Pastinya ramai teringin nak buat kuih lapis tapi yang jadi kekangannya, takut tak menjadi dan tersilap sukatan. Namun bagi anda yang ingin mencuba buat kuih lapis versi mudah, ada resipinya.
Perkongsian resipi dari Putra Zamliza ini boleh anda cuba buat. Ringkas dan cukup mudah cara membuatnya. Tak perlu nak banyak sukatan tetapi hanya gaul dan blender bagi sebati sahaja. Cepat dan jimat masa.
Nak mengukusnya pun mudah juga kerana tak ambil masa yang lama pun. Kalau nak tahu sedap atau tak mesti cuba buat dulu. Semestinya puas hati.
Ini perkongsian resipinya:
Lama dah tak melapis untuk rakyat dalam rumah kecil saya ni. Hari ini terajin laa sikit. Dah tak tahu nak buat apa dengan roti Gardenia boleh laa kita buat kuih lapis..
Kuih Lapis Roti
– 7 keping roti Gardenia
Ads
– 1 1/2 cawan tepung beras
– 1 cawan gula putih
– 1 cawan air
– 200ml santan
Ads
– Pewarna ikut suka
Cara membuatnya:
– Blend semua bagi sebati. Bahagi sama banyak dalam mangkuk dan letakkan pewarna. Setiap lapisan kukus selama 5 minit.
Ads
– Lapisan yang terakhir kukus 10 minit kemudian buka tudung periuk dan kukus dalam 5 minit sebab nak bagi lapisan atas tu kering.
– Akhir sekali selesai semua, dah boleh tutup api. Selamat mencuba.
**Bekas acuan terpulang pada anda, ikut pilihan sendiri
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rendang sememangnya hidangan wajib di pagi raya. Setiap kali menjelang lebaran, resipi rendang pasti menjadi tumpuan ramai. Namun, bagi yang pertama kali mencuba, memasak rendang dalam jumlah yang banyak mungkin terasa mencabar.
Jangan risau! Untuk anda yang masih baru, ada resipi rendang dengan sukatan yang mudah dan dijamin menjadi.
Jom cuba resipi perkongsian Puan Izani Shadila untuk Rendang Tok Perak Asli yang sedap dan pekat!
Saya bukanlah orang Perak. Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak² versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya
Teksturnya yang kering-kering tak berkuah, pedas² rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam² perlukan kesabaran.
Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo.
Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga.
Semua bahan² rencah dikisar kering.
Saya halalkan resepi ni untuk yang suka mencuba
Resepi Rendang Tok Asli
Bahan² hiris :
10 biji bawang rose dihiris halus
1-2 labu bawang putih dihiris halus
4 inci halia dihiris halus
Bahan² kisar :
2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas
– dicuci, direbus, nak buang biji pun terpulang ya.
– disangai dalam kuali sampai kering
– blend kering TANPA AIR
2 ketul lengkuas
5 batang serai
– dikisar kasar dgn air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya
1 senduk biji ketumbar
(jintan manis & jintan putih optional ya. boleh letak kalau suka)
– disangai dan dikisar kering
Bahan² utama lain:
1 1/2 kg daging pejal biasa yg ada lemak sikit² (bukan batang pinang. kita nak flavour dari lemak² daging juga)
900 gm limpa
– daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering.
– maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.
2 kg santan asli pekat
2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melaka, boleh kurangkan sikit)
2 senduk kerisik, daun kunyit hiris
Cara masak :
1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je.
2. Masukkan bahan² hiris.
3. Masukkan cili kering yg dikisar kering² tadi.
4. Masak sampai terbit minyak sikit.
5. Masukkan daging & limpa.
6. Masukkan bahan² kisar yang lain.
7. Masak sampai pecah minyak.
8. Masukkan kerisik dan gula nisan.
9. Masukkan perisa & garam.
10. Tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.
**Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air.
Masuk hari ke 20 PKP dilaksanakan, mama mula semakin buntu untuk menyediakan sarapan buat anak-anak dan suami. Jangan buntu kerana resipi yang satu ini bakal jadi penyelamat mama.
Resipi waffle lembut yang dikongsikan oleh Puan Raja Haslina ni paling sesuai untuk ibu yang mengejar masa bekerja dari rumah. Tak payah susah-susah, blend sahaja semua bahan dan masukkan ke dalam sandwich maker. Bahannya pun tidaklah sukar untuk di cari, hanya empat bahan sahaja. Mudahkan? Jom cuba!
Ayuh mak ayah..anak anak semuaa jom sarapan. Wafer kita pagi nih.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri (sebab tepung biasa habis)
3 biji telur
2 sudu gula
Secubit garam
150ml susu (air pun boleh)
Blend saja semua bahan sampai gebu. Pakai blender je. Sikit-sikit gebu cukup lah..sebb tuan-tuan hat makan dah cukup gebu.
Panaskan waffle maker dan sapu planta sebelum letak adunan ya.
Masukkan adunan dan biar masak sekejap.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berada lama di rumah pastinya kita sudah mula bosan makan nasi setiap hari. Sesekali jom ubah selera anak-anak pula. Nak masak apa? Mi Kari Netup Pong Pongg ini boleh juga dijadikan pilihan.
Resipinya lain dari yang lain malah senang hendak disediakan. Jom cuba resipi Afy AL Habibi ini. Sedap!
Resepi Mi Kari Netup Pong Pongg nak lalu dah ni. Baca nama resepi pun tak menahan. Maaf kalau gambar banyak. Cikgu suka tunjuk satu-satu langkah masaknya.
Huu tapi cikgu memang tak tipu. Meletup macam mercun malam raya sedap dia set mi kari ni. Warna kuahnya pun cikgu suka. Oren-oren begitu. Lari dari warna merah coklat biasa.
Bahan-bahan:
Sediakan bahan kisar lain;
3 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 ulas bawang putih
1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
Sehiris nipis halia
Dua hiris bulat nipis serai
7 ekor udang kering
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti*
Bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa :
Telur rebus
Fishball putih (dicelur seketika)
Fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
Tauhu (digoreng)
Kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
Taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
Limau kasturi
Cili merah
Daun sup
Bawang goreng
Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
Untuk penyediaan campuran rempah, 3 sudu besar rempah kari, 1/2 sudu kecil serbuk kunyit dan secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah. Masukkan rempah campuran tadi ke dalam periuk.
Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. *cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu. Guna api paling perlahan sahaja. Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa. Masukkan perasa peringkat pertama;1 keping bulat nisse@gula melaka, 1/3 sudu besar garam dan secubit dua serbuk perisa.
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak. Kira-kira 7-8 minit.
Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang)
Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak. Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)
Perasakan kuah peringkat kedua. Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan, tauhu pok (dibelah 4), fishcake dan fishball goreng.
Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang lepas menyusu, baby tiba-tiba meragam? Mungkin dia belum sempat sendawa! Ibu dah tahu cara paling senang nak bantu dia?Bayi yang baru lahir hingga...