Wanita sememangnya sukakan kecantikan. Mengandung mahupun tidak, kecantikan adalah salah satu perkara yang dititikberatkan oleh kaum ibu. Mahu tampil berkeyakinan serta memikat hati suami. Mungkin ada sesetengah wanita hamil tidak suka ‘melawa’, tetapi ada juga yang menjadi ekstra mahu mencantikkan diri sewaktu mengandung.
Tidak salah mahu bersolek atau menggunakan sebarang produk kecantikan. Tapi harus berikan perhatian sepenuh perhatian kepada kandungan bahan di dalam produk-produk tersebut. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui penulisannya di laman Facebook, ada beberapa jenis kosmetik yang tidak boleh digunakan semasa hamil.
Perhatikan pada label dan bercakap dengan ahli farmasi yang bertugas ketika membeli bahan kosmetik yang dijual di farmasi. Ini bagi mengurangkan risiko kemudaratan ketika hamil, elakkan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini.
Ads
Aluminum chloride hexahydrate: Terutama pada deodorant dan spray antiperspirant.
Beta hydroxy acids: Salicylic acid, 3-hydroxypropionic acid, trethocanic acid and tropic acid pada kream pemutih muka.
Rebonding rambut. Bahan kimia yang meluruskan rambut mengandungi formaldehyde, quaternium-15, dimethyl-dimethyl (DMDM), hydantoin, imidazolidinyl urea, diazolidinyl urea, sodium hydroxymethylglycinate, and 2-bromo-2-nitropropane-1,3-diol (bromopol).
Bahan pemutih kulit seperti hydroquinone, idrochinone and quinol/1-4 dihydroxy benzene/1-4 hydroxy benzene.
Ads
Bahan plastik dan pengawet mengandungi propyl, butyl, isopropyl, isobutyl dan methyl parabens.
Bahan plastik dan pewangi sentetik mengandungi diethyl dan dibutyl phthalates.
Ubat jerawat dan pembersih muka Vitamin A, retinoic acid, retinyl palmitate, retinaldehyde, adapalene, tretinoin, tazarotene dan isotretinoin.
Jangan ambil mudah mudah ya Mama. Semoga dengan perkongsian Dr Zubaidi ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang produk kosmetik yang tidak selamat digunakan ketika anda sedang mengandung.
Sudah pasti setiap berita kehamilan akan membuatkan setiap pasangan gembira menerima perkhabaran tersebut. Namun jika sudah tertulis bukan rezeki seperti yang dialami oleh pelakon Nadya Syahera yang baru sahaja mengalami keguguran untuk kehamilan kembarnya
Apatah lagi keguguran kali ini melibatkan kehamilan kembar yang usianya hampir mencecah tujuh minggu. Meskipun pahit untuk ditelan, namun Nadya memilih untuk berkongsi pengalaman dirinya mengalami keguguran di Instagram miliknya.
Menurut Nadya, dia mula berasa risau selepas membuat pemeriksaan di sebuah poliklinik sebaik sahaja doktor memberitahu kantungnya tidak kelihatan normal.
Oleh kerana terdapat pendarahan, Nadya mengambil keputusan untuk membuat temujanji berjumpa pakar dan setelah mendapat penjelasan selanjutnya, Nadya mengambil keputusan untuk membuat D&C.
“Serba sedikit cerita tentang pengalaman i keguguran.
“Start dari hujung bulan lepas i dah start rasa or syak macam i ni pregnant sbb period i tak muncul2 dah sebulan lebih.
“So,3/6/2020 haritu, i nekad beli pregnancy test, tak bgtau fizul pun beli, beli balik terus check and result +ve weyh! Double line!
“Okay, memandangkan i jenis tak sabar nak tahu berapa minggu dah, after 2hari , i terus pegi poliklinik dekat rumah i, pegi scan sorang2 i je. Masa scan tu doktor tu cakap kalau kiraan dah 6minggu tapi ikut scan baru 4minggu lebih.
“Lepastu nampak ada kantung tapi tak nampak kelipan jantung lagi, maybe still kecil doktor cakap. Tapiiiii kantung ni tak bulat, dia macam kemek and ada bleeding plak kat luar dia. tapi i takde rasa sakit or turun darah pun.
“i blurrrr jap. I tanya lah doctor, kenapa? then doc terangkan yg kalau kantung normal dia akan bulat, pastu yg bleeding tepi tu dia jdi kembar tapi yg 1 tu dh pecah. and 1 kantung ni pun kemek. Awak tunggu lah 3minggu lagi awak dtg semula n kita scan. Kalau dia membesar, alhamdulillah, if not.
“Belum rezeki. Okayyy itu dekat poliklinik. i cerita kat fizul pasal ni tapi dia still harap yg takde apa2 berlaku kt kandungan i tu sbb dia nak sgt twin
“lepas 2hari i pegi lagi Klinik Ajwa dekat shah alam. sebab i nak tahu betul2 situation baby i tu, pegi scan kat situ, doctor tu layan i lebih kurang je. tapi ayat dia lebih kurang sama jugak dengan poliklinik, kecik lagi, dtg 2 minggu lagi, kita scan, kalau ada, ada la, kalau takde takdelahh. gitu katanya.
“Yang menggangu fikiran i bila , doktor cakap ada bleeding, i risau yg tu. so sebabtu lah i buat appointment terus dengan doktor bersalin i sblm ni dekat Avisena Women & child specialist hospital, Jumpa doktor, i cerita lah i pegi klinik doc klinik cakap macam mana, then dia scan jugak terus dia cakap kat i, kantung kemek dan kosong, ada bleeding.
“Ni baby dah tak jadi. Awak kena cuci ni, kalau nak biar turun sendiri takut lambat n sakit n takut infection plak sbb dh bleeding kt dalam. So dgn redhanya i pun buat lah proses D&C . D&C tu dorang pengsankan i then cuci rahim i. Proses tu kejap je dalam 30min macamtu, now i tengah pantang kat rumah dah,” tulisnya di Instagram.
Pelakon yang juga dikenali dengan nama Kak Bed ini dan pasangannya Fizul berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2.
Semoga Nadya dan suami tabah menghadapi ujian ini dan semoga ada rezeki kehamilan kembar yang lain untuk mereka berdua. Amin.
Sumber: IG Nadya Syahera
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempersiapkan diri untuk menyambut kelahiran anak pertama sememangnya mendebarkan. Semua persiapan sebolehnya mahu dilengkapkan demi menanti si comel tersayang. Rasa teruja setiap hari namun berdebar dalam menanti si comel.
Tidak terlepas daripada keterujaan ini pastinya buah hati kesayangan Haris Elias, Shila Amzah yang bakal melahirkan bayi sulungnya sedikit masa lagi.
Shila yang namanya cukup popular di China membuat keputusan untuk berehat sepenuhnya di tanah air demi memberikan perhatian pada kelahiran sulung ini. Menariknya, Shila sentiasa berkongsi apa aktiviti dan perkembangan yang dilakukannya setiap hari.
Terbaru menerusi posting di instagram, Shila berkongsi menjaga pemakanan yang tepat malah berusaha untuk makan kurma pada kuantiti yang banyak bagi menambahkan tenaganya ketika proses bersalin kelak.
Bila dah dekat ni Sha banyak makan kurma, Sha ambil supplements like evening primrose oil.. Pastu esok Sha nak try raspberry leaf tea.. Ada orang suggest buat perineal massage, so gonna try that too. Apa lagi yang korang buat bila dah dekat-dekat ni? Share la tips haha.
Bukan hanya amalkan makan kurma, suplimen dan raspberry leaf tea, bahkan Shila juga sentiasa rajinkan diri untuk melakukan pelbagai senaman di akhir kehamilannya supaya memudahkan proses bersalin.
Antara yang diamalkan Shila adalah bersenam menggunakan gym ball di rumahnya. Aktiviti harian yang sudah dianggap seperti BFFnya.
Bukan itu sahaja, malah Shila juga berenang dan workout sekali sekala. Malah Shila juga sentiasa memperbanyakkan berjalan seperti yang dikongsikan oleh para peminatnya di instagram.
Rata-rata peminat mendoakan semoga kelahiran Shila Amzah junior dipermudahkan. Malah pengikut di instagram juga turut sama berkongsi pemakanan mereka sepanjang kehamilan sambil memberi panduan buat Shila.
Kredit foto: @shahilamzah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama perlu ketahui 5 tanda ini, ia bukan false alarm atau isyarat bersalin yang palsu lagi. Apabila ia muncul, ia bermakna anda akan bersalin tidak lama lagi.
Tanda bersalin setiap wanita tidak sama, bahkan tanda bersalin bagi setiap kelahiran untuk seseorang wanita itu juga berbeza! Sungguhpun anda tahu tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang diberikan oleh doktor, tetapi tidak mustahil jika anda bersalin lebih awal ataupun lewat daripada tarikh yang diberikan. Jadi, apa petanda waktu bersalin anda sudah hampir? Awas! Usah terpedaya dengan tanda bersalin palsu.
#1 Rasa ringan
Ini bukan bermakna anda rasa berat badan anda semakin ringan! Sebaliknya, proses di mana kepala bayi turun ke bawah dan berada tetap pada posisi pelvis anda dinamakan ringan. Anda mungkin akan mengalami tanda ini beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin. Juga, anda akan rasa lebih kerap kencing ketika ini kerana uterus berada atas pundi kencing.
#2 Rembesan mukus
Rembesan mukus berkumpul di serviks semasa anda hamil. Namun, apabila serviks mula terbuka dengan lebih luas, rembesan mukus yang jernih, berlendir dan sedikit berdarah akan keluar pada faraj anda. Anda mungkin akan bersalin selepas seminggu atau dua minggu rembesan mukus keluar.
#3 Kontraksi
Semasa kontraksi berlaku, abdomen anda akan rasa keras. Semasa antara kontraksi pula, uterus akan rasa relaks dan abdomen jadi lembut. Walau bagaimanapun, rasa kontraksi bagi setiap wanita tidak sama. Lazimnya, anda akan mula rasa kejang perut dan tidak selesa serta sakit belakang sewaktu hampir bersalin. Kontraksi sebenar berbeza dengan yang palsu, di mana semasa kontraksi sebenar, anda akan rasa kontraksi tanpa henti walaupun semasa anda berubah posisi atau cuba untuk bertenang. Anda juga akan rasa kontraksi lebih kerap dan lebih sakit.
#4 Air ketuban pecah
Tanda bersalin yang paling kerap diperkatakan. Untuk mengenali air ketuban, selalunya ia tidak berbau dan jernih. Proses kelahiran hanya terjadi jika air ketuban anda pecah disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
#5 Mudah membuang air besar
Bukan sahaja otot pada uterus yang sedang bersedia untuk bersalin, otot-otot pada badan lain pun sama. Pergerakan usus anda juga longgar, jadi mudah untuk anda membuang air besar. Ini petanda baik kerana waktu bersalin anda makin hampir!