Seperti mana sikap ibu ayah, ia akan ‘menurun’ pada anak-anak. Oleh itu, ibu ayah sendiri harus menunjukkan contoh yang baik serta menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak. Jika anak-anak diajar sejak kecil untuk menjaga tingkah laku, mereka akan disayangi dan membesar menjadi anak yang baik.
Sebagai ibu ayah, terdapat tujuh jenis adab yang perlu kita ajarkan kepada anak-anak sedari mereka kecil. Apabila anak-anak sudah menguasai adab-adab ini, mereka akan membesar sebagai individu yang sopan dan disenangi ramai.
#1. Minta tolong dan berterima kasih
Ini perkara asas yang perlu diajarkan pada anak-anak. Biasakan mereka untuk menggunakan perkataan “Tolong” apabila menginginkan bantuan dan mengucapkan “Terimakasih” apabila menerima sesuatu daripada sesiapa. Terangkan kepada mereka, yang hal ini bukan saja perlu dibuat ketika mereka bersama anda tetapi perlu diucapkan kepada sesiapa sahaja.
#2. Tidak menyampuk
Ajarkan juga supaya anak tidak menyampuk ketika sesiapa bercakap. Tegaskan kepada mereka, ia adalah perbuatan yang biadap jika kita menyampuk ketika orang lain bercakap. Jangan ajarkan supaya mereka tidak menyampuk ketika orang dewasa bersembang tetapi sesiapa sahaja. Jika hanya diajarkan jangan menyampuk ketika orang dewasa bercakap, nanti mereka akan buat begitu apabila kawan-kawan bercakap.
Ads
#3. Tidak kritik atau ejek orang lain
Sebagai ibu ayah, kita perlu ajar anak-anak supaya menjaga mulut. Jangan suka mengejek atau mengkritik orang lain. Biasanya jika anak-anak, salah satu perkara yang selalu dijadikan bahan ejekan adalah fizikal kawan-kawannya. Selain itu, ajarkan juga kepada anak-anak agar tidak mengkritik tentang perkauman. Didiklah anak-anak untuk sentiasa memuji dan menghargai orang lain.
#4. Suka berkongsi
Salah satu adab lain yang perlu diajarkan pada anak-anak adalah kesanggupan mereka untuk berkongsi dengan orang lain. Selain dengan adik-beradik sendiri, didik anak untuk sentiasa berkongsi dengan orang lain. Dengan cara ini, anak-anak boleh berlajar untuk bertolak ansur serta bermain bersama-sama tanpa perlu bergaduh.
Ads
#5. Bercakap lembut di telefon
Ajarkan pada anak-anak untuk mengangkat telefon dnegan sapaan yang lembut. Gunakan permulaan ayat seperti memberi salam atau “Hello” dengan lembut. Kemudian, ajarkan juga kepada anak untuk menggunakan kata-kata yang baik semasa berkomunikasi dengan orang di telefon.
#6. Adab bermain
Ketika anak bermain di luar rumah, disiplinkan mereka untuk membersihkan kaki dan terus mandi apabila selesai bermain. Selain itu, ibu ayah juga boleh menetapkan masa untuk anak-anak bermain di luar. Ajari mereka untuk menepati dan menghormati masa yang anda berikan kepada mereka. Dengan cara ini, secara tidak langsung anda dapat mendidik mereka untuk menjadi individu yang menghormati masa serta berdisiplin.
#7. Adab makan
Paling penting, ajarkan anak-anak untuk menunggu semua orang ada di meja makan terlebih dahulu sebelum mula makan. Selain itu, didiklah mereka untuk tidak bercakap ketika mulut penuh. Sebaiknya, didik anak untuk tidak bercakap ketika sedang makan. Ajar mereka untuk makan secara tertib dan tidak gelojoh. Paling penting, ajar mereka untuk menghormati dan menghargai makanan serta elakkan tabiat membazir.
Untuk membentuk sahsiah diri anak, banyak lagi adab lain yang harus diajarkan kepada mereka. Didiklah mereka perlahan-lahan supaya mereka terbiasa dan perkara itu menjadi tabiat. Apabila perkara itu selalu mereka lakukan, mereka tidak perlu diajar lagi pada masa depan tentang cara-cara untuk menjadi anak yang baik.
Cari telur warna oren, supaya anak dapat khasiat yang maksimum dari hanya sebiji telur. Warna kuning pada telur, bergantung pada makanan apa yang ayam makan.
Warna kuning oren, menandakan ayam tersebut dapat makanan yang sihat dan seimbang. Maka ia akan hasilkan telur yang lebih berkhasiat berbanding telur yang kuning pudar warnanya.
Warna kuning pudar, mungkin ayam hanya makan dedak dari gandum dan jagung.
Berbanding kuning oren, ayam diberi makanan yang berkualiti, atau mungkin ayam itu cari sendiri makanannya seperti serangga sebagai contoh.
Omega 3 lebih tinggi pada telur kuning oren, yang mana ia sangat diperlukan untuk perkembangan otak anak.
Jom cari telur kuning warna oren ya, supaya cukup dan sempurna khasiat yang anak kita makan dari sebiji telur.
Sementara itu, Dr Mazliana juga pernah berkongsi telur tak bersalah pun. Ini kerana ramai yang kata kena pantang telur jika ada masalah tertentu.
Pilihan sentiasa ada kan? Cuma kita kena pandai cari dan pilih.
Tapi sebenarnya Allah jadikan telur sebagai salah satu real food yang banyak sangat manfaat untuk kesihatan kita. Cuma kita saja yang perlu buat pilihan yang betul supaya setiap telur yang diambil tu memberi kesan yang baik untuk kesihatan kita.
– Telur kaya dengan protein
– Telur menaikkan kadar kolesterol baik
– Telur banyak omega 3 yang bagus untuk otak dan minda anak-anak
– Telur mengandungi choline yang baik buat ibu mengandung untuk perkembangan otak bayi
– Telur membantu turunkan berat badan
– Telur mengandungi antioksida lutein and zeaxanthin yang baik untuk mata
Telur tanpa antibiotik dan hormon pertumbuhan, antara pilihan yang baik insyaAllah.
Banyak lagi manfaat telur. Kalau ikut kata Coach Eczema Mizhana Padzi, telur ni sebenarnya siap boleh bantu penyembuhan kulit anak eczema lebih cantik dan flawless lagi tau!
Rajin-rajinlah kita makan telur, ajak suami dan anak-anak makan telur selalu ya!
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/toys-others/upin-ipin-hand-puppet-ehsan-20079735?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef462d” color=”#ffffff” size=”6″][Upin Ipin] Hand Puppet Ehsan[/su_button]
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bergelar ibu, ada waktunya fokus untuk kecantikan diri terutamanya kami sering kita abaikan. Masalah kulit kaki merekah menjadi sebahagian masalah ibu yang selalu kita abaikan.
Bukan tidak pandai menjaga diri tetapi banyak faktor lain yang menyebabkan bahagian tumit kaki ini sering kering dan pecah. Apatah lagi jika selalu pijak lantai, tumit makin teruk dan rekahan makin dalam.
Ditambah pula dengan kesan kehitam-hitaman yang mengganggu penampilan kita. Apa nak buat?
Tip mudah yang dikongsikan oleh Siti Norshafika Amran untuk mengatasi masalah tumit merekah ini mama kena cuba. Tak perlukan masa yang lama, kaki kembali bersinar dalam masa lima minit sahaja. Wow!
“Jangan pandang rendah tumit merekah. Tumit pun ada nak kena lawa dan flawless juga,” katanya.
Bahan-bahan:
Limau nipis atau lemon
Garam
Berus gigi
1. Celupkan limau ke dalam garam.
2. Sapu limau dengan sedikit tekanan pada tumit yang kasar dan hitam.
3. Gosok perlahan hingga tumit menjadi licin kembali.
4. Anda boleh menggunakan berus gigi selepas limau habis digunakan.
Lihatlah hasilnya, memang cantik!
Punca Kulit Mereka Sebab Kurang Air
Menurut Dr Zubaidi Ahmad, punca utama masalah kulit kaki merekah biasanya disebabkan oleh kekurangan air dalam badan.
Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.
Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.
Setiap ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayinya sehingga cukup membesar. Malangnya, kebanyakan para ibu tidak boleh meninggalkan pekerjaan mereka untuk jangka masa panjang selepas kelahiran, jadi mereka terpaksa beralih kepada penyusuan dengan botol. Lebih sukar lagi bagi para ibu yang menghadapi bayi yang tidak suka botol susu.
Jika bayi anda mengalami masalah yang sama, berikut adalah beberapa tip untuk membuat peralihan lebih mudah untuk anda dan si manja anda:
Jadikan botol susu terasa seperti penyusuan badan
Penyelidik percaya bahawa bayi akan lebih cenderung menerima susu daripada botol jika ia mempunyai persamaan dengan susu daripada payudara ibunya. Sekiranya bayi anda cerewet tentang suhu, anda boleh mengepam dan menyusukan bayi anda dengan serta-merta atau memanaskan botol susu. Jika bayi masih menolak botol, cari botol dengan puting puting yang sama dengan puting payudara anda. Bayi anda mungkin hanya mencari rasa dan suhu yang menyerupai payudara ibunya.
Jauhkan diri
Sesetengah pakar pediatrik mencadangkan anda menjauhkan diri daripada bayi anda, contohnya dengan tidak menyusukannya, sebaliknya tugaskan suami anda atau orang lain. Anda masih boleh berada di rumah yang sama tetapi di dalam bilik yang berbeza.
Menggunakan cawan
Jika bayi anda masih menolak, tinggalkan kaedah botol dan teruskan kepada penggunaan cawan. Tetapi sebelum anda berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda. Selain itu, cuba belajar cara yang betul untuk memberi makan anak anda dengan cawan kerana melakukannya dengan cara yang salah boleh menyebabkan bayi anda tercekik.
Bersabarlah
Membantu bayi anda minum dari botol susu mungkin mengambil masa berhari, minggu atau bulan. Sesetengah ibu perlu melalui 10 jenis botol berbeza dalam masa dua bulan untuk mencari yang disukai bayi mereka. Teruskan mencuba dan bersabar dengan bayi anda.
Pilih masa yang sesuai
Pemilihan masa adalah sangat penting dalam percubaan dengan botol susu. Mulakan perlahan-lahan dan galakkan secara positif, jangan memaksa atau mendesak bayi anda. Waktu yang sesuai ialah apabila bayi anda tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang, dan tidak letih atau meragam. Mungkin 30 – 60 minit selepas menyusu atau makan. Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan, hentikan segera dan cuba lagi. Kuncinya ialah untuk membiasakan bayi anda dengan botol susu supaya dia gembira menerimanya sebagai sumber makanan alternatif.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.