Ads

Kuih Bawang Gunting Rangup Ketagih Sesuai Dijamu Sepanjang Raya

Resipi kuih Bawang Gunting ni seakan sama dengan resipi kuih gunting atau kerepek gunting. Tetapi apa yang membezakannya adalah kuih bawang gunting ni kita bawakan resipi dari negara jiran, Indonesia. Rasa yang unik dan rangup membuatkan kita ketagih.

 

Bahan-bahan:

 

3 batang daun saderi

15 biji bawang merah

5 biji bawang putih

Ads

1 kotak santan kelapa

500 gram Tepung Gandum

1 biji telur

2 sudu besar minyak masak

Ads

1 sudu majerin

1 paket kecil  serbuk perasa

1 sudu gula

1 sudu lada hitam

Ads

 

@sharingmasakmemasak Kue Bawang Gunting, Cemilan Lebaran Simpel Rasanya Enak #kuelebaran ♬ Acoustic guitar chill (no wave sound)(1254171) – KBYS

 

Cara penyediaan:

  1. Hiriskan daun saderi halus-halus.
  2. Kisarkan 15 biji bawang merah dan 5 biji bawang putih bersama santan sehingga halus.
  3. Masukkan hasil bahan yang dikisar tadi ke dalam tepung dan masukkan satu biji telur, 2 sudu besar minyak masak, 1 sudu majerin, 1 paket kecil serbuk perasa, 1 sudu gula, 1 sudu lada hitam dan daun saderi yang dihiris halus.
  4. masukkan air sedikit demi sedikit, kacaukan kesemua bahan sehingga menjadi doh.
  5. Gunting mengikut saiz yang anda suka dan boleh mula goreng dalam minyak panas.
  6. Boleh angkat selepas garing dan bertukar warna keemasan.
  7. Tapis dan sejukkan, simpan dalam bekas kedap udara.

Dah siap satu “cemilan” di hari raya. Mudah bukan? Selamat mencuba!

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

NASOM Perkenal Logo Baharu: Langkah Inspirasi Perkukuh Sokongan Anak Autisme &...

NASOM perkenal logo baharu sebagai simbol komitmen memperkukuh sokongan dan advokasi buat anak autisme serta keluarga di seluruh Malaysia.