Hati isteri mana yang tak luluh apabila mendapat perkhabaran suami telah pergi buat selamanya setelah terlibat dalam kemalangan ketika bekerja. Lagi perit, arwah juga tak berkesempatan untuk melihat bayi yang bakal dilahirkan tak lama lagi.
Pemergian secara mengejut ketika suami sedang mencari nafkah keluarga itu benar-benar dirasai oleh isteri yang sedang sarat hamil. Hancur impian untuk sama-sama membesarkan cinta hati mereka ini.
Menurut laporan Harian Metro, kemalangan di Kilometer 301.1 Lebuhraya KL-Seremban menghala selatan membabitkan seorang posmen, Muhammad Radzi, 28, yang ketika itu sedang melakukan tugas penghantaran.
Terlanggar bucu lori
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Muhammad Radzi, 28, terlanggar bucu lori dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ads
Lebih menyayat hati, berdasarkan Facebook (FB) Bandar Baru Online Community yang turut menyiarkan kejadian, isteri mangsa Nur Azura Abdullah kini sedang menunggu masa melahirkan anak sulung mereka.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa yang maut menaiki motosikal jenis Modenas.
Ads
“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang di lorong kecemasan terlanggar bucu sebelah kanan sebuah lori yang mengalami masalah enjin dan sedang bergerak perlahan dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun.
“Lori yang mengalami masalah kerosakan enjin itu turut menyalakan lampu kecemasan, juga berada di lorong kecemasan.
Ads
“Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar barangan PosLaju di kawasan Bandar Seri Mahkota, Bangi,” katanya.
Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan peha patah serta meninggal dunia di tempat kejadian.
Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah. Semoga isteri arwah terus kuat menghadapi ujian ini dan dipermudahkan uruasan melahirkan serta membesarkan satu-satunya amanah yang arwah tinggalkan.
Kredit: Metro, FB Muhammad Radzi & Nur Azura Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak kes culik melibatkan kanak-kanak pada masa kini. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati terutama apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Ikuti perkongsian Puan Nurul Shuhada ini apabila anak beliau hampir menjadi mangsa culik.
Sebelum ni mama baca je kes anak orang kena culik, anak sakit, virus, pelbagai sindiket dan sebagainya.. Tapi hari ni, bila kena dekat batang hidung sendiri.. Allahuakbar.. Sedih sangat.. Menangis tau risau jadi apa apa dekat anak kesayangan ni..
KEDEKUT KAN ANAK DARI ORANG, SANGAT RELEVEN PADA MASA KINI !
Oleh kerana ramai nau yang pm/dm untuk tau full story macam mana kejadian nye..
Maka disini, Mama Fayyad cerita kan kisah trauma mama Hari ini..
( RABU | 5 SEPT 2018 | 2.30pm | KL SENTRAL )
Oh! Sebelum apa apa.. Mama sebenarnya saja nak naik Keretapi ni, sekian lama dah x naik
dari Ngandung lagi teringin nak jalan naik Keretapi.. Bila ade Fayyad ni, lagi Excited la nak naik tu sebab ade teman penghibur sekali
Dan ade jugak Kakak sepupu, Chot Chotin (Chott) ikut sama bawak anak kecik jugak adik sepupu lelaki pun ade (Zamarul)
Note: (perkara ini dirancang sama sekali..kami sekadar hantar Pak Usu ke stesen keretapi jerr mula-mula.. lama lama jadi terlangkah sekali naik keretapi sebab tu kami gah berpakaian sekadar seluar trek dan tshirt sajaaa.. mama lagi lah pakej tudung sarung jerr..yang penting yakin diri jerr kan
➡️Okay.. cerita nya macam ni.. Ade sorang perempuan berbangsa Cina ikut kami sepanjang perjalanan naik turun escalator kat KL Sentral.. Asyik pandang Fayyad je.. Mama x perasan langsong Amoi ni ikut sebenarnye..Kakak sepupu (chott) & adik sepupu (Zamarul) yang perasan tapi tak bagi tau pun.. takut salah sangka pulak.. lepas makan kat food court Stesen KL Sentral tu, kami turun ke tingkat bawah guna tangga biasa..
Start sini Amoi dah ikut dah.. Kami berjalan seperti biasa sambil mama Bubbling main2 dengan Fayyad.. Dari tangga tingkat atas nak ke tempat laluan ke MRT tu, Tup2 Amoi ni tahan n tegur mama dulu.. “You, Stop! Where u want to go? And who are you?” .. time ni mama macam hahh??
apahal tiba2 tanya dan x pikir negative langsong.. mama so peramah dan jawab jela.. then die start tanya dalam keadaan nak marah.. “Who this baby?”.. time ni Chott dah start tarik tangan mama n ajak jauh dari Amoi ni.. 1st, ingat maybe die nak pukau kowt sebab die berpusing nak bercakap bertentang mata dengan mama masa Chott ni halang.. Mama cakap la “My son!” .. then Amoi ni react like tangan die tengah menggigil yang geram n muka die xtau nak cakap macam mana masa tu
That time jugak Chott tarik mama n kami lari sepanjang perjalanan laluan nak ke MRT counter.. sepanjang larian tu la Amoi ni kejar dengan bawak Beg Balik Kg dia, sambil jerit2.. “Hey, Stop!” .. “You! you!” .. “Stop!” .. Kami je tau macam mana kami bukak langkah larian tu dalam keadaan terkejut dengan tindakan Amoi tu
sebelum naik esculator nak ke MRT, ade Abg Polis bantuan kat situ.. kami berlari ke Abg tu, then cerita hal tadi.. x dan nak cerita sampai habis, Amoi ni start nak tarik Fayyad n cakap Fayyad Anak die.. And mama gila terlejutt la
Amoi cakap anak dia hilang n Fayyad anak die
Terkedu weyh time tu dalam keadaan tengah struggle pertahankan Fayyad dari disentuh Amoi tu.. Amoi tu x habis2 cakap Fayyad anak die yang hilang dan Fayyad anak Cina..
Abg Polis ni suruh mama keluarkan Bukti yakni MyKid Fayyad.. Masa mama nak keluarkan MyKid tu dalam beg sandang, mama past lah Fayyad dekat Cousin kecik (Zamarul) untuk pegang Fayyad sementara Abg Polis blok Amoi tu dari buat apa apa .. then Amoi ni menjerit marah sebab kononnya mama bagi baby dia pada budak kecik untuk pegang kejap.. Amoi kata mama xde otak!
Mama dah start takutt sangat dan nak menangis time ni
Abg polis tu tunjuk kat Amoi tu MyKid Fayyad , pengesahan yang Fayyad Anak Melayu dan bukan anak dia yang hilang
Amoi ni tak puas hati, tetap jerit saiko kata tu anak dia yang hilang.. actually memang die tunjuk MyKid anak die pun. Tapi xdan nk baca bebetul MyKid tu sebab gigih sangat protect Fayyad.. Amoi ni tanya macam2.. Fayyad berapa bulan.. gigi berapa batang.. tapi tanya dalam keadaan saiko.. mata terbeliak liak bila bertanya
Takutt sangatt tak habis dekat situ, Dia keluarkan puting baby dari beg yang die bawak.. Dia tunjuk2 goyang2 puting tu depan mama n Fayyad.. Dia tanya kenal x puting tu dalam keadaan saiko tadi la
Mama jawab xkenal dan anak saya x isap puting.. Dia try hard tunjuk depan Fayyad lebih dekat, tapi Chott blok kami & Abg Polis tarik dia.. Abg polis pun x boleh nk handle Amoi ni.. Then Abg Polis panggil kawan dia lagi sorang.. Kawan dia tanya2 tapi Amoi still cakap “thats my baby!”..
Sebenarnya Semua conversation Amoi ni in English tau.. Mama paham dan boleh respon balik.. tapi dalam keadaan mama sendiri takutt menggigil anak kita dipertaruhkan, mana mungkin mama boleh protect sengsorang
Saya suruh abg polis tu suruh Amoi tu tunjuk gambar anak dia yang hilang tu.. sebab nak tgok betul sama ke dengan muka Fayyad.. Abg polis turut dalam keadaan di saiko Amoi ni sebab Amoi ni tunjuk perasaan dengan campak beg balik kg dia kat kaki polis ni
Bila geng Abg polis ni dah sampai.. Amoi ni still react saiko dengan soalan2 barang2 baby bagai.. dan menjerit kata Fayyad anak dia.. Banyak kali die cuba nak sentuh / tarik Fayyad.. Alhamdulillah.. Chott, Zamarul & Abg Polis try hard halang.. lagi di halang, lagi dia menjerit cakap Fayyad anak dia yang hilang..Tak tau la Amoi ni memang Sakit ke, sindiket, atau betul anak dia hilang.. Mama pun x dapat bayangkan apa jadi bila anak kita sendiri hilang.. boleh hilang pertimbangan juga
Time ni Fayyad dah start takut tengok mama cuba elak dari setiap langkah Amoi ni mendekat. Fayyad pun menjerit bising baby baby.. bukan nye kita paham bahasa baby Amoi ni terus melenting tunjuk jari kat Fayyad dalam keadaan marah n cakap, “See! see!” .. Amoi tu marah Abg Polis tu.. Dia suruh tengok reaksi Fayyad yang x selesa dengan Orang asing ni. Segigih nye dia membuktikan yg Fayyad bukan anak mama
So, bila geng Abg Polis sampai.. tak dapat jugak nak cool down kan Amoi tu.. Abg Polis tu suruh kami lari pergi naik train cepat! Dan masa tu mama punya lutut tersangat lah longgar nak berlari sambil dukong Fayyad, galas beg kat belakang, sesambil nak tengok toleh belakang takut2 Amoi ni kejar lagi atau x dan terlepas ke apa kemacam2 lah bermain kat otak masa tu
Dari 1st naik esculator yang tinggi nak ke MRT tu.. kami lari dalam ketakutan dan Amoi tu tersangat lah gigih nak rempuh road block Abg Polis tu.. dan sambil menjerit Fayyad anak dia..mama rasa jauhh sangattt kami berlari.. turun naik esculator dengan larian ketakutan.. Cepat2 tekan mesin nak beli Coin dengan mengahh nye
Sampai la kami sesambil tunggu train pada landasan yang betul pun menyorok nyorok dekat bawah esculator sebab terlalu takut. Bila train sampai, kami terus masuk n duduk dekat tempat orang ramai.. Lega rasanya waktu train dah bergerak..
Sebenarnya, kami sangat kecewa. Sepanjang larian dalam ketakutan kami tu, takde sorang pun orang yang nak tolong atau pun tanya kenapa atau apa pun lah.. takde! Kami harungi dengan kekuatan dalam ketakutan kami sendiri je sampai la jumpa Abg polis tu
Terima kasih Abg polis..
Dalam train mama gigil2, ketakk lutut, trauma sangatt.vMenyesal sangat pergi tanpa Lelaki dewasa yang boleh protect kami. Serik dah mama. Alhamdulillah, Mama dan cousin2 selamat sampai dalam keadaan masih trauma.. Pertama kali dalam hidup terjadi kat diri sendiri
Mama sertakan video pendek yang sempat dirakamkan oleh Adik sepupu mama.. Ia nya dalam keadaan takut kantoi. gambar Amoi tu pun disertakan sekali
Sepanjang malam mama pikir.. hal ni sindiket ke apa ye. Risau kalau ade yang terkena nanti kalau benar ini sindiket. Takuttt!! Sesiapa yang pernah jumpa Amoi ni.. atau kenal atau pernah terkena macam ni ke.. Please share. Risau kena kat orang lain pulak..
Kalau betul Amoi ni sakit atau anak dia betul2 hilang sampai dia hilang pertimbangan macam tu .. Please inform jugak. Mama akan delete post ni..
__________________________________
Terima kasih buat kalian yang sungguh prihatin dm/pm/whatsapp x henti dok tanya full story nye macam mana.. Mama story kat sini yer
Mama sedang belajar untuk KEDEKUTKAN ANAK DARI ORANG sekarang n Siapa x sayang anakk oiiiiii‼️ Pengajaran sangat buat mama.. Lepas ni kena berhati-hati sungguh;
– Kena ade Protector bila keluar
-Tak boleh jadi peramah sangat sampai x kena situasi –Jangan bagi orang sentuh / pegang anak kita sesuka hati Apatah lagi tetiba mintak nak
dokong anak
-Omgg!! Taknakk pikir lahh kalau terbagi dokong Fayyad tadi -Dan please, jadi lah rakyat umum yang Prihatin
Kesian kami tadi orang ramai dok tengok jerr.. Takde sorang pun yang hulurkan bantuan, tanya kami kenapa ke apa Mintak maaf sangat kalau post ni ade silap nye kat mana mana
Semoga jadi pengajaran buat kalian jugak. Mama serikkk!!
Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya semua rakyat lebih bersedia.
Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.
Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya.
Please stay calm and don’t panic. Eventhough we have extended the Movement Control Order, you don’t have to unnecessarily stock up on food because the supply is sufficient. I assure you that food is enough for everybody.
I know you feel burdened but I don’t have a choice. I have to extend the Movement Control Order for your own safety.
Selain itu, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya. Yang
penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.
Saya juga telah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluanasas anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Yang penting semua keperluan asas mestilah sentisa tersedia dan mencukupi.
Ini termasuk bekalan makanan, elektrik dan air, perkhidmatan kutipan sampah dan pembentungan, kemudahan komunikasi dan logistik serta keselamatan dan ketenteraman awam.
Saya juga tahu bahawa dalam keadaan ini, ramai pihak yang memerlukan sokongan dan bantuan. Semalam saya telah umumkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi yang sukar ini.
Hari ini, satu lagi inisiatif iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat telah saya umumkan.
InsyaAllah, pada hari Jumaat nanti saya akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh. Pegawai-pegawai saya di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan satu pakej rangsangan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada semua.
Sama ada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. InsyaAllah, no one will be left behind.
Selain itu, saya juga berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri turut memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang saya percaya sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini. Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat.
Saya sedar, sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan saudara-saudari. Ini amanah yang saya pikul. Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah SWT kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini.
Kepada petugas-petugas di barisan hadapan, saya doakan saudara-saudari terus cekal. Situasi yang dihadapi oleh saudara-saudari bukan mudah.
Saya tahu para doktor, jururawat dan kakitangan hospital amat keletihan pada masa ini. Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya memberikan sedikit masa untuk petugas-petugas kesihatan kita mengambil cuti rehat secara berperingkat sebelum mereka kembali bertugas semula. Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu.
Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan. Jaga kesihatan anda dan terus cekal berkhidmat untuk negara.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dengan cara mencakar pipi dan memukul tubuh mangsa, minggu lalu.
Didakwa cakar & pukul bayi 11 bulan
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang dikenali sebagai Nabilah Md Johan, 27, dari Kampung Tedong, Merlimau, mengangguk faham sejurus dibacakan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin, namun tidak mengaku bersalah serta meminta dibicarakan.
Berdasarkan pertuduhan, dia sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu guru atau pengasuh didapati menganiaya bayi terbabit berusia 11 bulan ketika kejadian dengan cara mencakar pipi sebelah kiri dan memukul badan mangsa dengan tangan.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Taska Ummi Ana, No 43, Jalan Sri Emas 25, Taman Seri Telok Emas, Melaka pada 18 Mei lalu, kira-kira 5.30 petang hingga jam 5.45 petang.
Hukuman penjara 10 tahun dan denda
Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari yang menjalankan pendakwaan mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.
Peguam bela, Ab Kadir Ismail yang mewakili tertuduh bagaimanapun membantah jumlah jaminan ditawarkan.
“Jumlah jaminan yang ditawarkan terlalu tinggi, mohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah. Penjamin adalah ibu tertuduh sendiri,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Nariman menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dalam apa juga keadaan sehingga perbicaraan selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dengan serahan dokumen.