Kalau dulu ketika anak dara haid jadi baik dan lancar, kini selepas kahwin haid setiap bulan jadi tak teratur. Apa sebabnya?
Haid yang tidak teratur menyebabkan sasaran untuk hamil menjadi sedikit sukar. Kenapa keadaan ini berlaku kepada kebanyakan wanita? Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Anna Liza Roslani ada jawapannya.
Bila saya mendengar ungkapan ini, soalan seterusnya kepada wanita itu ialah ‘berat badan puan sekarang berapa? Berat sebelum kahwin berapa?’
Biasanya, jawapannya ialah ‘berat saya sekarang 72Kg. Berat sebelum kahwin 60Kg’. Dan apabila saya minta wanita tersebut berdiri di atas alat penimbang saya, dia akan terkejut dan berkata ‘Alamak! 74Kg!!!!’
Jaga berat badan
Ads
Maka, masalah sebenar bukannya masalah kahwin atau tidak kahwin, bukannya masalah ada hubungan kelamin atau tidak.
Masalah sebenar ialah tidak menjaga berat badan setelah berkahwin! Sebelum kahwin elok menjaga badan, tetapi selepas kahwin ada ‘teman makan tetap’! Memang naiklah berat badan!! Ada juga yang menjadi isteri mithali dan asyik memasak untuk si suami, sampai masakan berlebihan. Nak buang, sayang, maka dimakan sehingga habis walaupun tidak lapar!
Ads
Apabila berat badan meningkat, ia boleh menyebabkan hormon menjadi tidak seimbang. Hormon tidak seimbang akan menjadikan haid tidak menentu, kadangkala terlalu lama, dan kadangkala tidak datang haid berbulan-bulan. Ini terutamanya berlaku kepada wanita yang mengalami PCOS (polycystic ovarian syndrome).
Oleh itu, sebelum anda risau ada cyst atau fibroid, timbanglah diri anda terlebih dahulu. Jika memang ketara berat badan anda telah meningkat, usaha untuk turunkan terlebih dahulu.
Ads
Juga, jangan menyalahkan PCOS untuk kenaikkan berat badan. PCOS tidak bersalah. Yang salah adalah ‘keberatan’ anda. Jika berat badan anda normal, PCOS tidak akan menyebabkan masalah hormon.
Marilah kita sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan, dan mengamalkan senaman.
Situasi nak tumbuh gigi antara situasi yang sangat sakit dan tidak selesa buat bayi anda. Perubahan-perubahan pada emosi dan fizikal anak akan jelas terlihat antaranya air liur meleleh, menangis, mengigit, demam dan banyak lagi.
Ibu ayah kena sentiasa waspada pada tahap kesihatan anak. Lakukan beberapa perkara seperti yang dikongsi untuk melegakan kesakitan gusi si manja anda. Selamat mencuba!
BAYI 6 BULAN KE ATAS MERAGAM, DEMAM PETANDA NAK TUMBUH GIGI. 7 CARA INI MERAWAT KESAKITANNYA
Tanda Bayi Tumbuh Gigi
1. Kegatalan Gusi
Kegatalan gusi ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi tumbuh gigi lebih selesa.
2. Gusi Sakit
Bayi tumbuh gigi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa kerana gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas.
3. Demam
Ada juga bayi tumbuh gigi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Hal ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.
4. Kurang Makan
Anda akan mendapati selera makan bayi tumbuh gigi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan si manja anda mendapat cukup cecair dengan cara memberikan lebih susu dan air.
5. Pengeluaran Air Liur
Kebiasaannya pertumbuhan gigi akan merangsang pengeluaran air liur dan perkara ini pada umumnya terjadi pada bayi tumbuh gigi yang berusia 10 minggu hingga 3 atau 4 bulan.
6. Ruam Pada Dagu Atau Wajah
Kemungkinan bayi tumbuh gigi akan mengalami ruam kulit yang muncul di sekitar kawasan mulut, dan juga dagu dan kadangkala ruam itu juga muncul di kawasan leher. Atasi ruam ini dengan menggunakan krim kulit khusus untuk bayi.
7. Bayi Sering Menggigit
Tekanan yang ditimbulkan oleh gigi yang akan keluar melalui gusi biasanya menyebabkan bayi tumbuh gigi merasa tidak selesa. Ketidak selesaan ini biasanya akan menyebabkan anak anda mula menggigit apa juga barang yang ada padanya seperti barang mainan.
Tip Atasi Sakit Ketika Bayi Tumbuh Gigi:
Penjagaan Gigi Bayi
Apabila gigi anak anda telah tumbuh, gigi tersebut perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Malah anda juga boleh membeli berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi adalah tidak perlu untuk bayi pada umur begini.
Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang dengan lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi anda sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini.
Selepas selamat melahirkan anak sulungnya, Raees Zander pada 25 April lalu, Tasha terlihat semakin berseri-seri dan bahagia.
Rupanya ibu cantik ini telah pun habis berpantang selama 44 hari. Dan telah selesai melakukan amalan penutup pantang yang kebiasaannya dilakukan ibu berpantang selepas tempoh berpantang selesai. Patutlah Tasha semakin cantik dan nampak begitu bertenaga.
Meninjau di ruangan Insta storynya, Tasha juga sempat berkongsi beberapa rutin amalan penutup pantang sebelum tempoh berpantangnya tamat baru-baru ini. Tasha dilihat begitu enjoy melakukan rutin penutup pantang yang dilakukan oleh CL nya iaitu Kak Mel.
Melalui perkongsian beberapa keping gambarnya, Tasha dilihat sedang asyik bersauna malah bertungku. Bukan itu sahaja, diakhirnya Tasha turut mandi bunga yang turut sama dimandikan oleh suami tersayang, Atiq.
Antara rutin yang dilakukan Tasha adalah bersauna, rendam kaki dengan air bunga juga mandi bunga bagi mengembalikan semula tenaga dan kecantikan. Tak hairanlah Tasha dilihat makin cantik dan berseri-seri.
Semalam, menerusi Instagramnya, Tasha turut meluahkan penghargaan kepada suami kerana menjadi orang yang paling banyak berkorban sepanjang detiknya melahirkan dan berpantang.
Tidak terkecuali ucapan terima kasih buat CL nya, iaitu Kak Mel yang menjaga Tasha dan anak sulungnya itu dengan penuh kasih sayang dan ikhlas sepanjang tempoh berpantang.
Tidak hanya berurut dan melakukan amalam berpantang lain, malah kata Tasha, air tangan menu pantang yang disajikan Kak Mel kepadanya juga cukup sedap.
” Terima kasih Kak Mel yang menjalani tugas dengan penuh semangat, sentiasa menjaga rutin harian dalam penuh disiplin dari lepas subuh hingga 8pm malam.
“Kak Mel seorang teramat ikhlas dan tekun dari mula hingga ke akhir penutup pantang. Masakan Kak Mel sangat sedap. Rasa sedih & kehilangan bila Kak Mel sudah pulang sebab Kak Mel sangat prihatin menjaga Raees dengan penuh kasih sayang,” kongsinya lagi.
Meninjau di Instagram pelakon cantik ini, Tasha turut berkongsi gambarnya bersama putera tersayang yang baru berusia sebulan lebih. Jelas aura keibuan terpancar pada wajah Tasha.
“If my love for you had a colour, it would be the whole rainbow,” begitu kongsi Tasha menggambarkan rasa gembiranya.
Terdahulu, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 dan pada 25 April lalu, si comel Raees Zander menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tashashilla
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang ibu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan. Bukan hanya berkorban masa dan segala perihal yang melibatkan anak bahkan mencakupi keseluruhan penjagaan anak-anak dari bayi hinggalah besar.
Pun begitu soal kesihatan ibu seharusnya lebih diberikan perhatian agar dapat menjaga amanah untuk menjaga anak-anak kelak. Terdapat pelbagai aspek yang seharusnya diberikan perhatian ibu bagi memastikan kesihatan ibu terjamin.
Antara hal yang perlu diberikan keutamaan adalah ketika proses menyusukan anak serta menjaga payudara itu sendiri agar dapat memberikan susu berkualiti disamping menjaga kesihatan ibu. Jangan lepas pandang, wajib berikan perhatian kepada teknik penyusuan misalnya supaya dapat mengelakkan sebarang risiko.
Penyusuan ibu juga perlu dilakukan secara berterusan sebagai salah satu langkah mengelakkan daripada kanser payudara. Hal ini perlu diketahui oleh semua wanita.
Satu hal yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai teknik penyusuan yang tepat agak ibu terhindar daripada permasalahan ketika menyusu. Malah pelbagai risiko bakal mengundang jika penyusuan tidak dilakukan dengan sebaiknya.
Menurut Puan Suriayana Mohd Said, Nurse Manager Nursery dan Kaunselor Laktasi daripada Avisena Women & Children Hospital, ibu sering berdepan dengan masalah ketika menyusukan anak. Antara permasalahan yang sering dihidapi ibu adalah masalah merekah dan melecet.
“Jika merekah/melecet, ibu masih boleh meneruskan penyusuan. Sekiranya ibu merasa sakit atau terdapat luka berdarah dari puting, boleh rehatkan payudara tersebut daripada menyusu dan melakukan perahan sekurang-kurangnya 8 kali sehari dan mulakan penyusuan semula apabila puting sudah sembuh.
Jika susu perahan mengandungi darah adalah selamat diberikan tapi ada beberapa pengecualian dan perlu dielakkan memberi susu ibu jika dalam masa terdekat ibu pernah menghidapi jangkitan seperti hepatitis, sepsis atau penyakit bahaya yang lain. Bincang dengan doktor sebelum memberi anak susu bercampur darah,” katanya.
Selain itu, ibu juga boleh dikaitkan dengan tiga permasalahan lain yang mengundang bahaya kepada ibu ketika menyusu.
1.Jangkitan kulat
* Jangkitan kulat mudah terjadi kepada puting atau kulit yang luka dimana medium yang lembab yang sesuai untuk pertumbuhan kulat.
*Tanda-tanda jangkitan kulat seperti merasa sakit semasa dan selepas penyusuan yang tidak pernah dialami sepanjang penyusuan. Sakit seperti pisau yang menusuk/ bersifat panas serta terbakar pada payudara. Puting dan kawasan areola menjadi keruping dan kemerahan. Terdapat tompokan putih pada mulut bayi yang menunjukkan si bayi mungkin terkena jangkitan.
*Jika ibu ada jangkitan kulat pada puting adalah selamat untuk menyusukan bayi dengan syarat ibu dan anak mendapat rawatan. Susu ibu mengandungi pelbagai antibody, anti-bacteria dan juga anti-kulat. Ibu perlu berjumpa doktor untuk mendapat ubat anti kulat dan bayi perlu diberikan oral anti-kulat sebagai pencegahan.
2. Bengkak susu
Payudara yang bengkak, rasa sakit, nampak berkilat, merah. Terjadi disebabkan lewat memulakan penyusuan selepas bersalin, pelekapan salah, tidak menyusu dengan kerap. Ia boleh dicegah dengan menyusukan bayi seawal mungkin selepas kelahiran, dengan kerap mengikut permintaannya dengan posisi dan pelekapan yang betul.
3. Mastitis
* Mastitis keadaan dimana payudara mengalami keradangan dan boleh menjadi jangkitan. Ibu akan merasa sakit, demam dan tidak sihat. Sebahagian payudara bengkak, keras dan merah. Beza bengkak dan mastitis: bengkak berlaku pada keseluruhan payudara dan biasanya kedua-dua belah. Mastitis berlaku sebhgian payudara dan selalunya sebelah sahaja.
* Mastitis boleh berlaku kepada payudara yang bengkak/akibat saluran tersumbat.
* Boleh dirawat dgn antibiotik.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.