Kehamilan

Macam Bermimpi Bakal Jadi Ibu Usia 41 Tahun. Sarimah Syukur Allah Terima Doanya

Share

“Macam bermimpi dan tak percaya bakal menjadi ibu buat julung kali pada usia 41 tahun!”

Demikian kenyataan pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim, saat mengumumkan mengenai kehamilannya menerusi Instagram.

Dia yang kini hamil empat bulan berkata, dirinya cukup teruja untuk berkongsi berita gembira berkenaan selepas lama menyimpan rahsia.

“Alhamdulillah, inilah kejutan sangat bermakna buat kami, akhir tahun lalu, ketika dalam perancangan ingin bercuti bersama keluarga.

“Kami mendapat tahu, kami bakal memiliki keluarga kecil sendiri!” katanya sambil menyatakan, semua pihak termasuk rakan perniagaan kini pasti maklum alasannya membatalkan pertemuan mereka sebelum ini.

Menyifatkan kehamilannya sebagai satu keajaiban, Sarimah dan suami tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata sulung.

Pada masa sama, Sarimah memohon peminatnya mendoakan agar proses kehamilannya berjalan lancar.

“Satu rahmat besar daripada Allah, akhirnya doa kami dijawab dengan hadiah yang indah dari syurga.

“Alhamdulillah untuk keajaiban ini. Sayang (suami) dan saya terlalu bersyukur dan gembira. Tolong doakan yang terbaik untuk kami dan buat putera atau puteri kami,” katanya.

Penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu berkahwin dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, pada 2 April 2015.

Sumber: Instagram CP Sarimah Ibrahim

 

IKLAN