Berbasikal memang baik untuk kesihatan terutamanya jantung dan meningkatkan stamina. Apa yang dilakukan oleh penyanyi no. 1 Malaysia ini menginspirasikan. Memiliki bayi kecil bukan penghalang untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza melakukannya.
Hebatnya ibu kepada Siti Aafiyah ini berjaya berbasikal sejauh 30km, satu jarak yang jauh dan memerlukan stamina yang tinggi untuk melakukan kayuhan sejauh itu.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuat naik beberapa foto aktiviti berbasikalnya bersama suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan rakan-rakan dengan kapsyen berikut;
Ads
Alhamdullillah , ibu aafiyah berjaya habiskan kayuhan 30km ??? tq Datin @aiza_mokhtar jadi pembakar semangat daki bukit .. kalau tak dah lama naik Van .. hahahah ?♀️?♀️
Para peminat teruja dengan pencapaian penyanyi kesayangan mereka ini kerana berjaya berbasikal sejauh itu. Tidak kurang juga yang memuji kecantikan artis wanita hebat ini.
Kehamilan adalah satu fasa yang sangat istimewa tetapi pada masa yang sama boleh menjadi tempoh yang mencabar untuk tubuh wanita. Ramai ibu hamil mendapati mereka lebih mudah mengalami demam, batuk, selsema atau jangkitan lain berbanding sebelum hamil. Keadaan ini sering menimbulkan persoalan sama ada perubahan tersebut adalah normal atau petanda masalah kesihatan tertentu.
Sebenarnya, perubahan pada sistem pertahanan badan semasa kehamilan adalah proses semula jadi yang berlaku bagi memastikan perkembangan bayi dalam kandungan berjalan dengan baik. Memahami bagaimana imun ibu hamil berfungsi boleh membantu ibu mengambil langkah yang tepat untuk menjaga kesihatan sepanjang tempoh kehamilan.
Sewaktu hamil, sistem imun ibu akan mengalami perubahan yang kompleks. Janin yang berada dalam kandungan membawa gabungan DNA daripada ibu dan ayah. Dalam keadaan biasa, sistem imun akan mengenal pasti unsur asing dan bertindak balas terhadapnya.
Namun semasa kehamilan, badan perlu menyesuaikan diri supaya janin tidak dianggap sebagai ancaman. Oleh sebab itu, imun ibu hamil menjadi lebih toleran dan kurang agresif terhadap kehadiran janin. Perubahan ini penting untuk memastikan kehamilan dapat diteruskan dengan selamat.
Walaupun mekanisme ini memberi manfaat kepada perkembangan bayi, ia juga menyebabkan ibu lebih mudah terdedah kepada sesetengah jangkitan virus dan bakteria.
Selain perubahan semula jadi pada sistem pertahanan badan, terdapat beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi kekuatan imun semasa kehamilan.
Peningkatan hormon progesteron dan estrogen memberi kesan kepada pelbagai fungsi tubuh termasuk tindak balas imun. Perubahan hormon ini boleh menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi kurang efisien dalam melawan jangkitan tertentu.
Kehamilan membawa banyak perubahan dari segi fizikal dan emosi. Kurang tidur, keletihan serta tekanan harian boleh memberi kesan negatif kepada imun ibu hamil. Apabila tubuh berada dalam keadaan tertekan untuk tempoh yang lama, keupayaan badan untuk melawan penyakit turut menurun.
Pemakanan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun. Kekurangan vitamin dan mineral tertentu boleh menyebabkan tubuh kurang daya tahan terhadap jangkitan serta melambatkan proses pemulihan apabila sakit.
Menurut pakar, beberapa sel imun termasuk sel T akan mengalami perubahan fungsi sepanjang kehamilan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan tindak balas yang boleh menjejaskan janin. Namun perubahan ini juga menyebabkan keupayaan tubuh melawan sesetengah patogen menjadi sedikit berkurangan berbanding keadaan biasa.
Sistem imun yang lemah boleh meningkatkan risiko beberapa masalah kesihatan yang tidak boleh dipandang ringan.
Oleh sebab itu, penjagaan kesihatan yang konsisten amat penting bagi memastikan keadaan ibu dan bayi sentiasa berada dalam keadaan baik.
Walaupun perubahan sistem imun adalah sebahagian daripada proses kehamilan, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk membantu meningkatkan daya tahan badan.
Pilih makanan yang kaya dengan nutrien penting seperti:
Pada masa yang sama, kurangkan pengambilan makanan segera serta makanan tinggi gula kerana ia boleh meningkatkan keradangan dalam badan dan menjejaskan fungsi imun ibu hamil.
Tidur berkualiti selama tujuh hingga sembilan jam setiap malam membantu tubuh menjalankan proses pemulihan secara optimum. Hormon melatonin yang dihasilkan semasa tidur turut menyokong sistem pertahanan badan.
Aktiviti seperti berjalan kaki, yoga prenatal dan berenang dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, mengekalkan kecergasan serta menyokong kesihatan sistem imun.
Stres kronik boleh meningkatkan penghasilan hormon kortisol. Jika hormon ini berada pada paras tinggi untuk tempoh yang panjang, fungsi sistem imun boleh terjejas. Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, membaca doa atau mendengar muzik yang menenangkan.
Sesetengah ibu mungkin memerlukan vitamin tambahan seperti Vitamin C, Vitamin D, zink dan asid folik. Pengambilan suplemen yang sesuai boleh membantu menyokong imun ibu hamil dan menampung kekurangan nutrisi harian.
Jika ibu mengalami demam berpanjangan melebihi dua hari, batuk yang semakin teruk, kesukaran bernafas atau sebarang simptom luar biasa, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Rawatan awal penting bagi mengelakkan komplikasi yang boleh menjejaskan ibu dan kandungan.
Kehamilan sememangnya menyebabkan badan menjadi lebih sensitif terhadap jangkitan kerana perubahan semula jadi pada sistem pertahanan tubuh. Namun keadaan ini tidak bermaksud ibu tidak boleh mengekalkan kesihatan yang baik. Dengan pemakanan seimbang, rehat mencukupi, pengurusan stres yang baik dan pemantauan kesihatan secara berkala, imun ibu hamil dapat disokong dengan lebih efektif untuk memastikan kehamilan yang lebih tenang, sihat dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa sebenarnya bentan dari sudut sains? Elok diketahui punca-punca bentan ini supaya tidak terikut pantang larang karut.
Perkataan bentan selalu berlegar dalam masyarakat terutama sekali bagi wanita selepas bersalin dan kanak-kanak berkhatan. Penjelasan ini merungkai apa sebenarnya bentan dari sudut sains.
“Siapa suruh langgar pantang??! Kan dah BENTAN !!”
Bentan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Bentan juga turut dikaitkan dengan kanak-kanak yang berkhatan. Dalam masyarakat Melayu, bentan dipercayai sebagai akibat melanggar pantang-larang selepas bersalin.
Antara contoh pantang-larang selepas bersalin ialah :
Apakah yang dimaksudkan dengan bentan?
Dari aspek perubatan, bentan adalah komplikasi akibat jangkitan kuman yang dialami selepas proses kelahiran bayi.
Antara gejalanya ialah : Demam, badan berasa lemah / seram sejuk, pening, loya, sakit sendi, tumpah darah, keluar cecair berbau busuk dari faraj, sakit pada bahagian peranakan, sakit pada bahagian luka kelahiran dan jantung yang berdegup kencang.
Terdapat pelbagai sumber jangkitan yang boleh berlaku pada wanita semasa proses berpantang:
1) Jangkitan pada luka tempat kelahiran
Ia boleh berlaku pada luka bahagian faraj jika pembedahan secara normal atau menggunakan vacuum atau forceps. Jangkitan juga boleh berlaku pada luka pembedahan bagi kelahiran secara Caesarean.
2) Jangkitan pada payudara (mastitis)
Dalam masyarakat Melayu, ia lebih dikenali sebagai bengkak susu. Ia boleh terjadi akibat saluran susu yang tersumbat atau rekahan pada puting buah dada yang tidak dirawat.
3) Jangkitan pada salur peranakan.
Ia boleh berlaku jika terdapat sisa daripada proses kelahiran (product of conception) yang tertinggal dalam saluran peranakan contohnya bahagian daripada uri. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit perut, sakit pada ari-ari dan menyebabkan tumpah darah.
4) Jangkitan pada saluran kencing.
Ini boleh berlaku jika wanita tersebut kurang minum air semasa berpantang. Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk proses pelawasan kencing.
Mengikut pantang-larang orang-orang lama, wanita berpantang perlu menghadkan pengambilan air bagi mengelakkan muka menjadi sembap atau kaki bengkak. Tetapi, perlu diingatkan di sini, jika terdapat simptom muka, badan atau kaki menjadi sembap, wanita tersebut perlu diperiksa untuk penyakit darah tinggi. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan atau stroke.
Selain itu, jangkitan pada saluran kencing boleh berlaku jika penjagaan kebersihan faraj diabaikan. Faraj perlu kerap dibersihkan dan kerap menukar tuala wanita.
5) Jangkitan salur pernafasan
Ini boleh berlaku sebagai komplikasi dari prosedur bius (anaesthesia) semasa pembedahan Caesarean. Antara simptomnya ialah batuk, sesak nafas, pernafasan kencang atau sakit dada.
6) Sebab-sebab lain yang tidak berkaitan dengan kelahiran
Jangkitan juga boleh berlaku pada bahagian tubuh yang lain, yang tidak terlibat semasa proses kelahiran. Contohnya akibat gusi bengkak, jangkitan dalam telinga dan cengkam kuku yang bernanah.
Sebagai peringatan utama , bentan adalah salah satu cara tubuh berkomunikasi untuk meminta bantuan dan rawatan . Ia tidak perlu diabaikan atau hanya dipandang mudah sebagai “akibat melanggar pantang”. Dapatkan rawatan dari klinik dan hospital berhampiran dengan segera!
Gatal bahagian dubur & mengamuk/ merengat, pucat & kerap sakit perut antara simptom kecacingan. Apa mama papa boleh buat?
Menurut Dr Rosni Jamaluddin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist, masalah kecacingan atau jangkitan cacing merupakan masalah yang boleh berlaku di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Walau bagaimana pun, kebanyakan jangkitan cacing tidak serius /teruk dan tidak memberikan apa-apa gejala atau mudarat. Ini menyebabkan ia mungkin tidak disedari oleh penghidap.
Kes kecacingan yang teruk dan serius lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat luar bandar atau di tempat di mana tidak terdapat bekalan air bersih. Ini adalah kerana kebanyakan kes jangkitan cacing berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan tanah yang mengandungi cacing atau telur cacing.
SIMPTOM KECACINGAN
Antara simptom atau gejala kecacingan yang teruk dan kronik adalah kurang berat badan atau terbantut tumbesaran, pucat atau anemia, sakit perut dan perut kembung atau membengkak. Malah, sebahagian pesakit kecacingan juga boleh mengalami kesukaran pembelajaran.
Segelintir pesakit mengadu kurang selera makan atau mempunyai selera makan yang aneh seperti tabiat suka memakan benda-benda yang kotor seperti tanah.
Adakalanya disebabkan kitaran hidup sebahagian cacing yang akan migrasi ke organ-organ tertentu, pesakit mungkin mengalami simptom –simptom yang berkaitan dengan organ tersebut seperti sakit kepala, batuk, sesak nafas, sakit perut, hati yang membengkak dan sebagainya.
GATAL DUBUR & MENGAMUK/ MERENGAT
Setengah pesakit lain boleh merasa gatal di bahagian dubur. Ada kalanya pesakit atau ibu bapa sendiri boleh terjumpa atau melihat cacing di dalam najis kanak-kanak yang kecacingan.
Simptom seperti merengat atau mengamuk mungkin boleh dijelaskan sekiranya kanak-kanak mengalami sakit perut. Namun begitu, merengat atau mengamuk secara khususnya bukanlah merupakan simptom yang spesifik untuk masalah kecacingan kerana terdapat banyak lagi masalah lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak berkelakuan demikian
JUMPA DOKTOR JIKA ANDA DALAM KATEGORI BERISIKO
Jika si kecil terdedah kepada gaya persekitaran hidup yang berisiko tinggi untuk menghidap kecacingan dan mengalami simptom-simptom tersebut di atas, anak anda disyorkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan penilaian yang lebih terperinci.
Doktor mungkin akan mengambil sampel najis untuk diuji di makmal bagi mendapatkan diagnosis yang tepat. Doktor juga boleh memberikan ubat yang sesuai untuk merawat masalah kecacingan tersebut, dan seterusnya memberikan nasihat lanjut tentang cara-cara untuk mencegah jangkitan daripada berulang.
PASTIKAN MEMINUM AIR BERSIH
Secara amnya, sentiasa pastikan air minuman dan air yang digunakan untuk menyediakan makanan semuanya telah dirawat dan dibersihkan. Lebih baik sekiranya semua air yang digunakan direbus sehingga mendidih terlebih dahulu. Cuci semua bahan masakan dan makanan dengan air bersih sebelum di makan, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan mentah. Kebersihan tangan dan diri-sendiri juga adalah penting agar jangkitan dapat dielakkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!