
Kecoh di media sosial mengenai pemilihan nama anak kepada pasangan selebriti Eyka Farhana dan Akhyar Rashid sehingga menjadi perdebatan dalam kalangan wargamaya.
Menerusi platform Thread, nama anak Eyka iaitu Muhammad Luay Khayr menjadi perhatian ramai kerana ada yang berpendapat nama tersebut kedengaran terlalu kebaratan.
Namun begitu, ramai netizen tampil mempertahankan pasangan itu dan menjelaskan bahawa nama Luay Khayr sebenarnya mempunyai sejarah serta makna yang cukup indah dalam Islam.
Menurut perkongsian pengguna media sosial, nama Luay Khayr bukanlah nama moden semata-mata, sebaliknya mempunyai kaitan rapat dengan sejarah keturunan Rasulullah SAW.
Difahamkan, Luay merupakan nama moyang Rasulullah SAW yang ke-9. Perkara itu membuatkan ramai netizen terkejut kerana sebelum ini ada yang menyangka nama tersebut terlalu moden dan tidak mempunyai unsur Islamik.
Dalam bahasa Arab pula, nama Luay membawa maksud pelindung yang kuat, berani serta membawa kebaikan. Nama itu juga sering dikaitkan dengan sifat kepimpinan dan kekuatan peribadi.
Di ruangan komen, ramai netizen meminta orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum pilihan nama pasangan selebriti tersebut.
Ada yang menjelaskan bahawa masyarakat hari ini semakin terbuka menggunakan nama Arab yang unik dan jarang didengari, namun tetap mempunyai maksud yang baik dalam Islam.
Malah, ada juga yang berkongsi bahawa nama Luay sudah lama digunakan di negara Arab dan bukan sesuatu yang asing dalam budaya Islam.
Perdebatan mengenai nama Luay Khayr itu akhirnya membuka mata ramai tentang pentingnya memahami maksud sesuatu nama sebelum membuat penilaian.
Terdahulu, Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 16 Mei lalu.
Kelahiran bayi lelaki mereka menerima pelbagai ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti yang turut tumpang gembira dengan kehadiran insan baharu dalam keluarga pasangan tersebut.
Walaupun nama Luay Khayr menjadi perdebatan hangat di media sosial, ramai berpendapat pilihan nama itu sebenarnya cukup indah dan mempunyai nilai sejarah Islam yang mendalam.
Baca lagi: Che Mad Warisi Wajah Farid Kamil, Bakat Bersukan Buat Ramai Kagum
Madammu Bertudung Penuh Demi Anak Lelaki, “Saya Kesian Dia Sekolah Agama”
Sumber: Thread @_straycatz/