Pasangan selebriti Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan untuk anak kedua mereka pada Julai nanti. Berita gembira tersebut diumumkan secara langsung menerusi laman Instagram milik pasangan selebriti ini.
Bella kelihatan sebak sebaik belon dipecahkan Aliff mendedahkan jantina bayi mereka. Pendedahan jantina terpaksa dibuat secara langsung berikutan Bella tidak berada di sisi suaminya di Singapura berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penyanyi lagu Sayang Sayang itu ketika diminta Bella meneka jantina bayi, menyatakan tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan.
“Alhamdulillah, saya tidak kisah apa pun jantina, yang penting sihat,” kata Aliff.
Seluruh ahli keluarga Aliff termasuk adiknya penyanyi, Aisyah Aziz turut sama ketika sesi pendedahan itu. Mereka kelihatan gembira pengumuman berkenaan. Ketika menjawab pertanyaan Aliff, adakah sudah lama mengetahui jantina bayi, Bella memberitahu, dia sudah lama mengetahuinya.
Ads
Bella dan Aliff bernikah pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
“Terima kasih Bella kerana kuat melalui masa-masa sukar ini dan juga Ayden. Insya-Allah, nanti kita berjumpa. Tak sabar nak jumpa semua,” katanya. Terdahulu, Bella mengesahkan sudah rujuk semula dengan Aliff pada Julai tahun lalu.
Ads
Sebelumnya, pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 16 Mei tahun yang sama.
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon cantik, Nikita Willy yang berkongsi kisah kehamilannya yang kini memasuki usia lima bulan, selepas berumah tangga bersama suaminya, Indra Priawan.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Ku Akan Menanti ini juga mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu.
Sepanjang menjadi isteri kata Nikita, dia mengakui agak tertekan di awal perkahwinannya kerana sering ditanya mengenai kehamilan.
Malah kata Nikita lagi, sepanjang tempoh lapan bulan berkahwin, dia dan suami berusaha untuk mendapatkan anak. Pasangan ini dilihat sering berkunjung ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun usaha itu gagal.
Namun kata Nikita, atas beberapa nasihat, dia melalui sesi rawatan terapi akupuntur.
Melalui satu petikan Kompas, Nikita berkongsi cerita mengenai kehamilannya.
“Dua minggu setelah menjalani terapi akupuntur, saya lewat datang haid. Waktu itu kami bercuti di Bali dan saya memang membawa kit ujian kehamilan. Dan ya, saya hamil,” kongsinya.
Malah kata bakal ibu ini juga, untungnya dia tidak mengalami alahan sepanjang kehamilannya. Malah dia juga masih mampu menjalani aktiviti bersenam dan masih sempat bercuti ke Bali ketika hamil.
“Alhamdulillah fasa lima bulan ini sangat smooth. Saya tidak mengalami alahan malah masih aktif bersenam tiga kali seminggu,” kongsinya lagi.
Berkongsi kisah kehamilannya kata Nikita dia begitu menyenangi keadaan dirinya kini yang dilayan bagaikan puteri. Malah kata Nikita dia terasa semakin disayangi suaminya Indra.
Kongsinya lagi, suaminya itu bukan hanya terlebih mengambil berat akan dirinya bahkan juga semakin romantis.
Semoga kehamilan bintang Indonesia ini dipermudahkan sehingga detik kelahiran kelak.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang mengalami pekak dan bisu boleh dididik kebolehannya. Bagaimana caranya? Ikuti perkongsian daripada pakar & ibu bapa dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Mendidik Kebolehan Anak Pekak & Bisu” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 18 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sihat semasa hamil amat penting. Bagaimana jika ibu berpenyakit kritikal hamil tanpa dirancang, apakah tindakan yang perlu dilakukan? Jangan panik, ikuti penerangan doktor ini.
Kehamilan ialah saat di mana berkembangnya janin di dalam rahim ibu. Kesihatan ibu perlu stabil kerana tubuh ibu perlu bekerja lebih daripada biasa untuk memenuhi keperluan perkembangan bayi. Bagaimana jika hamil dalam keadaan ibu yang sedang bertarung nyawa dengan penyakit kritikal atau dalam siri rawatan perubatan yang ketat?
Anak dan kehamilan adalah anugerah Tuhan istimewa kepada seorang wanita. Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin semestinya mendambakan cahaya mata untuk menyeri rumahtangga mereka. Keinginan ini lahir secara semula jadi termasuk golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan yang serius seperti kanser, masalah jantung yang serius seperti Eisenmenger Syndrome atau SLE.
Menurut Dr Mastura Mokhtar, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, KPJ Selangor Specialist mengandung ketika dalam keadaan kesihatan tidak stabil atau masih dalam rawatan (kerana penyakit dan rawatan) kemungkinan besar boleh menimbulkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan janin.
DAPATKAN NASIHAT & KAUNSELING
Sebaik-baiknya wanita tersebut mendapatkan nasihat atau kaunseling dari doktor yang merawat beliau dan pakar sakit puan apabila beliau merancang untuk hamil. Ini bermaksud kehamilan mesti dirancang ketika penyakitnya stabil atau selepas habis tempoh rawatan. Biasanya wanita ini akan dirujuk kepada klinik pra-kehamilan atau pre-pregnancy klinik di klinik-klinik kerajaan, hospital kerajaan atau swasta.
Kadangkala wanita tersebut dinasihatkan untuk menggunakan cara perancangan keluarga yang sesuai untuk mengelakkan kehamilan tidak terancang (unplanned pregnancy) semasa penyakit masih aktif atau dalam rawatan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan komplikasi kepada ibu dan bayi dalam kandungan contohnya sekiranya wanita tersebut masih mengambil ubat kemoterapi atau radioterapi, rawatan ini boleh menyumbang risiko kanser atau kecacatan kepada janin. Risiko ini sangat tinggi semasa usia kandungan 3 bulan pertama iaitu semasa pembentukan organ dalaman janin.
Setelah rawatan selesai atau penyakit stabil, barulah pesakit boleh mencuba untuk hamil. Semasa mengandung, mereka perlu pemantauan yang lebih ketat selalunya di klinik-klinik pakar dan klinik kesihatan. Sekiranya wanita tersebut mengandung semasa masih di dalam rawatan atau semasa penyakit sedang aktif, beliau hendaklah memberitahu doktor secepat mungkin untuk mendapatkan nasihat.
PERLU JELASKAN KEPADA DOKTOR YANG MERAWAT
Hal ini penting kerana doktor yang merawat lebih mengetahui keadaan dan tahap kesihatan mereka dan boleh memberikan rundingan tepat.
Kehamilan yang terjadi bagi pesakit penyakit berkenaan perlukan perhatian khusus kerana ubat-ubatan yang diambil boleh memudaratkan bayi yang di kandung. Antara penyakit kritikal ialah seperti;
#1 Ibu Penghidap kanser
Bagi ibu yang sedang menghidap kanser seperti kanser payudara, lymphoma- rawatan kemoterapi melibatkan ubat-ubatan kemoterapi atau hormon bagi mengelakkan sel-sel kanser merebak. Rundingan dan nasihat dari pakar onkologi dan sakit puan akan diberikan kepada pesakit.
Sekiranya kehamilan masih pada trimester pertama, kandungan mungkin dinasihatkan untuk digugurkan bagi memastikan ibu mendapat rawatan yang optimum dan mengelakkan risiko kecacatan janin.
Sekiranya ibu enggan menggugurkan kandungan, beliau mungkin menghadapi risiko penyakit yang boleh semakin teruk atau kanser yang merebak yang akhirnya menyebabkan kesihatan beliau merosot dan boleh menyebabkan keguguran spontan atau kelahiran tidak cukup bulan.
Manakala bagi pesakit yang hamil melepasi trimester kedua semasa diagnosis, kandungan biasanya dinasihatkan untuk diteruskan dan rawatan akan diteruskan semula selepas kelahiran kecuali penyakitnya sudah terlalu kritikal atau tidak stabil . Proses kelahiran pula biasanya akan dilakukan pada minggu ke 32 atau 34 menerusi pembedahan caesarean.
#2 Ibu Penghidap Tuberkulosis (tibi)
Bagi pesakit tuberkulosis dan sedang menjalani dos pengambilan ubat-ubatan yang ketat, doktor biasanya akan menyambung rawatan kerana risiko mengambil ubat sangat kecil. Ini kerana di dalam ilmu perubatan, apabila kebaikan rawatan melebihi kemudaratan, maka rawatan perubatan boleh diteruskan. Manakala sekiranya ianya lebih memudaratkan pesakit dan kandungannya, ubat-ubatan akan dihentikan dan disambung semula selepas kelahiran.
#3 Ibu Penghidap Penyakit Berkaitan Autoimun
Penyakit yang berkaitan dengan autoimun seperti systemic lupus erythematosus(SLE) , kehamilan semasa penyakit masih aktif meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi meninggal di dalam rahim dan bayi mati ketika lahir (stillbirth).
Ubat-ubatan tertentu yang mengubati penyakit autoimun membahayakan janin. Gangguan tiroidyang tidak terkendali, seperti tiroid yang terlalu aktif atau kurang aktif dapat menyebabkan masalah bagi janin, seperti gagal jantung, berat badan rendah semasa lahir dan kecacatan kongenital.
Ada juga keadaan di mana penyakit-penyakit ini hanya dikesan ketika dalam tempoh kehamilan. Walau dalam apa keadaan sekali pun, ibu perlulah mendapatkan konsultasi doktor secepat mungkin setelah menyedari diri hamil. Jangan menghentikan pengambilan dos ubat-ubatan tanpa berbincang dan mendapatkan kelulusan daripada doktor yang merawat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.