Kek lapis seringkali dikatakan sebagai kek yang sukar hendak disediakan. Hakikatnya kek lapis cukup mudah disediakan namun memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membakar selapis demi selapis. Jika anda sukakan kek prune, Kek Lapis Prune ini wajib anda cuba kerana cara membuatnya amatlah mudah.

Kek lapis yang dikongsikan oleh Haliza Jeran, resipi daripada Faiza Mohammed Asari ini memang sedap dan moist. Malah hendak membuatnya cukuplah mudah. Rugi tak cuba!

Rupanya Mudah Je Nak Buat Kek Lapis Prune Sedap & Moist Ni, Resipi Pun Ringkas!


Baru berkesempatan up kek lapis saya buat resepi dari Faiza Mohammed Asari. Sedap moist gitu..tq.

Resepi kek lapis prune
450g pure salted butter (saya guna SCS atau Golden Churn)
8 kuning telur
7 telur penuh
125g tepung superfine (Bluekey yg terbaik)@ tepung Hong Kong*
110g gula caster
4 sb susu pekat
1 st rempah kek*
1/2 st baking powder*
1 sb ovalette
Prune – dicincang
(Bahan *diayak bersama)

IKLAN

Rupanya Mudah Je Nak Buat Kek Lapis Prune Sedap & Moist Ni, Resipi Pun Ringkas!Pukul butter & gula caster sehingga berkrim. Warnanya harus jadi pucat.

Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul rata sebelum menambah yang berikutnya. (Langkah ini penting sebab kalau tak pukul elok sebati, batter akan nampak berketul-ketul)

Masukkan telur penuh satu persatu dan pastikan sebati sebelum masukkan telur berikutnya. Batter akan nampak cair tapi jangan risau.

IKLAN

Tambahkan susu pekat dan ovallette.

Perlahankan mixer. Masukkan tepung sikit sikit. Dan teruskan putar sehingga anda dapat batter yang likat elok. Pastikan tiada ketulan tepung dalam batter.

Bakar dalam oven, api atas bawah untuk lapisan pertama. Lapisan kedua dan seterusnya, guna api atas sahaja. Suhu dalam 175-180° bergantung oven masing-masing.

IKLAN

Rupanya Mudah Je Nak Buat Kek Lapis Prune Sedap & Moist Ni, Resipi Pun Ringkas!

Kek lapis ini, sesuai dibakar menggunakan oven kecil, sebab kita boleh duduk sambil bakar selapis-selapis. Dan buat kek ni, tak boleh tinggal. Kena hadap aje oven tu sampai habis bakar semua lapisan. Prune boleh diletakkan setiap 3 lapisan.

Siap!

Resipi wajib cuba: Kek Marble Basic Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang Paling Mudah!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI