Macam-macam gelagat anak kecil kita. Ada yang suka mandi kolam tapi tak nak naik. Ada yang suka masuk kedai mainan tapi nak bawa balik mainan dan pelbagai lagi ragam. Namun inilah yang dikatakan anak kecil.

Namun jangan dibiarkan anak dengan fasa individual ini lama-lama. Cepat-cepat ajar anak untuk ‘move on’ dan beritahu anak sebabnya. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist dari BEYOND Home Therapy mengenai masalah ini. Cepat-cepat betulkan dengan tip ini.


Mandi, nak mandi lama-lama. Pergi playground, tak nak balik. Pergi “supermarket”, nak lari ke sana ke mari. Main mainan orang lain, tak nak pulang. Pergi kedai mainan, nak bawa mainan keluar dari kedai.

Anak saya pun ada ciri-ciri diatas sebelum ini, memang susah sangat nak “move on” bila pergi ke sesuatu tempat atau pinjam mainan di mana-mana. Semua dia nak buat harta sendiri dan rumah sendiri.

“Main Tak Nak Balik, Bawak Balik Mainan” Anak Susah ‘Move On’ Ini Tip Untuk Mak Ayah!

Puncanya adalah kerana semasa ini anak tak tahu lagi semua barang dia jumpa atau main bukan hak milik dia. Anak ingat bila main mainan itu, automatik dah jadi hak milik dia.

Saya pasti ramai juga mak ayah yang mengalami masalah ini, selalunya akan bermula dalam lingkungan 1 tahun 3 bulan ke atas. Yang mana belum tunjukkan ciri-ciri ini, ayuhlah bersedia mental dan fizikal.

Pertama, mak ayah perlu fikir positif sebab memang fitrah budak-budak suka bermain. Selagi tak penat dan tenaga mereka ada bateri selagi itu anak tak nak balik. Selagi belum bosan main mainan baru selagi itu mereka tak nak lepaskan.

Tapi masalah akan timbul bila setiap kali anak merengek tak nak balik, kita turutkan. Bila anak menangis nak bawa mainan keluar, kita ambil dan belikan. Belajar untuk “move on”pun penting dalam perkembangan anak.

Untuk mengelakkan masalah besar dikemudian hari apabila setiap kali anak pergi supermarket akan ada episod amukan anak. Baik kalian mulakan awal.

Memang kalau boleh kita nak bagi semua benda pada anak, tapi ada masanya anak juga perlu hormat keputusan mak ayah dan belajar bertolak ansur kerana tak semua dikehendaki dia akan dapat. Realiti kehidupan sebenar pun tidak sebegitu.

IKLAN

“Main Tak Nak Balik, Bawak Balik Mainan” Anak Susah ‘Move On’ Ini Tip Untuk Mak Ayah!

Jadi ini tips saya untuk bantu anak “move on” dari sesuatu yang anak suka. Mulakan seawal mungkin kalau anak dah mula faham.

1. Konsep kepunyaan.
Konsep ini sebenarnya dah boleh diajar seawal umur 1 tahun kerana waktu ini perkembangan emosi anak dah berkembang dan normal waktu ini anak dah mula tahu diri sendiri berbeza dengan mak ayah.
Bila pergi ke mana-mana tempat yang ada mainan, beritahu anak yang mainan itu bukan anak punya. Cara untuk ajar senang sahaja, mulakan dengan benda harian. Contohnya dalam kes saya dan anak saya;

“Ini baju Mummy, ini baju Eva” atau “Mummy punya, Eva punya”.

“Main Tak Nak Balik, Bawak Balik Mainan” Anak Susah ‘Move On’ Ini Tip Untuk Mak Ayah!

Kalau anak pegang atau bermain dengan barang bukan kepunyaannya, beritahu awal-awal yang barang itu orang lain punya sebelum mereka mula ada “attachment” dengan barang tersebut.

2. Kaedah bercerita (“story telling”)
Beritahu anak tempat mana yang kita akan tuju supaya dia mula “lepaskan” perasaan seronok lebih awal. Kalau mak ayah dah tahu atau dah biasa ke tempat itu, ceritakan pada anak tujuan ke tempat itu, pergi berapa lama, apa yang ada disana dan sebagainya. Involve anak dalam setiap apa yang kita lakukan supaya anak rasa dihargai dan dihormati.

IKLAN

“Main Tak Nak Balik, Bawak Balik Mainan” Anak Susah ‘Move On’ Ini Tip Untuk Mak Ayah!

3. Time out.
Ingatkan anak masa yang anak dibenarkan main. Kalau anak yang umur bawah 2 tahun mungkin kena ada “distractions” untuk tinggalkan tempat yang anak tak nak balik. Kalau dah lebih 2 tahun boleh beritahu kenapa kena balik contohnya:

“Jom, jalan-jalan”
“Jom balik, kita pergi makan”

Kalau anak dah tahu masa, boleh beritahu masa anak dibenarkan main supaya dia “mentally prepared” dan gunakan masa dengan sebaiknya. Disarankan untuk ingatkan anak 30 minit, 10 minit dan 5 minit sebelum.

Point ini penting sangat untuk mengurangkan episod menangis. Kalau anak yang nak mandi lama-lama pun sama, mak ayah perlu tahu untuk manipulasi anak ikut kreativiti.

“Main Tak Nak Balik, Bawak Balik Mainan” Anak Susah ‘Move On’ Ini Tip Untuk Mak Ayah!

4. Belajar melepaskan barang.
Ini adalah apa yang saya terapkan pada anak saya supaya cepat “move on” dan untuk mengelakkan satu rumah bersepah.

IKLAN

Anak umur bawah 2 tahun ini memang sangat naif, kalau dah sayang sesuatu benda mesti rasa nak bawa benda itu kemana-mana tetapi bila dah bosan mereka akan campak mainan merata-rata.

Jadi untuk mengelakkan satu rumah bersepah, mak ayah boleh cuba terapka konsep main mainan di satu tempat kalau nak pergi tempat lain anak kena tinggalkan dahulu.

Contohnya mainan masak-masak ada diruang tamu, kalau anak nak pergi bilik dia kena tinggalkan mainan dahulu. Masa awal-awal memang susah sebab kalau boleh anak nak bawa kemana-mana. Kalau saya dan anak saya, saya minta anak saya “bye” semua barang sebelum pergi.

“Main Tak Nak Balik, Bawak Balik Mainan” Anak Susah ‘Move On’ Ini Tip Untuk Mak Ayah!

Bila anak dah biasa dengan konsep ini, insyaAllah kurang dah episod anak pergi kemana-mana nak bawak balik mainan dan masalah rumah bersepah dengan mainan.

Konsep saya mudah,
kalau kita nak dihormati oleh anak, hormat anak dahulu.
Kalau kita nak anak bertolak ansur, kita pun perlu belajar bertolak ansur.
Kalau kita nak anak dengar cakap kita, dengar cakap anak juga.
Kalau kita nak anak ikut kita, kadang kala kita juga perlu ikut anak ke mana dia nak pergi.
Give and take.

Jangan anggap anak seperti bayi yang tak tahu apa, tetapi anggaplah anak seperti individu yang tengah belajar tentang kehidupan.

Kesimpulannya sebelum anak belajar manipulate kita, ayuhlah kita manipulate anak dahulu. All the best!

Menarik: Kalau Tak Ada Kekangan Kewangan Ambillah, Elfira Loy Nasihatkan Bakal Ibu Ambil Epidural Waktu Bersalin!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI