Anak yang sedang membesar sememangnya memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan sihat. Namun ada diantara anak-anak kita yang kurang gemar makan sayur hanya kerana rasanya yang dikatakan kurang enak. Sebagai ibu, kebijaksaan anda untuk mencipta makanan dengan menyelitkan sayuran serta makanan berkhasiat amatlah diperlukan.
Apa kata anda tukarkan sayuran menjadi kudapan rangup yang boleh anak-anak makan pada bila-bila masa sahaja. Dalam tak sedar, anak berjaya makan sayur sampai habis. Hebat.
Kalau tidak punya masa, terutama bagi ibu yang bekerjaya, idea kreatif seperti ini boleh juga dicuba di hujung minggu. Buatkan untuk anak dan simpan di dalam bekas kedap udara. Awesome!
Bancuh kesemua tepung dengan air. Masukkan serbuk ikan bilis sebagai perasa. Kacau adunan.
Celupkan sayur-sayuran ke dalam tepung. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
Ads
Goreng cendawan pulak.Sawi.
Tip:
Pastikan minyaknya ditoskan terlebih dahulu di atas kertas atau tisu supaya dapat menyerap minyak. Barulah anak sihat nak makan.
Nak bagi anak makan ada rasa, jangan letak garam. Letakkanlah sedikit serbuk ikan bilis homemade. Anak pun nak makan sedap jugakkan. Makan bertambah, sepinggan pun tak cukup.
Ok dah siap.Ok bekal dah siap.
Jangan bancuh terlalu cair atau terlalu pekat. Nak senang, tuangkan air sedikit demi sedikit. Agak-agak boleh celup dan melekat.
Jangan pilih junk food untuk anak. Buat saja kudap-kudapan sihat macam ni. Sedar-sedar dah habis sepinggan anak makan. Rangup terbaik! #majalahpama #tipkeibubapaan #educateyoungparent #resipipama
Resipi Puding Cendol, Lembut & Rasa Lemak Manis, Makan Sejuk-sejuk Memang Sedap
Puding cendol merupakan antara puding yang mudah dan cepat disediakan. Sering menjadi pilihan apabila setiap kali ada jamuan atau makan-makan selepas mesyuarat, puding cendol juga menjadi pilihan sajian pencuci mulut yang cukup popular.
Sedap dimakan ketika sejuk jadi sebaiknya biarkan ia sejuk di dalam peti sejuk dahulu barulah boleh dihidang. Rasanya lemak-lemak manis. Anak-anak mesti suka apatahlagi dapat kunyah-kunyah cendol yang dicampurkan bersama.
Berikut dikongsikan resipi untuk membuat puding cendol. Mama bolehlah cuba buat untuk dihidangkan pada anak-anak ya!
BAHAN LAPISAN SANTAN
120 gram gula pasir
1 sudu kecil serbuk vanila
1 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml santan
2 helai daun pandan
350 gram cendol
BAHAN LAPISAN GULA MERAH
300 gram gula merah
25 gram gula pasir
1/4 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml air
2 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk masukkan gula pasir, serbuk vanila, gram, agar-agar serbuk, santan pekat. Gaul sebatikan tanpa buka api. Masukkan daun pandan. Barulah buka api. Kacau sentiasa.
2. Apabila santan telah mendidih dan agak pekat teksturnya, keluarkan daun pandan. Matikan api.
4. Sediakan loyang. Basahkan loyang dengan air. Masukkan cendol tadi ke dalam loyang. Gunakan sudu, buang buih-buih yang ada di permukaan.
5. Sejukkan dahulu adunan ini di dalam chiller selama 15 minit.
6. Sementara itu buat lapisan gula merah. Dalam periuk, masukkan gula merah, gula pasir, garam, agar-agar serbuk, air dan daun pandan. Hidupkan api. Kacau sehingga gula larut dalam air.
7. Masak sehingga bancuhan menjadi sedikit pekat dan gelap warnanya. Tutup api apabila air telah mendidih.
8. Tapis air gula merah tadi. Ketepikan.
9. Keluarkan adunan cendol daripada chiller. Cucuk-cucuk sedikit permukaannya dengan garpu. Perlahan-lahan, tuangkan air gula merah di atas permukaan adunan cendol. Biarkan seketika pada suhu bilik supaya sejuk sedikit air gula merah tadi.
10. Setelah sejuk, barulah masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
11. Keluarkan puding dari peti sejuk. Sediakan pinggan leper. Letakkan loyang berisi puding dan terlungkupkan supaya adunan keluar daripada loyang. Siap.
Ibu-ibu mesti selalu ketandusan idea nak sediakan kudapan untuk anak-anak kan? Lagi-lagi anak yang suka mengunyah. Daripada makan jajan yang tak ada khasiat baiklah ibu berkreatif sikit.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Umairah Jamaah dia menjelaskan anak-anaknya suka mengunyah. Sementara nak tunggu waktu makan utama perut anak-anak mesti kena isi. Maklum sajalah anak-anak aktif. Jadi perlukan tenaga extra.
Ini antara beberapa menu kudapan. Guna sumber sayur-sayuran. Bebas perasa dan pengawet tiruan. Mudah juga nak disediakan.
Cuma bancuh tepung beras. Salut dan goreng. Siap untuk dimakan.
Ini bahan-bahan yang biasa kak Mai guna sebagai salutannya.
1 cawan tepung beras 1 sudu tepung jagung (kadang-kadang tak letak pun) 1/2 cawan air *** Garam untuk anak umur atas 2 tahun sahaja.
** Labu, lobak merah dan terung boleh terus goreng dengan api perlahan.
(Lobak merah lepas goreng jadi texture ala-ala kentang. Cuma ada serat sikit manakala labu lepas goreng jadi lembut)
Melihat anak-anak yang masih bersantai di rumah sambil menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru melalui atas talian, terselit rasa bimbang dalam hati. Di manakah nasib masa depan anak-anak kita kelak?. Bagaimana kelak mereka boleh berdepan untuk menambah ilmu semula selepas hampir tiga bulan duduk di rumah. Pelbagai persoalan mula bersarang di minda seorang wanita bergelar ibu.
Timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran formal di dalam kelas?
Krisis Covid-19 yang melanda dunia pastinya tidak akan berakhir sehinggalah penemuan vaksin di mana jangkaan awal senario ini hanya akan berlaku sekitar tahun hadapan.
Adakah anak-anak kita perlu meneruskan pembelajaran dalam talian walhal pelbagai isu timbul akibat pembelajaran tidak formal ini seperti pelajar yang tidak mempunyai akses internet, pelajar yang tiada peranti malah kesukaran guru dan ibu bapa memantau prestasi pelajar menjadi persoalan yang masih belum berakhir.
Ketiadaan proses pembelajaran dua hala sebaliknya hanya membuat kerja rumah pastinya akan membuatkan anak-anak kita sedikit ketinggalan.
Menurut Pakar Epidemiologi dan juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud; seperti yang dikongsikan oleh Astro Awani, terdapat dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula.
Persediaan rapi SOP normal baharu
Pelbagai SOP baru dikeluarkan kerajaan demi memastikan anak-anak kita benar-benar selamat untuk kembali ke sekolah sedikit masa lagi. Semua ini bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka selepas lebih 3 bulan berada di rumah.
Dengan melihat contoh beberapa negara yang sudah mula membuka kembali sekolah seperti di Perancis, Norway dan Denmark, mereka melaksanakan penjarakan sosial dengan berkesan, merekodkan suhu dan menghalang pelajar yang bergejala untuk hadir ke sekolah sama sekali.
Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding saiz kelas sekolah awam di negara kita.
Bagaimana dapat dilaksana di negara kita?
Perancangan rapi serta sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi amat diperlukan untuk melaksanakan kesemua ini dengan sebaiknya. Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah normal baharu, sekolah dinasihatkan membangunkan SOP sendiri di mana melaksana sistem penggiliran bagi memastikan saiz murid yang lebih kecil. Pelajar anak-anak golongan barisan hadapan dan golongan B40 perlu diutamakan selepas keutamaan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Malah menurut Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud lagi, sanitasi kawasan dan perkakasan sekolah perlu dilakukan dengan kerap. Ini memerlukan dana yang cukup dari kerajaan untuk membolehkan pihak sekolah dan IPT memberi tender kepada kontraktor kecil yang diberi tanggungjawab menjalankan proses nyahkuman di kawasan sekolah.
Laksanakan sistem penggiliran, apa nasib pelajar lain?
Pelajar yang perlu meneruskan pembelajaran dalam talian perlu diberi sokongan peralatan serta memastikan hanya mereka berada dalam lingkungan kawasan yang mempunyai kemudahan perkhidmatan internet sahaja boleh meneruskan cara pembelajaran sebegini.
Tiada peranti? Peranti diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau IPT. PTPTN juga boleh memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu membeli peranti bagi tujuan tersebut.
Waktu pembelajaran dalam talian perlu mengikut jadual, diberi penekanan dan pemantauan berterusan dari pihak tenaga pengajar.
Tenaga pengajar tiada pengalaman menjalankan pembelajaran dalam talian? Kursus, kursus, kursus. Guru dan pensyarah IPT juga perlu diberi sokongan, gunakan masa yang ada sekarang untuk menambah kepakaran dalam bidang tersebut. Ini masa untuk mengubah paradigma menerima normal baharu. Tenaga pengajar perlu bersedia kemungkinan pembelajaran dalam talian diubah menjadi cara pembelajaran utama di masa akan datang.
Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. ‘Restart’ belum tentu boleh ‘catch up’.
Malah sekiranya ia dibiarkan tanpa diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin berhadapan isu ‘lost generation’, impak terburuk akibat krisis COVID-19 yang perlu kita elakkan sama sekali.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...