Keibubapaan

“Layanlah Anak-Anak Tu Walaupun Tak Larat”- Dr Izzar Mohon Beri Perhatian Lebih Pada Anak!

Share

Walau kita sibuk macam mana sekalipun, balik sahaja ke rumah, fokus kita seharusnya pada anak-anak. Jauhkan dari bebanan kerja dan tanggungjawab yang bersarang dalam fikiran. Mood yang tidak ceria, emosi kita yang tidak stabil akan cepat dikesan anak-anak. Ubahlah supaya anak-anak tidak rasa tersisih. Jauh sekali menyimpan emosi mereka dalam hati dek kerana kurangnya kasih sayang mak ayah.

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani antara yang sering berkongsi perkembangan anak-anak di instagramnya. Terbaru doktor hebat ini berkongsi masalah kesihatan mental anak-anak, kesan daripada rasa terabai oleh mak ayah.

 

“Jadilah ibu bapa yang BERTANGGUNGJAWAB. Layanlah anak-anak tu walaupun tak larat. Berhentilah memberi alasan kepada mereka,” katanya berkongsi.

Nak tahu apa sebabnya? Dan apa akibatnya jika anak-anak kita terabai dan kurang kasih sayang? Ini yang dikongsikan oleh beliau. Hati-hati!


KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK

Kesihatan mental kanak-kanak berkaitan dengan mencapai penanda aras (milestone) perkembangan dan emosi, belajar skil bersosial, dan tahu mengatasi masalah bila ada. Kanak-kanak yang sihat mentalnya mempunyai kualiti hidup positif dan mampu berfungsi baik di rumah, sekolah, dan di dalam komuniti.

Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2019, terdapat 424,000 orang kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan mental di Malaysia. BANYAK TU!!. Dalam kajian tu lagi, terdapat 9.5% kanak2 berumur 10-15 tahun mempunyai masalah mental, dan 8.4% adalah kanak-kanak PEREMPUAN.

Kecelaruan mental (Mental disorder) di kalangan kanak-kanak ialah perubahan serius dalam cara kebiasaan kanak-kanak tu belajar, berkelakuan, atau mengurus emosi, yang boleh menyebabkan kesusahan dan masalah untuk meneruskan kehidupan seharian. Memang sukar untuk memahami kecelaruan mental di kalangan kanak-kanak ni sebab perkembangan anak berubah-ubah.

Gejala-gejala kecelaruan mental pula berbeza-beza dan bergantung kepada umur anak, dan anak pula mungkin tak tahu nak meluahkan perasaan ada menceritakan mengapa mereka berkelakuan dengan cara tertentu

Antara kecelaruan mental yang kanak-kanak yang boleh doktor diagnosis ialah attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD), keresahan, autism, kecelaruan makan, kecelaruan mood, dan sebagainya. Semua diagnosis ini dibuat oleh Doktor psikiatri. Bukan semua doktor boleh mendiagnosis kecelaruan mental ini sebab ianya rumit dan memberi kesan yang besar dalam hidup anak.

Mak Ayah Perlu Main Peranan

Malah bapa kepada Ayra ini juga turut berkongsi beberapa tip dan peranan yang mak ayah boleh lakukan. Jangan beri alasan sebaliknya cuba sehabis baik ketika kita berada di rumah.

Sebagai ibu bapa, peranan anda adalah:

✅Menyediakan persekitaran rumah dengan penuh KASIH SAYANG.

✅GALAKKAN PERBUALAN secara sihat dengan rajin mendengar je anak-anak tu bercerita, dan benarkan anak bercakap.

✅TIDAK bersikap menghakimi dan kritikal.

✅Membenarkan anak-anak BERMAIN dengan kanak-kanak lain dan rakan sebaya.

Jadi hiasilah zaman kanak-kanak mereka dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan. Siapa lagi yang patut beri semua tu kalau bukan ibu bapa anak tu sendiri?

 


EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

IKLAN