Hari ini merupakan hari pertama buat seluruh umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Pada bulan yang mulia, bulan Ramadan kita di anjurkan supaya banyak berbuat ibadah serta kebaikan, menahan diri dari nafsu dan amarah.
Ads
Bulan ini bulan yang tepat untuk kita berubah menjadi insan lebih baik. Dr Taufiq Razif berkongsi panduan bagaimana anda serta pasangan boleh membina keluarga yang bahagia di bulan ramadan ini. Ikuti perkongsian beliau.
1. Berbincang dengan pasangan bagaimana cara nak ‘Restart’ kembali hidup sekeluarga
2. ‘Restart’ kembali satu keluarga dengan saling bermaafan dan memaafkan
3. ‘Restart’ kembali rutin satu keluarga dengan menyusun jadual hidup di celah celah waktu solat, bukannya solat di celah celah rutin hidup
4. Semua perkara kena dibuat bersama sama sekeluarga. Sahur bersama, masak bersama, tadarrus bersama, berbuka bersama dan terawih bersama.
5. Ubah perangai lama sempena Ramadhan. Kuatkan ‘self-control’ dengan cuba menahan marah dan cuba mengawal emosi
6. Saling menenangkan dan saling memudahkan. Niatkan ia sebagai ibadah dan khidmat kita kepada keluarga
7. Saling memujuk antara pasangan dan anak untuk saling kuat berpuasa di bulan Ramadan
8. Berpakat dengan pasangan untuk siapkan satu sudut di ruang rumah khas untuk beribadah di bulan Ramadan seperti sudut khas untuk mengaji, solat dan berbuka puasa bersama.
9. Berbincang dengan pasangan apa objektif sebenar berpuasa selama sebulan Ramadhan. Adakah untuk beraya semata atau untuk mendapat ‘end result’ yang bernama takwa
10. Kejar takwa bersama sama pasangan dengan mengejar 2 jenis ibadah di bulan Ramadan iaitu Qiyam dan Siyam
Ajal dan maut kita ditangan Tuhan. Tak ada seorang pun dari kita akan tahu bila tiba saatnya pasangan kita akan pergi selamanya. Maka hargailah pasangan sebaiknya. Layanlah isteri atau suami dengan penuh ikhlas selagi ada waktu.
Manjakanlah isteri atau suami semahunya kerana itulah kenangan. Penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim tidak kurang berkongsi tip rumah tangga dan keluarga.
Sememangnya kemanjaan isteri harus dirai dan dilayan sebaiknya. Biar dia tahu kita sayangkannya. Walaupun isteri ni ‘macam-macam’, layanlah sebaiknya. Isteri ni ada perangai pelik-pelik tapi itulah yang membahagikan. Tak gitu?
Kadang kadang orang perempuan ni manja dia lain macam.
Bila kita tanya nak meggi tak, dia kata tak nak. Tapi bila dah siap masak, dia datang ngendeng pula. Dua tiga sudu juga la dia makan.
Bila kita tanya sayang nak makan apa hari ni, dia jawab ikut abang la. Tapi bila kita kata nak order kfc. Dia kata dah jemu la, bosan la.
Bila dia tiba-tiba keluar perkataan “sedapnya”, “dah lama tak makan”, “mana nak cari” atau “abang ingat tak kita pernah makan ….” tu maknanya dia nak suruh kita p cari la tu.
Bila kita dah bagi cadangan macam-macam makanan, habis semua senarai makanan kat grab food tu di scroll akhirnya dia kata, “order kfc je la” huh!
Bila ada terlalu gerai makanan tepi jalan tiba-tiba dia kata “abang berhenti berhenti, nak beli makanan tu”. Dia ingat jalanraya tu kita sorang je ke guna, orang kat belakang marah la kalau berhenti sesuka hati macam tu. Aduhai.
Kadang malas juga nak u-turn. Lebih-lebih lagi kalau tengah peak hour, memang berjam jam la nak u-turn balik. Bila kita kata, “lain kali la” terus monyok muncung macam itik.
Tapi kalau kita ikut juga. Redah jem berjam jam semata-mata untuk belikan makanan idaman dia tadi, memang senyum sampai ke telinga punya la. Tak habis habis ucap terima kasih abang, sayang abang. Muah muah bagai.
Bila kita nak makan apa-apa semua dia pandai je buat atau carikan, tapi bila dia rasa teringin nak makan sesuatu tu mesti kita di suruh carinya. “Abang tolong belikan …. ye”
Apa saya perasan, orang perempuan ni dia kalau dah sayang, dia sayang sungguh sungguh. Tak ada sayang separuh separuh punya.
Makin dia sayang, makin manja dia jadinya.
Lagipun itu la bahasa cinta hampir semua isteri iaitu mereka suka dimanjakan dan suka dilayankan semua permintaannya.
Sayangi isteri kalian sementara dia masih lagi sudi nak bermanja-manja…
Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim Tak romantik tak apa, asalkan rajin melayan..
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melatih anak duduk di dalam car seat sememangnya bukan satu hal yang mudah. Dek kerana itulah latihan ini perlu dilatih sejak anak masih kecil lagi kerana dia masih tidak mengerti apa-apa.
Pun begitu melatih bayi juga memerlukan sedikit kemahiran malah kerjasama yang tinggi, baik dari ibu mahupun ayah. Sama-sama perlu sepakat. Inilah yang cuba dikongsikan oleh pelakon dan pengacara Yasmin Hani.
Sambil menyarankan agar semua ibu bapa lebih prihatin untuk mewajibkan anak-anak kecil duduk di dalam tempat duduk khas kanak-kanak atau carseat, Yasmin turut berkongsi tipnya.
Yasmin yang berkongsi tip itu di instagramnya turut memuat naik satu video kepada pengikutnya. Kata Yasmin, anak mula mengamuk, marah dan menangis kerana tidak mahu berada di dalam carseat adalah hal yang biasa. Ada caranya. Tip paling utama adalah kecekalan hati, jangan mudah merasa goyah bila mana anak mula menangis atau memberontak.
“Ada yang cakap susah la nak letak anak dalam carseat. Dia marah, mengamuk, nangis, jadi daripada dia nangis dan duduk dalam carseat, lebih baik dia diam dan duduk sendiri atau atas riba.
“Hani doakan hati korang cekal dalam nak train anak-anak duduk dalam carseat. Maximum 2 minggu la anak tu bising-bising. Kena tahan sikit la yea cuba dan cuba sampai jadi.
“Ibu bapa kena jadi satu team, bukan dengan mummy duduk, dengan daddy tak duduk dalam carseat haha keliru budak tu..,” katanya.
Video berdurasi 3.33 itu memperlihatkan cara yang digunakan Yasmin untuk memujuk anaknya yang tidak mahu dipakaikan dengan tali pinggang keselamatan. Akhirnya pujukan berhasil dengan satu tip mudah.
Pun begitu, Yasmin terbuka jika ada pengikutnya yang mahu berkongsi tip lain untuk anak mereka.
“Apa-apa tanya je kat sini ok. Mungkin ramai ibu-ibu boleh bantu untuk kongsi tip nak kasi anak-anak duduk diam atau biasa dalam carseat. Selamat maju jaya lah yea bawa kereta dengan cermat, jiwa selamat,” katanya lagi.
Dalam pada itu, rata-rata para pengikut Yasmin di instagram turut berkongsi tip yang mereka lakukan pada anak masing-masing sehingga membuahkan hasilnya. Ini beberapa tip yang dikongsikan oleh mereka.
Yasmin atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011 dengan Sha’arin Mohammed Razali Wong. Pasangan serasi ini mempunyai dua orang anak, Noah Ismail Wong, 7 dan Eissa Elzander Wong, 4 tahun.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Didik anak mestilah mengikut umurnya. Ini kerana psikologi aras kematangan dan fikiran seseorang berbeza bergantung kepada usianya. Termasuklah berbeza dari segi jasmani, emosi dan rohani.
Anak yang berusia tujuh tahun ke bawah, hendaklah dididik dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.
Jangan merotan atau terlalu tegas ketika peringkat umur sebegini. Contohnya, menengking atau memarahi anak yang menyepahka rumah atau tidak siapkan kerja rumah, sedangkan mereka baru berusia bawah enam tahun. Sepatutnya cara yang berlemah-lembut pada tempoh ini adalah lebih berkesan.
Tegur dan cakap elok-elok dengan pendekatan psikologi lagi berkesan daripada kita asyik ‘mendera’ emosi anak dengan sikap tidak adil kita pada anak.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu yang suka berkongsi ilmu keibubapaan, Puan Wawa Shauqi, kita sebagai ibu bapa selalu tak adil pada anak. Namun kita tak nampak kesilapan itu.
Kita nak mereka jadi perfect bila melibatkan benda yang kita nak.
Nak anak lap air dengan sempurna,
Nak anak kemas katil dengan sempurna, nak anak belajar terus faham dengan sempurna.
Tapi bila anak nak jadi perfect;
Mereka juga yang kita marah.
Kita marah bila mereka merengek lego tercabut.
Kita marah bila mereka menangis kita potong sandwich dia senget.
Kita marah bila mereka sedih rambut yang kita sikat tak ikut macam yang mereka nak.
Kita lupa yang anak masih kecil.
Kita lupa masih banyak benda yang mereka perlu belajar.
Dan mereka banyak belajar dari kita.
Sedarlah anak-anak kita ini bukanlah robot yang boleh disuruh macam-macam dalam satu masa. Tambah lagi mereka juga masih kecil dan dalam proses untuk memahami erti kehidupan.
Jika setiap hari kita selalu bersikap seperti ini dengan megharapkan hasil terbaik sedangkan kita tak ajar dengan pendekatan berhemah, anak-anak kita akan akan sentiasa tidur berlinangan air mata.
Walaupun secara luaran kita tak nampak mereka menitiskan air mata, tapi dalamannya mereka sedih kenapa tidak mendapat layanan baik dan nasihat baik daripada ibu ayahnya ang sepatutnya menjadi pelindung.
Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang adil dan anak-anak bangga dengan cara kita. Bagi yang sebelum ini dah ‘terlepas’, sama-samalah kita belajar ilmu keibubapaan. Masih ada waktu lagi untuk kita jadi ibu ayah terbaik buat anak-anak.
Jangan berterusan anak-anak jadi mangsa yang tak disengajakan. Mereka pun ada hati dan perasaan. Nak luah tak boleh, hanya memendam saja. Lama-lama risau ia akan jadi parut yang sukar untuk dilupakan dalam hati mereka.
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...