Tak semua bayi suka berdukung. Ada yang bila kita angkat, terus menangis makin kuat. Letak atas tilam, menjerit. Dukung, melentang ke belakang. Eh nak apa sebenarnya ni, sayang oi?
Ramai ibu ayah baru rasa stres bila anak susah dipujuk, walaupun dah dukung elok-elok. Jangan risau, ini normal — tapi ada cara nak bantu bayi rasa lebih tenang dan selesa bila kita peluk dia.
Kenapa Bayi Menolak Bila Dukung?
Walaupun pelukan tu tanda kasih sayang, tapi kadang-kadang ada faktor yang buat bayi rasa tak selesa bila didukung:
Overstimulated – terlalu banyak bunyi, cahaya atau aktiviti.
Perut tak selesa – angin, kembung, atau nak berak.
Letih sangat – tapi tak tahu macam mana nak tidur.
Posisi tak kena – dukung cara salah, badan tak stabil.
Nak bebas bergerak – ada baby yang suka observe dunia dari bawah.
5 Cara Tenangkan Bayi ‘Drama Queen’ Bila Tak Nak Berdukung
1. Guna Teknik Swaddling (Bedung Ringan)
Ads
Kadang bayi rasa ‘terancam’ bila badan bebas sangat. Bedung dengan kain yang lembut dan tidak terlalu ketat boleh beri rasa selamat macam dalam rahim.
2. Try Babywearing – Tapi Kena Betul Gaya
Guna carrier ergonomik dan pastikan posisi “M-shape” (lutut lebih tinggi dari punggung). Cuba jalan slow sambil humm lagu — gerakan macam dalam perut ibu sangat menenangkan.
3. Gunakan White Noise atau Bunyi ‘Shhhh’
Ads
Bayi newborn memang suka bunyi berdesing macam hair dryer, vacuum, atau app white noise. Cuba pasang perlahan-lahan masa dukung.
4. Skin-to-Skin Contact
Letak bayi atas dada, kulit ke kulit. Biar dia rasa degupan jantung kita. Contact ni bantu regulate suhu badan, denyutan jantung & emosi dia.
Ads
5. Tukar Posisi & Tempo
Jangan stuck satu posisi je. Cuba sandar sikit ke depan, peluk dari sisi, atau bawa bayi menghadap ke depan (bila leher dah kuat). Lain baby, lain suka dia.
Tips tambahan, jaga emosi mak ayah juga….
Kadang kita dah penat, emosi pun naik. Tapi bayi ni sangat peka dengan perasaan ibu ayah. Kalau kita tegang, dia pun susah nak tenang. Ambil nafas. Minta tolong pasangan atau rehat 10 minit pun dah cukup untuk recharge.
Bila bayi meronta atau tak suka didukung, bukan bermaksud dia “mengada” atau nak susahkan kita. Itu cuma cara dia ‘berkomunikasi’ — sebab dia belum pandai cakap, hanya tubuh dan tangisan jadi bahasanya.
Yang penting, kita sebagai ibu ayah jangan cepat putus asa. Teruskan usaha, cuba satu-satu cara, dan percaya… sentuhan kita tu sebenarnya ubat paling mujarab. Setiap peluk, setiap bisik “sayang mama/papa ada ni”, semua tu akan jadi memori yang anak kita rasa, walaupun dia belum faham dengan kata-kata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama dan papa ketika memilih nama anak janganlah terikut-ikut dengan trend. Pilihlah nama yang mempunyai maksud yang baik selain tidak susah hendak disebut. Nama anak akan kekal selamanya!
Bukan senang hendak ubah sesuka hati apabila nama yang dipilih tidak sesuai atau tidak berkenan dihati. Mengubah nama anak yang sudah tertera dalam sijil kelahiran anak, tidak semudah menukar nama dalam geran kenderaan.
Dalam satu kajian di Amerika Syarikat (AS), terdiri daripada 1,000 ibu dan bapa, 25 peratus kalangan responden mengaku menyesal dengan nama yang mereka berikan kepada anak. Kenapa menyesal? Sebabnya, mereka merasakan nama anak itu tidak sesuai, susah dieja, terlalu ‘mainstream’ dan macam-macam sebab lain.
NAMA BERI KESAN PSIKOLOGI
Berdasarkan hasil kajian dijalankan Pengarah Institut Kajian Dasar dari Northwestern University, David N.Figlio, anak lelaki dengan nama feminin kemungkinan besar berperilaku buruk berbanding anak lelaki dengan nama maskulin. Pelikkan?
Hal ini terjadi kerana nama feminin itu membuat si anak lelaki itu kurang rasa yakin diri dan malu apabila diejek rakan sebaya.
JANGAN SALAH PILIH
Jadi, ada baiknya kita bersedia dengan pilihan nama yang sesuai untuk bayi yang bakal lahir nanti. Berikut beberapa tip penting yang boleh dijadikan panduan sebelum memilih nama anak:
KAJI MAKSUD
Sekiranya berminat dengan satu nama, kaji betul-betul apakah maksud nama tersebut. Pastikan nama yang dipilih mempunyai maksud positif kerana nama itu ialah satu doa kepada anak.
EJAAN DAN SEBUTAN MUDAH
PENTING! Amboi sekarang masing-masing ibu bapa suka benar mengeja nama anak ikut slang mat saleh! Pastikan nama anak mudah disebut dan dieja. Senang nanti kita atau anak hendak menulis. Mudah pula untuk kawan, cikgu dan orang lain memanggil dia nanti. Tidak perlulah ejaan ‘Haris’ dieja ‘Hareez’, atau ‘Din’ dieja ‘Dean’.
ELAK NAMA DIEJEK
Pastikan nama yang diberikan tidak mengundang ejekan rakan sebaya nanti. Seperti apa selalu terjadi, ada sesetengah ibu bapa memberikan nama berunsur feminine kepada anak lelaki, dan begitu sebaliknya. Lebih baik berikan nama yang sesuai mengikut jantina.
JANGAN PANJANG SANGAT
Elakkan nama terlalu panjang. Sebabnya, memudahkan kita mengisi apa-apa borang, dan anak juga senang menulis namanya pada kertas soalan peperiksaan nanti. Tidaklah terkial-kial beberapa minit semata-mata mahu menulis nama. Sudahlah nama ayah panjang, nama anak pun panjang juga.
JANGAN HANYA IKUT TREND
Jangan ikut trend semata-mata. Pastikan nama sesuai dengan rupa anak, tarikh lahir dan jantina. Pastikan nama anak bermaksud baik dan mencerminkan personaliti anak.
Jika dulu di waktu kecil kita digelar ulat buku. Kini istilah ulat buku bagi anak-anak kita makin jarang didengari. Semuanya kerana hadirnya gajet yang membuat anak hilang minat untuk membaca.
Mak ayah jangan jadikan gajet sebagai pembelajaran mutlak. Pilihkan buku-buku pelbagai jenis untuk mengalihkan perhatian anak. Ini tip memilih buku yang baik, perkongsian dari Ahli Terapi Cara Kerja, Siti Aisyah Rozalli.
Ramai sebenarnya mommies yang tanya saya. Buku macam mana sesuai untuk anak-anak?
Sebab pemilihan buku yang betul, akan membantu anak kita untuk menguasai banyak kemahiran. Dan lagi best, BUKU BOLEH BUAT ANAK TINGGALKAN HANDPHONE. Serius!
Hari ni kita share dulu Tips Pilih Buku untuk anak umur 2 – 4 tahun. Tapi, tips yang sama boleh saja digunakan untuk anak umur lebih kurang 18 bulan hingga lah anak tu umur lebih kurang 8 tahun.
1. Ada pengulangan bunyi
Bunyi tau. Bukan perkataan. Bunyi. Macam “Snip! Snip!”, “Ding! Dong!” Kenapa bunyi?
Sebab anak-anak akan teruja dengan bunyi! Anak-anak akan senang ingat bunyi. Dan anak-anak akan integrasikan bunyi dengan pergerakan berkait. Kita sedang bantu anak secara MULTISENSORY LEARNING.
2. Ada High Interest Subject Maksudnya, ada gambar objek yang anak minat dan anak mudah relate. High Interest Subject ni, akan buat anak automatik mahu “matching” kan dengan objek sebenar yang dia ada. Maka, anak akan boleh kaitkan gambar dengan keadaan persekitaran.
Kita akan tingkatkan “alertness” anak terhadapa sekelilingnya. High Interest Subject ni jugalah yang akan buat anak kita lupakan handphone!
3. Beri Anak Pilihan Membuat pilihan yang betul dan sesuai dengan diri sendiri akan membantu meningkatkan self-esteem anak tau.
Buku cerita yang didik anak buat pilihan, akan tingkatkan kecerdasan intrapersonal anak tau. Anak akan lebih mudah kenal diri.
4. Didik Anak Luah Perasaan Antara masalah biasa anak-anak, adalah mereka tak tahu macam mana nak luahkan apa yang mereka rasa. Buku yang memberikan cara untuk luah perasaan takut, sedih, marah atau kita panggil “BIG EMOTIONS” akan bantu anak untuk belajar menguruskan emosi.
5. Didik Anak Kerjasama Bertolak ansur, berkongsi dan bertoleransi adalah kemahiran yang anak perlu belajar dari pengalaman dan contoh positif.
Buku yang mendidik dan memberikan contoh positif berkaitan perkara ini, tanpa “highlight” berlebih-lebihan, dan bukan menjadikan “orang dewasa sebagai hero”, tapi mengetengahkan anak-anak yang bijak membuat keputusan, akan mendidik anak tingkah laku positif ini.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejadian bayi jatuh dari katil memang sering kita dengar. kadang memang dah buat kubu dengan bantal di sekeliling anak yang tidur tapi kejadian jatuh katil masih lagi berlaku.
Bila anak jatuh katil mak ayah tentunya tak keruan. Tak tahu apa nak buat risau ada kecederaan yang tidak nampak dengan mata kasar. Jangan panik dan ikut lima langkah penjagaan ini.
Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi.
Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku.
Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.
Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”
Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat
Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain.
Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.
Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:
#1. Angkat dengan segera
Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia.
Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.
Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.
#2. Periksa badan
Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja.
Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.
Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut.
Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.
Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit.
Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
#3. Berikan susu
Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula.
Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali.
#4. Kenal pasti tanda bahaya
Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada.
Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:
Jangan panik wahai ibu sekalian. Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
#5. Hindari aktiviti lasak
Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.
Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari.
Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi.
Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak.
Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak.
Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan.
Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?
Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan.
Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.
Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil.
Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.
Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.