Selain disajikan dengan hidangan bubur, nasi lembik dan nasi, anak-anak kita juga perlu diperlbagaikan dengan sumber karbohidrat lain seperti roti dan aneka mi. Biarkan anak mencuba semua resipi agar mengelak rasa kebosanan pada rasa.

Dua belas resipi aneka roti yang dikongsikan ibu ini, Nurul Liyana menerusi Happy Baby Food Malaysia ini memang menarik. Kesemuanya ringkas dan kreatif. Rupanya banyak resipi yang boleh dipebagaikan daripada lebihan roti pada anak kita. Jom cuba. Resipi mana satu bakal jadi kegemaran si comel kita?

Suka sangat lah tu anak soleh menu baru, habis semua sekali hadap.

Kurang Gemar Makan Nasi Tapi Suka Roti, 12 Resipi Roti Ibu Ni Memang Awesome!

ROTI GORENG COKLAT (1yr)

2 sb unsweetened cocoa powder *
1 sk madu/puri kurma *
Air panas *
Roti
Cawan
Minyak

1. Kacau rata bahan bertanda * sampai sedikit pekat.
2. Masukkan coklat yang dikacau tadi ditengah-tengah roti & tindan lagi sekeping roti. Kemudian, terap menggunakan cawan.
3. Goreng dengan sedikit minyak & siap untuk dihidang!

Versi dewasa boleh letak milo dan susu pekat nyumsss !

Kurang Gemar Makan Nasi Tapi Suka Roti, 12 Resipi Roti Ibu Ni Memang Awesome!

Dah buat banyak tapi still tak cukup sebab ibu ayah makan sama, ayah kata sedap macam mcd punya tu.

PUMPKIN BANANA PIE (8m)

IKLAN

Pumpkin
Banana
Roti

1. Rebus pumpkin sehingga empuk.
2. Lenyekkan pisang & pumpkin.
3. Buang kerak roti.
4. Letakkan pumpkin & pisang ditengah2 roti.
5. Lipat roti & kelim tepi-tepi roti dengan garpu.
6. Goreng di atas kuali dengan sedikit minyak agar dapat rangup-rangup tu.

Ngappp panas-panas nyumss ! Ibu saja letak pumpkin nak bagi berlemak so jadi lah lemak-lemak manis ala-ala banana pie mcd 😋

Kurang Gemar Makan Nasi Tapi Suka Roti, 12 Resipi Roti Ibu Ni Memang Awesome!

Menu favourite ibu ayah ni tapi lama dah tak terbuat. Selalu masak lunch dinner je nak masak merepek-merepek tak sempat dah.

GARLIC BREAD (8m)

1. Tumbuk 2 ulas bawang putih. Gaul sebati bersama mix herbs & unsalted butter.
2. Sapu rata diatas roti & bakar diatas kuali sehingga masak.

IKLAN

MUSHROOM SOUP (10m)

Mushroom
Bawang putih
Bawang holland
Tepung jagung
Fresh milk (1y) /fm
Blackpapper
Chicken stock
Mix herbs
Air

1. Tumis bawang & masukkan susu.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain & masak sehingga sedikit pekat.
3. Siap untuk dihidang.

Kurang Gemar Makan Nasi Tapi Suka Roti, 12 Resipi Roti Ibu Ni Memang Awesome!

Ingat boleh pau sikit sekali habis semua anak soleh ngap.

CHOCOLATE FRENCH TOAST (1y)

Unsweetned cocoa powder
Puri kurma
Roti
Telur *
Freshmilk *
Unsalted butter
Fresh milk (optional)

IKLAN

1. Masak serbuk coklat & puri kurma sehingga pekat.
2. Sapu coklat tadi pada roti.
3. Gaul sebati bahan *
4. Panaskan unsalted butter di atas kuali kemudian celup roti tadi selama 1 min & bakar sehingga masak.
5. Tabur susu fresh milk & siap untuk dihidang!

Kurang Gemar Makan Nasi Tapi Suka Roti, 12 Resipi Roti Ibu Ni Memang Awesome!

PUDING ROTI (8m)

3 keping roti
2 biji kurma
1 sk cream cheese
1 biji telur
1 cawan susu

Blend kesemua bahan. Masukkan dalam acuan kemudian kukus sehingga masak.
Siap untuk dihidang !

Kurang Gemar Makan Nasi Tapi Suka Roti, 12 Resipi Roti Ibu Ni Memang Awesome!

ROTI JUTAWAN BABY (8m)

6 helai daun pandan
1 biji telur
2 biji kurma
2 sb tepung jagung
2 sb fresh milk

1. Blend daun pandan kemudian tapis ambik air nya sahaja.
2. Rendam kurma di dalam air panas. Buang biji & kulit.
3. Blend kesemua bahan. Masak sehingga pekat likat.
4. Siap untuk dihidang bersama roti.

Melalui perkongsiannya juga terdapat beberapa resipi roti yang anda boleh ikuti cara membuatnya. Semuanya mudah dan ringkas untuk anak kecil kita. Jom cuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI