Bila bercakap mengenai berpantang, ada ibu-ibu yang merasakan ianya waktu paling tidak menyeronokkan kerana terpaksa terperap di dalam rumah berhari-hari dan mengasingkan diri dari pelbagai aktiviti luar. Bukan itu sahaja malah ada ibu-ibu yang stress kerana terpaksa menyekat segala kemahuan diri untuk makan dan melakukan banyak perkara.

Berpantang sebenarnya bukan satu penyeksaan diri pada ibu bersalin. Tempoh 44 hari adalah satu tempoh bertenang dan jika anda menolaknya ingatlah bahaya satu pengalaman indah, dilayan bagaikan puteri. Hebat kan?

Perkongsian Puan Liyana Nazli mengenai kisah berpantangnya ini seronok kita baca. Benar katanya, tak perlulah stress ketika berpantang, buat apa yang kita suka dan selesa selagi tak membahayakan kesihatan. Mudahkan.

Tak Payah Gaduh, Stress Ikut Cakap Orang Waktu Pantang, Buat Apa Kita Selesa Selagi Tak Bahayakan Kesihatan!

My Pantang Regime

1. Bertungku
Buat juga. Bukan sebab nak bagi cair darah ke apa, just because it feels good to do so. Letak batu hangat tu pada bahagian yang rasa sore. Emak balut dengan daun lebar-lebar, apa namanya entah. Again, bukan sebab ubat ke apa. Tapi bau dia wangi bila kena batu hangat tu. Therapeutic. Tungku terbaik ialah tungku batu. Tungku besi atau hot water bottle hangat dia tu tak best sangat. My preference-lah.

Tak Payah Gaduh, Stress Ikut Cakap Orang Waktu Pantang, Buat Apa Kita Selesa Selagi Tak Bahayakan Kesihatan!

IKLAN

2. Mandi serum
Zaman arwah abah ada, dia usaha cari macam-macam jenis daun yang aromatic. Mak rebus atas dapur lepas tu buat air mandian suam-suam. Nikmatnya mandi sebab wangi je. Rasa segar. Therapeutic, again. Zaman anak kedua takde daun-daun. Beli set Tanamera dia bagi air ros, campur dengan scrub. Pun best jugak. Zaman anak keempat beli campuran daun kering, rebus buat mandi. Pun best jugak. No matter how you do it, as long as it makes you feel good and happy. Tak perlu bersusah-payah mengadakan apa yang tak ada. Some people don’t have the luxury.

3. Jamu
Anak pertama beli jamu mahal satu set ratus-ratus. Akhirnya tak makan dan expired sebab anak prolonged jaundice. Zaman anak kedua beli supplement glemer mahal ratus-ratus. Rasa tak best sebab susu jadi warna hijau, urin pun warna kehijauan. Cuaklah tengok. Haha! Anak lepas tu tak beli dah jamu-jamuan atau supplement. Beli buah banyak-banyak (oren, apple, anggur) dan makan sayur banyak-banyak lagi syiok. Supplement pun makan fish oil saja. Bagi susu ada DHA banyak-banyak supaya anak bijak hoho! Dan bagus untuk sendi jugaaa.

Tak Payah Gaduh, Stress Ikut Cakap Orang Waktu Pantang, Buat Apa Kita Selesa Selagi Tak Bahayakan Kesihatan!

 

4. Bengkung
Pakai juga. Supaya perut yang menggeleber lepas melahirkan tu rasa kemas. Bukan sebab takut masuk angin. Lepas tu makan pun beringat sebab tak boleh makan banyak haha! Kalau ikut nafsu makan, berpinggan-pinggan nasi boleh habis. Lauk pantang sedap woo.

IKLAN

5. Pilis, param segala macam
Zaman anak pertama beli sekali dengan set jamu ratus-ratus harga. Leceh renyah sebab serbuk, kena bancuh air, tepek-tepek satu badan lepas mandi. Lepas kering nanti katil berhabuk sebab dia luruh hahaha! Puas pulak nak kena kebas katil. Anak lepas tu tak beli dah. Beli je losyen halia tu ha, sapulah satu badan bagi hangat selesa gitu. Tak pantang pun duk amal macam tu juga. Bau pun wangi, heh!

Tak Payah Gaduh, Stress Ikut Cakap Orang Waktu Pantang, Buat Apa Kita Selesa Selagi Tak Bahayakan Kesihatan!

6. Pantang makan
Emak punya rule simple. Cuba makan, kalau badan rasa tak best, takyah makan dah. Nasi ambil sesenduk, lepas tu jangan tambah. Menepati konsep suku suku separuhlah kan? Sayur selambak, semua rebus atau stim saja. Ada portion ikan atau ayam setiap kali makan. Masa ni dimanjakan dengan ikan mahal-mahal. Haha! Sup ikan merah, ikan tenggiri fuh! Kalau bosan makan nasi, masak spaghetti untuk diri sendiri. Buat aglio olio guna minyak zaitun, black pepper, salmon flakes. Fuh! Dua kali bersalin musim raya puasa. Teringin kuih raya, ambiklah sebijik dua. Tak berdosa insyaAllah. Breakfast makan roti whole meal bakar sapu dengan sugar free jam atau oat dengan susu.

7. Pantang suami.
Yang ni wajib pantang. Tak pantang berdosa. Suami yang sayang bini, dia sendiri yang decide berapa lama nak pantang . Tempoh minima, sampai habis nifas.

IKLAN

8. Minum air
Zaman anak pertama emak rajin rebuskan air sepang kederang apa entah nama dia. Selalu ada air herba hangat tu dalam botol tepi katil. Lepas tu takde dah, minum air hangat biasa. Pastikan paling kurang habis 2 Liter setiap hari. Tak termasuk air hangat masa minum pagi macam milo ka, kopi ka. Ya, saya minum kopi dalam pantang. Tak effect kat baby pun lah kalau minum setakat secawan sehari. Jangan jadi macam Kristina Kuzmic, dia minum satu teko sehari.

9. Pakai stokin
Seminggu dua lepas bersalin pakailah stokin sebab pijak lantai sejuk. Lepas tu jadi bijak, belilah room slippers yang comel-comel tu. Tak payah pakai stokin dah. Hahaha! Rasa sejuk selimut, rasa panas takyah selimut. Apa adehal?

Tak Payah Gaduh, Stress Ikut Cakap Orang Waktu Pantang, Buat Apa Kita Selesa Selagi Tak Bahayakan Kesihatan!

Alhamdulillah sihat walafiat. Tak payah susah-susah gaduh, stress kena ikut cakap orang sana sini. Buat apa yang kita suka dan selesa selagi tak membahayakan kesihatan. Dengar nasihat doktor. Nak ikut nasihat semua orang tak terikut, nanti last-last kita yang stress. You own your body, you are responsible for it.

Sekian, bebelan.

PS: Rindulah zaman pantang. Huwaaa!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI