Bila anak makan nasi, secara automatik mama akan merasa lega. Bila anak kenyang perut barulah anak senang nak tidur dan dapat khasiatnya. Begitu tanggapan semua. Namun hakikatnya, karbohidrat boleh digantikan dengan roti serta aneka mi dan pasta. Begitu juga dengan kentang yang mempunyai khasiat tinggi.
Jadi usah paksa bila anak tidak mahu makan nasi sebaliknya cuba berkreatif dengan menyorokkan nasi di dalam makanan lain. Salah satu menu yang boleh diusahakan adalah meletakkan nasi di dalam lempeng, seperti yang dikongsikan oleh Resipi Rarra Sakura ni. Nampak sedap!
Al kisahnya si Lempeng Nasi untuk si manja. Dah dekat seminggu anak reject nasi. Makan tapi dia main luah, tenyeh-tenyeh pulak.
Ads
Ye faham tu bagus untuk proses perkembangan psikomotor dia. Mommy tak marah tapi stress jugak. Mommy tetap kata nasi tu lagi kenyang.. so kita main sorok-sorok nasi. Nak try buat lempeng nasi pulak.
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis
2 cawan air
Ads
Semua ni blend sampai hancur.
Letak sikit air, ikut sukatan dua cawan.
Ads
Dah hancur dan sebati.
Ratakan kuali non stick dengan sedikit minyak. Ambil sesenduk adunan ratakan buat macam lempeng. Bagi garing sikit takpe. Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nasi Arab yang kebiasaannya kita jamah di restoran Arab pastinya cukup kita rindui di musim PKP ini. Puasa yang sudah memasuki hari keempat ini pastinya inginkan menu yang sedikit berbeza tetapi istimewa. Apa kata kita cuba sajikan Nasi Arab persis restoran ternama buat anak-anak kita.
Resipi perkongsian Nur Aisya ini memang awesome malah mendapat perkongsian lebih 22k di facebook. Resipinya mudah dan senang diikuti. Paling menarik kerana ia lengkap disediakan melalui langkah demi langkah berserta gambar. Terbaik!
Try buat nasi arab pakai bahan-bahan kat rumah je. Alhamdullilah menjadi dengan jayanya. Menu berbuka semalam untuk 6 orang makan. Kongsi jugak la mana tau ada yang berkenan. Ni resipi untuk salatoh dan salsa.
Ok part ni paling penting untuk dapatkan rasa nasi arab tu.
Bahan Air Rebusan:
3 whole leg ayam
1 biji bawang besar (kalau besar guna separuh)
1 biji tomato
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
3 biji buah pelaga
1 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam
Rebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi. Sedap. Rasa sup berempah.
Bahan Perap Ayam:
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
Madu/gula 1 sudu
Minyak masak 2 sudu
Angkat ayam dari air rebusan. Saya perap guna bahan-bahan perap.
Perap kejap je sambil-sambil siapkan nasi). Lepas tu panggang. Bakar pada suhu 150 api atas sahaja 30 minit. Nanti dah bakar 15 minit, keluarkan sekejap. Sapu lebihan bahan perap tadi dan bakar semula. Nanti ayam kilat dan cantik.
Bahan Tumis:
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
Beras basmathi
Ni bahan-bahan tumis untuk nasi.
Panaskan majerin/butter dan kalau nak sedap minyak sapi. Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi. Tumis sampai garing yer.
Masukkan beras. Gaul bersama bahan tumis. Tumis sehingga garing. Baru nasi sedap. Beras basmathi rendam dulu 30 minit yer.
Air rebusan ayam tadi. Masukkan dalam periuk.
Beras dah siap macam ni. Kalau beras biasa sukatan macam biasa la yer. Tapi kalau basmathi saya guna 1 cup beras = 2 cup air.
Nasi dah pun siap. Bila nasi dah kering, tuang la pewarna tutup dulu. Lepas 10 minit baru boleh kacau nasi dan jangan lupa. Daun ketumbar, ni yang buat bau dia sedap.
Ayam dah siap! Ayam ni boleh je dimasak sekali dalam nasi. Tapi saya lebih suka aroma panggang.
Saltoh dan Salsa
Salsa/sambal arab
Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam sedikit (blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)
Salatoh
Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan-bahan diatas)
Pudina hiris (saya guna ketumbar gak, benda takde) Gaul semua bahan dalam satu bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lagi jus lemon. Siap!
Untuk salsa dan salatoh… Resepi kat atas yer.
Dah siap. Hidanglah macam mana pun asal kenyang. Sup tu saya ambil dari air rebusan ayam tadi.
Bagi penggemar masakan mamak pastinya teramat merindui Ayam Goreng Mamak yang sentiasa panas dan rangup di restorannya. Terbayang-bayang kala ayam dipotong kecil dan diletakkan di atas pinggan yang penuh dengan nasi dan campuran kuah. Nasi kandar dengan ayam goreng padu tidak pernah mengecewakan.
Namun tempoh PKP yang masuk hari ke 21 hari ini pastinya membuatkan penggemarnya berputih mata apabila tidak dapat makan di restoran itu dengan berselera sekali. Biarpun dapat membeli dan membungkusnya namun pastinya rasa dan situasinya tidak sama.
Begitu juga dengan anak-anak kita yang saban hari meminta menu yang sama iaitu ayam goreng. Jadi apa kata anda mencuba sendiri menyediakan resipi ayam goreng mamak yang buat kita ketagih. Jom cuba!
Ayam Goreng Mamak Ketagih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
1 sudu makan serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Basuh ayam bersih.
Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Siap!
Masuk fasa ketiga PKP yang bermula semalam, ada di antara kita yang sudah mula tidak lalu untuk menjamah pelbagai jenis menu lauk pauk. Mungkin kerana saban hari memasak yang membuatkan mama mulai bosan dengan ‘air tangan’ sendiri. Tidak perlukan lauk pauk yang hebat, sambal belacan ringkas tapi pedas menyengat ini sudah cukup buat kita makan bertambah.
Sambal pedas dengan gabungan beberapa bahan ini nampak cukup menyelerakan. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Zara Zahara ini memang meletop rasanya. Confirm tak cukup nasi sepinggan!
First time makan dalam talam dengan suami. Bukan bertalam dua muka no. Best rupanya makan satu talam pastu berebut-rebut ni, alas daun pisang lagi.
Ni antara nasi fevourite hakak, nasi ayam geprek derhaka versi hakak. Ada hantu sambal yang nak resepi sambal ni tak? Hakak suka buat banyak terus sebab nak jadikan stok. Sambal ni kalau simpan dalam peti memang tahan sampai berbulan-bulan tau.
Bahan-bahan:
Cili api merah dan hijau (kuantiti ikut tahap kepedasan masing2)
Bawang merah
Bawang putih
Tomato
Belacan
Gula
Garam
Ajinamoto (optional)
Jangan lupa patah-patahkan dulu cili api tu. Takut nanti meletup masa menggoreng. Taknak patahkan pun takpe. Atas keselesaan masing-masing.
Seeloknya goreng menggunakan minyak lebihan menggoreng ayam. Nak guna minyak baru pun boleh. Goreng hingga layu.
Angkat dan kisar bahan tadi tanpa letak air hingga separa hancur. Jangan terlalu hancur ye. Nanti tak berapa best. Sepatutnya sambal ni lagi sedap tumbuk pakai lesung je, tapi memandangkan banyak sangat kuantiti bahan. Jadi hakak blend jelah. Tak daya weh hakak nak menumbuk.
Tumis pakai minyak tadi. Masukkan gula. Hakak suka sambal ni manis sikit. Jadi hakak lebihkan gula. Masukkan garam kasar.
Masukkan ajinamoto, terpulang ye kalau suka. Kalau tak suka tak perlu letak. Tumis sampai sambal tu kering.
Yeayyy!!!! Dah siap sambal hakak. Lebihan minyak tu jangan buang ye. Untuk di jadikan stok, simpan sekali dengan minyak. Sambal ni boleh tahan hingga berbulan2 tau.
Ayam tu saya rebus kosong je dulu. Rebus sampai masak sepenuhnya ye. Dah masak, angkat dan toskan sekejap bagi kering airnya. Lepas tu saya cuma lumurkan garam dan kunyit je. Perap sekejap dan boleh di goreng. Air rebusan tu saya jadikan sup.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!