Kuih Lompang Cantik, Lembut & Manis, Begini Langkahnya, Cukup Mudah!

Share

Kuih lompang menu tradisi orang lama ini cukup mudah menarik perhatian sesiapa sahaja. Selain rupa dan bentuknya yang comel, kuihnya yang lembut bergedik ini juga buat suapan ke mulut terasa cukup istimewa. Lembut dan nikmat kemanisannya.

Bosan dengan lompang gula merah, cikgu masakan popular di internet ini, Azlina Ina Fans kongsikan lompang berwarna-warna khusus untuk menarik perhatian semua terutama anak-anak di musim PKP ini. Sajian ringkas tetapi cukup istimewa di bulan puasa.

Resipi wajib cuba: Apam Solo Berinti Kelapa, Tersangat Lembut, Gerenti Sedap, Sekali Makan Nak Lagi!

Paling menarik, cara hendak membuatnya cukuplah mudah. Malah proses mengukusnya juga tidak sampai 15 minit. Pilih sahaja warna kesukaan anak-anak dan cuba hari ini. Terbaik!


Asalamualaikum anak-anak mak. Ni kegemaran mak-mak kita. Susah sikit nak jumpa sekarang kan. Kita buat sendiri je. Sedap pun sedap, cantik pun ye.

Kuih lompang cantik

Bahan-bahan :
4 cawan air
1 cawan gula halus
Daun pandan simpulkan

Bahan B
3 cawan tepung beras
1 sb tepung ubi
1/2 sb kapur makan bancuh dengan air sikit dan biar mendak ambil jernih nya sahaja 1sb
Sedikit esen vanila kalau nak hilang kan bau payau kapur
Pewarna suka hati -kalau nak cantik warna warni
Secubit garam

Masak air dengan gula dan daun pandan. Bila gula dah larut ketepikan biar sejuk.

Bancuh bahan-bahan B bersama air gula yang telah sejuk tadi, adunan cantik dia tak melekat di senduk bila angkat dan tuang.

Panaskan kukusan, sapu minyak pada acuan kuih lompang kemudian panaskan acuan sekejap.

Bancuh adunan mengikut warna yang korang suka ya.

 

Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan lompang. Dalam anggaran 10-15 minit kukus dengan api besar.

Bila dah masak sejuk baru lah keluarkan dari acuan, kalau nak di hidangkan bersama kelapa parut muda memang sedap.

Nak tahan lama, kelapa kukus dulu ya gaul dengan secubit garam.

Sedapnya.

Resipi wajib cuba: Sesuai Untuk Anak Tak Suka Makan Nasi, Resipi Cucur Mudah, Sedap Dimakan Panas-Panas!

IKLAN