Menguruskan anak yang masih kecil dan dalam masa yang sama mempunyai jadual kerja yang padat pastinya urusan di rumah lebih beres apabila mempunyai pembantu. Namun ketiadaan pembantu bukanlah alasan untuk tidak meneruskan rutin harian disamping menjaga anak yang masih kecil dengan baik.
Setelah beberapa minggu tanpa pembantu rumah, usahawan dan juga selebriti, Betty Rahmad dan suami tetap melakukan yang terbaik buat anak mereka Ardiwira meskipun keduanya agak sibuk dengan urusan perniagaan masing-masing.
“My world, My bestfriends, My everything. Alhamdulillah setelah beberapa minggu maidless, dah ada rutin baru dalam hidup kami. And we loving it.
“Nasib baik lah sebelum ni saya bukan lepas tangan sepenuhnya pada helper. Menu makan wira, timetable wira, lauk pauk mummy daddy dan kerja rumah saya dah ajar dan tetapkan. So takde lah gelabah.
Apa yang lebih mengujakan Betty, bukan setakat rutin baru setelah ketiadaan pembantu, malah dia juga seronok melihat sikap suaminya yang turut membantu menjaga anak dan mengemas rumah.
Betty dan Ardy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ardy Wira.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang mampu tenang bila mana anak disahkan positif Covid-19. Kebimbangan yang dirasakan oleh pelakon, Shakilla Khoriri mengenai anaknya rupanya membawa khabar duka bila mana anaknya, Ameena Sofia disahkan positif Covid-19.
Menerusi Instagramnya, Shakilla berkongsi cerita. Kata Shakilla sebelum disahkan positif, dia sudah merasakan perubahan pada anak kecil kesayangannya itu malah bermimpi mengenai Ameena ketika Ameena bersama bekas suami, Fizi Ali.
“Sorry Puan Anak Puan Positive! BANG !
“Satu batu besar macam hempap atas kepala i masa dengar ayat tu. Dua-3 hari masa Ameena dengan daddy dia hati ni rasa tak best.
“Rasa macam ada sesuatu tak kena dengan Ameena. Mimpi Ameena masuk hospital 2 hari berturut. Malam tadi ambil Ameena dekat Fizi, saat i peluk dia dalam hati cakap, “Eh anak aku tak OK ni,” tulisnya di Instagram.
Bermula detik rasa hati sehinggalah Ameena mula muntah-muntah dari malam hingga ke pagi. Lantas tanpa berlengah, Shakilla terus melakukan ujian dan ternyata anak kesayangannya dan Fizi disahkan positif.
Lebih kecewa kata Shakilla, dia pula disahkan negatif.
“Start muntah dari malam tadi bawa sampai ke pagi ni. Hati aku ni kuat cakap, habis lah anak aku kali ni.
“Pagi Ameena bangun tak sempat makan apa semua terus siap pi klinik buat swab and jawapan yang buat aku betul-betul kecewa. Dia positive tapi aku negative.
“Dalam hati fikir macam mana aku nak GANTI tempat dia. Biar aku. Tapi i percaya. Semua ni ada hikmah dia. Next week Ameena masuk 3 tahun,” kongsinya lagi.
Namun satu hal yang agak menyedihkan kata pelakon berbakat ini lagi adalah persiapan yang dilakukan untuk menyambut hari lahir ketiga Ameena pada minggu hadapan. Namun semuanya terpaksa ditunda buat seketika.
Dalam pada itu, Shakilla turut memohon agar semua mendoakan puteri kesayangannya itu dan dijauhkan daripada kesukaran saat berdepan situasi itu.
“Tengah i busy nak buat preparation birthday dia tapi di duga dengan ujian macam ni. Allahu. Minta maaf semua.
“Allah tahu yang sebaiknya. Minta doakan @ameenasofia_ cepat OK ya,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Shakilla di Instagram turut sama memberikan kata-kata semangat buatnya malah terus mendoakan moga Ameena Sofia cepat-cepat sembuh.
Terdahulu, Shakilla mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali namun bercerai pada penghujung tahun lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Bab nak mengutip barang-barang kecil di rumah biasanya ibu akan ambil peranan. Bukan apa, risau jika ada anak kecil, silap haribulan anak akan masuk dalam mulut dan mungkin boleh jadi perkara luar jangkaan pula.
Lagi satu, bila diberitahu pada suami atau anak-anak simpan di tempat tinggi dan selamat, kadang tetap juga tercicir di merata tempat. Jadi nak mengelakkan ibu asyik membebel benda yang sama dan secara tak langsung boleh disiplinkan ahli keluarga, idea dikongsikan oleh Puan Khulailah Musa ini bagus.
Menurutnya, cara penyimpanan ni, sangat membantu menyelamatkan dari asyik membebel. Bila dah praktik macam ni, hati pun rasa tenang.
Antara kelebihannya:
#senang nak cari #tak berhabuk # jika terjumpa dalam bilik anak / ruang tamu, kutip semua masuk bekas transit, dan throw balik dalam drawer masing. setiap benda ada rumah #senang nak check stok apa yang tak ada, seperti gam, ubat gigi, bateri #mengurangkan pertanyaan ayahnya dan anak-anak kat mana barang..Benda-benda kecil ni penat nak menjawab kat mana letaknya.. # latih suami dan anak-anak ambil sendiri dan letak balik selepas guna. #tahu apa yang hilang/ atau bila ada orang guna..Seperti sepit kuku, gunting
Senarai barang setakat ni:-
1. Kad waranti
2. Rekod perubatan
3. Bateri
4. Jam tangan
5. Stok alat tulis [pen, pensil, klip, pembaris, pemadam, sharpener]
-dulu letak dalam bilik study anak-anak tapi selalu anak-anak ambil guna ikut suka.
6. Gam/gunting, nota pelekat
7. Selotape pelbagai jenis
8. Cermin mata
9. Stok ubat minum
10. Stok ubat luaran
11.Resit harian [bila tukar handbag, campak je dalam ni, nanti hujung bulan baru masuk rekod]
12. Barang Suami [transit barang-barang suami yang dijumpai, nanti dia tahu nak ambil mana seperti, resit company, kunci pejabat & lain-lain]
13. Stok toiletries – sabun buku, ubat gigi, berus gigi,
14. Pin tudung
15. Elektronik – wayar charger, earphone, telefon, mouse.
16. SPECIAL – ubat ezcema anak
KENAPA SAYA banyak guna stackable drawers:
1. Boleh pindahkan ikut ruang yang kita ada dan boleh ubah kedudukan drawer.
Boleh pindahkan masuk bilik anak, atau letak kat ruang laundry. Saya juga guna stackable drawer dalam kabinet baju untuk simpan INNER SKAF, underware, stokin tangan, stokin, bra.
2. Bila nak pindah rumah, boleh angkat macam tu sahaja. Tak perlu kalut cari barang. Hanya perlu selotape drawer supaya tak terkeluar.
Owh, harga dia mungkin mahal sikit tapi berbaloi. (Boleh beli di shopee . Search “stackable drawers”)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekiranya anda mempunyai anak lelaki dan anak perempuan, pasti anda boleh lihat sendiri bagaimana layanan suami terhadap mereka. Biasanya anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya. Anak lelaki pula lebih ‘kamceng’ dengan ibu. Anak perempuan yang selalu dimanjakan oleh ayahnya akan membesar menjadi seorang yang bijak dan penyayang.
Layanan yang baik terhadap anak perempuan bukanlah tanda ayahnya tidak sayangkan anak lelaki, tetapi itulah lumrahnya. Ayah lebih bersifat pelindung terhadap anak perempuannya kerana mereka percaya anak lelaki lebih kuat dan pandai berdikari.
Mengikut kajian yang disiarkan dalam Behavioral Neuroscience, seorang ayah terbukti lebih prihatin dan peka terhadap keperluan anak perempuan berbanding anak lelaki yang sama usia.
Kajian tersebut dijalankan melalui kaedah imbasan otak dan rakaman interaksi seharian sekumpulan ayah dan mendapati mereka akan menyanyi dan bercakap lebih terbuka tentang emosi kepada anak perempuan mereka berbanding pada anak lelaki. Adakah kerana anak perempuan lebih sensitif dan bersikap manja?
Bukan! Kajian mendedahkan kemesraan dan keprihatinan yang diberi oleh ayah tersebut bukan hanya disebabkan oleh anak perempuan yang lebih sensitif bahkan apa yang mereka katakan pada anak perempuan berbanding anak lelaki juga berbeza.
Ayah biasanya akan lebih cenderung memberi fokus pada pencapaian dan permainan fizikal seperti berlawan, bertumbuk dan sebagainya jika berinteraksi dengan anak lelaki. Perkataan yang biasa disebut oleh ayah kepada anak lelaki juga berunsur kejayaan seperti “menang”, “bangga”, “bagus sekali”.
Tetapi untuk anak perempuan, ayah lebih banyak menggunakan perkataan yang terperinci seperti “semua”, “banyak” dan bersifat kreatif melayan mereka. Penulis kajian menyatakan penggunaan bahasa tersebut akan mempunyai kaitan dengan pencapaian pendidikan dan akademik di masa hadapan.
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji peranan seorang bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Namun kajian tidak berjaya menentukan mengapa layanan berbeza itu berlaku.
Adakah otak ibu bapa telah diikat untuk melayan anak-anak mereka secara berbeza atau ia sekadar interaksi berdasarkan norma sosial yang asas iaitu anak perempuan lebih bersikap manja dan perlukan lebih perhatian dan perlindungan?
Menurut Jennifer Mascaro, ketua penyelidik dari Universiti Emory, sekiranya anak perempuan menangis, si ayah akan segera menyahut dan pantas berlari ke arah anak perempuannya, berbanding ke arah anak lelaki.
Walaupun kajian tidak membuktikan sebarang kesan buruk akibat perhatian lebih yang diberikan oleh ayah terhadap anak perempuannya, tetapi ada sesuatu perkara yang boleh memberi kesan pada tumbesaran anak perempuan.
Misalnya seorang ayah dalam komunikasi harian dengan si anak, menggunakan bahasa yang merujuk bahagian badan anak perempuan dengan istilah manja seperti “buncit” atau “gendut” dengan lebih kerap berbanding pada anak lelaki.
Kajian telah membuktikan yang pemilihan perkataan ini memberi kesan pada emosi anak perempuan berbanding pada anak lelaki apabila mereka membesar.
Anak perempuan akan rasa tidak puas hati tentang badan mereka dan mungkin juga mudah rasa rendah diri.
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh ayah?
Memang tak salah jika seorang ayah lebih memanjakan anak perempuan berbanding anak lelakinya. Sudah terbukti memang seorang ayah akan lebih memberi sepenuh perhatian dan gemar memanjakan anak perempuan berbanding anak lelaki.
Tetapi, janganlah terlampau berat sebelah. Apa kata anda layan mereka secara sama rata. Mungkin beberapa cara ini boleh dicuba pada anak perempuan dan anak lelaki anda juga;
1. Jangan takut untuk menjadi lasak. Kajian menunjukkan bermain bersama anak-anak – lelaki dan perempuan di atas lantai dan secara fizikal (tetapi selamat) boleh membantu mengawal emosi mereka.
2. Pemilihan perkataan penting. Jika apa yang anda cakap boleh memberi kesan pada akademik dan pencapaian fizikal kepada imej tubuh badan, gunakan ayat pujian dan perhatian yang sama pada kedua anak lelaki dan perempuan.
3. Beri perhatian yang sama. Sebenarnya perbualan berkaitan hal emosi juga boleh dilakukan dengan anak lelaki. Kanak-kanak yang terdedah dengan keperluan emosi yang cukup akan membesar dengan lebih empati bila mereka besar nanti.
Sebenarnya seorang ayah sayang akan anak-anaknya sama rata tanpa ada perbezaan mengikut jantina. Tetapi cara ayah memanjakan anak lelaki dan melayan mereka perlu berbeza dengan anak perempuan kerana mahu mendidik anak lelaki sebagai ketua dalam semua hal.