Letak Bahan Ini, Rahsia Mac & Cheese Sedap Macam Cafe Mewah! Buat Sendiri Tanpa Sos Segera, Anak ‘Confirm’ Suka

Share

Persis sajian dari restoran mewah, resipi homemade Mac & Cheese yang sangat mudah perkongsian Puan Noratiqah Nordin ni antara yang boleh dicuba.

Pasti puas hati dengan rasanya. Istimewanya ia tidak menggunakan sos pasta segera yang dijual di pasaraya. Anak-anak confirm suka. Jom cuba!

Baca:

Hasrat Nak Pakai Sedondon Di Pagi Raya Tak Kesampaian, Anak Maut Digilis Treler

Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan

“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa

Bahan-bahannya :-

  • 3 cawan Macaroni
  • Air secukupnya untuk rebus macaroni
  • Sedikit minyak untuk rebus macaroni
  • 3 pcs cheese keping
  • 1 cawan cheese powder
  • 1 sudu parsley, 1 sudu basil, 1 sudu oregano
  • 3 cawan susu segar

Nak lagi sedap. Letak mozarella cheese. Lagi terangkat hehehe

Cara penyediaan:

Rebus dulu macaroni dengan air dan minyak sehingga kembang. Kemudian ketepikan

Masukkan susu segar

Masukkan cheese keping semuanya

Masukkan cheese powder. Ni rahsia kesedapan macaroni cheese.

Masukkan bahan-bahan italy.

Last sekali Masuk macaroni yang dah direbus

Ok dah siap. Nak kuah banyak, banyakkan susu.

Ok. Siap. Macaroni cheese sedap. Nak lagi sodap. Letak mozarella cheese. Tu lagi bertambah sedap.

Kredit: Noratiqah Nordin

Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

IKLAN