Keibubapaan

Main Sapu Minyak Angin Pada Anak, Tak Sedar Bahaya, Dr Izzar Nasihatkan Elak Guna Pada Anak Bawah 2 Tahun!

Share

Minyak angin tidak dinafikan melegakan sakit dan sengal-sengal badan pada kita orang dewasa. Namun tidak semua minyak angin ini baik untuk anak-anak kecil kita. Lebih-lebih lagi minyak angin dengan kandungan sejenis bahan yang dinamakan Camphor.

Menurut perkongsian Dr Izzar Anwari di laman Instagramnya, penggunakan minyak angin dengan kandungan bahan camphor ini sememangnya berbahaya buat kanak-kanak, terutama anak di bawah usia dua tahun.

Ikuti perkongsian beliau menerusi Instagramnya.


BAHAYA MINYAK ANGIN UNTUK ANAK

Sekarang ni ramai anak-anak yang selsema atau batuk kan? Jadi ibu bapa pun ada menggunakan produk minyak, balm, atau krim angin untuk meredakan selesema, sakit otot dan sebagainya.

Terdapat minyak angin/krim/balm ni yang mengandungi camphor (ekstrak pokok camphor yang merupakan essential oil). Bau dia pun nyaman dan memberikan rasa hangat/panas yang kita nak tu.

Untuk orang dewasa, tiada masalah menggunakan produk mengandungi camphor ni. Tetapi, untuk KANAK-KANAK TERUTAMANYA BAWAH UMUR 2 TAHUN, camphor boleh mendatangkan mudarat kerana ia boleh menyebabkan keracunan.

Ini kerana camphor cepat diserap melalui kulit dan lapisan mukosa.

Keracunan camphor boleh terjadi apabila anak menghidu atau menelan produk, dan apabila disapu di hidung, kulit, atau bahagian perut.

Tanda-tanda Keracunan Camphor:
🔴 Sawan
🔴 Sakit perut
🔴 Loya & muntah

Bahagian Regulatori Farmasi Negara telah mengeluarkan arahan bahawa semua produk yang mengandungi camphor perlu disertakan risalah amaran yang melarang penggunaan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun atas risiko boleh menyebabkan sawan.

Bagi kanak-kanak melebihi umur 2 tahun ke atas pula, penggunaan perlulah berhati-hati. Selain itu, risalah amaran juga perlu menyatakan bahaya sapuan produk mengandungi camphor ke dalam hidung kanak-kanak walaupun dalam jumlah yang sedikit boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut pengsan serta-merta.

Oleh itu, parents tolong PERIKSA DAHULU KANDUNGAN PRODUK sebelum digunakan untuk anak. PASTIKAN TIADA CAMPHOR #drizzarshares

 

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN