Ramai yang mengeluh bayi sembelit apabila makan makanan pelengkap seperti puri. Adakah ia berpunca daripada kesilapan anda?
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.
Menurut Nur Hidayanti Asma Alias, Pegawai Dietetik, Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam puri sering kali menjadi makanan yang dipilih para ibu sebagai sajian makanan pelengkap pertama si kecil apabila mencecah usia enam bulan ke atas. Ia dikategorikan seperti berikut;
Puri buah
Puri sayur
Puri puri buah/ sayur yang ditambah dengan bijirin
Puri puri buah/ sayur yang ditambah lauk sebagai sumber protein
Puri-puri yang dinyatakan di atas berbeza mengikut fungsi pada setiap kumpulan makanan tersebut. Sayur dan buah merupakan sumber utama serat tidak larut di dalam makanan. Serat yang terdapat di dalam makanan membantu melawaskan pembuangan air besar. Bijirin ialah karbohidrat yang membekalkan tenaga utama yang diperlukan untuk fungsi otak dan keperluan badan untuk menjalankan aktiviti harian manakala protein yang terkandung didalam lauk seperti ayam, ikan, daging atau telur terlibat dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
PERKENALKAN MENGIKUT URUTAN
Makanan pelengkap perlu diperkenalkan kerana keperluan nutrien bayi akan meningkat seiring pertambahan usianya. Antara tanda-tanda bayi anda bersedia menerima makanan pelengkap ialah bayi mampu menegakkan kepala tanpa bantuan serta kawalan lidah yang boleh menolak makanan. Pada tahap ini, bayi telah mula menunjukkan minat dan memberi respon terhadap makanan. Makanan pelengkap perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Urutan pengenalan jenis makanan dimulai dengan kumpulan bijirin seperti bubur nasi atau bijirin komersil dengan tambahan zat besi. Sayur, buah dan sumber protein diperkenalkan seterusnya mengikut urutan.
Makanan perlu diperkenalkan satu jenis sahaja pada satu masa untuk tempoh satu minggu bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut dan memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
Ads
TEKSTUR MAKANAN PELENGKAP
Tekstur makanan pelengkap bayi dimulakan dengan makanan yang dikisar halus atau dijadikan puri supaya teksturnya lembut dan sesuai dengan keupayaan awal motor bayi.
Apabila bayi mencapai usia tujuh bulan, makanan dilecek dan tekstur yang lebih kasar boleh diberikan untuk merangsang motor dan deria rasanya. Jangan hanya terus memberikan bayi puri dan bubur sepanjang masa. Semakin meningkat usia bayi, tekstur makanan perlu berubah kepada makanan dicincang halus dan seterusnya makanan harian yang dimakan ahli keluarga apabila berusia setahun ke atas.
CARA PENYEDIAAN PURI YANG BETUL ELAK BAYI SEMBELIT
Ads
Makanan puri haruslah diberikan secara keseluruhan tanpa menapis makanan tersebut terutamanya puri sayur dan buah-buahan yang mengandungi serat. Jika berlaku masalah sembelit, bayi mungkin kekurangan serat atau air atau kedua-duanya.
Cadangan pemakanan untuk mengelakkan bayi sembelit ialah dengan memberi makanan secara lengkap.Contohnya, cadangan makanan pada waktu makan tengahari; setengah hingga suku mangkuk birijin bersama dua sudu teh isi ikan dilenyek halus, tiga sudu teh puri bayam dan air. Manakala antara waktu makan utama, dua sudu besar puri buah boleh diberikan sebagai snek sihat.
BILA SUMBER PROTEIN HAIWAN BOLEH DIBERIKAN?
Sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau gantian protein boleh diperkenalkan kepada bayi seawal usia enam bulan. Namun, lebih baik berikan satu jenis sahaja pada satu masa bagi memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
Anda juga digalakkan untuk memperkenalkan kuning telur dahulu ketika bayi berumur lapan bulan ke atas. Putih telur pula boleh diperkenalkan apabila bayi mencapai umur satu tahun bagi mengelak risiko alahan.
Ads
TIP UNTIK KOMBINASI PURI
Sebelum menyediakan puri yang menggabungkan dua jenis buah dan sayur atau bijirin dan lauk, anda perlu memastikan bayi telah diperkenalkan kepada buah dan sayur tersebut dan tiada masalah terhadap penerimaan kedua-dua jenis makanan tersebut.
BOLEHKAH MASUKKAN LEMAK DALAM BUBUR & PURI?
Ada ibu bapa yang memasukkan lemak seperti minyak zaitun atau mentega dalam penyediaan puri dan bubur kepada bayi. Pengambilan lemak yang mencukupi diperlukan untuk perkembangan normal untuk fungsi saraf, mata dan otak bayi.
Seawal usia enam bulan apabila bayi telah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, kuantiti pengambilan lemak dan minyak yang dicadangkan ialah sebanyak satu sudu teh sehari bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan untuk fungsi badan. Bagi bayi yang berusia di bawah 12 bulan, cadangan jenis minyak yang sesuai ialah minyak sayuran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak makan banyak tapi berat tak naik? Ini antara persoalan yang sering buat ibu tertanya-tanya apa lagi yang perlu diberi pada anak. Sebenarnya ramai ibu tak sedar gaya pemakanan si kecil sangat mempengaruhi tumbesaran anak.
Jika makan semangkuk bubur pun tapi tak cukup kadar nutrisi tak membantu juga. Ibu-ibu kena buang persepsi anak mesti makan banyak. Sebaliknya kita kena faham cara anak makan iaitu makan sikit-sikit, cukup semua nutrisi dan diberi makan ikut jadual. Ini yang sebetulnya dan perlu difahami.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Herny Hafiz, dia ada berkongsikan info pemakanan anak-anak usia 1 hingga 3 tahun.
4-6 sudu lemak baik
900 ml air ( berdasarkan rujukan saya dari pelbagai sumber)
Sebagai panduan senang:
1 serving kita amik 2 -3 sudu besar
untuk susu ialah 100 ml 1 serving ( ada sumber lain mengatakan susu maintain 16-24 oz / 400-700ml)
Susu ni boleh tampung dalam 20-30% je keperluan nutrisi anak-anak.
so mommy tetap kena pastikan anak makan seimbang.
Tolak bahagian susu anak perlukan 12 serving makanan sehari = 24-36 sudu sehari.
so anak makan dalam 5-6 kali sehari.
jadi sekali makan 4-6 sudu sahaja tau.
tak perlu la expect anak makan semangkuk besar.
4-6 sudu makanan solid dah mencukupi. walaupun kuantiti nampak kecik pastikan seimbang dan padat nutrisi terutama bahagian lemak baik.
banyak mommy yg tak cukup bagi lemak baik. lemak sangat penting untuk energy dan juga fungsi otak tak selain sebagai medium untuk serapan vitamin-vitamin tertentu.
so mommy. ingat panduan ni untuk sehari.
5.5.3.2
1 serving 2 -3 sudu.
sekali makan 4-6 sudu
kekerapan makan 6kali sehari
Untuk jadual makan anak saya, Dayyan selalunya
Pagi
pasta 3 sudu
meat group 2 sudu
lemak 1 sudu
vege 1 sudu
Baby dah 6 bulan, mesti excitedkan nak mulakan makanan pelengkap. Lepas tu, kita masak sendiri, anak makan pun selera, poo poo pun ok, tak keras, tak nampak beria meneran sampai kita tengok pun sedih.
Biasanya, apabila bayi menunjukkan tanda bersedia untuk menerima makanan pelengkap seperti dibawah;
~ Boleh duduk tanpa sokongan atau sedikit sokongan dan boleh mengawal kepalanya.
~ Cepat lapar atau meminta susu lebih kerap selepas diberi susu.
~ Mampu mengawal lidah dengan baik.
~ Mula mengunyah atau menggerakkan mulut sepeti mengunyah.
~ Gemar memasukkan benda kedalam mulut.
~ Menunjukkan minat kepada makanan atau yang anda makan atau cuba merampas makanan dan membuka mulutnya.
Ini menandakan baby sudah bersedia untuk terima makanan TETAPI kena tahu, baby boleh mula makan makanan pelengkap apabila bayi berusia 6 BULAN (waktu ini sistem penghadaman bayi sudah matang) kecuali telah dinasihatkan oleh doktor untuk mula makanan pelengkap lebih awal.
Bila nak mulakan makanan pelengkap ni, bukan tang kita je nak selesa, baby pun sama juga.
1. Jangan bagi makanan sambil baby baring. Nanti boleh tersedak lepas tu makanan masuk paru-paru pula nanti. Seeloknya tinggikan kepala baby atau dudukkan baby.
2. Gunakan sudu lembut, bukannya sudu besi. Baby ni baru nak mula kenal makanan, takut masa masukkan sudu dalam mulut, takut boleh lukakan bibir atau gusi si kecil.
Kekerapan pemberian makanan pelengkap
6-8 bulan = Makanan 2-3kali sehari.
Susu ibu 5-6 kali.
Tidak perlu SNEK
Boleh beri jika baby boleh terima.
9-11bulan = Makanan utama 3-4kali sehari.
Susu ibu ikut permintaan
Snek 1-2 kali.
1-2 tahun = Makanan utama 4-5kali sehari.
Susu ibu ikut permintaan
Snek 1-2 kali.
** Snek berkhasiat bermaksud buah-buahan seperti pisang/betik/biskut mengikut umur dan pertumbuhan gigi. Bukannya jajan.
BOLEH
• Perkenalkan SATU makanan pada SATU masa. Contoh, mulakan dengan bubur nasi yang dilenyek/dikisar/dicair sehingga baby boleh menyesuaikan diri.
• Tunggu sehingga 3 HARI /4 HARI (3 day/4 day rules) selepas memperkenalkan makanan baru. Selain boleh mengesan alahan terhadap sesetengah makanan jika ada, baby akan menunjukkan penerimaan atau tidak terhadap makanan yang diperkenalkan.
• Mulakan dengan kuantiti yang sikit, barulah tambah mengikut kesesuaian peringkat umur baby.
• Boleh campur jenis makanan dalam satu hidangan mengikut khasiatnya apabila baby sudah mula membiasakan diri dengan makanan yang diperkenalkan. Kiranya dah pass dah 3 days/4 days rules.
• Kalau baby sembelit, tukar menu lain atau jangan campur lagi makanan yang sama untuk menu seterusnya.
• Pastikan beri anak makan apabila baby lapar, sebelum meragam atau hilang selera makan.
• Pastikan tekstur dan rasa makanan sesuai dengan tahap perkembangan baby.
• Beri peluang kepada baby (mengikut keupayaan) untuk ambil makanan sendiri atau minum menggunakan cawan.
• Beri makanan tanpa gangguan dari televisyen, mainan semasa makan. Gangguan akan menyebabkan selera makan baby terputus.
• Makan sekali bersama baby anda.
TIDAK BOLEH
• Mencampur semua makanan berlainan jenis kepada bayi dalam satu masa sewaktu awal-awal memperkenalkan makanan pelengkap.
• Elak beri makanan yang boleh membuatkan baby tercekik seperti kekacang, daging ayam yang tidak dilecek/carik sempurna.
• Paksa baby untuk makan atau beri makanan berlebihan. Berhenti apabila anak anda memalingkan muka atau mengeluarkan makanan yang disuap.
• TAK PERLU letak gula atau garam dalam makanan baby . Sebab setiap makanan dah ada rasa dia sendiri dan beri peluang baby untuk rasa perasa yang asli dari ikan, ayam, nasi, sayur dan buah-buahan.
Anda perlu tahu, weaning/memperkenalkan makanan pelengkap di usia 6-8 bulan BUKAN untuk memberikan baby kenyang tetapi memperkenalkan baby dengan tekstur dan rasa.
Teruskan penyusuan susu ibu.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu yang mengeluh anak makan banyak tapi berat tak naik-naik. Adakah anak mempunyai masalah penghadaman dan sebagainya. Tapi ibu kurang mengambil tahu carta pengambilan makanan dan diet harian yang seimbang untuk anak-anak yang betul.
“Anak saya makan banyak. Tetapi berat susah nak naik.”
Ini adalah pernyataan kebanyakan ibu ayah apabila berjumpa saya atau lewat PM mereka pada saya. Apabila ditanya contoh pengambilan makan dan diet harian, kebanyakan anak-anak tidak mendapat protein yang cukup di dalam diet harian.
Seekor ikan sehari sahaja. Sebiji telur sekali sahaja sehari. Ayam secubit dua setiap kali makan.
Pengambilan lauk yang terlalu sedikit akan mempengaruhi status pemakanan anak. Darah merahnya rendah. Beratnya tidak naik. Anak sentiasa lapar dan cepat tantrum. Protein bertindak untuk mengenyangkan kerana memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadamkan.
Bagaimana memastikan anak mengambil protein yang mencukupi untuk keperluan hariannya?
Cuba lihat kembali kepada jumlah pengambilan lauk pauk yang diambilnya. Adakah mencukupi?
Lihat kembali kepada infografik di bawah.
Mengikut Malaydia Dietary Guidelines, anak berumur 3 tahun memerlukan separuh hidangan ayam, separuh hidangan ikan, separuh hidangan legume dan dua hidangan susu sehari.
Ini adalah jumlah hidangan yang sepatutnya diambil untuk anak-anak yang mempunyai berat badan yang normal dan sihat. Sekiranya anak mempunyai masalah kenaikan berat badan, seharusnya pengambilan protein adalah lebih lagi daripada jumlah ini.
Tujuan saranan mempelbagaikan pilihan makanan antara ikan, ayam dan legume kerana setiap satunya mempunyai zat yang pelbagai dan tidak sama antara satunya.
Ikan misalnya mempunyai Omega 3. Ayam mempunyai zat besi. Begitu juga daging. Kaya dengan zat besi dan vitamin B. Legume pula selain kaya dengan serat turut mempunyai pelbagai jenis mineral dan vitamin diperlukan tubuh.
Mengambil ayam sahaja menyebabkan anak kekurangan vitamin B, calcium, selenium dan fosforus yang boleh diperolehi daripada ikan dan makanan laut.
Jadikan setiap hidangan makan anak adalah berbeza pilihan lauk sebolehnya.
Satu hidangan ayam untuk tengahari, satu hidangan ikan untuk malam dan satu hidangan legume misalannya di sebelah pagi.
Infografik ini menunjukkan jumlah pengambilan untuk satu hidangan lauk pauk yang mempunyai 14g protein.
Sekiranya menurut saranan, pengambilan hanyalah 1/2 hidangan sahaja sehari bermaksud hanya 7g protein sahaja diperlukan untuk setiap jenis makanan. Atau separuh daripada jumlah hidangan di atas.
Sama juga dengan jumlah hidangan untuk daging dan ayam. Kebiasannya anak usia 1-3 tidak suka makan ayam atau daging kerana perlu dikunyah dan sedikit liat. Adakala ibu ayah yang jarang memberikan daging di dalam hidangan anak seharian.
Apa yang boleh dibuat sekiranya anak tidak mahu makan isi ayam atau hanya kunyah ayam dan kemudian meluahkannya kembali?
Ayam atau daging boleh dikisarkan dan dicampurkan ke dalam makanan atau sup untuk dihirup anak. Pastikan setiap hidangan yang diambil mestilah mencukupi saiz hidangannya.
Sekiranya hidangan mee atau bihun atau pasta dan sebagainya, ambil sesenduk mee sesuai untuk pengambilan anak sahaja. Pecahkan sebiji telur dan gaulkan bersama hidangan tadi. Bukan bersama hidangan untuk seisi keluarga. Ini akan menggalakkan anak mengambil protein dengan mencukupi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.