Bagi wanita yang sedang mengandung, pengambilan makanan berkhasiat penting sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi.
Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
Pertama : KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak.
Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Kedua : BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak.
Ads
Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.
Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga : MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Ads
Keempat : BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah. D
Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.
Kelima : MADU
Ads
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.
Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam : SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahim.
Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.
Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Sesetengah wanita jika sememangnya sudah bersedia untuk hamil, pasti gembira jika ujian UPT yang dibuat menunjukkan keputusan positif. Walaupun begitu, tetap ada isteri yang masih tidak bersedia untuk hamil terlalu awal terutamanya jika pasangan tersebut masih muda atau mengamalkan perhubungan jarak jauh.
Sesetengah keputusan UPT, walaupun positif tetap tidak boleh diyakini sehingga seorang wanita itu membuat ujian bersama doktor. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan alat ujian kehamilan tercemar dan rosak sehingga mengganggu keputusannya. Dr Zubaidi Hj Ahmad turut berkongsi tentang isu wanita tidak hamil walaupun ujian UPT positif melalui laman Facebooknya.
Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya.
“Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia…”
Ya puan. Apa masalahnya?
“Saya sedih doktor. Ujian UPT saya pagi tadi POSITIF. Saya tidak sangka yang saya hamil”
Perbualan kami panjang. Sepatutnya kerunsingan ini dikongsikan bersama suami. Fikir apa yang harus dilakukan. Sama-sama berjumpa doktor. Minta nasihat.
Kerisauan ini bukan patutnya dihadapi sendirian oleh isteri.
Di akhir perbualan, beliau mahu tahu bagaimana menggugurkan kehamilan.
Saya mengucap panjang dalam hati. Tak mahu dia berkecil hati dan mengatakan saya tak empati.
“Begini puan. Puan harus berjumpa doktor dulu. Paling baik bersama suami. Bincang dengan suami dan doktor bagaimana nak buat.”
“Yang penting ialah pastikan atau confirmkan kehamilan puan”
“Bolehkah UPT positif tapi saya tidak hamil?”
“Ya ia boleh berjadi. Puan harus buat pemeriksaan ultrasound jika kehamilan puan sudah memasuki 6 minggu. Pemeriksaan UPT hanya ujian saringan. Ia bukan pengesahan. Ia harus dipastikan dengan pemeriksaan ultrasound.”
Banyak pemeriksaan UPT POSITIF tetapi wanita itu tidak hamil. Sementara itu ada pemeriksaan UPT NEGATIF TETAPI wanita itu hamil.
Oleh setiap ujian UPT yang dilakukan sendiri haruslah dirujukkan kepada doktor kerana ada kalanya ujian ini mengelirukan.
Ada beberapa keadaan di mana ujian UPT positif padahal wanita itu tidak hamil. Pertama, apabila alat ujian UPT telah tamat tempuh atau disimpan di tempat yang panas. Oleh itu sebelum melakukan ujian ini, perhatikan tarikh luputnya. Kadang kala kita simpan alat itu terlalu lama dan terlupa ia telah pun mencapai tarikh luput. Malah ada yang disimpan di tempay yang panas sehingga merosakkannya.
Kedua, keadaan di mana telah mengalami keguguran dan menyangka darah yang keluar itu adalah darah haid. Padahal darah yang keluar adalah darah keguguran. Dalam kes ini ujian UPT mungkin masih menunjukkan tanda positif, tetapi kehamilan telah berakhir.
Saya percaya melakukan ujian UPT selepas beberapa hari, ujian UPT akan bertukar menjadi negatif.
Ketiga, apabila seorang wanita yang sedang dalam rawatan kesuburan dan diberikan suntikan kesuburan. Ramai yang tidak sabar untuk mengetahui sama ada beliau hamil atau tidak selepas beberapa hari bersama suami.
Ujian UPT akan menunjukkan keputusan positif, pada wanita itu tidak hamil.
Keempat, apabila seorang wanita mengalami beberapa penyakit seperti ovarian cyst dan kanser ovari. Tidak semua semua kes ovarian cyst yang menunjukkan ujian UPT positif. Jadi ujian UPT bukanlah saringan untuk ovarian cyst.
Ujian UPT juga mungkin positif bagi wanita yang mengalami kanser ovari yang advanced bila sel-sel kanser telah mereka ke bahagian lain.
Jadi apa yang perlu dilakukan bila ‘mendapati berita gembira apabila ujian UPT yang dilakukan sendiri memberikan keputusan positif’?
Jika ujian UPT dilakukan terlalu awal, belum cukup (6 minggu), sebaiknya melakukan semula selepas dua minggu kemudian.
Jika ujian itu telah dilakukan selepas 6 minggu, elok buat pemeriksaan doktor bagi melakukan ujian pemeriksaan ultrasound.
Jadi jangan terlalu gembira sebelum pengesahan dilakukan.
Jika paras hemoglobin (HB) rendah atau kurang sel darah merah, keadaan ini boleh mengakibatkan anemia. Anemia ialah apabila hemoglobin (HB) atau nama sainsnya sel darah merah berada pada paras bawah normal. Anemia memberi kesan buruk pada otak.
Tekanan aliran darah naik mendadak untuk pam ke dalam otak. Apabila dipam mengejut, ia akan menyebabkan hilang keseimbangan. Aliran ke cerebral cortex berkurang mak terjadilah radang pada neuron. Situasi ini boleh mengakibatkan penurunan fungsi kognitif (demensia).
Siapa yang berisiko mengalami anemia? Anemia mudah menyerang wanita. Bagaimanapun kaum lelaki juga tidak terkecuali. Namun ia lebih berisiko tinggi dalam kalangan wanita.
Kira-kira separuh wanita mengandung menghidap anemia. Nak elak anemia, paras hemoglobin tidak boleh rendah pada 11.5 G/DL. Jika paras hemoglobin rendah ia boleh merisikokan kelahirannya bayi pramatang, kurang berat, pucat dan kuning.
Anemia pada ibu hamil juga boleh mengakibatkan depresi terutama selepas bersalin. Kitaran tidur yang terganggu juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah ‘uterine atony.’
Pernah dengar, bahasa mudahnya rahim lambat kecut. Perut menjadi besar. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan dan sakit berterusan pada rahim.
Apa punca utama anemia?
Kurangnya zat besi. Zat besi merupakan bahan utama yang membentuk sel darah merah. Tugas lain zat besi banyak antaranya ialah mencegah jangkitan dan membaiki kualiti tidur.
Apa yang bantu zat besi diserap badan dengan lebih banyak? Vitamin C.
Apa yang menghalang zat besi daripada diserap oleh badan? Teh, susu dan kopi. Mungkin boleh ingat semula banyak mana ambil tiga ini.
Ini tip untuk cegah anemia melalui snek kekacang pistachio.
Tahukah anda bahawa pistachio ada jumlah zat besi paling tinggi dalam kalangan kacang? Dijuluki sebagai ‘kacang mesra ibu hamil.’
Kacang pistachio memiliki empat kali ganda lebih tinggi berbanding badam, gajus dan kacang Brazil. Ia mengandungi vitamin B6. Pistachio membantu badan menghasilkan sel darah merah sihat. Memang bagus pistachio ini.
Ramai yang salah anggap punca letih, kerap pening, kaki tangan sejuk sebagai tanda kerja kuat atau kurang tidur. Mahukan kepastian? Buatlah pemeriksaan kesihatan.
Kurang vitamin B12 dan asid folik juga antara punca anemia. Kesannya, tangan dan kaki rasa kebas kesemutan. Badan kurang keseimbangan. Mudah pitam.
Maka sebab itulah penting untuk ibu hamil menjaga diet ketika tempoh kandungan. Ia bertujuan untuk menaikkan paras hemoglobin pada tahap normal.
Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan. Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan.
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, wanita obes yang merancang untuk hamil boleh berjumpa pakar sakit puan atau primary care physician untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan berat badan optimum dan cara hidup sihat yang perlu diamalkan.
TURUN 4.5KG KURANGKAN RISIKO DIABETES 40%
Kajian yang dibuat di Sweden mendapati penurunan berat badan sekurangnya 4.5kg boleh menurunkan risiko mendapat kencing manis semasa hamil sebanyak 40% pada kandungan yang seterusnya.
Berat optimum yang perlu dicapai adalah BMI yang normal (BMI 18-24.9) BMI adalah berat dibahagi dengan ketinggian kuasa dua.
Selain mencapai berat badan optimum dan mengikuti saranan pakar, wanita obes yang ingin hamil juga perlu melakukan beberapa perkara sebelum kehamilan agar kesihatan ibu dan kandungan berada di tahap yang optimum.
Obesiti berbahaya kerana boleh mengundang pelbagai risiko buruk kepada kedua-dua ibu dan bayi. Justeru ia perlu dicegah bagi mengelakkan berlakunya komplikasi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita. Namun di sebalik kegembiraan itu, ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi.