
Sekiranya anda memperuntukkan setiap bulan, RM50 bagi seorang anak sebagai simpanan dalam produk kewangan yang memberikan pulangan 6% setahun, pada umur anak 18 tahun nanti, jumlah simpanan itu berkemungkinan boleh menjadi RM19,656.
Namun, cukupkah ia untuk menjadi belanja biaya pengajiannya kelak? Sebagai ibu bapa, anda perlu mengajar anak menyimpan untuk kebaikan dirinya sendiri di masa depan. Anda perlu memupuk budaya menyimpan kepadanya seawal mungkin.
Ini langkah awal yang perlu diri anda mulakan terlebih dahulu sejak daripada bulan-bulan awal kelahiran dan diteruskan oleh anak itu dengan menyimpan secara berdikit-dikit.
1. Buka akaun simpanan khase
Beberapa bulan selepas anak lahir, bukalah akaun simpanan yang khusus seperti akaun Tabung Haji, unit amanah, akaun bank dan apa-apa medium simpanan yang seumpama dengannya.
2. Tetapkan jumlah simpanan
Setiap bulan, simpan duit secara konsisten walaupun sedikit. Dengan hanya simpan RM50 sebulan, selama 18 tahun dalam akaun yang memberikan pulangan konsisten 6% setahun, anak anda boleh mendapat jumlah simpanan hampir RM 20,000!
Jadi, adalah lebih baik tetapkan jumlah simpanan setiap bulan. Jika jumlahnya lebih besar sudah pasti jumlah simpanan nanti akan jadi lebih banyak.
Pada awalnya, anda sendiri yang perlu keluarkan wang daripada poket sendiri dan terus masuk ke dalam akaun simpanan anak. Namun, apabila anak sudah ada tabung sendiri, minta dia berikan wang simpanan itu untuk anda kira bersama-samanya dan terus simpan di dalam akaun.
Jika jumlah tabungan itu kurang daripada apa yang telah ditetapkan setiap bulan, anda perlu bantu menambah jumlah wang agar ia cukup dengan nilai simpanan tetap.
3. Maklumkan kepada anak

Mulakan tabiat menyimpan ini seawal mungkin. Sebaik-baiknya apabila anak sudah pandai mengira dengan baik.
Apabila anak sudah mencapai usia remaja, terangkan tentang simpanan tersebut. Beritahu matlamat simpanan tersebut dan nyatakan tempoh waktu yang sesuai untuk dia menguruskan sendiri duit tersebut.
Sebagai ibu bapa, anda hanya memegang amanah. Duit simpanan yang ada itu adalah milik si anak.
Jika anda menunjukkan budaya menyimpan daripada awal kepada anak, itu bererti anda telah mempersiapkan dirinya dengan persekitaran kewangan yang lebih baik.
Sumber: Suzardi Maulan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hebatnya Rita Sosilawati! Bawa 4 Anak Kecil Tanpa Helper Melancong Ke US Guna 8 Tips ini

Melancong bersama keluarga memang menyeronokkan. Apa yang dilakukan oleh Rita Sosilawati ini boleh dijadikan panduan. Melancong ke US bersama 4 anak kecil dengan hanya dibantu suami adalah sesuatu yang hebat!
Rita Sosilawati atau Erni Dekritawati Yuliana ialah usahawan wanita yang dikenali ramai ini bukan sahaja tangkas dalam bidang perniagaan, tapi turut cekap menguruskan anak & keluarga.
Beliau turut berkongsi beberapa tips tentang trip melancong bersama anak kecil yang sangat praktikal dan boleh digunakan oleh ibu bapa lain.

Berikut ialah perkongsian beliau;
#1: BERGILIR-GILIR TIDUR
Kata Rita bagi perjalanan jauh yang meletihkan, ibu bapa perlu tidur apabila anak-anak tidur. Ini untuk memastikan ibu bapa mendapat cukup rehat.
View this post on InstagramA post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on
#2: MEMBAWA STROLLER UNTUK SETIAP ANAK
Dalam 1 posting, kelihatan semua anak Rita duduk di stroller. Ini bermakna beliau menyediakan stroller untuk anak-anak. Ada stroller biasa dan ada twin stroller untuk keempat-empat anaknya.
#3: AMBIL PERJALANAN MALAM
Kata Rita, perjalanan waktu malam menjadi pilihan dan dia sebolehnya tidak memberikan anak nap (tidur siang) pada hari berlepas supaya anak-anak akan tidur dengan mudah di dalam flight. Berikan susu 2 minit sebelum take off untuk elak telinga anak berdengung/ berdesing.
View this post on InstagramA post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on
#4: MENYEWA KENDERAAN BESAR DAN SELESA UNTUK ANAK & BARANGAN
Rita menyewa kenderaan 12 tempat duduk bagi memastikan anak-anak selesa dan semua barangan dapat dibawa dengan baik.
#5: TIP ANAK DISENGAT OBOR-OBOR
Rita turut berkongsi tip apabila anaknya disengat obor-obor. Antara tipsnya ialah mencurahkan cuka pada bahagian yang disengat dan membiarkannya 10-15 minit. Dapatkan bantuan safeguard berdekatan.
View this post on InstagramA post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on
#6: PASTIKAN ANAK SENTIASA TERHIDRAT
RIta memastikan diri dan ahli keluarga minum banyak air semasa untuk mengelakkan badan kurang air.
#7: KENA ADA MAKANAN UNTUK BAYI
Bagi anaknya yang masih bayi, Rita sentiasa menyediakan buah-buahan seperti pisang dan tembikai atau makanan lembut seperti roti. Sediakan 1 beg untuk membawa makanan khas untuk anak-anak.
View this post on InstagramA post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on
#8: SENTIASA BAWA PAKAIAN EKSTRA UNTUK ANAK
Bawa pakaian ekstra untuk anak-anak sebagai persediaan sekiranya hujan dan sebagainya.
View this post on InstagramA post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on
Sumber: rita_sosilawati
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bajet RM20, Tutup Bawah Singki Guna Langsir DIY. Dapur Jadi Kemas!

Biasanya dapur akan menjadi tempat untuk orang perempuan atau isteri dapat ilham sediakan menu makanan yang sedap buat ahli keluarga. Jadi susun atur barang dapur, kekemasan menjadi faktor penting.
Lagi satu, dapur juga akan menjadi tempat utama yang akan dilihat oleh tetamu jika berkunjung ke rumah sekiranya ada buat makan-makan atau perjumpaan ahli keluarga. Jika ada bajet besar, mungkin bolehlah buat kabinet cantik untuk susun peralatan dapur di situ.

Bagaimanapun, jika bajet tak cukup, ruang untuk nak susun periuk atau letak stok barang dapur di bawah singki yang terbuka itu boleh ditutup dengan membuat mengubahsuai dan menggunakan shower curtain.
Berikut dikongsikan gambar oleh Puan Ayza Nur untuk beri idea kepada ibu-ibu mencantikkan dapur dan hasilnya sangat menakjubkan. Terus naik seri bahagian dapur! Modal pun dalam RM20 sahaja.
**Nak dapatkan bidai tingkap murah untuk dapur, boleh beli di sini

Bahan-bahan:
Shower curtain (2pcs x RM 14. 90)
Curtain bar (4 pcs × RM 3. 30)
Hook sticker (2 pkt × RM 1. 30)
Semua saya beli kat MR DIY
Cara-caranya:

- Kabinet umah sewa saya nie panjang, jadi saya beli 2 keping curtain tu
ukur sampai labuh mana nak dan kemudiannya potong - Curtain ni masa beli siap ring tu sekali tau, rod tu saya beli 4 batang, rod tu boleh adjust pnjangnya,
- Nak lekatkan guna hook yang boleh lekat kat marmar tu yang macam kita lekat tempat sabun dalam bilik mandi tu.
- Dah lekatkan hook tu masukkan rod tadi dalam ring curtain tu dan kemudian tekan kuat-kuat sikit bagi hook tu melekat kuat. Hasilnya.
- Cantikkan? nampak kemas terus, hilang cacat tadi dengan hanya tutup jer dengan langsir, jom tengok hasil mereka yang dah cuba.



Ramai dah mencubakan, jadi tak salah giliran kita sendiri pula untuk pastikan dapur rumah kita cantik dan kemas. Apa yang paling penting kita boleh tukar langsir tu ikut warna kegemaran.
Kredit: Puan Ayza Nur via Akak Pesan
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Anak Bijak, Rajin-Rajinlah Uji Minda Anak, Latih Anak Dengan 5 Aktiviti Ni Di Rumah!

Anak-anak kecil sememangnya sukakan sesuatu yang boleh diterokai bagi merangsang minda, skil motor halus dan kasarnya, skil bahasa dan perkembangan kognitif serta keperluan emosi mereka.
Menurut Dr Nurul Ain Zulkifeli, MD (UNIMAS) daripada Hospital Manjung, Perak, satu kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji di luar negara mendapati bahawa, anak-anak yang mendapat stimulasi yang baik sebelum umurnya menjangkau 5 tahun mempunyai masa hadapan yang lebih baik daripada anak-anak yang tidak menerima rangsangan yang sama semasa kecil.
Namun tiada alasan lagi bagi ibu bapa untuk tidak meluangkan masa dengan anak-anak walaupun sesibuk mana bekerja. Di sekeliling kita misalnya terdapat pelbagai aktiviti yang dapat merangsang minda anak untuk jadi lebih bijak. Malah di rumah juga banyak aktiviti yang dapat menguji kepintaran anak-anak kecil kita, tanpa mengeluarkan belanja dan kos yang tinggi.

1) Bermain jigsaw puzzle
Ibu bapa boleh sesuaikan tahap kesukaran jigsaw puzzle dengan umur anak. Dari hanya seminimum 6 keping puzzle kepada berpuluh-puluh kepingan kecil. Menyusun puzzle adalah cara yang termudah untuk melatih dan merangsang skil pemikiran anak melalui penyelesaian masalah kerana anak akan berusaha untuk memadankan imej dan warna kepingan kecil puzzle. Puzzle dalam bentuk gambar, abjad, bentuk dan pelbagai tema seperti nombor, haiwan, kenderaan dan sebagainya dapat menarik perhatian anak.
Otak anak dirangsang melalui cara mereka menyelesaikan masalah, berfikir bagaimana cara atau strategi untuk mencantum kepingan dan juga bagus untuk kemahiran motor halus. Apabila anak mengambil, mengutip, memegang dan mencantum kepingan puzzle dan di masukkan ke dalam slot, sedikit sebanyak minda mereka teruji.
Bermain jigsaw puzzle juga dikategorikan sebagai satu permainan yang paling mudah, ringkas dan murah kerana puzzle boleh dibeli atau boleh dibuat sendiri. Ibu bapa hanya perlu cari gambar yang menarik misalnya kartun kesukaan anak dan guntingkan. Tampal di atas kertas tebal atau kad manila dan guntingkan menjadi beberapa kepingan puzzle.

2) Bermain dengan warna
“Messy Play” melalui bermain dengan kepelbagaian warna dapat memberi keseronokan dan mengembangkan otak anak kecil dengan cepat. Ibu bapa boleh menyediakan kertas lukisan dan alatan melukis di rumah. Warna pula boleh dibeli dan pastikan yang bersesuaian dengan umur contohnya Crayola Water Colour yang amat selamat untuk anak berumur kecil.
Antara kepelbagaian aktiviti untuk bermain dengan warna adalah:
* Mencampurkan dua atau lebih warna untuk menghasilkan warna yang berbeza.
* Bermain warna dengan menggunakan alatan permainan anak-anak.
* Menggunakan medium seperti berus gigi, putik kapas, kapas, kain perca dan batang aiskrim untuk di buat corak.
* Menggunakan anggota badan sendiri.
* Penggunaan rempah ratus yang keras seperti bunga lawang dan kayu manis (juga elok untuk meningkatkan skil sensori anak)
Yang penting, kaitkan aktiviti mewarna dengan pembelajaran seharian dan libatkan anak ketika proses pembersihan selepas bermain aktiviti ‘messy play” ini.

3) Bercerita dengan anak
Anak suka mendengar dan juga ingin didengari. Fakta juga jelas mengatakan bercerita kepada anak-anak dapat merangsang perkembangan otak dan juga baik untuk emosi. Jadi tidak hairan jika model pendidikan prasekolah yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia menekankan perkembangan sosioemosi kerana perkembangan emosi yang matang menjadi asas pembentukan sahsiah individu yang seimbang.
Teknik bercerita boleh dipelbagaikan oleh ibu bapa bertujuan untuk menarik minat anak-anak. Contohnya:
* Pelbagaikan bahan bacaan dengan gambar dan warna yang menarik. Yang penting juga saiz perkataan yang digunakan.
* Sambil bercerita, ibu bapa boleh menggunakan alat seperti anak patung kesayangan anak perempuan atau alat bantu mengajar yang lain.
* Menggunakan teknik atau intonasi suara yang bersesuaian dengan jalan cerita.
* Bertanyakan pendapat atau ambil perhatian setiap daripada respons yang diberikan oleh anak. Itu tandanya anak sedang berfikir dan kreatif.
* Hidupkan kelainan suasana bercerita seperti ibu bapa memakai kostum yang dijahit sendiri bersama anak Gunakan watak-watak menarik seperti superhero kesayangan mereka.
Jadi bercerita pada anak di rumah amatlah penting. Hubungan fizikal, sosial dan emosi terjalin dua hala di antara keduanya. Cukup mudah.
4) Pretend & Play
Bermula seawal usia 3 tahun, anak sudah pandai bermain dan ‘memegang’ tanggungjawab ringan seperti menyuap anak patung kegemaran mereka makan dan medodoikan patung mereka ketika tidur.
Seperti kaedah bercerita juga, pretend & play memberi hak utama dan kebebasan kepada anak untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka. Ibu bapa boleh menyediakan set permainan alatan doktor dan berlakon menjadi orang yang sakit dan sedang menerima rawatan dari anak.
Nampak ringkas tetapi aktiviti ini sangat merangsang perkembangan awal otak anak serta meningkatkan kebolehan sosial dan kematangan berfikir.

5) Bermain dengan tanah liat
Jika anak tidak dapat bermain di luar rumah atau ibu bapa terlalu sibuk untuk membawa mereka keluar. Alternatif yang ada, berikan mereka doh atau pun permainan yang berunsurkan tanah liat / play doh. Antara kebaikan aktiviti ini adalah dapat menajamkan skil pemerhatian dan daya berfikir, menjana minda dan kreativiti anak serta meningkatkan kemahiran mengikut arahan. Selain itu, bermain tanah liat juga;
* Membantu menguatkan otot dan meningkatkan koordinasi tangan dan mata
* Mempelajari tekstur bahan
* Membantu mengenal warna
* Membantu perkembangan sosial anak
Moga dengan pilihan aktiviti yang ringkas dan mudah ini dapat membantu ibu bapa dalam menceriakan dan mempelbagaikan aktiviti bersama anak di rumah. Yang penting hubungan ibu bapa dan anak terjalin dengan lebih erat dan mesra.
Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
Artikel berkaitan: Nak Anak Bijak Tapi Mak Ayah Selalu Tersalah Langkah, Betulkan 2 Perkara Ni Dulu!
Nak Anak Bijak Kena Rangsang Otak Sejak Bayi 10 Aktiviti Ini Boleh Buat Bayi Bijak!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


