Selepas proses kelahiran, sama ada secara normal dengan jahitan episiotomi ataupun melalui pembedahan caesarean, salah satu cabaran yang biasa dihadapi para ibu ialah pemulihan luka jahitan.
Mengetahui bila luka jahitan bersalin sudah sembuh membantu kita lebih yakin untuk kembali aktif secara berperingkat dan tahu bila perlu berjumpa doktor. Dalam artikel ini, kita akan kupas lima tanda utama yang menunjukkan luka jahitan bersalin sudah dalam keadaan baik untuk sembuh dengan selamat.
Tanda 1: Bengkak dan kemerahan mula berkurang
Selepas jahitan, kawasan sekitar luka seperti perineum atau bekas pembedahan biasanya akan mengalami sedikit bengkak dan kemerahan ini antara proses semula jadi tubuh kita ‘repair’ tisu yang koyak atau dijahit. Apabila bengkak mula surut dan kemerahan berkurang, ia petanda penting bahawa proses penyembuhan sedang berjalan dengan baik. Sebagai contoh, satu sumber menyebut bahawa “kulit di bahagian faraj akan membengkak sedikit selepas dijahit… namun ia akan mulai surut selepas beberapa minggu.”
Ads
Tanda 2: Rasa sakit, pedih atau ketidakselesaan mula berkurang
Rasa sakit merupakan simptom biasa selepas jahitan. Kita mungkin rasa pedih ketika duduk, bergerak, batuk atau ketika membuang air besar/kecil. Bila hari-hari berlalu dan anda dapati rasa sakit makin ringan, tidak lagi tajam atau berdenyut seperti sebelum ini itulah satu perkembangan positif. Sebaliknya, jika rasa sakit tidak berkurang atau semakin teruk, itu boleh jadi tanda masalah dan perlu diperiksa oleh doktor.
Tanda 3: Tiada pendarahan aktif atau cecair keluar yang mencurigakan
Luka yang sembuh dengan baik seharusnya tidak mengeluarkan darah segar atau nanah, tidak ada bau yang kuat, dan tidak ada cecair jernih yang banyak tanpa sebab. Satu sumber menyatakan bahawa ibu-ibu perlu segera berjumpa doktor jika kawasan jahitan “berdarah atau bernanah”. Apabila tiada pendarahan aktif atau keluaran yang mencurigakan, itu ialah petanda bahawa luka jahitan bersalin sudah sembuh dengan stabil.
Tanda 4: Pergerakan lebih mudah dan kurang sekatan aktiviti
Apabila jahitan masih baru dan rasa tidak selesa tinggi, ibu akan melalui banyak sekatan sukar nak duduk lama, nak bangun, nak membongkok, atau menyusukan bayi dalam posisi tertentu. Bila anda dapati boleh duduk lebih selesa, boleh berdiri dan bergerak dengan yakin, serta boleh menyusukan bayi tanpa rasa takut mencederakan luka itu tanda jelas bahawa jahitan semakin pulih.
Ads
Tanda 5: Kulit atau tisu di kawasan jahitan mula nampak pulih (parut terbentuk)
Di peringkat awal pemulihan, kawasan jahitan akan kelihatan “baru”, mungkin bengkak, kemerahan, dan terasa tegang. Apabila tisu baru mula terbina dan kulit semakin normal warna kemerahan mulai pudar, parut mula terbentuk, benang jahitan larut atau tanggal sendiri – itu satu petanda baik bahawa luka jahitan bersalin sudah sembuh dengan baik.
Petua Penjagaan Untuk Bantu Pemulihan Jahitan
Gambar Hiasan AI
Jaga kebersihan luka – Selepas membuang air kecil atau besar, bilas kawasan jahitan dengan air suam secara perlahan-lahan. Lap dengan kain bersih atau tuala wanita baru. Elakkan sabun kuat atau produk yang boleh mengiritasi luka.
Pastikan kawasan luka kering dan berventilasi – Bila luka terlalu lembap, risiko jangkitan meningkat. Dedahkan sedikit supaya ada pengudaraan semula jadi.
Elakkan aktiviti berat atau membongkok terlalu awal – Angkat barang berat atau senaman intensif boleh menambah tekanan ke atas tisu jahitan.
Amalkan pemakanan seimbang dan hidrasi mencukupi – Badan perlukan protein, vitamin dan air yang cukup untuk mempercepat penyembuhan.
Pantau tanda komplikasi – Jika demam, bengkak makin teruk, keluar nanah atau darah, segera jumpa doktor.
Perlu Diingat
Walaupun sudah ada tanda-tanda positif seperti di atas, proses pemulihan bagi setiap ibu adalah unik. Masa sembuh bergantung kepada jenis kelahiran (normal atau caesarean), kedalaman luka, keadaan imun badan dan penjagaan selepas bersalin. Contohnya, luka caesarean mungkin mengambil masa 6 minggu atau lebih untuk benar-benar pulih.
Ads
Info Tambahan: Petua Penjagaan Luka Jahitan Bersalin (Dr. Hana,)
Pastikan kebersihan (hygiene) terjaga setiap kali selepas ke tandas. Tukar tuala wanita dengan kerap dan lap luka perlahan tanpa menggosok.
Ambil masa sehari untuk membiarkan luka terdedah supaya pengudaraan lebih baik.
Lakukan sitz bath (rendaman air garam suam) selama 10–15 minit untuk bantu luka cepat pulih.
Elakkan sembelit – minum air mencukupi dan ambil makanan berserat tinggi.
Makan makanan berkhasiat bagi mendapatkan nutrien penting untuk penyembuhan luka.
Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan semula otot pelvis.
Jika luka mengeluarkan cecair berbau atau bernanah, segera dapatkan rawatan.
Penutup
Sebagai ibu baru, anda patut berbangga dengan proses pemulihan yang sedang berlaku dalam tubuh. Luka jahitan bukan sekadar “lubang yang dijahit”, tetapi simbol kekuatan tubuh anda memulihkan diri.
Dengan mengenali lima tanda utama tadi bengkak dan kemerahan berkurang, rasa sakit semakin ringan, tiada pendarahan mencurigakan, pergerakan makin mudah, serta tisu yang pulih anda boleh lebih yakin dan selesa menjalani tempoh pemulihan selepas bersalin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang ini ramai yang suka abadikan kenangan sambut kelahiran anak pertama dengan bermacam cara. Selain untuk disimpan sebagai kenangan manis, ia juga bagus untuk ditunjukkan kepada si anak kelak.
Peluang para bapa untuk sama-sama menyaksikan kelahiran zuriat sudah tentu tak akan dilepaskan dan yang pasti dengan menggunakan teknologi masa kini, momen tersebut mestilah dirakamkan sebagai simpanan kenangan.
Seorang ayah yang juga bergelar Jurukamera, Azim Al-Fikri berkongsi perasaannya pertama kali menyaksikan kelahiran anak sulung dan mendengar tangisan dalam sebuah video yang sangat ‘sweet’ dan mampu menitiskan air mata para ibu yang menontonnya.
Isterinya, Sri Nur Izzati, melahirkan bayi secara pembedahan caesarean kerana masalah songsang pada 11 Januari 2018 ketika usia kandungan genap 38 minggu.
Tentu ramai yang mula mengimbas kembali kenangan masing-masing melalui proses kelahiran anak yang sangat manis untuk dikenang sepanjang hayat.
Mungkin bakal ayah boleh juga mencontohi cara ayah ini mengabadikan kenangan manis kelahiran anak pertama.
Benar-benar satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan perasaan yang tidak dapat digambarkan..
Alhamdulillah syukur, tak dapat nak gambar kan macam mana perasaan jadi ayah bila dengar kali pertama suara anak kita menangis, kali pertama kita dukung & azan ditelinga nya, dan pada masa yang sama….. kita pegang camera nak record pembedahan c-section… pegang camera sebelah tangan sambil genggam tangan wife yang risau, bila anak dah lahir saya tinngal kan camera kejap untuk dukung & azan kan..
Jadi, satu hari nanti bila anak dah faham & menonton video ini, & dia tanya “mana daddy dalam video ni??” saya akan beritahu “ayahlah orang yang merekod video itu Aaira”… hehee lumrah juru kamera…
Terima kasih kepada semua yang mendokan kami, membantu & memberi sokongan kepada kami, terutamanya & Noor Aziah Mohd Awal Abdul Halim Sidek & Ezziq Aries.. kami tak dapat melakukan ini tanpa kalian semua.
P.S : Video ini membuatkan ibu bapa saya menangis, tetapi lagunya sangat membantu menetapkan nada video ini, jadi terima kasih tak terhingga Maher Zain Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) menjadikan ia lagu yang sangat menarik..
Pernafasan yang bagus memainkan peranan penting sewaktu anda berada dalam fasa pelahiran. Selain membantu kelangsungan proses bersalin, pernafasan yang lancar dapat mengelakkan otot daripada mengalami ketegangan atau kekejangan. Jika tidak, ia akan menggugat proses meneran apabila ketika tiba saat itu, anda sudahpun keletihan.
Lebih daripada itu, pernafasan yang lancar akan membuatkan anda memberi tumpuan kepada pernafasan dan bukannya terhadap kesakitan yang semakin kerap dialami. Antara lain, anda dapat memaksimumkan bekalan oksigen di mana ia baik untuk diri anda sendiri, bayi dan otot-otot yang berkait langsung dengan proses kelahiran.
Ketahuilah bahawa apabila anda tidak bernafas dengan baik, ia akan mencetuskan suatu keadaan yang dikenali sebagai pernafasan panik. Apabila bernafas terlalu pantas, ia akan menyebabkan hyperventilation. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak karbon dioksida dikeluarkan yang akhirnya menjadi punca anda mengalami pening dan kebas di mulut serta jari-jemari. Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menekup mulut menggunakan beg plastik atau tangan sendiri, seterusnya menghidu karbon dioksida perlahan-lahan.
Menurut Doktor Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan, Dr Siti Esah Bahari dari Hospital KPJ Selangor, beliau menegaskan bahawa amat penting untuk setiap wanita hamil mengikuti kelas antenatal terutamanya yang melalui kehamilan pertama. Dalam memilih kelas antenatal, anda digalakkan untuk memastikan kelas yang ditawarkan menyentuh aspek pernafasan. Pada masa yang sama, adalah lebih baik jika anda menghadiri kelas tersebut bersama suami agar dia dapat mengajar teknik pernafasan yang betul ketika anda sedang menghadapi kontraksi kelak selain daripada sokongan moral.
Kurang oksigen
Kekurangan oksigen sepanjang proses bersalin berlangsung boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri anda malah kepada bayi juga. Banyak komplikasi yang bakal dihadapi kesan daripada tindakan tidak bernafas dengan cara yang betul.
Kesan negatif pada ibu termasuklah otot rahim tidak berfungsi dengan baik. Malah, ia turut mengakibatkan penghasilan oksitosin berkurangan. Untuk makluman, oksitosin sangat penting untuk kontraksi rahim. Jadi, jika anda tidak bernafas dengan lancar, ia boleh merencatkan proses kelahiran. Di pihak bayi pula, disebabkan oleh kurang oksigen, denyutan jantung bayi akan terjejas. Ini dapat dilihat melalui bacaan kardiotograf (CTG) yang tidak normal.
Teknik bernafas
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.
1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.
2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.
3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan. Lakukan pernafasan secara panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting– hembus.
INFO TAMBAHAN
Pernafasan Lamaze
Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.
Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.
Teknik betul meneran
Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh. Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan-lahan untuk mengelakkan koyak teruk.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpantang lazimnya dilakukan ibu-ibu selepas bersalin bagi menjamin kesihatan diri. Tidak dinafikan ia memberikan manfaat kepada tubuh & emosi ibu.
Namun amalan pantang esktrem boleh menyusahkan ibu. Terpaksa mengehadkan jenis makanan dan mengambil air dalam kuantiti minimum sekali gus boleh menjejaskan pemulihan ibu bersalin. Hanya dengan amalan pemakanan seimbang & gaya hidup sihat boleh membantu menyihatkan tubuh sepanjang hayat.
Perkongsian Dr Say Shazril ini menarik perhatian warganet. Dr Say yang juga pegawai perubatan turut memberikan pendapat kepada cara berpantang yang dijalani isteri sewaktu melahirkan cahaya mata mereka beberapa bulan lalu.
Berpantang tiada dalam istilah perubatan moden dan dia tidak mengamalkannya tetapi bapa muda ini tidak menolak berpantang tradisional sepenuhnya malah turut mendapatkan khidmat urutan untuk isterinya sebagai cara untuk rehatkan tubuh selepas bersalin.
Smlm baru sy berkesempatan menonton Youtube Analisis TV Alhijrah mengenai topik yg hangat diperkatakan lately yakni “Perlukah Berpantang?”. Teringat kembali dlu masa bini tidak mengamalkan pantang, kami dikecam teruk siap ade yg ckp Ace warded hospital jangkitan paru2 berpunca drpd bini makan Mykori (shaved ice dessert) dlm tempoh pantang. Fuuuh libatkan Ace skali tp xpe Ace dh maafkan die maka arini mari kite sembang lebih mendalam mengenai isu panas ni k peeps?
HORMAT CARA BERPANTANG ADAT MELAYU
Terpulang atas kehendak & kepercayaan masing2 but lets keep an open conversation here k? Ditegaskan awal2 sy respect berpantang mengikut adat Melayu tp memandangkan sy belajar perubatan moden, sy decide lebih baik sy amalkan ape yg sy pelajari melalui pembacaan drpd amalkan ape yg sy dengari melalui pengalaman.
TIADA ISTILAH BERPANTANG DALAM PERUBATAN MODEN
To be honest sewaktu medical school even semasa bekerja sbgi doktor, tidak pernah sy terbaca/ terjumpa chapter on “what to do postpartum” which means tidak ada istilah berpantang dlm perubatan moden & that was what me & my wife did lepas dia bersalin, ABSOLUTELY NO RESTRICTIONS tp kami stick dgn basic medical knowledge kami.
LEPAS BERSALIN TIADA SEKATAN PEMAKANAN
Slalu medical ni detail, kalau baca psl satu penyakit, fuuh drpd definisinya, kuman ape penyebabnya, bagaimana kuman tu menyebabkan penyakit tu, bagaimana nk tau jenis kuman penyebab tu smpilah kpd bagaimana nk rawat kuman tu.
Tp bile smpi what to do postpartum, NOTHING which means lepas bersalin tiada sekatan dlm pemakanan (cuma harus sihat & seimbang), tiada sekatan dari pergerakan (ikut kemampuan & tahap kesakitan) dlm erti kata lain AMAT MEMUDAHKAN. .
Next part sy rungkaikan mitos makanan berpantang mengikut garis panduan Kementrian Kesihatan Malaysia sbgi cth “jgn minum air nnt urat kembang”, “jgn mkn buah yg sejuk nnt kejang otot”, “jgn mkn telur nnt bisa” & bnyk lg. Sabaq naa peeps bagi sy gomol Ace puas2 dlu.
Ingt post kali ni nk bercerita psl mitos2 pemakanan dlm pantang tp memandangkan comments on last post bnyk yg sy rasa sy perlu addresskan maka sy addresskan dlu eh? Juga spt sebelum ni lets keep an open conversation here k peeps, xmo kondem2 k? Nak amalkan bergantung, xnk amalkan tergantung. Masing2 dh besar & boleh buat pilihan sendiri. Sy hny beri fakta mengikut sains & perubatan.
BADAN NAK GUNA LAMA
Satu, ade yg komen kata “badan nak guna lama” kalau xjaga pantang nnt mase umur 30-40an badan akan terjejas. Statement ni tiada basis scientifically. Sy tny balik, sekiranya dlm tempoh 44hari ni anda berpantang ketat2 den masuk hari ke 45 & ke atas anda indulge mkn fast food, xbersenam, xlead healthy lifestyle ikut logik akal, anda rasa badan anda akan tahan lama x?
JAGA PEMAKANAN & GAYA HIDUP SIHAT BARU BADAN TAHAN LAMA
Adakah dgn berpantang ketat selama 44hari tu anda jamin anda xkn kena darah tinggi, kencing manis, osteoporosis & pelbagai penyakit lain? Bg sy seseorang itu baik wanita mahupun lelaki seharusnya berpantang spnjng hidup yakni mengamalkan pemakanan & lifestyle yg sihat + seimbang baru lah “badan tahan lama”.
ASALKAN MAKANAN TIDAK MENIMBULKAN ALAHAN
Kedua, sebelum sy go specifically kpd jenis makanan yg katanya xboleh diambil sewaktu berpantang, rule of thumb ttg makanan ni TERAMAT SIMPLE. Any makanan yg tidak mengakibatkan alahan kpd seseorang itu BOLEH dimakan.
Sekiranya makanan tu xbuat badan anda merah2+gatal2, xbuat pernafasan anda semput, xbuat anda ttibe2 loya+muntah ia BOLEH & SELAMAT dimakan. Kirenya anda boleh makan apa jua lepas bersalin as long as ia sihat, seimbang & tidak menyebabkan alahan. Kan mudah berpantang tu dak?
TIDAK MENOLAK 100% PANTANG TRADISIONAL
Sy tau mesti ramai yg xpuas hati dengan pndngn sy mengenai pantang modern ni. Sy xmenolak 100% pantang tradisional, in fact lpas bini bersalin sy carikan org tuk tlg urut dia tuk 3hari tuk relaxkan bdn die.
Cume xdela sy suruh die berlipas, bertangkas, bergelumas tu. Kalau anda rase aktiviti2 itu memberi ketenangan kpd anda silakan sb tujuan utamany mmg nk relaxkan & galakkan peredaran darah. Ok next part sy crite in detail mengenai mitos pantang pemakanan k peeps? Btw, Ace bedak tebai kirim salam semua.
Memandangkan pantang part 2 semua dok focus kat bedak setepek & pose maharaja Ace & xtau baca ka dak isi kandungan post tu maka last part ni Ace xdak sb dia tlg amik gmba kami haha. Last part ni tuk debunk mitos makanan sewaktu berpantang.
MINUM AIR TAK PERLU RISAU URAT KEMBANG
Paling femes once upon a time wlpn dh rmi xamalkan (tp harus ditekankan) “jgn minum bnyk air nnt urat saraf kembang”. Ibu dlm pantang perlu minum air secukupnya, 6-8 gelas sehari tuk keseimbangan electrolyte, pulihkan kecergasan bdn & paling penting for milk production.
MINUM MASA DAHAGA
Cara lg snang, minum air bile terasa dahaga. Sy perasan each time bini susukan Ace mesti die dahaga gile maka tiap2 kali nk feed die sediakn sbotol air. No such thing as saraf (nerve) kembang sb minum air bukan lalu saraf pun, mengarut.
BOLEH MAKAN TELUR, AYAM, IKAN ASALKAN BUKAN ALERGI
Next yg rmi masih amalkan “jgn mkn telur/ayam/ikan nnt gatal + luka bentan”. Mcm sy crita dlm part 2 kalau anda tiada alahan kpd mknan yg sy listkan tadi xkn berlakunya gatal2.
PROTEIN PENTING MEMBINA SEL BARU
In fact luka akn lmbt sembuh sekiranya anda menolak mknan ni sb they r rich in protein yg membina sel2 baru lantas memulihkan luka bersalin. Lpas bersalin dlu hari2 sy msk telur tuk bini & aftr 1week tertutup elok luka czernya. Tmbhn, mknan ni provide zat besi yg pnting tuk pembentukan sel darah merah menggantikan darah yang hilang semasa kelahiran mengelakkan anemia.
‘KEJANG OTOT BUKAN DISEBABKAN SAYUR ‘SEJUK’
Paling ultimate, “jgn mkn bayam, timun, tembikai sb mknan ni sejuk nnt kejang otot”. Rmi ibu komen kt previous post apsal diorg kne mengigil & rata2 salahkan termakan mknan “sejuk” ni.
Well peeps mengigil tu kalau bukan disebabkan puerperal pyrexia (demam dlm tmpoh 6minggu slps bersalin) adlh NORMAL. Ini disebabkan slps uri keluar, darah sbnyk 800ml/min yg disalurkan kpd rahim akan dialirkn kpd organ penting spt jantung & otak gradually maka drh ke peripheries yakni kaki & tgn akn kurang maka sb itu kbnykn ibu brasa sejuk. Mknan ni penting cz mslh paling common among ibu lpas bersalin adlh sembelit & fiber dr mknan ni melancarkan pembuangan.
JANGAN KETERLALUAN MUDARATKAN DIRI
In a nutshell, jgnla keterlaluan dlm berpantang sehingga memudaratkan diri krn berpantang should be fun & easy cz bile mommy happy scr tidak langsung baby pun akan happy & healthy.
Para follower bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan oleh Dr Say. Kebanyakannya menolak berpantang yang ekstrem yang terlalu menyekat pemakanan.
“Mak saya siap masak rendang ayam time pantang makan kuih muih mcm biasa ?? siap ada makan burger jgk ikan ayam makan je everyday mkn buah dan sayur tknk bg sembelit you and ur pattner open mata masyarakat kita boleh tgk rancangan dr emilda tu byk info. Lain org lain cara so hormati cara masing masing jgn mudah melatah.”@nurulainothman313
Sembelit ekstrem
“Haha baru smlm dr.say ngan dr.azura masuk mimpi saya. Korg bukak klinik sblh pejabat saya ( sah mimpi biler lak saya ada pejabat hahahah ) siap ajak korg lepak minum boba. Uiii. Ok back to pantang. .. yes tembikai disalahkan…in fact tumbuhan menjalar diharamkan makan.. pastu sy ritu sawi pon x di kasi makan sbb katanya baby kembung sbb sawi tu ???? …dah la ikan rebus je kosong takdak sayur lak. Hanya pegaga je bleh tp sy jemu gak. Ada la skali tu sy curi2 makan telor. Alhamdulillah elok je xde pon seperti dikata.maybe like u said, kalo mmg xde alah maka xkan ada apa apa …sbb tu juga advise doktor pakar yg discharge sy pas beranak dlu. Siyes laaaa sume xleh kalo ikotkan pantang. ? Mmg mendaatangkan stress…dah la masalah sembelit extreme lg.” @mima_asmiera
Makan apa yang tidak alergi
“Hehehe..SY kn doc bersalin czer mmg X mkn telur DN ayam sbb bila mkn jadi gatal..jdnya SY mkn apa yg X gatal la..berpantang ni pilihan msg2 nk ikut yg mna..jnji sesuai DH la..msg2 Ada Cara Sdri cuma MCM doc ckp la jangan la keterlaluan.”@dyanaqazriena86
Penerangan jelas
“Thank you doctor for your good and clear explanation..”@ameliaazreena
Komunikasi sangat penting untuk perkembangan anak. Melaluinya mereka membentuk keyakinan diri dan bonding yang baik dengan mama dan papa. Adakah komunikasi yang anda amalkan kini sudah cukup untuk mencungkil potensi diri si kecil? Apakah saranan terbaik pakar? Ikutinya dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima Episod 9: Komunikasi Positif Dengan Anak bersama pengacara Mawar Rashid & Raf Yaakob pada 28 Ogos 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...