top anak demam

Ada sesetengah kanak-kanak memang mudah dijangkiti virus demam dan selesema. Sudah tentu perkara ini amat merisaukan ibu ayah. Pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran bimbang ada penyakit yang lebih serius datang menjangkiti.

Menurut Dr. Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Kanak-kanak, Pakar Laktasi & Pensyarah Pediatrik ada beberapa punca yang boleh menyebabkan keadaan ini. Merujuk kepada persoalan daripada seorang ibu, Dr Hairin Anisa menerangkan apa yang mungkin berlaku kepada si kecil yang sering dijangkiti demam dan selesema ini.

Kurang Nutrisi, Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam & Selesema. Ibu Ayah Kena Lebih Peka

Setiap bulan anak saya yang berumur 2 tahun setengah seringkali dijangkiti selesema dan demam. Itu sangat merisaukan saya dan suami. Ada yang mengatakan anak saya kekurangan vitamin C, namun doktor yang merawat tiada pula menyatakan sedemikian. Apakah ia normal untuk kanak-kanak pada usia anak saya jika sering mengalami selesema dan demam atau saya perlu merujuk kepada pakar untuk dapatkan rawatan lanjut bagi mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya?

Diana, Terengganu.

Terima kasih atas soalan Puan.

IKLAN

Kurang Nutrisi, Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam & Selesema. Ibu Ayah Kena Lebih Peka

Hampir semua bayi dan kanak-kanak tidak dapat mengelakkan daripada dijangkiti kuman seperti virus dan bakteria yang wujud dalam persekitaran termasuk udara. Mengikut kajian Eccles R. Understanding the symptoms of the common cold and influenza. Lancet Infectious Disease 2005 Nov;5(11):718–25, dalam setahun, kanak-kanak akan dijangkiti penyakit batuk dan selesema sebanyak 7 – 10 kali dalam setahun.

Maka, jika anak puan juga mengalami selesema dan demam ini adalah perkara biasa. Namun, jika anak kerap mengalami penyakit berbahaya lebih daripada 2 kali setahun, seperti jangkitan kuman di paru-paru, darah dan otak, ada kemungkinan anak puan mempunyai masalah lemah sistem imun yang perlukan ujikaji lanjut di bawah pengawasan doktor pakar kanak- kanak.

IKLAN

Untuk pengetahuan Puan, beberapa faktor kanak-kanak kerap mengalami masalah demam dan selesema ialah jika:

Kurang Nutrisi, Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam & Selesema. Ibu Ayah Kena Lebih Peka

  1. Persekitaran rumah samada luar dan dalam yang berhabuk, tidak bersih dan berdebu. Dihantar ke pusat penjagaan yang ramai kanak-kanak, bercampuran kanak-kanak yang tidak sihat dan yang sihat. Kuman akan mudah tersebar dan berulang kali.
  1. Ibubapa yang merokok dan membawa kesan toksik dalam nafas mereka sehingga anak menghidu nafas yang ada toksik. Maka, sistem pertahanan anak dalam hidungnya akan terganggu untuk menghalang jangkitan kuman.
  1. Anak yang kurang makan makanan seimbang termasuk sayuran dan buah-buahan. Maka, sistem imun tidak kuat walaupun badannya membesar dengan normal. Malah, lebih teruk jika nutrisi anak hanya bergantung kepada susu sahaja dan tidak mengambil makanan yang mempunyai zat besi dan zink secukupnya.
  1. Sekiranya anak mengalami masalah resdung atau alahan di mana hidungnya sangat sensitif sehingga kerap mendapat selesema terutama apabila dalam cuaca sejuk. Anak yang mengalami alahan resdung ini sangat sensitif kepada habuk, debunga pokok dan hama rumah (dust mites).

Berkenaan dengan vitamin C, sebenarnya kurang tepat informasi dinyatakan oleh Puan. Sebenarnya Vitamin C merupakan zat makanan yang penting sebagai anti-oksida yang menghalang kerosakan sel oleh bahan-bahan toksik oksida (reactive oxidative species) yang ada dalam tubuh manusia. Namun, ramai kanak-kanak yang tidak diberikan makanan yang mengandungi Vitamin C seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin C juga berperanan falam membantu penyerapan zat besi dan zink yang maksima. Maka, apabila kurang pengambilan vitamin C dalam diet, zat besi dan zink juga tidak mencukupi dan sistem imun manusia tidak kuat melawan jangkitan kuman dan mudah sembuh.

IKLAN

Kurang Nutrisi, Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam & Selesema. Ibu Ayah Kena Lebih Peka

Amat disarankan kepada ibubapa untuk memastikan anak-anak makan makanan yang seimbang. Semua ahli keluarga amalkan memakan buah sitrus seperti limau, mangga atau apa sahaja yang mengandungi vitamin C yang tinggi 10 minit sebelum makan hidangan menu utama. Kehadiran vitamin C ini akan membantu penyerapan zat besi dan zink hidangan utama.

Sebenarnya, tiada keperluan untuk memberikan anak- anak ubat vitamin, suplemen tambahan sekiranya makanan yang diamalkan sentiasa seimbang setiap hari. Sebagai ibubapa, peranan utama kalian adalah untuk memujuk anak-anak menggunakan kaedah yang pelbagai cara daripada sawal 6 bulan usia mereka agar biasa dengan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Sekiranya anak Puan ada tanda-tanda alahan resdung, dapatkan rawatan lanjut dan pastikan di rumah tiada permaidani berbulu, berserat, binatang peliharaan yang berbulu, dan barang permainan yang berbulu. Sekiranya terdapat hama rumah dan bulu ini dalam sekitar rumah, ini akan menyebabkan keradangan dalam hidung berpanjangan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI