Keibubapaan

“Macam-Macam Boleh Jadi” Soalan Sama Tak Kisah, Tanya Apa Anak Buat Di Sekolah!

Share

Setiap kali anak masuk kereta atau ketika ambil anak dari sekolah, ringankanlah mulut bertanya apa aktiviti anak pada hari itu. Walau hanya soalan yang sama saban hari, bertanyalah.

Sebab apa? Anak perlukan ruang untuk bercerita perjalanannya pada hari itu. Penting untuk mereka luahkan dan penting untuk mak ayah tahu. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim.


Bila anak jarang bercerita pasal sekolah dia pada kita cepat cepat tanya khabar dia. Jangan acuh tak acuh dengan keadaan persekolahan anak kita.

Bagi kita sekolah ni alah, hal kecil je tapi bagi anak-anak sekolah itu satu DUNIA baru yang sangat besar bagi dia.

Jika anak tak pernah langsung nak bercerita keadaan dia di sekolah barangkali,
– dia stress belajar.
– dia tak pandai berkawan.
– dia rasa tertekan.
– dia kemurungan.
– dia ketakutan guru garang.
– dia mangsa buli.
– dia rasa dia loser.
– dia rasa tersisih ( fear of left out )

Macam-macam boleh jadi kat sekolah. Nampak anak selalukan tanya keadaan dia di sekolah jangan buat derk je.

Dekat sekolah tu dia tiada siapa-siapa, semua orang asing bagi dia.

Kasihan, patut la Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019 mendapati bahawa 2.3 peratus remaja 16 tahun ke atas akan hidap masalah mental. Hmm..

Tolong parent. Jangan biarkan anak kita lalui liku liku persekolahan sendirian, bahaya!

Jadi support system yang terbaik yang boleh anak anak bergantung harap setiap masa.

Anak kita bukan lembik, mereka cuma perlukan support dan restu ibu ayah untuk jadi lebih kental & lebih berjaya. InsyaAllah.

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN