Ibu memainkan peranan penting melakukan yang terbaik buat si kecil. Langkah perlindungan seawal mungkin adalah perlu bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini terjadi kepada kehamilan atau bayi anda.

#1 Pemantauan kesihatan

Setelah mengetahui diri hamil, ibu-ibu perlu mendaftar untuk pemeriksaan pranatal sepanjang mengandung. Pemeriksaan pranatal yang pertama biasanya dilakukan di Klinik Ibu Dan Anak selepas pendaftaran. Menurut Portal Kementerian Kesihatan Malaysia janji temu seterusnya akan mengikut jadual berikut:

  • Sebelum 28 minggu – sebulan sekali
  • 28 – 35 minggu – setiap 2 minggu sekali
  • 36 minggu dan keatas – setiap minggu

(Jadual pemeriksaan pranatal ini adalah secara umum dan mungkin berlainan bagi setiap ibu hamil)

Pemantauan awal mampu memastikan ibu terhindar daripada pelbagai risiko kesihatan seperti kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim) serta mendapatkan khidmat nasihat tentang langkah-langkah penjagaan yang wajar diambil kira.

Lindungi Anak Anda Sejak Dari Kandungan Dan Hindari Mereka Dari Bahaya

#2 Pemakanan seimbang

Pemakanan seperti mana yang disarankan doktor sepanjang kehamilan adalah penting agar berat badan ibu berada pada tahap yang baik. Ibu-ibu perlu pastikan ambil sajian dalam kuantiti kecil tetapi kerap. Amalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan. Tidak perlu makan banyak seperti untuk dua orang, cuma pastikan anda ambil makanan yang seimbang. Menurut National Institute for Health and Care Excellence, hanya pada 3 bulan terakhir anda perlukan 200 kalori lebih bagi menyokong kehamilan dan perkembangan si kecil. Walaubagaimanpun, keperluan tahap sajian berbeza mengikut individu. Oleh itu, pemeriksaan doktor dan boleh mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai.

#3 Asid folik

Pastikan ibu mengambil asid folik secepat mungkin atau sebaik-baiknya 3 bulan sebelum hamil. Ia boleh mengelakkan kecacatan nueral tube seperti spina bifida. Menurut Royal College of Obstetricians & Gynaecologist, asid folik perlu diambil sehingga minggu ke-13 kehamilan. Jika anda tidak mengambil asid folik sebelum hamil, ambil sebaik sahaja anda mengetahui diri hamil. Ibu bagaimana pun disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan mana-mana vitamin prenatal.

IKLAN

#4 Kebersihan makanan

Kebersihan makanan dan penyediaan yang tidak tercemar dengan parasit dan bakteria boleh membantu mengelakkan timbul masalah semasa hamil. Menurut National Center for Biotechnology Information makanan yang mentah atau separa mentah seperti sushi berkemungkinan menyebabkan toxoplasmosis manakala telur separuh masak  perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bakteria Salmonella.

Listeriosis iaitu jangkitan kuman yang disebabkan oleh kuman listeria (biasanya terdapat didalam air, tanah dan makanan yang tercemar) boleh menjejaskan kandungan! Menurut American College of Obstetricians and Gynaecologists, makanan yang boleh mengandungi listeria ialah susu yang tidak dipasteur, makanan mentah dan keju.

Lindungi Anak Anda Sejak Dari Kandungan Dan Hindari Mereka Dari Bahaya

#5 Bersenam

Amalkan senaman sejak awal lagi bagi memastikan kehamilan anda lancar. Ibu jangan pandang mudah bab senaman kerana ia boleh mengelakkan sakit sendi, mengelakkan tekanan darah naik, membantu memudahkan proses bersalin serta memberikan mood yang positif. Keadaan ibu yang tidak sihat, sakit & stres semasa hamil boleh menyebabkan si kecil dalam rahim tergugat.

IKLAN

#6 Berehat

Berehat tidak bermakna anda ibu manja. Sememangnya kehamilan pada beberapa bulan pertama akan menyebabkan keletihan dan ia akan berterusan sehingga trimester ketiga disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah untuk tidur dan sebagainya. Jadi mama, berehatlah secukupnya untuk memastikan perkembangan si kecil dalam kandungan tidak terjejas.

Lindungi Anak Anda Sejak Dari Kandungan Dan Hindari Mereka Dari Bahaya

Bagi ibu yang mahukan perlindungan kepada si kecil anda, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) menyediakan perlindungan insurans kepada bayi dan ibu melalui PRUMy Child Plus dengan pelbagai kelebihan seperti:

A)MELINDUNGI BAYI DARI USIA KEHAMILAN 14 MINGGU

PRUMy Child Plus memberikan perlindungan pranatal kepada bayi dalam kandungan seawal 14 minggu. Ini adalah penting kerana apa sahaja boleh terjadi dalam tempoh 9 bulan kandungan.

IKLAN

B)MELINDUNGI BAYI ANDA DARIPADA PENYAKIT JAUNDIS

Perlindungan ini termasuk jaundis yang kerap terjadi kepada bayi baru lahir serta keadaan kesihatan kongenital bayi selepas lahir sehingga berusia 5 tahun. Bagi bayi yang didiagnosis dengan jaundis yang memerlukan rawatan fototerapi dan dimasukkan ke hospital, bayaran penuh RM500 hingga RM1000 akan diberikan (bergantung jenis jenis pelan perlindungan yang diambil).

C) KELEBIHAN UNTUK BAYI IVF

Ini adalah merupakan polisi insurans yang pertama memberikan perlindungan kepada kandungan hasil daripada in-vitro fertilization (IVF) (tertakluk kepada keperluan pengunderaitan)! Precious baby mestilah mendapat keistimewaan ini.

Lindungi Anak Anda Sejak Dari Kandungan Dan Hindari Mereka Dari Bahaya

D) PROSES MUDAH UNTUK POLISI SETERUSNYA-EASE

Selain itu, PAMB memberikan laluan khas untuk ibu bapa yang sudah membeli polisi perlindungan PRUMy Child Plus kepada anak mereka. Melalui proses Easy And Simple Enrolment (EASE) ia memudahkan anda mendapatkan polisi untuk anak seterusnya tanpa perlu melalui proses penguderaitan penuh.

Untuk maklumat lanjut mengenai PRUMy Child Plus, mama papa boleh layari www.prudential.com.my



Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI