Kuih tradisional ni antara kuih yang sentiasa ada peminatnya tersendiri. Bukan je orang dulu-dulu je suka, tapi semua lapisan masyarakat pun menggemarinya. Walaupun banyak menu yang dioalah dengan pelbagai resipi, kuih tradisi ini sentiasa berjaya menambat hati.
Seperti kuih lompang pandan ini, ia menjadi kegemaran kerana teksturnya lembut, dimakan bersama kelapa parut memang sangat sedap. Cuma ramai yang takut mencuba untuk buat kerana risau tak menjadi.
Namun bagi anda yang nak mencuba buat resipi lompang pandan ni, ikut resipi Zura Zul. Pasti jadi lesung pipit ditengah asalkan ikut semua caranya satu persatu dan sukatan betul.
KUIH LOMPANG PANDAN
Bahan-bahan:
Ads
1 1/2 cawan tepung beras
2 cawan jus pandan (kisar 6 helai daun pandan dengan 2 cawan air.. tapiskan)
1 /2 cawan gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil air kapur – yg nampak jernih sikit
Sedikit pewarna hijau
Cara-cara :
👉🏻Kacau-kacau sebati bahan atas.. tapiskan
Ads
👉🏻Panaskan air kukusan sehingga mendidih
👉🏻Acuan lompang (yang saiz kecil) sapu sedikit minyak.. kukus dulu acuan 3 – 4 minit
Ads
👉🏻 Tuang adunan tadi nak dekat penuh acuan.. api besar sikit.. kukus selama 10 – 15 minit.. Siap
👉🏻Sejukkan dulu.. boleh keluarkan kuih dari acuan..taburkan kelapa putih + sedikit garam
**Teringin nak dapatkan perkakas dapur pada harga berbaloi, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buah lemon mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Buah yang kaya dengan vitamin C ini banyak kebaikannya jika diamalkan. Mungkin untuk makan begitu saja ia sangat masam, jadi pilihan yang lebih sesuai adalah membuat air.
Ramai juga yang menganggap air lemon ini juga boleh membantu mengurangkan berat badan dan dapat membantu meningkatkan antibodi. Namun pengambilan kena juga ada had. Mungkin seminggu dalam 3 kali pun dah ok.
Untuk anda yang cuba untuk kekalkan kesihatan, boleh cuba buat air lemon ini. Kita ikhtiar selebihnya berserah pada-Nya.
Lemon Madu Homemade
Bahan-bahan:
Lemon dalam 4biji
Gula batu 1 paket
Periuk nasi (masak dlm Rice cooker mudah)
Bahan-bahan:
Cuci lemon dengan garam. Lepas tu potong nipis-nipis. Susun dalam periuk. Tabur gula batu selapis-selapis sampai habis lemon.
Tekan cooking biar sampai dia naik warm sendiri. Bila dah bertukar warna perang dan agak kering baru tutup..TANPA air ye kawan-kawan.
Bila dah sejuk boleh simpan dalam botol dan peti ais. Bahagian biasa sahaja. Nak minum ambil dalam 3-4 keping+cengkih sikit. Letak air panas. Rasa agak payau sikit tapi itu la ubat paling mujarab. Sesuai untuk antibodi kita.
3x seminggu dah cukup untuk minum ni. Kita ikhtiar selebihnya Allah yang tentukan. Maaf kalau salah apa yang saya share. Moga bermanfaat untuk anda semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makanan yang diberikan kepada bayi tidak sama dengan makanan orang dewasa. Malah makanan bayi yang berumur kurang daripada setahun juga tidak boleh diletakkan gula ataupun garam.
Bahan kandungan makanan bayi perlulah semulajadi dan bahan perisa untuk makanan mereka juga perlulah daripada bahan-bahan semulajadi. Sebaiknya ibu-ibu membuat stok bahan makanan untuk dijadikan perisa dalam bubur anak.
Seperti yang dikongsikan oleh Eira Munirah di laman Facebook Happy Baby Foods Malaysia. Mudah untuk ibu-ibu sediakan makanan anak. boleh buat banyak-banyak dan sejuk bekukan. Bila nak masak terus boleh guna.
Assalamualaikum dan salam sejahtera mommies semua! Kelmarin Ummi Aaira terlebih rajin nak restock stock aaira. Ummi buat CBS, Tomato Paste and Serbuk Ikan bilis untuk Aaira. Aaira masih allergic dengan carrot, so tak dapatlah nak buatkan mirepox untuk aaira. stock2 ni pun semua ummi tak letak carrot. Bahan dan cara-2 semua ada dekat gamba ye #Aaairafoodjourney #9months28daysold
1. Chicken Bone Stock (CBS)
Bahan-bahan:
Tulang ayam
Sup bunjut
Bawang holland
Bawang putih
Celery
Cara-cara:
1. Rebus kesemua bahan selama 2 jam (saya gunakan pressure cooker)
2. Tapis bahan-bahan rebusan tadi dan ambil airnya sahaja.
3. letakkan dalam tray ais dan sejuk bekukan.
2. Tomato Paste
Bahan-bahan:
Tomato
Celery
Bawang putih
Bawang holland
Capsicum
Cara-cara:
1. potong dadu semua baha, masukkan ke dalam pengisar.
2. kemudian kisar semua bahan dengan sedikit air. (saya gunakan food processor baby)
3. Tumis bahan kisar atas api sehingga air sedikit kering.
4. kemudian masukkan ke dalam bekas untuk disejuk bekukan.
3. Serbuk Ikan bilis
Bahan-bahan
Ikan bilis
Cara-cara:
1. basuh ikan bilis sampai bersih
2. rendam seketika (10 minit)
3. sangai ikan bilis atas kuali tanpa minyak sampai garing.
4. Akhir sekali, kisar halus kesemua ikan bilis yang disangai tadi.
5. Siap dan boleh disimpan di dalam bekas kering.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.