesa, ada air cond, water heater, tak sesak. Fasiliti setaraf swasta tapi kepakaran macam KKM. Tapi nak masuk atau follow up wajib ada GL kerajaan, kalau tak kena bayar macam swasta. Kalau ada kad OKU automatik percuma sama macam GL kerajaan.
Jadi tak ada medical card/insurans pun tidak mengapa. Jimat duit. Sudahlah rata-rata insurans susah nak lulus claim anak-anak OKU lagi-lagi yang autisme. Ketahuilah insurans akan sentiasa sedaya upaya tak nak lulus claim kita.
Jadi manfaatkan kad OKU. Ramai tak tahu. Kalau ke mana-mana biasa akan ada diskaun OKU. Biasanya potongan 50 peratus. Mereka tak beri tahu tapi kena tanya. Tempat seperti panggung wayang, taman permainan ‘indoor’ dan bufet ramadan pun dapat separuh harga.
Dan kalau nak naik kapal terbang, kebanyakan lapangan terbang ada program khas OKU/ autisme. Di KLIA contohnya ada Butterfly Effect, anak dan ibu bapa akan dapat direct assistance daripada ground staff, dapat khidmat buggy ride, dapat priority ubaggage check dan priority untuk boarding. Tak perlu beratur, tak perlu jalan jauh.
Diceraikan suami selepas lahirkan anak berkulit gelap. Pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak melalui prosedur ‘caesarean’ bertukar menjadi mimpi ngeri kerana bayinya berkulit gelap.
Akhbar China Times melaporkan kejadian itu menimpa ibu berusia 30 tahun di Shanghai, China selepas suaminya tergamak meminta ujian paterniti ke atas bayi lelaki mereka hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.
Wanita itu kemudiannya menggunakan platform media sosial untuk berkongsi kisah sedih tersebut dan turut meminta nasihat para ibu lain bagi menangani situasi berkenaan.
“Suami saya hanya merenung dan enggan mendukungnya ketika dibawa melihat anak kami buat pertama kali. Saya diceraikan sejurus anak kami dilahirkan,” kongsinya.
Wanita itu juga menyatakan warna kulit bayinya agak terlalu gelap dan berlainan daripada mereka.
“Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana lelaki kulit hitam,” tegasnya ketika cuba menjelaskan dia tidak pernah berlaku curang kepada suaminya.
Warganet yang bersimpati dengan nasib wanita itu turut menyarankan ujian paterniti untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
“Ia adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi