Main Kepal-Kepal Je Dengan Anak, Cornflakes Crunchy Rangup & Super Sedap!

Share

Selain biskut cornflakes madu yang sentiasa menjadi biskut kegemaran anak-anak kita, apa kata ubah kelainan denganm Cornflakes Crunchy ini pula raya kali ini. Menariknya cara hendak membuatnya cukup lah mudah. Hanya kepalkan sahaja dan sadurkan bersama cornflakes.

Resipi chef masakan popular di media sosial, Azlina Ina Fans ini confirm jadi dan rasanya pun amatlah puas hati. Jadi jom main kepal-kepal dengan anak. Hasilnya cukuplah mantap.


Bahan-bahan:
250g butter
1 cawan gula perang 180g
1 sb shortening (lemak sayur)
1 sb esen vanila
1 biji kuning telur

1/2 cawan badam serbuk 60g
1sk baking soda
1/2 sb baking powder
1 cawan tepung jagung 110-120g
3 cawan tepung gandum (220g)
1 cawan serbuk cornflakes 100g cornflakes
Minyak 1/2 cawan

Kacau sebati gula perang, shortening, esen vanila dan kuning telur. Kemudian baru tambahkan badam serbuk, soda bikarbonat, baking powder. Kacau rata adunan.

Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau lagi.

Masuk tepung gandum dan serbuk cornflakes. Kacau sebati.

Tambahkan minyak. Kacau lagi.

 

Ok last tambah lagi 1 cawan tepung gandum. Adunan memang lembik sikit.

Last tambah 1 cawan badam yang dah siap bakar awal.

Ok jadi doh cantik.

Bulatkan dan golek kat cornflakes yang kita ramas tadi.

Loyang sapu majerin, panaskan oven 150 5 minit kemudian bakar biskut suhu 160 masa 25-30 minit api atas bawah.

Siap dah.

Resipi wajib cuba: Buat Sendiri Ketupat Palas Berlemak Untuk Raya, Tak Susah Pun, Sedap!

IKLAN