Anak anda banyak bertanya soalan? Letih menjawab soalan-soalan anak. Menurut kajian yang dibuat di UK, kanak-kanak berusia 4 tahun paling banyak bertanya soalan.
Bagaimana dengan anak anda?
Bertanya adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh kanak-kanak untuk memahami tentang sesuatu perkara. Walaupun kaedah itu mungkin sangat meletihkan bagi ibu bapa, ia merupakan kaedah pembelajaran yang efektif bagi mereka.
Perlu diingat bahawa dengan bertanya mereka mula menunjukkan kecenderungan untuk belajar. Dengan bertanya ‘kenapa’ mereka mula menunjukkan minat untuk menaakul (reasoning). Ini adalah perkembangan skil kognitif yang penting bagi kanak-kanak. Mereka mula bertanya ketika berusia lingkungan 3 tahun.
Jika ibu bapa meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan anak, kecenderungan anak untuk meneroka ilmu dan pengetahuan akan semakin bertambah. Sebaliknya jika kita mengambil sikap mengabaikan pertanyaan mereka, akan wujud perasaan bersalah dalam diri mereka dan seterusnya mematikan semangat untuk belajar dan meneroka ilmu.
Ads
Jika anda keletihan terpaksa melayan soalan-soalan anak, tunda memberi jawapan ke suatu masa yang lebih sesuai. Jangan diabaikan terus. Jangan kecam atau marah anak kerana bertanya.
Ads
Jika anda tidak tahu jawapan kepada soalan anak, carilah jawapan dari sumber yang sahih. Jangan mereka-reka jawapan. Menurut kajian, ramai ibubapa bergantung pada Google untuk mencari maklumat. Semuanya dihujung jari sekarang ini. Tetapi janganlah dibiarkan anak meng’google’ sendiri jawapannya kerana ditakuti bertembung dengan apa yang tidak sepatutnya di internet.
Ads
Apakah soalan anak yang paling susah untuk anda jawab?
Bila cikgu tanya soalan dan cikgu bagitahu jawapan anak saya salah, anak saya tak dapat terima dan mengamuk/marah. Dia tak boleh terima dia salah. Jika cikgu puji jawapan kawan-kawan lain betul dan jawapan dia sahaja yang salah dia akan marah dan cakap “no” sambil menangis dan ulang jawapa dia sepatutnya betul. Bagaimana cara untuk saya didik anak, bantu saya. Marlina, Ipoh
Jawapan daripada En Hazhari (Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Tiada siapa suka akan perkataan Tidak atau No, termasuklah kanak-kanak dan orang dewasa. No bermaksud kekecewaan, No bermakna mereka tidak dapat apa yang mereka perlukan. Kanak-kanak mula belajar bagaimana untuk berhadapan dengan perkara ini sekitar umur 2 atau 3 tahun, apabila perkembangan personality mereka mula terbentuk. Seharusnya, kanak-kanak ini mempunyai keupayaan untuk menyeimbangkan keperluan dalaman dan kehendak luaran berserta dengan tanggungjawab.
Walaubagaimanapun, ada kanak-kanak yang masih belum dapat menerima mesej bahawa No itu adalah sesuatu yang dijangka. Maka, apabila seseorang mengatakan No kepada mereka, mereka tidak boleh mengawal diri dan memberi reaksi balas dengan cara menjerit, menangis, mengugut, dan adakalanya akan membabitkan tingkahlaku fizikal seperti menumbuk dan mencederakan orang lain. Perasaan panik ini terhasil daripada ketidakseimbangan dalam mengawal perasaan masing-masing.
NO adalah perkataan yang kuat. Semua kanak-kanak perlu belajar bagaimana untuk berdepan dengannya. Cuma, ada beberapa perkara ibu bapa perlu mengelakkan kanak-kanak daripada ‘mencetus’ kemarahan atau menghala tingkahlaku kanak-kanak jika mereka mula mencederakan orang lain serta diri sendiri.
Antara cara-cara yang boleh mengurangkan perasaan marah si kecil ialah:
a. Bermula dengan diri sendiri – cuba semak balik bagaimana keadaan ibu bapa jika sedang marah? Menjerit? Meninggikan suara? Menghempas? Kanak-kanak akan memerhati segala perbuatan yang ditunjukkan di hadapan mereka. Ketika kanak-kanak sedang marah, ibu bapa tidak boleh berada di dalam keadaan marah juga. Jika ibu bapa tenang, maka ia akan membantu si kecil untuk mengembangkan neural pathways di dalam otak untuk menghentikan respons ‘marah, seterusnya ia membenarkan frontal cortex mengambil alih tugas untuk berfikir secara logik. Ini adalah apa yang berlaku di dalam otak. Kanak-kanak belajar bagaimana untuk menenangkan diri melalui self-regulation.
b. Kena terima perasaan marah – Ingat kita tidak menggalakkan perasaan marah, tetapi kita tetap perlu menerima perasaan tersebut sebab itu adalah perasaan seorang manusia. Cuma ada ketikanya ada perbuataan yang diselangi oleh emosi tersebut perlu diletakkan sedikit had. Seperti boleh marah, tetapi jangan menjerit-jerit, jangan cederakan diri sendiri dan orang lain. Ketika anak sedang marah, janganlah suruh anak itu tenangkan diri atau buat benda-benda yang baik- sebab ia akan menambahkan marah. Panggil mereka, suruh mereka ceritakan kenapa marah? Pintu komunikasi perlu diwujudkan. Kemudian, apabila anak itu sudah sedikit tenang, baru ibu bapa memberi respons tentang Bahasa, intonasi yang tidak dibolehkan.
c. Menetapkan limit kemarahan – Membenarkan perasaaan tidak bermaksud kita membenarkan juga tingkahlaku yang destruktif. Kanak-kanak tidak boleh langsung dibenarkan memukul orang lain , termasuklah ibu bapanya sendiri. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan si kecil tentang jangan cederakan diri sendiri dan orang sekeliling walaupun sedang marah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak nak situasi perang mulut dengan anak kecil, guna teknik rundingan. Maksudnya kita perlu berunding dengan anak-anak apabila wujudnya ‘pertembungan keinginan’ antara kita dengan mereka. Kita nak anak berkongsi cookies dengan adiknya, tetapi dia nak bolot semua cookies dia.
Kita nak ajak dia balik rumah dari playground sebab hari dah senja, dia masih nak main tanpa peduli jam berapa. Biasalah kan, situasi macam ni.
Dalam situasi wujudnya ‘pertembungan keinginan’ antara kita dengan anak-anak, perkara PALING UTAMA untuk DIELAKKAN adalah MEMBERI ARAHAN.
Apa kata praktikkan perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah ini yang boleh membantu ibu bapa untuk menangani anak yang mempunyai ciri tersebut.
Contoh:
“Kakak, kongsi biskut dengan adik. Kakak 5, Adik 5.” Atau, “Kakak, turun gelongsor sekarang. Kita nak balik dah.”
Selalunya, respond anak-anak. Dia akan BALAS semula arahan kita yang seakan-akan menunjukkan mereka ini sedang MEMBANGKANG kita. Maka, saat ini mulalah situasi perang mulut pula dengan anak-anak, kan?
“Kakak nak makan semua. Tak nak kongsi dengan adik.” Atau, “Kakak nak main lagi. Tak nak balik!”
Biasa, kan?
Di sinilah kita perlu belajar SKILL BERUNDING dengan anak-anak. Iaitu skill untuk buat anak-anak MENURUT arahan kita TANPA anak sedar bahawa dia sedang bertindak selari dengan keinginan/arahan kita.
Perkara paling asas kita kena ingat tentang RUNDINGAN ini ialah:
Elakkan memberi arahan
Kenapa? Memulakan dialog dengan arahan menjurus PERBUALAN KE ARAH KOMUNIKASI 1 HALA semata-mata. Kerana itu, arahan ni cenderung untuk mencetuskan PERBALAHAN atau PERTIKAIAN!
Jadi, jangan mulakan komunikasi kita dengan arahan, sebaliknya mulakan dengan BERTANYA SOALAN.
Mesti jelas dan faham, bahawa berunding adalah untuk MAKE AGREEMENT, bukan MAKE ARGUMENT.
PASTIKAN kita susun komunikasi kita dalam FRASA RUNDINGAN, dan bukan FRASA ARAHAN yang menyumbang kepada PERTIKAIAN (argument).
Contoh:
“Kakak, kita bagi adik 5 cookies, dan Kakak ambil 5 cookies. Kita kongsi, boleh?”
“Alaa.. Kakak tak nak kongsi. Kakak nak seorang. Ibu beli lah yang lain untuk adik. Ni semua kakak nak seorang.”
“Oh, kakak nak makan seorang? Setahu Ibu yang dah lama kenal Kakak ni, kakak kan kakak yang penyayang dengan Adik. Kakak suka berkongsi makanan dengan adik. Ibu macam tak percaya Kakak nak makan semua tu, it doesn’t sounds like you. Are you sure you want to have it all alone? A good girl like Kakak, tak pernah lupa untuk berkongsi, kan?
Guna Pendekatan Pujian
Dalam membina rundingan, kita masukkan elemen pujian, elemen approval kepada anak-anak. Dan elemen inilah yang akan membuatkan anak BERSETUJU dengan keinginan/arahan/rundingan kita dengan mudah.
Ada sesetengah kanak-kanak, di tahap ini dia sudah ‘lembut’ dan rundingan damai kita berjaya. Ada setengah kanak-kanak, tak cukup semudah ini. Perlukan SKILL yang lebih besar dan tricky. Dia tetap dengan ‘keputusan’ dia.
“Kakak tak nak kongsi jugak! Nak makan seorang. Biarlah adik tak dapat cookies.”
Di saat elemen emosi dan approval tak jalan, kita tukar elemen lain.
“Ok, Ibu setuju. Kakak boleh tak nak share cookies dengan adik kali ni. Tapi, Kakak juga kena bersetuju kalau next time Ibu belikan adik cookies sedap-sedap, Adik tak kongsi dengan Kakak? Kakak setuju macam ni?”
Elemen apa yang boleh kita guna di sini? Elemen LOGIK.
Logik mudah. What you give, you get back. Atau apa jua logik mudah lainnya. Selalunya, anak-anak ini karakter dominan mereka antara dua inilah.
Sama ada mudah digerakkan dengan PUJIAN, atau mudah digerakkan dengan LOGIK FIKIRAN.
Kisarkan dialog dan rundingan kita, di sekitar dua elemen ini. InshaALLAH, lama kelamaan, kita dapati langsung tidak susah lagi untuk kita berunding dengan anak dan buat mereka bersetuju dengan kita, inshaALLAH.
Kalau logik kali ni juga tidak berkesan, dan anak-anak berkeras tak mahu capai kata ‘persetujuan’. Maka, cuba teknik pujukan pula. Kalau teknik pujukan tidak berjaya, cuba teknik meminta keputusan pula.
Kalau semua teknik tidak berjaya, IT IS OKAY TO FAIL IN YOUR NEGOTIATION. Tidak dalam semua keadaan, rundingan kita berjaya.
Walaupun ia rundingan yang tidak berjaya, YAKINLAH, KITA TELAH MENGAJAR SUATU PERKARA yang amat berharga kepada anak kita. Dialog-dialog matang kita secara tidak langsung sedang mendidik fikiran dan perasaannya.
InshaALLAH, jika lebih KERAP kita tinggalkan teknik ARAHAN dan gunakan teknik RUNDINGAN, lama-kelamaan anak kita akan membentuk sikap TOLERANSI dan DIPLOMASI yang tinggi dengan orang lain.
Tegas Dengan Arahan
Adakah setiap masa perlu berunding dan tidak gunakan teknik arahan? Tidak.
Ada kalanya, bertegas dengan arahan itu perlu. Kalau anak-anak dibesarkan sebagai anak yang tak boleh menerima arahan, INI MUSIBAH. Dia juga tidak akan dapat menjadi manusia yang boleh handle rejection atau handle perbezaan. Kerana itu, bukan setiap masa perlu berunding sentiasa dengan anak. Ada ketikanya, perlu juga memberi arahan.
Cuma, prinsipnya adalah berbeza. Seni berunding, lain caranya. Prinsip mengarah, juga lain caranya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak sememangnya suka bermain air tetapi sebenarnya ia memberi manfaat untuk rangsang otak anak jadi pintar. Dengan berenang, anak mempelajari pergerakan dan menahan nafas menggenggam dan menendang dalam masa yang sama. Kebanyakan kanak-kanak dilahirkan sebagai perenang dan menyukai air dan akan mudah belajar.
15 manfaat berenang kepada si manja
1.Belajar untuk fokus dalam melakukan sesuatudan merangsang kecerdasan otak
2.Perkembangannya yang pantas daripada kanak-kanak seusianya melibatkan kemahiran visual motor seperti memotong kertas, mewarnai dan menggaris.
3.Menurut kajian yang dilakukan oleh Griffith Institute for Educational Research, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran berenang cenderung untuk mahir berkaitan angka.
4.Menambahkan aliran oksigen ke otak.
5.Air adalah elemen yang bersifat penenang dan memberikan si kecil rasa relaks, seronok dan menstabilkan emosi.
6.Menguatkan otot dan melatih koordinasi kaki dan tangan.
7.Merangsang kemahiran motor kasar kepada si manja.
8.Kemahiran berenang akan mengurangkan risiko si manja lemas.
9.Peluang untuk bergaul dengan kanak-kanak lain seterusnya meningkatkan kemahiran bersosial.
10.Keadaan di dalam air yang graviti sifar membenarkan si manja bebas membuat pelbagai pergerakan.
11.Memantapkan pernafasan dan meningkatkan kapasiti paru-paru.
12.Disiplin ketika latihan di kolam renang menjadikan si manja lebih mudah mematuhi peraturan.
13.Dapat meningkatkan keyakinan diri si kecil dan berdikari pada awal usianya.
14.Peluang untuk si manja merapatkan hubungan dengan mama dan papa untuk sesi kelas bersama dengan ibu bapa.
15.Amat dicadangkan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kerana ia mampu merangsang interaksi dan proses pembelajaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.