
Keguguran bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal, malah meninggalkan luka emosi yang mendalam buat seorang wanita. Dalam saat sukar ini, kehadiran dan sokongan daripada insan tersayang amat diperlukan. Pada masa yang sama, timbul juga kebimbangan sama ada proses pemulihan telah berlaku sepenuhnya dan rahim sudah kembali bersih seperti sediakala.
Ramai wanita tertanya-tanya bagaimana nak tahu jika rahim sudah benar-benar bersih selepas keguguran? Berikut adalah tanda-tanda penting yang boleh diperhatikan.
Selepas mengalami keguguran, pendarahan adalah normal. Ia petanda rahim sedang membersihkan sisa-sisa tisu kehamilan. Tapi kalau semuanya dah kembali pulih, pendarahan juga makin kurang dan kuantiti juga makin sedikit. Biasanya ia akan ambil masa satu hingga dua minggu, bergantung pada jenis keguguran dan kondisi badan ibu.
– Pendarahan makin ringan
– Tak ada darah beku besar keluar
– Warna darah berubah dari merah terang kemudian jadi coklat dan akhirnya tiada langsung
Awal-awal keguguran memang akan rasa macam senggugut yang agak kuat. Tapi bila rahim dah kosong dan mula sembuh, perlahan-lahan rasa sakit akan menjadi semakin berkurangan. Kalau masih sakit berpanjangan atau tiba-tiba makin teruk, jangan tangguh dan jumpa doktor segera.
– Rasa sakit hilang atau ringan sangat
– Tiada tekanan di bawah perut
– Badan rasa lebih selesa, kurang tegang
Mula-mula mungkin akan keluar lendir berdarah atau ketulan kecil dan ini adalah normal. Tapi bila rahim sudah semakin bersih, ia petanda bahawa tiada lagi ketulan darah atau pun lendiran dari faraj. Perlu diingatkan bahawa jika lendir berbau atau disertai demam, cepat-cepat dapatkan rawatan. Mungkin ada jangkitan.
– Tiada lagi ketulan atau sisa keluar
– Lendir faraj jadi jernih atau warna biasa
– Bau pun kembali normal
Kalau haid sudah pun kembali dalam empat hingga enam minggu selepas keguguran, itu tanda rahim tengah berfungsi normal semula.
– Period pertama biasanya jadi ‘signal’ rahim dah ready
– Kitaran mungkin sedikit tak stabil awal-awal, tapi akan pulih dalam beberapa bulan
Hormon hCG (hormon kehamilan) akan menurun secara berperingkat. Bila rahim kosong, ujian air kencing biasanya sudah pun menunjukkan tanda negatif. Malah doktor biasanya akan pantau progres ni, terutama jika keguguran berlaku secara semula jadi (tanpa D&C).
– Ujian air kencing dah tunjuk negatif
– Ujian darah pun boleh bantu sahkan hormon sudah turun
Yang paling tepat, dapatkan pemeriksaan perubatan. Jangan hanya bergantung pada tanda fizikal.
– Pemeriksaan fizikal
– Ultrasound untuk tengok masih ada sisa tisu atau tak
– Ujian darah untuk pastikan hormon hCG dah turun
Doktor akan berikan kepastian dan nasihat sama ada perlu rawatan lanjut atau tidak.
Keguguran bukanlah pengakhiran. Tapi ia fasa pemulihan yang perlukan masa, sokongan dan kepekaan terhadap tubuh sendiri. Jangan terlalu keras pada diri sendiri. Dengarlah tubuh badan anda dan dapatkan bantuan bila perlu.
Baca lagi: Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil
RM100 Sebulan Untuk Rakyat Selangor, Semak Kelayakan Anda Sekarang!
MyKad Lebih Selamat, 3 IC Lama Ni Wajib Tukar Dahulu!