Sebenarnya tak susah pun nak cipta bonding dengan anak-anak di rumah. Tak perlukan kos yang tinggi pun. Cuma berikan tumpuan yang lebih saja. Salah satu permainan yang tak terjangka hebatnya adalah permainan congkak. Bukan saja cipta bonding tapi melatih motor skill anak kecil kita.
Perkongsian bapa penyayang ini, Ahmad Affzan Abdullah di facebooknya, mama papa boleh tambahkan ilmu di dada. Paling penting dapat rangsang motor halus anak dan kemahiran lain. Hebat!
Jika ada masa lapang, congkak inilah salah satu permainan kami sekeluarga. Anak aku yang umur 5 tahun pun seronok main bersama.
Apa kebaikan main congkak?
1. Mengasah skil psikomotor
Bukan mudah menggenggam guli-guli kecil dalam kuantiti yang banyak. Kemudian kau kena lepaskan satu persatu ke dalam lubang ikut tertib pusingan jam.
Kau bayangkan tangan orang dewasa pun terkial-kial nak buat, budak kecil apatah lagi. Namun itulah yang menajamkan lagi skil psikomotor mereka, lebih-lebih lagi waktu pusingan pertama yang kau berebut nak lepaskan guli laju-laju.
2. Belajar mengira
Sekurang-kurangnya anak kau yang kecil dah boleh mengira 1 hingga 7 waktu nak penuhkan lubang congkak sebelum mula bermain.
Kemudian waktu dia lepaskan guli itu satu-satu, kau mintalah dia kira dan sebut dengan kuat. Lama-lama sampai berbelas-belas pun dia dah pandai kira secara tak langsung.
3. Belajar mencongak
Ads
Nak main congkak ini bukan kau main hentam saja pilih lubang mana secara rawak. Kau kena congak juga kalau ambil guli dari lubang A, nanti akan habis dekat lubang mana.
Ini semua perlukan skil mencongak dalam kepala. Orang sekarang panggil ‘mental arithmetic’. Kalau anak kau dah boleh mengira, ajar dia mencongak pula supaya permainannya lebih seronok. Tak adalah dia stress asyik mati saja.
4. Belajar strategi dan merancang
Selepas pandai mencongak, anak kau juga perlu merancang nak ambil guli dari lubang yang mana dulu. Guli paling banyak atau paling sikit?
Contoh kalau ada 1 guli dalam lubang sebelah rumah, adakah kau nak masukkan guli itu terus ke rumah, atau tunggu dulu?
Sambil pihak lawan jalan, mata anak kau juga dah jeling-jeling untuk strategi seterusnya. Kemudian kena sentiasa peka, takut pihak lawan menipu. Patut masukkan satu guli, dimasukkannya 2 guli (yang ini kawan aku biasa buat waktu kecil. Aku saja yang jujur main congkak ni).
Ads
5. Melatih kesabaran dan kejujuran
Memang bengang kalau pihak lawan ‘tembak’ kita banyak-banyak. Lepas itu, asyik dia saja jalan tak mati-mati. Mau murung seharian dibuatnya. Sudahlah begitu, pihak lawan menang pula akhirnya.
Lalu mulalah kau nak mengelat macam aku cerita kawan aku buat tadi. ‘Skip’ lubanglah, masukkan tambahan guli dalam rumahlah dan macam-macam akal lagi.
Jadi bila nak main congkak ini, kau kena selalu ingatkan pada anak-anak erti sebuah kejujuran. Biarlah kalah, asal kita kalah bermaruah. Cewah.
Ini penting untuk diaplikasikan dalam hidup. Ramai orang menipu dan mengelat untuk lepaskan diri sendiri saja sekarang. Maka dengan bermain congkak ini, sifat jujur ini dapat kau pupuk pada anak-anak.
Ads
6. Kos yang murah
Congkak ini pun tak begitu mahal untuk kau beli sebagai bahan aktiviti masa lapang bersama anak-anak. Sekitar RM30-40 pun dah boleh dapat di Lazada.
Kemudian dia tahan lama. Dari anak kau tadika sampai masuk universiti pun masih bertahan lagi, dengan syarat kau tak hempas papan congkak ni ke simen lah.
Kalau guli hilang pun, tak sampai RM5 kau boleh beli sebungkus 100 biji.
7. Meneruskan tradisi warisan negara
Dalam zaman semuanya elektronik sekarang, memang sesuailah kau mesrakan juga anak kau dengan sesuatu yang lebih ‘natural’ dan ‘kembali ke asal’.
Terangkan pada anak-anak tentang permainan tradisional yang menjadi warisan budaya kita agar semua ini tidak hilang ditelan masa.
Walau sejauh mana kita melangkah, ingatlah akar yang menautkan kita dengan bumi yang kita pijak.
Begitulah.
Banyak kelebihan bermain congkak ini selain mengeratkan hubungan kau dengan anak-anak. Jika berkelapangan, ajaklah mereka main bersama. Insya-Allah bermanfaat untuk seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya di Ampang terkejut apabila melihat seorang lelaki membawa bayi yang kaku. Pada mulanya anggota polis tersebut menyangka bayi yang dibawa sudah tidak bernyawa.
“Pada mulanya saya ingat dia membawa mayat kerana keadaan bayi itu tidak berbalut,” kata Inspektor Sinniah Rajoo, 31, yang membantu pelancong Russia yang baru melahirkan bayi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Pegawai Tatatertib Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu berkata, dalam kejadian pada 24 April lalu, dia ketika itu bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Ampang.
“Saya kemudian melihat seorang lelaki Russia membawa bayi dalam keadaan tidak bergerak, ketika itu saya tidak perasan ada wanita di belakangnya.
Terkejut Tengok Bayi Dipangku
“Selepas menahan lelaki terbabit, saya terkejut melihat bayi yang dipangkunya tidak dibalut manakala pasangan itu dalam keadaan kurus,”
Sinniah berkata, dia bersama seorang lagi anggota membantu kedua-dua warga Russia berkenaan dan turut menukar lampin pakai buang bayi terbabit.
Tali Pusat Masih Berdarah
“Keadaan bayi itu sangat menyedihkan, tali pusatnya masih berdarah. Kami membantu membersihkan bayi berkenaan.
“Saya juga bertanya mereka mengenai kelahiran bayi itu. Lelaki berkenaan berkata dia sendiri yang menyambut kelahiran di sebuah hotel,” katanya.
Mereka Rupanya Pelancong
Menurutnya, pasangan berkenaan yang berusia lingkungan 30-an adalah pelancong.
Atas Dasar Kemanusiaan, Anggota Polis Turut Membantu
“Mereka mendakwa sudah kehabisan wang. Atas dasar kemanusiaan saya dan anggota menghulurkan bantuan.
“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Tun Razak sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan,”.
Bayi baru lahir memang penuh keajaiban. Walaupun tubuhnya kecil, setiap pergerakan dan reaksi ada makna tersendiri. Salah satu perkara penting yang dilakukan oleh doktor selepas bayi lahir ialah mengujinya dengan “refleks kejutan” — atau dalam istilah perubatan, dipanggil Moro Reflex.
Memetik dari laman Instagram @tv1indialive, para pengamal perubatan di India menggunakan teknik ‘kejutan’ untuk memeriksa respon serta refleks yang baharu lahir.
Refleks kejutan ialah tindak balas semula jadi bayi apabila terasa seperti terjatuh atau mendengar bunyi kuat. Bayi akan menggerakkan tangan dan kaki ke luar, kemudian menariknya semula ke arah badan — seolah-olah terkejut dan mencari perlindungan. Reaksi ini biasanya disertai dengan tangisan kecil, dan ia sangat normal!
Kenapa Doktor Uji Refleks Ini?
Refleks kejutan bukan saja comel dilihat, tetapi juga petanda penting perkembangan sistem saraf bayi. Ujian ini membantu doktor memastikan otak dan saraf tunjang bayi berfungsi dengan baik. Jika refleks ini tidak ada atau hanya berlaku sebelah badan sahaja, ia boleh menjadi isyarat awal ada sesuatu yang perlu diperiksa dengan lebih lanjut.
Refleks-refleks ini bukan sahaja membantu bayi bertahan dalam dunia luar, malah menjadi asas kepada perkembangan motorik mereka seperti menggenggam, menyusu, dan akhirnya berjalan. Jika ada refleks yang tidak muncul atau masih berterusan selepas usia tertentu, ibu bapa dinasihatkan untuk berbincang dengan pakar kanak-kanak bagi memastikan perkembangan bayi berada di landasan yang betul.
Bila Refleks Ini Hilang?
Biasanya, refleks kejutan ini akan hilang secara semula jadi selepas bayi berusia antara 3 hingga 6 bulan. Jika masih ada selepas usia itu, doktor akan pantau dengan lebih dekat kerana ia boleh menandakan kelewatan perkembangan.
Pa&Ma telah menemubual Dr Nisa Khalil (pakar kanak-kanak) dari Parkcity Medical Centre secara eksklusif berkenaan hal ini.
Sebagai pediatirician kita check refleks ni masa newborn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.