Mahu Anak Berjaya, Cerdik & Baik Akhlaknya, Bacalah 3 Doa Diajar Nabi SAW Ini!

Share

Setiap kali lepas solat atau semasa anak dah lelapkan mata, kita sebagai ibu bapa akan mendoakan kejayaan anak dunia akhirat. Sebab doa ibu bapalah paling mustajab dan  boleh memberi keredaan untuk anak-anak sejak kecil hinggalah mereka dewasa.

Namun, dalam kalangan kita, ramai yang terlepas pandang bab ini. Kita sering minta Allah kurniakan kejayaan selain untuk dapat anak soleh solehah tetapi sering terlupa doa ini patut diselitkan sekali.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Dr Noraini Talip, beliau menjelaskan tiga doa ini untuk anak-anak yang ibu bapa sering lupa.

Ramai ibu bapa hanya mendoakan anak-anak cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan, pangkat, harta dan lain-lain. Tapi lupa Nabi SAW menyuruh doakan 3 perkara ini untuk anak-anak.

Pertama, doakan anak menjadi orang yang faham agama, ia akan jadi anak soleh yang bahagiakan kita di dunia lagi-lagi di akhirat.

Kedua, doakan anak menjadi ilmuannya, berilmu (ilmu yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat)

Ilmuan yang jadi ulama dalam hal agama, kehidupan dan keperluan manusia dan alam sejagat.

Ketiga doakan anak akal yang cerdik dan tangkas, agar dia boleh menjadi pemimpin diri, keluarga, masyarakat, negara dan juga di dunia. Amin

Jom kita betulkan doa untuk anak-anak kita, kerana anaklah salah satu pahala yang boleh berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.

Kredit: Dr Noraini Talip 

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

 

IKLAN