Kalau dulu kulit cukup cerah, putih, mulus dan gebu tapi penangan bayi dalam perut, wajah yang tiba-tiba cantik bertukar jadi sebaliknya. Siapa yang tak ‘down’ dan murung waktu hamil.
Namun apa sebabnya kulit bertukar jadi gelap? Apa sebenarnya yang berlaku? Bakal ibu jangan terkejut atau bimbang, kulit akan Kembali pulih seperti sediakala sebaik bayi dilahirkan kelak.
Sebenarnya, perubahan pada tubuh badan khususnya kulit buat seorang wanita yang sedang hamil bukanlah satu perkara yang mengejutkan.
Kondisi kulit gelap ketika hamil ini dikenali secara saintifik sebagai chloasma atau melasma dan dipercayai berlaku pada 50% ke 70% kehamilan. Sekiranya ia berlaku kepada anda, akan ada kawasan kulit gelap ketika hamil berbanding warna kulit asal.
Kebiasaannya, tompok gelap ini akan berwarna tona gelap seperti hitam dan coklat serta biasa berlaku pada kawasan muka ibu hamil.
Disebabkan itu, kondisi ini turut dikenali sebagai topeng kehamilan (mask of pregnancy).
Pun begitu, keadaan ini juga boleh terjadi pada kawasan kulit lain selain muka. Ada juga pada tempat yang sangat mengejutkan!
Untuk pengetahuan anda, ia adalah disebabkan oleh hiperpigmentasi pada kulit yang akan berlaku akibat beberapa faktor lain.
Ads
1. Muka
Pertamanya, kondisi ini sudah tentu akan terjadi pada kawasan kulit muka dan akan membuat sebahagian tempat menjadi lebih gelap berbanding asal. Kebiasaannya, kawasan kulit muka yang akan terjejas adalah dahi, pipi, hidung, bawah mata, dan atas bibir yang akan menjejaskan kecantikan kulit wajah.
2. Kulit leher
Kelihatan seperti daki yang penuh pada leher, kondisi ini sebenarnya bukanlah disebabkan anda tidak menjaga kebersihan diri ketika hamil.
Namun leher juga adalah salah satu kawasan kulit yang mudah terjejas sekiranya berlaku proses hiperpigmentasi kulit semasa mengandung.
3. Ketiak
Hiperpigmentasi kulit ketika sedang hamil juga akan memberi kesan kepada kawasan kulit bawah lengan sekali gus menjadikannya lebih gelap.
Selain itu, kondisi ini juga dipercayai boleh berlaku lebih teruk akibat geseran di antara kulit serta penggunaan deodoran yang tidak sesuai.
Ads
4. Puting
Meskipun warna puting payudara memang gelap secara semula jadi waktu hamil, namun akan wujud perubahan di mana ia lebih gelap semasa mengandung.
Ia adalah disebabkan oleh proses hiperpigmentasi kulit selain didorongi oleh aktiviti hormon estrogen dan progesteron yang aktif ketika hamil.
5. Kelangkang
Kulit bahagian kelangkang atau kawasan di antara pangkal paha juga berisiko menjadi gelap ekoran kondisi yang dinamakan sebagai topeng kehamilan ini.
Ads
Dalam pada itu, ia juga dipengaruhi oleh faktor berat badan yang cenderung meningkat lantas membuat kulit lebih banyak terjadi geseran.
Apa punca sebenar kulit gelap ketika hamil?
Puncanya disebabkan proses hiperpigmentasi akibat perubahan hormon tubuh badan seorang wanita. Pun begitu faktor lain yang boleh jadi pencetus antaranya:
* Perubahan hormon – Hormon kehamilan seperti estrogen dan progesteron akan merangsang penghasilan melanin yang lebih banyak
* Pendedahan cahaya – Cahaya matahari yang mengandungi ultra ungu (UV) juga boleh merangsang penghasilan melanin pada kulit
* Genetik – Kajian menyatakan bahawa individu yang berkulit gelap secara genetik lebih berisiko mengalami kondisi ini berbanding mereka yang berkulit cerah
Bagi mereka yang risau dengan penampilan diri semasa sedang mengandung ini, ada beberapa cara yang boleh kalian lakukan. Pertama sekali adalah dengan mengambil vitamin B9 yang tinggi folat kerana ia boleh mengurangkan proses hiperpigmentasi daripada berlaku.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam diam rupanya penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dan Aliff Aziz rupanya sudah rujuk kembali dalam tempoh Edah sekitar tahun lalu. Apa yang lebih menggembirakan apabila Bella membuat pengesahan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua mereka.
Bella membuat pengakuan ketika menjawab pertanyaan pengikut yang melihat perubahan wajah dan mempersoalkannya berbadan dua dalam laman sosial, Instagram (IG), baru-baru ini.
“Ya, saya…” demikian jawapan Bella kepada pengikutnya mengenai dakwaan hamil.
Mengulas pertanyaan peminat adakah kembali bersama Aliff, Bella menjawab, “Alhamdulillah, masa dalam edah lagi, jadi tak perlu kahwin semula. Doakan ya.
“Kenangan pahit, tetapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa.”
Menerusi komen dalam IG, ibu kepada Ayden Adrean itu memberikan reaksi positif kepada pengikutnya.
Bagaimanapun, apabila diminta mengulas isu hamil dan kembali bergelar isteri, Bella mengharapkan pengertian semua dan tidak mahu mengulas lanjut.
Baginya, apa yang penting adalah kebahagiaan dirinya dan keluarga.
“Buat masa ini, saya rasa tidak sesuai berkongsi kisah peribadi. Cukup jawapan ringkas saya.
“Negara sedang diuji dengan penularan wabak COVID-19, itu yang lebih merisaukan. Lagi pun, inikan bulan puasa.
“Saya bimbang sekiranya berkongsi cerita peribadi terlalu mendalam dituduh mahu meraih perhatian. Ada kala, beritahu salah, tak kongsi juga sama,” katanya kepada akhbar BH Online.
Penyanyi lagu Tenang itu berkata, isu peribadinya dengan Aliff bukan hanya membabitkan mereka berdua, tetapi keluarga juga.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah menerusi ciapan di laman Twitter dilihat cuba memberi semangat kepada Alif yang banyak melakukan khilaf, selama ini.
Khabar gembira buat keluarga kecil selebriti dan usahawan, Syifa Melvin. Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon ini mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua. Dalam foto yang dimuat naik, Syifa kelihatan tersenyum manis sambil memegang kit ujian kehamilan, ditemani suami tersayang, Safawi Rasid, dan si comel kesayangan mereka, Saif Sulaiman.
Dengan kapsyen penuh makna “Bismillahi MashaAllah, Allah hadirkan seorang lagi amanah untuk dijaga,” Syifa meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas rezeki yang melengkapi kehidupan mereka bertiga. Malah, beliau menyifatkan kehadiran bakal adik kepada Sulaiman ini sebagai ‘sahabat sedarah’ yang akan mengikat kasih sayang keluarga mereka lebih erat.
Dalam perkongsian itu, Syifa turut memohon doa daripada orang ramai agar urusan kehamilan kali ini dipermudahkan Allah SWT, dari awal hingga saat melahirkan nanti. “Doakan sempurna lancar sampai hujungnya,” tulisnya penuh harapan.
Pernah keguguran beberapa bulan yang lalu, kini penyanyi Nubhan Ahmad tampil berkongsi khabar gembira atas kehamilan isterinya.
Biarpun baru bersedih ketika keguguran isterinya yang lalu, Nubhan bersyukur Allah memberinya rezeki sekali lagi untuk menimang cahaya mata ketiga.
“Yeay! Baby PKP”
“Alhamdulillah…rezeki baru.
“Bertambah lagi familyku…doakan isteri & anak dalam kandungan ni sihat ya,” tulisnya di Instagram.
Pun begitu kata Nubhan lagi, alahan yang dialami isterinya kini agak teruk berbanding anak-anak sebelum ini.
“Kali ni teruk betul mabuk @drfietawfek, saya yang tak mabuk ni pun boleh mabuk tengok dia,” kongsi Nubhan lagi.
Bukan morning sickness tapi a “whole day sickness”
Dalam pada itu, menerusi Instagramnya, isteri kesayangan Nubhan, Dr Afifah Tawfek turut sama berkongsi kegembiraan itu. Malah turut berkongsi alahan dan mabuk teruk yang dialaminya pada kandungan ketiga ini.
“Susahnya nak keep this pregnancy a secret, had such a terrible morning sickness yang at first I thought I had a serious depression moments. Hehe.
“Its not the same this time like masa Aafiya and Aaffan sebelum ni. Susah nak keep secret sebab so many questions and tips I want you all to share how to overcome morning sickness.
“Dint know “MORNING” sickness could be a “WHOLE” day sickness…. Errrday everyday.
“Alhamdulillah…. Thank you untuk rezeki ini ya Allah. Orang kata kalau morning sickness teruk in shaa Allah baby kuat. Betul ke?,” tulisnya di kapsyen.
Semoga alahan yang dialami Dr Afifah cepat-cepat berlalu pergi dan bayi dalam kandungan baik-baik sahaja.
Terdahulu, Nubhan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek pada Ogos 2015. Mereka ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia, 4 tahun dan Ahmad Aaffan yang kini berusia dua tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.