Asyik menu nasi setiap hari pun kadang tu jemu juga kan. Hinggakan setiap hari ibu akan ambil masa nak fikir masak apa lagi untuk suami dan anak-anak.

Apa kata kali ni tukar pula menu nasi kepada bihun sup. Bukan saja tak muak tapi sedap dinikmati panas-panas. Ditambah pula dengan hirisan daging memang boleh bertambah makannya. Cara buatnya pun ringkas je.

Jemu Makan Nasi, Bihun Sup Utara Daging Pembuka Selera. Letak Sambal Special Memang Umph!  

Bahan-bahan

1 paket bihun
1 sudu kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..

Bahan-bahan sup tulang

IKLAN

1 kilo tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya
Masukkan semua bahan bahan dalam periuk. Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..

***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup…kalau tak nak buat pun tak apa..

ARTIKEL RESIPI MENARIK [Resipi Akok Viral Guna Pembakar Riti, Step By Step Penyediaan Yang Mudah. Yang Penting Tak Bau Hanyir Telur

Bahan-bahan cabai merah

IKLAN

Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sedikit sos cili jika tak nak masukkan gula.

LAGI ARTIKEL RESIPI MENARIK [Kuih Lompang Cantik, Lembut & Manis, Begini Langkahnya, Cukup Mudah!]

Jemu Makan Nasi, Bihun Sup Utara Daging Pembuka Selera. Letak Sambal Special Memang Umph!  

IKLAN

Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun

Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng

Selamat mencuba

Bihun sup utara..cabainya merah..bihunnya kuning

Kredit Resipi: Zaini Talib

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI