Sebagai ibu dan ayah, pastinya kita menginginkan yang terbaik buat anda-anak. Sedari mereka kecil, kita sematkan nilai-nilai murni dalam diri anak. Kita mahu anak membesar sebagai individu yang baik dan cemerlang.
Begitu juga dengan ibu ini, Siti Aminah Sulaiman, yang tidak berbeza seperti mana parents yang lain. Mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Ibu ini mengajar kedua orang anaknya mengaji, tetapi alpa tentang suatu perkara. Sehinggalah..
“Kenapa Mak Tak Pernah Baca Quran Pun..?”
Saya masih teringat lagi kejadian beberapa tahun yang lepas..
Ketika tu saya begitu ‘sibuk’ mengajar kedua anak saya membaca dan menghafaz al Quran..
Pagi, petang dan malam saya peruntukan masa untuk ajar mereka..
Hingga pada satu hari anak lelaki saya tegur saya : “Kenapa Mak tak pernah baca Quran pun..?”
Soalan anak lelaki saya ibarat satu tamparan pada muka saya..saya tiada jawapan
Saya rasa nak marah..tapi tiada perkataan yang dapat keluar dari mulut saya..
Soalan anak lelaki saya buat saya berfikir lama..
Dalam hati sy mula berbicara “benar sekali..dah lama aku tak baca Quran..Ya Allah..aku begitu sibuk ajar anak hingga aku sendiri tak sempat baca Quran..”
Itulah TURNING POINT dalam hidup saya
Dari detik itulah saya mula berjinak-jinak semula dengan Al Quran
Ads
Lepas Maghrib saya tidak berganjak dari sejadah.. saya mulakan dengan hanya baca setengah muka Al Quran..itupun cukup seksa nak habiskan baca setengah muka!
Seminggu itu saya hanya baca setengah muka saja setiap kali lepas solat Maghrib
Saya mula dapat rentak..perasaan seksa bertukar jadi seronok pula
Saya tambah bacaan Al Quran hingga habis satu muka
Rupanya saya sedang diperhatikan oleh seseorang..
Anak lelaki saya yang mulanya hanya sekadar pemerhati mula tarik rehal dan baca Quran bersama saya,
Allahuakbar..indah sekali perasaan ketika itu Nikmat yang Allah beri apabila kita ingin kembali semula pada Dia..
Rupanya inilah RAHSIA untuk dapat anak Cinta Quran.. saya dulu perlu berubah menjadi Pencinta Al Quran
Hantar tahfiz ke atau mana-mana madrasah pun, tapi bila anak pulang rumah dan lihat kita tak pernah sentuh Quran.. Memang mustahil untuk lahirkan anak yang cinta Al Quran !
Pahit tapi inilah hakikat..
Anak perlukan SURI TAULADAN untuk mereka ikut.. dan ibu bapa adalah model yang paling hampir untuk mereka belajar sesuatu
Sejak saya mula membaca Al Quran, anak-anak juga jadi lebih mudah untuk diajak mengaji bersama.
Saya reflect semula Teori Modelling dari Prof Albert Bandura iaitu bila kita nak anak belajar MENIRU perbuatan kita, Ada 4 peringkat yang penting iaitu:
1) Anak mesti NAMPAK apa yang kita buat.
Kerana itu sy suka mengaji diruang tamu supaya anak-anak nampak dan mereka boleh tiru. Biarkan anak bermain sekeliling kita. Jangan lari jauh dari anak-anak!
Ads
2) Peringkat seterusnya ialah perbuatan itu mesti diulang-ulang supaya anak INGAT.
Jadikan membaca al Quran sebagai rutin harian. Baca setiap hari. Kalau kita hanya ‘kadang-kadang’ saja baca Quran, anak sukar nak tiru perbuatan kita kerana mereka akan lupa.
3) Seterusnya anak akan cuba TIRU perbuatan tu.
Bila anak selalu lihat mak atau ayah baca Quran, mereka cuba nak TIRU. Peringkat ini anak mula tunjukkan perubahan dalam bentuk TINGKAHLAKU. Ibu ayah akan rasa sangat bahagia pada saat ini, tetapi perlu ingat bahawa anak perlukan MOTIVASI supaya dia dapat berterusan kekalkan perbuataan baik dia.
4) Beri Positive Reinforcement seperti pujian pada usaha anak.
Baru anak sedar bahawa mereka sedang buat perkara yang baik. Dengan MOTIVASI ini, anak akan berusaha untuk kekalkan habit baru mereka.
Inilah 4 peringkat yang saya amalkan untuk buat anak-anak saya ‘rajin’ baca Quran. Tak perlu lagi reward material atau marah-marah bila ajar Quran.
Saya sentiasa ingatkan diri saya jika saya mahu anak suka baca Al Quran, saya dulu perlu selalu baca Al Quran.
Kenangan baca Quran bersama ini yang akan saya tinggalkan untuk anak-anak saya akan datang nanti sebagai memori terindah mereka. Terima kasih Ya Allah atas peringatan ini..
Semoga dengan perkongsian ibu ini sedikit-sebanyak dapat memberi sedikit kesedaran kepada kita sebagai ibu ayah. Inginkan yang terbaik untuk anak, pastikan kita juga menunjukkan contoh terbaik pada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi ibu bapa bukanlah tugas yang mudah untuk memastikan anak di didik dengan didikan yang sempurna. Ibu bapa juga akan menjadi contoh yang terbesar dalam hidup anak-anak.
Sebagai ibu bapa, kita harus berhati-hati dalam setiap tindakan dan perbuatan. Apa yang dilakukan oleh ibu ayah mereka akan mereka lihat dan jadikan panduan.
3 perkara ni kena elakkan buat depan anak, buruk kesannya kalau anak nampak;
Pertama – Kutuk makanan
Belakang anak pun tak boleh buat sebenarnya, tak bersyukur namanya kutuk makanan ni. Nak ajar anak faham erti bersyukur? Mulakan dari hargai makanan. Rezeki tu mahal, tak kisah berapa murah pun ia di mata kita wajib hargai semahal yang boleh.
Kedua – Tengking isteri
Sekali anak nampak kita tengking isteri, sampai ke tua dia susah nak hormat ibunya. Anak sepatutnya hormat ibu 3 kali lebih tinggi dari ayah tau, jadi kita kena la tunjuk contoh yang betul.
Ingat! Nak anak hormati ibunya, suami dulu kena hormati isteri.
Ketiga – Marah anak orang
Anak belajar dengan meniru dari ibu bapa. Dari cara guna otak hinggalah kepada cara ibu bapa menguruskan emosi. Sekali kita tunjuk marah2 anak orang, anak pun akan begitu.
Jadi perengus la nanti! Asyik bergaduh je dengan kawan nanti. Peranan seorang ayah ni sangat penting dalam rumahtangga. Dari ayah anak belajar cara bersyukur, Dari ayah anak belajar cara menghormati orang, Dari ayah juga anak belajar berkawan dan bina sosial skil.
Anak sempurna jika ayah tunjukkan cara menjadi yang sempurna.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk suami, apa pun isteri sanggup korbankan demi melihat pasangan menjadi insan terbahagia. Apabila suami senang, jangan pula isteri dilupakan.
Suami isteri pasti berkongsi susah senang bersama sejak dari awal perkahwinan. Susah senang, jatuh bangun hanya pasangan yang tahu. Perkongsian daripada lelaki ini sedikit sebanyak menjentik hati setiap pasangan khususnya lelaki bergelar suami.
Kasihnya Isteri Terhadap Suami
Begitulah tajuk yang sesuai untuk saya katakan apabila berbual dengan rakan dikampung semalam. Kongsi masalah perniagaan. Turun naik, untung rugi dalam perniagaan.
Namun, bukan untung rugi yang menyentuh jiwa ini. Tapi. Tentang seorang Isteri. Ya Isteri. Lemah tenaganya. Tapi besar jiwanya untuk hadapi segala ujian. Tenang sungguh tutur kata dalam membakar semangat.
Kongsi rakan saya, jatuh bangun bersama isteri. Rugi dalam perniagaan. Modal hangus, dalam bank ada RM16. Tidak mengapa abang. Kita gadai gelang emas saya, duit itu buat pusingan modal untuk pulihkan kembali perniagaan. Beberapa bulan, rugi lagi. Tidak mengapa abang, gelang emas ada lagi satu, kita gadai yang ini, pulihkan kembali perniagaan abang.
MEREKA INSAN YANG WAJAR KITA PERTARUHKAN NYAWA
“Matt. Setiap kali aku pandang isteri, aku sebak. Rupanya inilah manusia yang kita patut TARUHKAN NYAWA UNTUK MEREKA.
Kadang-kadang aku mencela diri sendiri “Celakalah diri ini jika tidak hargai setiap ‘pengorbanan’ isteri” . “Celakalah diri ini jika mengabaikan isteri dan anak-anak”. “Celakalah diri ini jika sakiti mereka”.
TIDAK MAMPU MENAHAN AIR MATA JANTAN
Saya dengar berjurai-jurai air mata. Terketar-ketar bibir rakan saya menahan sebak. Tidak mampu menahan air mata jantan ini.
Sangat lemah apabila berbicara tentang isteri. Sanggup susah demi suami. Sanggup lupakan pekerjaan setaraf. Susah payah belajar betahun-tahun. Namun demi suami sanggup berhenti kerja untuk jaga rumah tangga.
“MAAFKAN ABANG BANYAK SUSAHKAN SAYANG”
Balik rumah saya pegang tangan isteri, saya cium tangan isteri,saya peluk isteri. Maafkan abang sebab banyak susahkan sayang.
“Maafkan abang jika pernah sakiti sayang. Maafkan abang jika tidak mampu tunaikan segala hajat sayang.”
“Tidak mengapa abang, Jika tidak di dunia mudahan Allah bagi ganti di akhirat,” balas si isteri.
“Sayang bahagia sangat walaupun abang tidak seperti dulu.” Itulah jawapan dari isteri tidak pernah menghampakan suami.
SENTIASA BERKATA-KATA MENYENANGKAN HATI
Kata-kata yang baik, kata-kata menyenangkan hati. Saya menulis ini dalam masjid. Sedang menunggu waktu isyak. Masih bergenang air mata.
Moga masjid ini menjadi saksi bahawa saya doakan moga Allah S.W.T ampunkan segala dosa isteri dan masukkan dia ke dalam syurga tanpa hisab.
“Para suami, hargailah isterimu. Susah senang mereka bersamamu. Mereka pernah ‘mati’ berkali-kali untukmu”
Status ini pernah disiarkan april 2017 #IsteriAnugerahTerhebatDariAllah -EncikMatt- #LelakiBurQa
Anak terkena jangkitan HFMD sememangnya amat ditakuti oleh ibu-ibu. Bukan sahaja HFMD, malah terkena virus campak juga lebih membimbangkan ibu. Bukan hanya terpaksa dikuarantinkan takut berjangkit dengan orang lain, bahkan ibu terpaksa memikirkan karenah anak yang pelbagai ditambah dengan rasa sakit yang membebankan anak-anak.
Semua ini tidak mampu ditanggung oleh hati seorang itu. Melalui tempohnya nyata tidak mudah. Walaupun anak makin reda, mereka juga harus dijaga dengan sebaiknya. Parut misalnya antara yang ditakuti oleh ibu-ibu.
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.
Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.