Lebih dua tahun berkahwin, penyanyi Hazama akui dia dan isteri Genervie Kam sama seperti pasangan lain iaitu sentiasa mengimpikan cahaya mata dalam perkahwinan.
Namun Hazama berkata dia percaya dengan ketentuan Allah untuk bila masa yang sesuai buat mereka dikurniakan rezeki tersebut.
“Kami sentiasa mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam rumah tangga kami.
“Namun dalam masa yang sama saya percaya dengan ketentuan Allah.
Ads
“Saya cuma berdoa, jika kami layak bergelar ibu bapa maka kurniakanlah kami cahaya mata dari zuriat kami, tapi jangan beri jika kami tidak bersedia memikul tanggungjawab itu,” katanya.
Menurut Hazama, menimang cahaya mata bukan trend yang perlu diikut-ikut sebaliknya ia perlu disertakan dengan tanggungjawab.
“Saya tak mahu nak anak kerana terikut-ikut kerana lihat orang lain ada anak atau trend sebab ia perlu disertakan dengan tanggungjawab yang besar bila saya bergelar bapa nanti,” katanya lagi.
Ads
Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2017.
Sebelum ini Hazama pernah berkongsi mengenai keadaan isterinya apabila tiub fallopio sebelah kirinya perlu dibuang, jadi peratusan untuk hamil semula agak sukar. Kalau ada pun, kemungkinan untuk gugur semula boleh terjadi kerana bukaan tidak bagus.
Tahukah anda, ada jenis kehamilan yang jarang dibincangkan tetapi boleh memberi kesan besar kepada kesihatan wanita? Ia dikenali sebagai “kehamilan anggur” atau molar pregnancy. Dr. Zubaidi berkongsi info ini untuk memberi kesedaran kerana ramai yang masih tidak tahu tentang risiko ini.
Kehamilan anggur berlaku apabila proses persenyawaan antara telur dan sperma tidak normal. Selalunya janin dan uri terbentuk dengan normal, tetapi dalam kes ini, tisu di rahim membentuk kantung kecil seperti cyst yang dipanggil hydatidiform mole. Janin tidak berkembang dan rahim dipenuhi tisu abnormal.
Dr. Zubaidi menekankan beberapa faktor yang meningkatkan risiko wanita mengalami kehamilan anggur:
Umur wanita : Risiko meningkat apabila wanita berumur 35 tahun ke atas.
Sejarah kehamilan anggur sebelum ini : Jika pernah berlaku dua kali atau lebih, risiko berulang tinggi.
Keguguran misteri sebelum ini : Wanita yang pernah keguguran tanpa sebab yang jelas berisiko lebih tinggi.
Kehamilan anggur biasanya menunjukkan tanda yang sama seperti kehamilan normal: tidak datang haid, ujian kehamilan positif, loya, muntah, dan perubahan hormon lain. Oleh itu, ultrasound awal sangat penting untuk mengesan sebarang ketidaknormalan.
Rawatan biasanya melalui prosedur D&C atau vacuum aspiration untuk membuang tisu abnormal. Selepas rawatan, wanita tidak digalakkan hamil dalam tempoh 6 hingga 12 bulan bagi memastikan pemulihan rahim dan memantau sebarang risiko baki tisu yang boleh menjadi kanser. Pemeriksaan darah secara berkala amat penting.
Jangan pandang remeh sebarang kehamilan yang tidak normal. Pemeriksaan awal dan berkala amat penting, terutamanya bagi wanita yang mempunyai sejarah risiko.
Kesedaran tentang kehamilan anggur boleh menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi serius.
Bagi ibu yang tidak pernah mengalami kehamilan anggur, pasti akan berasa hairan tentang penyakit ini. Kehamilan jenis ini juga boleh kedengaran agak luar biasa bagi suami. Malah, masih ada pandangan serong dan salah faham dalam masyarakat yang menyatakan bahawa ibu yang mengalami kehamilan anggur mungkin terkena ‘buatan orang’ atau membawa keturunan berpenyakit. Justeru, penting untuk kita memahami penyakit ini dengan tepat.
Kehamilan anggur merupakan satu jenis kehamilan yang tidak berkembang menjadi janin sempurna. Akibat masalah semasa persenyawaan, tisu embrio dan plasenta tidak berkembang dengan normal, sebaliknya menjadi gugusan tisu berbentuk gelembung atau sista yang menyerupai buah anggur.
Dalam perubatan, ia dikenali sebagai Hydatidiform mole dan diklasifikasikan kepada dua jenis: lengkap (complete mole) dan separa (partial mole).
Kehamilan anggur lengkap: berlaku apabila ovum kosong disenyawakan oleh satu atau dua sperma. Tisu persenyawaan ini mengandungi 46 kromosom, tetapi semuanya daripada bapa sahaja. Tiada janin terbentuk, hanya gugusan tisu seperti anggur.
Kehamilan anggur separa: berlaku apabila ovum normal disenyawakan oleh sperma, menghasilkan tisu persenyawaan dengan 69 kromosom (23 dari ibu, 46 dari bapa). Tisu janin boleh terbentuk, tetapi kematian janin biasanya berlaku pada peringkat awal. Tisu plasenta mengandungi komponen normal dan abnormal (gugusan anggur).
-Ibu yang mengalami kehamilan anggur mungkin mengalami:
-Loya dan muntah teruk
-Saiz rahim lebih besar daripada usia kandungan
-Tekanan darah tinggi dan bengkak pada kaki
-Paras hormon hCG lebih tinggi daripada normal, terutamanya pada kehamilan anggur lengkap
-Kehamilan anggur boleh dikesan melalui ultrasound, di mana gugusan tisu berbentuk anggur dapat dilihat dan janin tidak dapat dikesan.
Kebanyakan kehamilan anggur akan menyebabkan keguguran atau kematian janin. Ibu akan mengalami pendarahan dan tisu plasenta akan dihantar ke makmal untuk pengesahan penyakit.
Di bawah mikroskop, gugusan tisu ini terdiri daripada struktur tisu plasenta (villi) yang membengkak dan kumpulan sel plasenta (trophoblasts) yang bercambah. Seluruh tisu plasenta harus dikeluarkan, dan ibu perlu menjalani pemeriksaan berkala sehingga penyakit ini benar-benar tiada.
Terdapat risiko kecil di mana kehamilan anggur boleh merebak ke dinding rahim (invasive mole) atau menjadi kanser (choriocarcinoma). Namun, pemantauan rapi dapat mengesan dan mencegah komplikasi ini.
Secara umum, kehamilan anggur tidak menjejaskan kehamilan seterusnya. Ibu biasanya masih boleh hamil seperti biasa dan memperoleh anak yang normal.
Kehamilan anggur bukan sesuatu yang boleh dijangka, tetapi dengan pemantauan awal dan langkah pencegahan, risiko komplikasi boleh dikurangkan. Sebagai pasangan baru, kesedaran tentang perkara ini sangat penting jangan tunggu sehingga terlambat.
Kepercayaan dahulu, katanya apabila si ibu hamil tak boleh tersalah makan. Nanti ‘terkenan’ pada anak. Contohnya kalau makan kicap atau minum air kopi, anak akan dilahirkan gelap. Ibu yang minum air soya pula anaknya akan lahir putih melepak. Boleh pula begitu ya? Betul ke sebenarnya?
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan dicemarkan di dalam sistem penghadaman dan diserap ke dalam badan.
“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Kang anak yg dikandung tu jadi gelap, macam kicap tu gak ! “ – ujar makcik Senah kepada anaknya yang baru disahkan oleh doktor hamil dalam 4 bulan.
“Ko jangan degil dengar cakap mak. Keluarga kita semua putih putih cerah-cerah. Anak kakak ko si Betty tu, tengok anak dia dah itam legam, betty degil tknak dengar ckp mak dulu. Budak-budak skang ni bukan boleh ditegur sikit. Cakap kita kolot la ape lah. Padahal aku yg makan garam dulu dari korang tau” – tambah makcik senah bila anak yg dileteri itu mencebikkan muka bila ditegah makan kicap.
Masalahnya, betol ke makan kicap, anak yg dikandung tu boleh jadi gelap mcm kicap tu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ni minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya tu.
Dia lupa ke yang kicap tu asalnya dari kacang soya sendiri? Pening oi pening !🤕
Meh ler saya nak explain sikit;
🌸Warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.
🌼Molekul yg sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yg tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.
🌸Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit je sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino.
So da jelas sebenarnya permakanan tak mempengaruhi warna kulit bayi. Tapi sebenarnya bergantung pada perwarisan genetik – iaitu warna kulit mak atau ayah bayi tu sendiri.
Penyelesaiannya mudah saja, kalau nak sangat baby putih melepak, kenalah kawin dgn mat salleh yang putih melepak.
Ikhlas, Doktor yang Tall, Dark & Ensem
Kesimpulannya, warna makanan yang diambil tu langsung tidak ada kaitan dengan warna kulit anak yang bakal dilahirkan. habis, kalau si ibu banyak makan sayur hijau, takkan anak keluar jadi Incredible Hulk pula?
Selebriti media sosial, Aisyah Hijanah berkongsi perkara yang haram dilakukan oleh ibu hamil yang mungkin ramai terlepas pandang.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, dia menjelaskan kenapa perkara-perkara ini tidak patut dilakukan oleh ibu hamil.
“Ada dua benda ni yang sebenarnya perempuan pregnant tak boleh tunjuk.”
“Tapi yang no.2 ni mesti ramai terkejut, la tak boleh tunjuk rupanya.”
“Yang pertama adalah kita punya baby bump, kadang tu ada perempuan dah pakai baju longgar tapi sebab perut dia memang besar itu tak apalah. Tapi kalau sengaja pakai ketat tu yang tak boleh”
“Yang no.2. Kita tunjuk scan baby, yang scan baby tu pun tak boleh tunjuk jugak sebab zahirnya janin adalah yang tersembunyi. Bila kita tunjuk dekat orang, dia tak selari dengan janin tu sendiri iaitu ia ‘tersembunyi’.”